Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Wednesday, 2 January 2019

Selamat Datang, Januari 2019!

Oh, finally. Tahun 2018 dah berangkat pergi. Rasa macam sekejap je, padahal nak habiskan 365 hari tu memang struggle. Serius, aku mengaku aku struggle sepanjang tempoh 2018. Struggle di tempat kerja, struggle nak berdepan dengan anxiety, struggle nak seimbangkan waktu kerja dan waktu menulis, struggle nak selesaikan masalah kewangan, struggle itu ini dan banyak lagilah. Paling teruk aku rasa, aku struggle nak jadi more understanding kononnya padahal orang lain tak peduli pun apa yang aku fikir. Makanya biarlah tahun 2018 jadi lesson learn. At least, aku berjaya lepasi tahun 2018.

Walaupun tahun 2018 tahun yang boleh dikatakan agak dark bagi aku, ada beberapa perkara yang aku appreciate. Yes, tak semua benda buruk je yang berlaku sepanjang tahun 2018. Ada juga benda yang menarik sebenarnya. Tapi manusia ni cenderung nak ingat benda buruk. 

Okay, mari kita mulakan :)

Tahun 2018 ialah tahun pertama aku join running event di Kuching. Aku tak pernah join sebelum ni. So, pada 7 Januari 2018 aku sertai Loving Society Charity Run di Kuching Waterfront untuk 5 KM. Ini swafoto aku yang pertama di tahun 2018. Selepas event ni, aku sertai beberapa running event yang lain. At the end of 2018, aku dah join 8 running event di sekitar Kuching.

Sambutan ulangtahun ke-30. Fasa pertama di usia angka 3. Aku celebrate di tepi pantai bersama member. Actually sebenarnya aku sambut usia 30 aku di tempat berkursus, pagi birthday aku buat jumping jack 10 kali dan poco-poco dengan geng berkursus...sebab peserta kursus kena bersenam sebelum buat LDK...haha! Tak kisah la lambat celebrate, sebab yang penting semua happy.

2018 ialah tahun kelahiran dua buah buku aku, iaitu Acang Merpati dan Niqab. Menjadikan jumlah buku yang aku berjaya hasilkan ialah 3 buah buku. Aku pernah target untuk hasilkan 3 buah buku sebelum usia aku masuk 31. Well, KPI tercapai.

Manuskrip Darah Perawan akhirnya aku jilidkan pada tahun 2018 dan dijadikan koleksi peribadi. Sebenarnya manuskrip DP ni dah lama aku buat. Aku buat storyline masa aku sekolah menengah. Kemudian aku taip sikit-sikit masa aku jadi penganggur berjaya (sekitar 2012-2013). Aku pernah try hantar manuskrip ni untuk contest tapi tak berjaya. Aku dengar manuskrip ni tak sesuai diterbitkan sebab tak ada nilai lokaliti. Lantaklah lokaliti ke tidak, ini imaginasi aku. Penat aku tulis, so aku jilidkan untuk koleksi peribadi. Mana tahu lepas aku meninggal nanti, manuskrip ni jadi berharga.


Bersempena dengan kelahiran buku Acang Merpati terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, aku dijemput untuk pelancaran buku Karya Penulis Sarawak yang bertempat di DeTAR UNIMAS. Ini kali pertama aku dijemput sebagai penulis. Haha, serius aku awkward. Sebab aku ni jenis cepat bosan dan tak sabar nak larikan diri dari majlis. Tapi aku sangat berterima kasih pada DBP sebab percaya dengan hasil kerja aku. Lepas ni aku akan gigih menulis!

Mini reunion, mungkin ni title sesuai. Dah lama tak jumpa member satu sekolah, aku pun join member aku makan-makan di White Barouk. Serius aku rasa macam baru semalam kami semua habis Tingkatan 5. Tapi sebenarnya dah 13 tahun berlalu. Zaman Form 5 kitorang tahun 2005. Tapi bila tengok balik gambar ni, sesungguhnya aku rasa kitorang awet muda. Silalah jeles.

Penghujung 2018, aku join Wattpad untuk mengembangkan sayap dan ekor dalam bidang penulisan. Aku dah lama nak join, tapi aku bagi peluang manuskrip aku berjuang di meja editor. Dan bila aku rasa manuskrip aku dah penat, why not aku serlahkan manuskrip aku di ruangan yang lain? Aku harap aku rajin update Wattpad tahun ni...hahaha!

Best Nine di Instagram. Mostly hasil artwork. Tahun ni tahun yang struggle jadi aku spend masa melukis agak banyak sebagai terapi. Seronok sebenarnya melukis ni, lagi-lagi melukis benda yang tak normal. Okay, jangan judge aku. Aku tak peduli pun.

Akhirnya sekali pada tahun 2019, buku Niqab aku kembali ke dalam carta, terus naik ke tempat pertama. Aku rasa berita ni beri aura positif untuk aku. Aku harap tahun 2019 dipenuhi dengan perkara positif. Aku tahu aku tak boleh elak benda negatif tapi aku harap biar benda positif lebih banyak dari benda negatif. Last but not least, aku harap tahun ni dipenuhi dengan keberkatan dan ketenangan. Penat dowh struggle~

@theMaGi2019

Tuesday, 3 October 2017

Jenama Produk yang 'RARE'

Salam Selasa semua! I'm back untuk short entry. Jangan risau, memang tak panjang. Aku pun tak larat nak bagi jari-jemari ini menari di atas papan kekunci, gitew. Jadi untuk entri kali ni aku nak kongsikan beberapa jenama produk yang terkenal masa aku kecik-kecik dulu. Tapi sekarang ni, jenama tu boleh dianggap sebagai 'rare' sebab aku dah tak jumpa kedai jual jenama ni lagi. Mungkin dah dapat penjenamaan semula, mungkin perniagaan merosot, mungkin dah gulung tikar or mungkin combine jenama dengan syarikat lain. Who knows, aku tak ambil peduli apa yang dah jadi kat jenama tu semua. Yang aku tahu, jenama tu memang 'rare'. Kalau ada yang jual produk dengan nama yang aku senaraikan, korang patut semak semula tarikh manufacturing.

Okay, jenama produk apa yang 'rare' sangat tu?

Secret Sanitary Pad

Dulu, pad wanita Secret ni berlambak-lambak kat kedai. Sangat glemer sekitar lewat 90-an sampai ke tahun 2004. Kemudian, jenama pad wanita ni perlahan-lahan hilang. Iklan Kotex dan Laurier mula bercambah-cambah kat kaca TV. Dan sedar tak sedar, aku dah tak nampak pad wanita berjenama Secret yang berbungkus ungu kat kedai lagi. Tak tahulah apa yang terjadi kat jenama tu. Gone with the wind.


Oil of Ulan



Oil of Ulan ialah produk kecantikan yang terpampang kat magazine wanita, kat TV, kat surat khabar. Sangat dikenali ramai pada era 90an. Aku pernah tanya kat parent aku, apa maksud Ulan tu? Parent aku tak dapat jawab soalan aku. Soalan KBAT sangat. Sebenarnya, nama jenama ni berasal dari Australia dan di negara lain, produk ni dikenali sebagai Oil of Ulay (UK & Ireland), Oil of Olaz (Jerman, Perancis, Itali dan Belanda) . Penggunaan nama hujung produk yang pelbagai tu sebenarnya strategi pemasaran walaupun perkataan itu diinspirasi dari bahan utama produk iaitu 'lanolin'. Kemudian, produk ni buat penjenamaan semula jadi Oil of Olay dan akhirnya produk ni dikenali sebagai Olay.

JC Jcinta


Okay...aku dah lama dengar nama produk ni, sejak dari sekolah rendah lagi. Aku tak ada strong memori pasal jenama JC Jcinta tapi yang pasti nama produk ni agak ridicilous di cuping telinga aku. Kalau tak silap, jenama ni merujuk kepada produk minyak wangi. Tapi aku tak dapat tambah fakta lain sebab jenama ni macam tak wujud langsung dalam pangkalan data Google.

Kelly

Produk kecantikan berjenama Kelly ni antara produk kegemaran mak aku masa dia muda-muda dulu. Bahan utama pencuci muka ialah lemon dan krim muka dia dalam bekas kecil merah jambu. Kemudian, produk ni mula berubah. Macam ada yang tak kena bila mak aku apply. Rupa-rupanya, yang dijual kat kedai tu produk 'fake'. Yang ori tu teramat susah nak dapat. Boleh dikatakan Kelly yang dulu memang tak sama langsung dengan Kelly zaman sekarang. So, untuk sesiapa yang nak try Kelly, sila cari produk ori. FYI, produk ori pun dah berubah, tak macam dulu.

Splash Cologne

Sebelum wujudnya produk cologne Pucelle atau Izzi Love, ada satu cologne yang aku selalu pakai masa sekolah rendah. Mak aku belikan aku produk Splash Cologne. Ada tiga jenis warna botol yang aku pernah pakai- pink, hijau, biru. Aku paling suka bau botol pink. Sekitar tahun 2008, produk tu mula ghaib dari rak kedai. Sekarang, aku dah tak jumpa jenama tu lagi kat pasaran.

SHE Perfume

Ada satu lagi produk wangian yang aku pernah pakai masa sekolah dulu-dulu. Jenama produk SHE ni terkenal masa tahun 2001-2003. Ramai member aku pakai produk SHE which is cologne dan stick deodorant. Tapi bila produk cologne dan deodorant yang lain muncul, jenama ni pun tenggelam. Untuk tahun 2017 ni, produk SHE memang asing sangat di telinga remaja. Nasib baik Google masih ingat SHE ni siapa. Siapa yang ingat lagu jenama ni, jom nyanyi sama-sama (SHE...lalala, SHE...lalalala~)



Okay setakat ni je memori lampau aku bersama jenama yang mungkin korang tahu, mungkin tidak. Tapi bila dikenang balik jenama-jenama tu semua, teringat pulak zaman jahiliah aku suatu masa dulu ^^

@themagi2017

Monday, 10 April 2017

Walking Saturday: Meraikan Zaman Persekolahan!

Tahun 2017- sesuatu yang menarik telah berlaku pada aku. Bukan pasal buku (sebab semua tu masih postpone) ataupun pasal wedding (sebab ada member salah sangka). Tapi pada 8 April, aku dan kawan-kawan aku meraikan mini reunion dan birthday party sambil memakai baju sekolah. Dan semestinya, kunjungan hormat ke sekolah lama ialah trip yang paling ditunggu-tunggu.

Bila meraikan ulangtahun usia yang ke-29 (aku insist umur aku ialah 19 tahun...kahkah~), banyak kenangan zaman sekolah muncul dalam ingatan. Dan bila aku tengok remaja zaman sekarang, ramai betul yang eager sangat nak cepat dewasa (suka sangat kot jadi tua?)

Walaupun aku dan kawan-kawan aku tahu zaman tu dah berlalu, tak salah cipta kenangan baru sambil pakai baju sekolah. Apa yang menariknya pasal meraikan zaman sekolah ni? Well...dari sudut ingatan aku:

Teringat dengan sesi Q&A dalam kelas- walaupun 
pada hakikatnya aku selalu mengendap bila cikgu 
lempar soalan cepu emas.

Waktu perhimpunan- masa paling berharga sebab
boleh siapkan kerja sekolah, bergosip, tidur dan
juga potong kuku sebelum spot check.

Duduk di kantin sambil bincang benda yang
selalunya tak ada kaitan dengan kerja sekolah.


Memasang niat nak lari dari kelas petang
tapi akhirnya pergi jugak sebab takut cikgu
marah.

Habis waktu kelas, keluar merayau dengan 
member dan bersukaria.


Melepak, borak dan gelak di bawah pokok. Masa 
macam ni selalunya budak sekolah berangan 
pasal masa depan. Tapi budak sekolah 'tamat tempoh' 
macam kami tengah mengenang masa silam.




Zaman sekolah tak lama, zaman pakai baju seragam sekolah tak lama, zaman remaja tak lama, zaman sweet 17 tak lama- kenapa remaja zaman sekarang nak sangat cepat tua? Bak kata orang putih yang bernama Henry Wadsworth Longfellow:

"Youth comes but once in a lifetime..."
(Usia belia pasti datang tapi hanya sekali seumur hidup)

@themagi2017


Wednesday, 16 September 2015

SK Gersik; The Last Day

Salam Rabu, Selamat Hari Malaysia. Hari ni aku datang ke sekolah lama, which is SK Gersik sebab sekolah ni akan berpindah ke tempat baru. Nasib baiklah hari cuti, memang ramai yang dapat datang. So, sebelum sekolah tu dipindahkan, wajiblah aku datang ke sekolah for the last time secara berjemaah. Dengan tema "Bersemi kasih, merimbun budi", nostalgianya terasa sampai ke anak tekak.

Untuk sesiapa yang tak dapat datang ke the last day di tapak lama SK Gersik, atau tak tahu pasal reunion ni, aku upload gambar untuk kenangan kita bersama. 


Suasana di SKG bersama murid, cikgu, tetamu dan jerebu

Ustazah Sofia bersama bekas murid. Ustazah ni pernah campak
duster on my head. Mungkin sebab tu aku jadi bijak *hahaha

Bersama bekas Guru Besar SKG, Puan Jemilah Haji Matasan.

Suasana di belakang blok 2.  Dulu, mak-mak budak suka 
ambil port belakang ni, tempat rehat paling glemer.

I am Gersikian, 1995-2000.

Rilek lu~

Bersama bekas guru kelas, Puan Fatimah Ahmad.
Cikgu Jelani sebagai extra model di belakang.

Another proud Gersikians, 1998-2003

Back to school, walaupun sesi belajar dah lama tamat.

Ustazah Andam, kaulah legenda~

Dulu tak ada sifir, sekarang dah ada

Tengah cari kelas lama

Date with my nephew ^^

Usaha tangga kejayaan :)

View dari atas, blok 2

Laluan kelas di bangunan lama.

Huu, dah lama tak nampak blackboard. Tuakah aku?

Dinding berlubang kesukaan aku, tempat aku suka
teropong orang dari jauh. Motif? Entah...

Sentiasa Facebook 'LIKE'

Unbelievable canteen, dari dulu tak berubah

Wefie secara berjemaah :-D 

Pesanan penaja dari SKG:
"Go Green, Save Our Earth"

Dari dulu aku nak buat macam ni~

Bergambar dengan Cikgu Suriah, bekas guru kelas kakak aku
in late 80s. 


Sebelum balik, aku sempat beli magnet fridge dan keychain SK Gersik sebagai tanda kenang-kenangan. Bagi aku, tak kira berapa banyak reunion sekolah yang aku ikut, takkan sama dengan the last day at SK Gersik. Farewell, SK Gersik. Selamat berpindah ke tempat baru dan selamat berjiran dengan tanah perkuburan :)

@themagi2015
Forever Gersikians~

Wednesday, 22 April 2015

Old Times: Kisah Lama dari Kuching

April, macam-macam event yang diraikan di Kuching pada bulan berbunga-bunga ni. Walaupun Kuching bukan 4 season city tapi at least di Kuching ada mall bermusim- The Spring & Summer Mall (...aku menunggu ketibaan Winter dan Autumn). Sejak dari dulu, aku selalu perhatikan Kuching dan aku mendapat feedback kenalan dari Kelantan setahun yang lalu. Dia cakap within 5 years, Kuching mengalami banyak perubahan yang sangat obvious. Itu satu perkara yang baik sebenarnya. Tapi tak bermakna, kisah lama dari Kuching dilupakan.

Dalam entri ni, aku nak imbas kenangan lama di Kuching.


1. Orkid bunga majlis

Image result for arachnis flos-aerisSekarang, bunga hiasan zikir untuk majlis zikir kini lebih moden dan diperbuat daripada plastik. Terdapat banyak pilihan bunga seperti bunga mawar, bunga ros, bunga dahlia dan sebagainya. Ia dijadikan sebagai tanda penghargaan dari tuan rumah kepada tetamu. Berbeza dengan bunga zikir pada era 60an, ia diperbuat daripada orkid kala jengking (nama saintifik: arachnis flos aeris) yang asli dan daun paku bunga (seperti daun pokok ru), diikat dengan benang dan disembur minyak wangi. Dahulu, orkid kala jengking dan daun paku bunga menjadi pilihan kerana ia cantik dan menarik perhatian. Kini, ia tidak menjadi pilihan kerana orkid dikategorikan sebagai hiasan bunga yang mahal dan daun paku bunga juga sangat sukar dicari. 


2. Tandas korek

Image result for tandas ali baba bujang lapok
Lebih kurang macam ni
Dari bunga kita beralih ke topik pasal tandas. Tandas, a.k.a jamban merupakan keperluan harian kita. Sekarang, tandas lebih praktikal. Kita duduk, kita buang apa yang patut dan kemudian kita flush. Dulu tak sama seperti sekarang. Di Kuching, tandas dulunya dibina secara nomad. Datuk aku pernah korek tanah untuk buat tandas (dulu kampung aku di Astana Field Force, sekarang dah jadi Masja). Tanah akan dikorek sedalam-dalamnya, lebih dalam dari liang lahad agar bau kumbahan tak keluar dan tak mengganggu deria hidung. Kemudian tandas dibina di atas lubang itu dan dibuat seperti pondok mini (rujuk filem P.Ramlee). Bila lubang dah sarat dengan kumbahan, lubang itu akan dikambus semula dan lubang lain akan dibina. Jadi, kalau ada sesiapa yang tanam sayur atau pokok buah di kawasan tanah yang luar biasa suburnya, mungkin tanah itu pernah dijadikan lubang tandas *sengih


3. Kek hari Raya

Image result for kek ulang tahun
Sekarang, kek lapis Sarawak merupakan juadah utama hari Raya di Kuching. Tak ada kek lapis tak sah. Kegilaan terhadap kek lapis sekarang merebak ke banyak tempat dan kek lapis sangat berpengaruh. Namun pada era 60an sehingga ke pertengahan 80an, kek lapis tidak ada di dalam senarai juadah hari Raya. Di Kuching, juadah Raya pada era tersebut ialah kuih-kuih tradisional, puding atau agar-agar. Bagi yang berkemampuan, kek acuan bulat disaluti krim dan hiasan seperti buah-buahan (kek hari jadi) ialah juadah paling istimewa kerana ia lebih cantik dan lebih moden. Kek acuan bulat zaman dahulu boleh dianggap setaraf dengan kek lapis pada masa kini.


4. Corner Shop
Image result for electra house teksi kuching

Bagi Kuchingites, pasti ramai yang tahu tempat menunggu teksi (Jalan Ajibah Abol kalau tak silap), tak jauh dari kedai makan Bismillah, kedai kasut Bata dan juga Plaza Merdeka. Kawasan yang berjiran dengan bangunan Saujana di bahagian Jalan Masjid dahulunya dikenali sebagai Corner Shop, tempat paling terkenal menjual alat tulis sekolah pada era lewat 60an sehingga ke 70an. Mak aku selalu beli barang sekolah di situ. Kata mak, dulu kedai tu syurga bagi pelajar sekolah. Corner Shop ditutup kerana percambahan kedai alat tulis yang lain dan kini kawasan tersebut menjadi shoplot kedai makan, kedai kasut, kedai menjual beg dan sebagainya.


5. Kedai serbaneka Gartak Street

Image result for gartak streetGartak Street antara lokasi jual beli terkenal di Kuching selain dari India Street dan Carpenter Street. Jika India Street dikuasai oleh peniaga India dan Carpenter Street dikuasai oleh peniaga Cina, Gartak Street ialah lokasi berniaga bagi peniaga Melayu. Bagi Kuchingites yang tahu kedai Emas Pao Lung, di deretan rumah kedai itu pernah menempatkan sebuah kedai serbaneka yang sering dikunjungi oleh penduduk Kuching setiap kali hari gaji. Makanan ringan seperti kacang pedas, gula-gula, kerepek dan sebagainya diletakkan  di dalam botol yang besar dan pelanggan boleh memilih mana-mana makanan ringan yang mereka mahu dengan harga serendah 10 sen. Bagi setiap makanan ringan yang dipilih, ia akan dibungkus dan ditimbang mengikut harga. Mungkin, kedai serbaneka tu ibarat seperti kedai 7-11 pada masa sekarang.


p/s: Bagi sesiapa yang ada kisah2 lama dari Kuching, boleh share di kotak komen. TQ

@themagi2015