Tuesday 21 June 2016

Mini Exclusive Shawl by Akhmasz Collection

Salam Ramadhan 16 untuk semua. Untuk bulan Jun, aku nak kemaskini entri ke-5 dan off sekejap dari blog sampai bulan Julai. Memandangkan internet okey petang ni dan take advantage sebab tak ada orang kat opis, aku nak promote Mini Exclusive Shawl by Akhmasz Collection. Dan seperti selalunya, koleksi ni adalah terhad a.k.a limited edition.

Bila dah sebut pasal limited edition, dah sah-sah la korang takkan jumpa kat tempat lain. Kalau nak lain daripada yang lain, jenguk-jenguk la Facebook Page Akhmasz Collection dan korang boleh tengok koleksi yang ada. Jangan shy-shy nak pilih dan beli ^^

Kat sini aku attach gambar contoh untuk korang. Model tudung tu..tuan empunya koleksi :)

Jenama: Akhmasz Collection
Jenis: Mini Exclusive Shawl
Harga: RM30 termasuk postage
FB Page: Akhsmasz Collection








@themagi2016

Sunday 12 June 2016

Selebriti Wanita Hollywood: Terkenal, Cantik Tapi Mati Muda

Morning, peeps~ Hari ni 12 Jun. Dah 7 hari berpuasa, kegilaan aku terhadap 100 Plus lemon agak kronik. Tapi entri kali ni bukan nak cerita pasal minuman isotonik. Kali ni aku nak kongsi info selebriti yang terkenal, cantik tapi umur tak panjang. Baru-baru ni, Christina Grimmie mati ditembak semasa konsert di Orlando. Kematian Grimmie masih disiasat dan kemungkinan peminat gila yang telah menyerang Grimmie. Macam tak percaya Grimmie yang aku selalu tengok di Youtube akhirnya mati kena tembak pada usia 22 tahun.

Lesson learn? Mati tak kira usia. Kalau ajal dah sampai, manusia tak boleh buat apa. Cantik tak kekal, duit pun tak dapat tolong beli nyawa. Hmm...

Okey, antara selebriti wanita yang terkenal, cantik dan mati muda ialah:


marilyn-monroe
Nama: Marilyn Monroe
Profesion: Pelakon, Model
Usia meninggal dunia: 36 tahun
Tahun kematian: 1962
Sebab kematian: Dadah (juga dikaitkan dengan konspirasi pembunuhan)

Nama: Karen Anne Carpenter
Profesion: Penyanyi, pemain drum (kumpulan Carpenter)
Usia kematian: 32 tahun
Tahun kematian: 1983
Sebab kematian: kegagalan jantung akibat anorexia nervosa dan bulimia

Amy-Winehouse-Wallpapers-
Nama: Amy Winehouse
Profesion: Penyanyi
Usia meninggal dunia: 27 tahun
Tahun kematian: 2011
Sebab kematian: Keracunan alkohol

selena
Nama: Selena Perez
Profesion: Penyanyi 
Usia meninggal dunia: 23 tahun
Tahun kematian: 1995
Sebab kematian: Pembunuhan (mati ditembak)

Nama: Brittany Murphy
Profesion: Pelakon, penyanyi
Usia kematian: 32 tahun
Tahun kematian: 2009
Sebab kematian: serangan kardiak

aaliyah-side-pose-426992
Nama: Aaliyah
Profesion: Penyanyi
Usia meninggal dunia: 22 tahun
Tahun kematian: 2001
Sebab kematian: Kemalangan (plane crash)

Nama: Lisa Lopes (Left Eye, ahli kumpulan trio TLC)
Profesion: Penyanyi, rapper
Usia meninggal dunia: 31 tahun
Tahun kematian: 2002
Sebab kematian: kemalangan (car crash)

Image result for christina grimmie
Nama: Christina Grimmie
Profesion: Penyanyi, penulis lirik
Usia kematian: 22 tahun
Tahun kematian: 2016
Sebab kematian: Pembunuhan (mati ditembak)

ruj: therichest.com | newsone.com | en.wikipedia | BBC news

Monday 6 June 2016

Memahami Palindrom

Salam Isnin, 06 Jun dan Salam Ramadhan untuk pengunjung MaGi. Hari ni, aku nak buat entri santai dan kita main Palindrom. Apa itu Palindrom?- okey, itu soalan jangkaan yang biasa. Sekadar nak bagitahu, Palindrom bukan sejenis sindrom. Tahu tak semua kita sebenarnya dah biasa dengan Palindrom? Menarik, kan? Mesti ada yang terfikir apa kaitan hidup kita dengan Palindrom. 

To be truth, hari-hari kita bermain dengan Palindrom. Mari, aku bagi definisi Palindrom.

Palindrom: sebuah kata, frasa, angka, atau susunan lainnya dapat dibaca dengan baik sama ada dari depan atau belakang.

So, dah tahu kan apa kaitan hidup kita dengan Palindrom? Mari, aku bagi contoh perkataan Palindrom yang kita tahu dan biasa sebut:

  • kacak
  • katak
  • kutuk
  • kakak
  • kodok
  • kayak
  • kapak
  • kokok
  • bab
  • asa
  • isi
  • ini
  • malam
  • parap
  • tamat
  • taat
Contoh Palindrom angka:
  • 01022010 (01 Februari 2010)
  • 111111 (11 November 2011)
Ayat Palindrom dalam Bahasa Inggeris:
  • Was it a rat I saw?
  • No, Mel Gibson is a casino's big lemon
  • Don't nod
Ayat Palindrom dalam Bahasa Jawa:
  • Iki opo ikin (aku jumpa dalam blog dari seberang)
Perkataan Palindrom yang dibolak-balik dan membawa maksud berlainan:
  • harum--murah
  • haram--marah
  • amal--lama
Nama Palindrom
  • Habibah
  • Nisio Isin (nama orang Jepun- penulis Jepun)
  • Lon Nol (nama Perdana Menteri Kemboja)
  • Mike Kim 
  • Emma Lamme (nama orang Finland)
Contoh ayat Al-Quran yang ada unsur Palindrom


 Surah Muddathir ayat ke-3 (74:3)


وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ

Maksud: Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! 
Huruf Wa adalah bermaksud 'Dan' membawa tanda sebagai permulaan ayat tersebut yang bersambung ayat sebelumnya. Jika 'Wa' dialih dan kalimah dipecahkan, ia menjadi:

رَبَّكَ فَكَبِّرْ

رب ب ك ف ك ب ب ر


Dan akhir sekali, istilah ketakutan terhadap Palindrom ialah:

Image result for aibohphobia

@themagi2016
ruj: arriesfamily.blogspot.com | 7ilmu.blogspot | www.kompasiana | en.wikipedia.org | urbandictionary.com

Friday 3 June 2016

Syiling Pelbagai Negara

Good morning, peeps! Aku cuti hari ni, indah songgoh rasanya. Memandangkan internet bagi kerjasama, aku nak update entri ke-2 di bulan Jun. Dah lama aku nak buat entri ni sebenarnya tapi aku berdepan dengan masalah henpon tak canggih. Pakai edual je, kamera tak ohsem. Untuk entri ni, aku pamerkan koleksi mini numismatik syiling pelbagai negara yang ada dalam simpanan aku dan syiling yang mana yang paling aku suka tengok. Berkat ke'ohsem'an kamera S7 (thanks bro for your amazing phone), masalah henpon tak canggih berjaya diatasi.

Tak nak taip banyak, mari tengok syiling yang aku ada>>>



Syiling 1 sen Amerika tahun 1991 dengan ukiran muka Abraham Lincoln


Syiling 20 sen Kerajaan Brunei tahun 2005 dengan ukiran muka Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Syiling 1 yuan dari China dengan ukiran simbol pokok buluh

Syiling 10 sen tahun 2003 dari Eropah dengan ukiran harp

Syiling 25 piso tahun 1970 dari Filipina dengan ukiran muka Juan Luna

Syiling 1 piso tahun 1994 dari Filipina dengan ukiran muka Jose Rizal

Syiling 10 paise tahun 1986 dari India dengan ukiran tugu singa Asoka

Syiling 100 rupiah dari Indonesia dengan ukiran rumah Minangkabau

Syiling 50 lire tahun 1967 dari Itali dengan ukiran 'coin to the service of man'

Syiling 20 fills tahun 1977 dari Kuwait dengan ukiran bahtera

Syiling $1 tahun 1980 dari Malaysia dengan ukiran simbolik Maal Hijrah

Syiling 1 pound tahun 2005 dari Mesir dengan ukiran King Tutankhamun

Syiling 1 leu tahun 1992 dari Romania dengan ukiran simbolik

Syiling 5 sen tahun 1967 dari Singapura dengan ukiran angsa

Syiling 1 Bath dari Thailand

Syiling 1 dirham tahun 1973 dari UAE dengan ukiran teko kopi Dallah

Syiling 1 shilling tahun 1962 dari United Kingdom dengan ukiran muka Queen Elizabeth II



p/s: merancang nak buat entri duit syiling lama, kalau ada masa la~

@themagi2016

Thursday 2 June 2016

Hobi: Kumpul Figurine III

Selamat nemuai ka blog aku! Tiba-tiba nak jako (cakap) Iban hari ni semalam Gawai Festival, tak tahu la betul ke grammarnya. Kalau dulu aku pergi ngabang (berkunjung) rumah member. Tapi sekarang, aku 'ngabang' di mall sebab member banyak duduk jauh-jauh. Memandangkan hari ni hari cuti dan aku rasa sangat ohsem...haruslah update blog dengan entri yang ohsem iaitu---> kumpul figurine.

Setelah membanting tulang berkerat-kerat dan asyik self-reward setiap kali masuk kedai toys (because I worth it...so aku lupa aku punya bajet bulan ni), aku angkut beberapa bijik figura baru yang ohsem kuasa 3. Aku tak nak tulis banyak, aku tak sabar nak tunjuk koleksi terbaru. Jom tengok :)


Kurosaki Ichigo dari anime Bleach dengan pedang
Zanpakuto Tensa Zangetsu

Kurosaki Ichigo dari anime Bleach dengan pedang
Zanpakuto yang besar.

Rukia Kuchiki dari anime Bleach dengan pedang
Sode no Shirayuki (Sleeve of White Snow)

Ulquiorra Schiffer (karakter favourite aku) dalam anime
Bleach dengan pedang Murcielago/Murushierago. 

Uryu Ishida dalam anime Bleach dengan busur 
Heilig Bogen.

Darth Vader (Star Wars) 20 cm versi Minion Dave
(with light + sound kat biji mata)

Stormtrooper First Order  dengan saiz
3.75 inci dari Hasbro.

Snow Mission First Order Snowtrooper dengan saiz 3.75 inci
dari Hasbro. Harga memang 'ohsem' tapi good thing is...
adik aku yang tolong beli. Thanks bro~




Sekarang, aku tengah hunting beberapa bijik figura di kedai toys. Harap-harap,
toys tu setia menunggu aku *gelak sambil kira duit syiling~

@themagi2016