Tuesday 28 March 2017

Lane Building Kuching

Image result for lane building kuching
Credits: Tripadvisor
Lane Building merupakan bangunan lama abad ke-19 yang kini menjadi hub perniagaan peniaga Cina seperti kopitiam, kedai makan, kedai pastri dan juga kraftangan. Lane Building terletak tidak jauh dari pusat membeli-belah Plaza Merdeka yang beroperasi pada tahun 2012 dan juga bersebelahan dengan deretan rumah kedai di Kai Joo Lane.

Kewujudan Lane Building di Kai Joo Lane mempunyai cerita tersendiri kerana Kai Joo Lane berada di laluan jaringan seperti Ban Hock Lane dan Jalan Court House. Ketiga-tiga laluan tersebut saling berhubung dengan India Street yang beroperasi selama 160 tahun. Malah Kai Joo Lane sendiri wujud pada era Brooke.

Lane Building

Lane Building merupakan bekas pejabat untuk sebuah syarikat guaman yang direka oleh pereka tempatan, Yap Han Boon di Kai Joo Lane. Struktur Lane Building dibina dengan gaya klasik seperti jubin bumbung kaca yang berwarna hijau jed, tingkap kecil kayu belian, dan jendela gaya pengatup Cina. Tidak banyak maklumat spesifik mengenai Lane Building itu sendiri.

Kai Joo Lane

Kai Joo Lane mendapat nama dari seorang peniaga Teochew yang mula-mula membuka rumah kedai di laluan tersebut. Beliau, Teo Kai Joo (1870-1924) membuka 32 buah rumah kedai pada 1923. Laluan tersebut diberi nama sebagai Kai Joo Lane oleh Charles Brooke. Terdapat anekdot menyatakan bahawa Charles Brooke berkawan baik dengan Teo Kai Joo dan berkunjung ke kedai peniaga tersebut jika ada masa terluang. 

Walaupun Charles Brooke menamakan laluan tersebut sebagai Kai Joo Lane, ia dikenali sebagai 'sar lee hung' dalam dialek Teochew dan Hokkien yang bermaksud atap zink- merujuk kepada rumah kedai yang didirikan dengan batu bata berwarna coklat kemerahan dan atap zink.

Kemudian, ia mendapat gelaran baru iaitu 'kua ca hung' yang bermaksud jalan keranda kerana perniagaan membuat keranda beroperasi di laluan tersebut. Nama tersebut kekal untuk beberapa ketika sehinggalah kedai keranda tersebut menamatkan operasi.

Kini, Kai Joo Lane meneruskan operasinya sebagai hub perniagaan makanan yang aktif pada sebelah malam dan Lane Building sendiri menjadi tempat penginapan yang menawarkan suasana lokaliti dan juga diselitkan dengan elemen sejarah-sesuai dengan kewujudan Lane Building di laluan bersejarah seperti Kai Joo Lane.


rujukan:

@themagi2017

Wednesday 8 March 2017

10 Fakta Menarik Mengenai Wanita

Selamat Hari Wanita untuk semua wanita di seluruh dunia! Hopefully hari ni indah dan gembira untuk semua wanita. Walaupun perasaan irritating aku agak membuak beberapa hari ni disebabkan certain manusia, aku try tenangkan diri dan kata- "Go to hell, heaven or mana-mana tempat yang kau rasa kau nak pergi."Malas betul nak layan perangai homo sapien yang ignorant, 'jual ikan' dan bermuka-muka.

Okay, memandangkan hari ni hari wanita, aku nak kongsikan beberapa fakta menarik yang mungkin korang tak pernah baca dalam senarai blog orang lain. Wanita ialah ciptaan yang istimewa, yang misteri, yang rumit dan ada kisah tersendiri. Wanita patut tahu hal ni ^^
Image result for witch
credits: new-monster.wikia.com
Ahli sihir selalunya dikaitkan dengan wanita. Secara majoriti, wanita lebih banyak dituduh dan dihukum sebagai ahli sihir pada abad ke-15 hingga abad ke-18 di Eropah. Pada era tersebut, kewujudan ahli sihir mewujudkan histeria besar-besaran dan pemburuan ahli sihir telah dilakukan- menyaksikan 35 000 wanita telah dibunuh menerusi statistik keseluruhan di Eropah pada tahun 1450-1750.

Image result for lilith mythology
credits: otintropacific.wordpress (Lilith)
Menurut kepercayaan lama Kristian dan Jew, Lilith merupakan wanita pertama dicipta. Namun Lilith tidak dicipta dari tulang rusuk Adam, sebaliknya dicipta dari habuk. Lilith dikatakan bersikap ego dan enggan mendampingi Adam kerana merasakan dirinya setaraf dengan Adam. Maka, Eve dicipta bagi menggantikan posisi Lilith. Kononnya, punca Adam dan Eve dikeluarkan dari syurga adalah disebabkan oleh tipu muslihat Lilith yang berdendam.

Image result for pontianak
credits: lutherniel.devianart (pontianak)
Kebanyakan hantu di Nusantara dikuasai oleh wanita dan biasanya kes kewujudan hantu berlaku apabila wanita tersebut ditimpa kematian yang dahsyat, ataupun mengikut amalan yang salah. Sebagai contoh: pontianak, langsuir, hantu kum-kum, hantu kopek, penanggalan dan lain-lain.

Image result for virgin mary
credits: pinterest (Virgin Mary)
Dari sudut agama dan sejarah, wanita boleh melahirkan anak tanpa suami. Satu-satunya wanita yang mempunyai kebolehan tersebut ialah Maryam, ibu Nabi Isa (Islam)/ Virgin Mary, ibu Jesus (Kristian).


Image result for feminism
credits: shsrattler.com
Antara lelaki dan wanita, hanya wanita saja yang mempunyai pergerakan yang digelar feminisme. Pergerakan tersebut wujud bagi mendapatkan keadilan dan hak sama rata terhadap wanita yang sering dilihat sebagai objek penindasan oleh golongan lelaki. Sehingga ke hari ini, belum ada pergerakan maskulinisme secara rasmi.

Image result for queen elizabeth 2
credits: the telegraph (Queen Elizabeth II wedding-1947)
Tidak ramai negara memilih wanita sebagai pemimpin, tetapi Queen Elizabeth satu-satunya wanita yang masih bertahan dalam sistem pemerintahan beraja di seluruh dunia.

"Image result for mumtaz mahal taj mahal
credits: daily-bhaskar.com (Arjumand Banu Begum a.k.a Mumtaz Mahal)
Wanita dan cinta tak dapat dipisahkan. Dan wanita selalu dikecewakan dari aspek curang, poligami, penipuan dan sebagainya. Tetapi statistik menunjukkan lelaki lebih cenderung kecewa dan membunuh diri berbanding wanita (Delhi: 38 lelaki, 25 perempuan/2014). Well, wanita masih ada ketabahan- just like you said, Elizabeth Tan.  Tapi bila sebut pasal wanita dan cinta, aku rasa wanita paling bertuah dalam dunia ni ialah Mumtaz Mahal sebab dapat hadiah mahal yakni Taj Mahal dari suaminya yang kaya dan suka barang mahal, Shah Jahan, raja empayar Mogul/Mughal. 

Image result for jeanne clement
credits: staying-ageless.com (Jeanne Clement)
Menurut rekod dunia, manusia yang paling panjang umur ialah wanita. Wanita-wanita tersebut ialah:
    • Jeanne Clement (122 tahun 164 hari), 
    • Sarah Knauss (119 tahun 97 hari), 
    • Lucy Hannah (117 tahun 248 hari), dan 
    • Marie-Louise Meilleur (117 tahun 230 hari). 
    • Emma Morano (117 tahun 97 hari) dan Violet Brown (116 tahun 361 hari) dicatatkan sebagai wanita tertua di dunia yang masih hidup menerusi statistik yang dikemaskini pada 06 Mac 2017.

Image result for single mom
credits: success.com
Kebanyakan wanita mampu menjaga anak dan menjadi single mom tetapi tidak ramai lelaki mempunyai kesanggupan untuk menjadi single dad. Oleh itu pada tahun 2016, Clean Bandit bersama Anne-Marie dan Sean Paul telah melancarkan lagu Rockabye yang didedikasikan untuk ibu-ibu tunggal di seluruh dunia

Image result for nuwa goddess of creation
credits: crystalinks.com (Nuwa- goddess of creation)
Walaupun wanita tidak pernah lari dari menerima penindasan dan dipandang rendah, kepercayaan di dunia menunjukkan bahawa lelaki tidak dapat lari dari menghormati wanita. Sebagai contoh:

    • Islam: Maryam, Fatimah Azzahara, Rabiatul Adawiyah, Aisyah r.a
    • Kristian: Virgin Mary, Mother Theresa, Joan of Arc, Mary Magdelene.
    • Hindu: Sita, Parvati, Gangga, Saraswati, Kali, Durga, Lakshmi, Radha, Mahadevi, Matrikas.
    • Bodhisatva: Guan Yin, Nuwa, Wangmu Niangniang, Chang E.


@themagi2017

Monday 6 March 2017

Figura Kenderaan Mini IX

Good morning, March! Hari ni aku datang lagi dan meng-update entri ke-3 bulan 3. As usual, kali ni aku nak share mini car aku yang paling latest and btw, aku memang suka sangat self-reward. Walaupun B-day aku lambat lagi, aku peduli apa? Yang penting aku gumbira.

Okay, ini dia baby baru aku. Feel free to watch :)

Nama: Mercedes Benz 300 SL 
Keluaran: Burago Gold Collezione Die Cast
Harga: RM99
Tahun: 1954
Skala: 1/18
*Seperti yang korang nampak dalam gambar, setiap pintu 
kereta boleh dibuka, memang berat, realistik, dan perincian 
kereta sangat teliti.

Nama: Citroen 2CV 
Keluaran: Burago Die Cast
Harga: RM39.90
Tahun: 1955
Skala: 1/32
*Kereta ni masuk dalam kategori unik sebab pintu dibuka 
secara terbalik dan disertakan dengan display box.

Nama: Volkswagen New Beetle Convertible
Keluaran: Maisto Die Cast
Harga: RM29.90
Tahun: 2011
Skala: 1/25
*Kereta VW New Beetle ni ada banyak jenis such as 
coupe, convertible dan RSi. Memandangkan aku dah
ada ketiga-tiga jenis kereta tu, so aku tengah hunting
cabriolet dan ragster.

Nama: Ford F1 Pickup Harley-Davidson 
Keluaran: Maisto HD Custom Die Cast
Harga: RM99
Tahun: 1948
Skala: 1/24
*Pickup Harley Davidson vintaj antara koleksi aku yang
unik sebab ini kali pertama aku beli pickup dan ada elemen
militari. Perincian memang teliti, kemas, dan berat.

Nama: Harley-Davidson WLA Flathead Motorcycle 
Keluaran: Maisto HD Custom Die Cast
Harga++
Tahun: 1942
Skala: 1/24
*WLA Flathead ni dikategorikan sebagai green army
motorcycle dan disertakan dalam produk Ford F1 HD.
Bonus bagi aku sebab Flathead ialah motosikal pertama
dalam koleksi aku. Sebelum ni aku beli vespa je.


p/s: I'll never stop hunting you, mini cars~
@themagi2017