Monday 28 December 2015

Hobi: Kumpul Figurine

Hai, peeps! Uwaah, macam berkurun rasanya tak bersihkan habuk dalam blog. Selalu tak ada kesempatan nak mengarang entri sebab aku tak siapkan lagi manuskrip. Bengang ni, tahun baru tak lama lagi tapi kerja belum sampai 50%...ergh~

Tapi, sebelum tahap bengang aku sampai ke tahap kemuncak, haruslah aku menenangkan diri sendiri dengan hobi aku yang tak terkira banyaknya. Aku ni jenis curang, suka tukar hobi. Setelah sekian lama tak membeli  figurine (bukan figura kereta), aku tergerak hati nak mulakan semula hobi ini. 

Selalunya, sebelum aku nak selitkan gambar dalam entri, aku suka bercerita bab sejarah sesuatu benda. Tapi entri kali ni aku malas nak tulis sebab kepala aku dah sarat dengan sejarah lain. Jadi, aku nak terus selit gambar dan merepek di hujung tahun. Dear December 2015, I will miss you bebeh. Untuk Januari 2016 yang bakal tiba tak lama lagi, berilah segala rahmat, rezeki dan kesejahteraan dalam hidup kita semua (Amin~)

Okey gambar...masa untuk selitkan dikau di sini.

Little Dinosaur

Tahun kewujudan: sekitar 1993
Aku tak pasti toy ni apa sebenarnya-
bukan spesis Lego, apatah lagi spesis
mainan biasa. Mungkin mainan DIY. Tapi
aku suka gila pulas kaki dinosaur ni.


Little Kiddo
Tahun kewujudan: sekitar 1995
Patung kecik ini diperbuat daripada manik.
Lengkap dengan kaki, tangan, juntaian rambut
topi dan kain skirt. Kalau aku tak silap, kawan
kakak aku yang buat. Tapi sila jangan buat
tempahan- sebab kakak aku gagal menjejaki
kawannya itu sampailah ke hari ini.


Little Sasuke
Tahun kewujudan: 2006
Aku beli Sasuke kecik ni masa aku duduk
di Sibu. Ada satu kedai gift di Wisma Sanyan
(Blue & White nama kedai tu kalau aku tak
hilang ingatan). Masa tu geng aku suka tengok
Naruto jadi aku pun beli la satu untuk
menunjuk-nunjuk (riaknya aku masa dulu..)


Little Naruto
Tahun kewujudan: 2006
Naruto kenit ni aku beli selepas aku beli Sasuke
(selang beberapa minit je). Patung Naruto ni memang
sangat kecik, nak berdiri pun susah sebab kepala
lagi besar dari kaki. Dia ni sesuai jadi keychain je.


Little Jack Skellington
Tahun kewujudan: 2007
Jack kecik ni pemberian geng aku masa di bangku
sekolah. Aku tak tahu apasal dia bagi, tapi aku
terima hadiah dia sebab aku memang suka Jack.
Even sampai sekarang aku masih enjoy dengar
lagu NBC sambil menaip hikayat. Ohsem rasanya.


Little Trooper
Tahun kewujudan: 2015
Trooper kecik ni bersempena dengan filem
Star Wars yang release tahun ni. Wajib dapatkan
figura berkaitan dengan Star Wars. Untuk memenuhi
keinginan, aku beli Lego (tak ori) Trooper, siap dengan
helmet, lightsaber, dan senjata api. Sekarang Trooper ni
bertugas jadi pak guard bilik aku.


Little Vader
Tahun kewujudan: 2015
Yang ini aku beli serentak dengan Trooper. Inilah
antagonis kegemaran aku (sebab suara dia macam
orang pakai topeng skuba). Seperti kenyataan di atas,
set Lego ni (tak ori) dilengkapi dengan helmet, lightsaber
dan senjata api. Vader kenit ni berganding bahu
dengan si Trooper untuk jaga bilik aku.


Sekian Disember. Itu je yang dapat aku taip untuk
entri terakhir bulan Disember 2015. Tahun depan kita
jumpa lagi. Have a nice day with MaGi!

@themagi2015

Sunday 20 December 2015

Sunan Cinta Nan Sakti!

Happy Ahad! Lega rasanya dapat berehat di hujung minggu. Lepas menonton Kill Bill Vol.2 pagi tadi, aku tergolek tidur dan buang stres dalam mimpi. Now, masa untuk mengarang entri.


Oh, semalam aku pergi MPH Plaza Merdeka. BTW, aku dah beli karya terbaru Ramlee Awang Murshid- Sunan Cinta Nan Sakti. Bukan main susah aku nak dapatkan buku ni, aku try pesan buku ni melalui member yang berkemungkinan pergi ke pesta buku Karangkraf. Tapi member sibuk, aku pun cari ikhtiar lain. Dikhabarkan buku ni available di kedai-kedai buku Popular dan MPH selepas tamat pesta buku Karangkraf tapi as always, buku belum sampai.

Entah macam mana terniat rasa hati nak merayau petang semalam, akhirnya buku yang aku cari ada di atas rak buku MPH! Aku rasa tak perlulah aku nak buat review pasal buku ni.

Judul: Sunan Cinta Nan Sakti
Pengarang: Ramlee Awang Murshid
Harga: RM33 (SS)/ RM30 (SM)
Cetakan: Pertama-2016
Penerbit: Alaf21
Jenis: Paperback

Coret-coret Sunan Cinta Nan Sakti

  • Buku ini bersifat epilog, rentetan kisah cinta antara Saifudin Jalis dan Ratna Ratu Sulaman. 
  • Lanjutan kisah kembara Saifudin Jalis boleh dirujuk menerusi siri buku Sunan yang terdahulu. 
  • Prolog buku ini boleh dirujuk menerusi buku Sunan Nanggroe Sang Kembara.
  • Buku ini bertemakan thriller, aksi dan cinta.
  • Buku ini juga terdapat dalam bentuk e-book
  • Terdapat elemen puisi sebelum bab satu dimulakan.
  • Glosari buku disusun secara alphabetical order.
  • Terdapat sumber rujukan di belakang.
  • Terdapat ruangan segmen ilmu untuk tatapan pembaca.
Disebabkan aku belum habis baca buku ni (aku baru beli semalam), tak dapatlah aku nak cerita sikit kandungan novel. Aku beli novel ni pun sebagai rujukan menulis aku sebab teknik penyampaian cerita RAM sangat menarik dan mudah difahami. Harap-harap, aku dapat lebih inspirasi  lepas habis baca buku ni.

@themagi2015

Thursday 17 December 2015

Artwork Abstract

Good morning, peeps! I don't know what to do, I'm holding a baby (my niece) while I'm writing this entry. So, let's straight to the point. This artwork made by marker pen +  gel pen. I like doodling right now (doodling season, probably). 

Please enjoy my artwork, have a nice day with MaGi and you can follow my Instagram. Just check out my account at the right side :)

 Henna on paper

 Flower Girl

 Young n Free

 The World of Ice Cream

 Mourning Mask

 Flying Beetle

 The Eyes of Nature

 Phantom Girl

Open the Book


@themagi2015

Wednesday 16 December 2015

Judul Lagu dan Nama Selebriti

Hello, Wednesday! Hari ini, 16 Disember. Syukur aku berjaya siapkan manuskrip for Karyaseni. Tak tahulah apa keputusannya nanti but I have to try. Sebelum mulakan manuskrip untuk pihak DBP, aku nak update entri sebelum datang penyakit malas. Tak banyak yang aku nak tulis hari ni. Aku cuma nak senaraikan judul lagu yang bersempena dengan nama selebriti. Kalau search kat Google, ada banyak nama lagu yang dikaitkan dengan selebriti. Tapi aku senaraikan lagu yang aku tahu je lah.

Okey, have a nice day with MaGi!


Marvin Gaye (1973).png
Marvin Gaye, single Charlie Puth dan Meghan Trainor yang dilancarkan pada Februari 2015. Marvin Gaye merupakan seorang komposer, penyanyi, pemuzik dan penulis lirik terkenal pada era 60-an sehingga awal 80-an. Gaye meninggal dunia pada tahun 1984 akibat ditembak oleh bapanya sendiri.


Buddy Holly cropped.JPG
Buddy Holly, single kedua kumpulan Weezer yang dilancarkan pada tahun 1994. Buddy Holly merupakan seorang produser, pemuzik, penyanyi dan penulis lirik pada era 50-an. Holly meninggal dunia pada tahun 1959 akibat nahas kapal terbang.


Image result for tim mcgraw
Tim McGraw, debut pertama Taylor Swift yang dilancarkan pada tahun 2004. Tim McGraw merupakan seorang penyanyi, pemuzik dan pelakon. Beliau dikenali sebagai penyanyi country, suami kepada penyanyi Faith Hill dan beliau antara selebriti yang mendapat Walk of Fame di Hollywood.


Barbra Streisand - 1966.jpg
Barbra Streisand, single Duck Sauce yang dihasilkan oleh DJ duo American-Canadian dan ia dilancarkan pada tahun 2010. Streisand merupakan seorang penyanyi, pelakon, penulis lirik dan penerbit filem. Beliau sangat terkenal dari era 50-an sehingga kini dan dilabelkan sebagai 'Queen of the Divas'.


Steve McQueen 1959.jpg
Steve McQueen, single Sheryl Crow dari album C'mon C'mon yang dilancarkan pada tahun 2002. McQueen merupakan seorang pelakon yang tersohor dari era 50-an sehingga 80-an. Beliau digelar sebagai 'King of Cool' dan  memiliki persona anti-hero sehingga menjadi pelakon mendapat bayaran tertinggi di dunia pada tahun 1974. Beliau meninggal dunia akibat kanser Mesothelioma yang berpunca dari pendedahan asbestos.


James Dean in Rebel Without a Cause.jpg
James Dean, single kumpulan rock Eagles dari album On the Border yang dilancarkan pada tahun 1974. Dean merupakan seorang pelakon, ikon dan selebriti  yang aktif pada era 50-an. Beliau meninggal dunia dalam kemalangan kereta (Porche 550 Spyder yang digelar sebagai Little Bastard) di California. Kematian Dean menjadi satu legenda apabila kereta beliau dikaitkan dengan perkara-perkara misteri dan menjadi fenomena dalam beberapa siri drama seperti Supernatural. 


Image result for michael jackson
Michael Jackson, single FatBoy Slim yang dilancarkan pada tahun 2002 dalam EP Illuminati. Jackson merupakan penyanyi, pemuzik, penari, produser rekod, pelakon dan penulis lirik yang menyandang status 'King of Pop'. Beliau memulakan karier dalam kumpulan Jackson 5 yang terdiri daripada adik-beradiknya sendiri pada lewat 50-an sehingga awal 70-an. Jackson menjadi penyanyi solo pada sekitar tahun 80an dan menjadi ikon muzik menerusi beberapa lagu yang terkenal seperti Thriller, Billy Jean, Dangerous dan banyak lagi. Jackson menghembuskan nafas terakhir pada tahu 2009 akibat serangan jantung (disebabkan oleh propofol dan benzodiazepine).


Taylor Swift, single Tyler Dean (anak penyanyi country legenda Ronnie Dean)  yang dilancarkan pada tahun 2009. Swift merupakan seorang penyanyi, penulis lirik, pelakon dan ahli philanthropist. Karier awal Swift bermula sebagai penyanyi country. Kini Swift dikenali sebagai penyanyi pop menerusi beberapa single seperti Shake it Off, Bad Blood, We're Never Ever Getting Back Together dan banyak lagi.


@themagi2015
ruj: wikipedia | rhapsody.com | billboard.com | songfact |zimbio

Sunday 13 December 2015

Teater Bangsawan (Pratonton Pementasan) Sultan Tengah Sarawak

Salam Ahad, hari ini 13 Disember. Memandangkan hari ni hari minggu, aku habiskan masa duduk depan laptop dan buat kerja. Alang-alang dah membelek laptop, aku pun kemaskini blog. Sebelum ni aku ada buat entri pasal rehearsal teater pratonton Sultan Tengah di DBP Kuching. Hari Jumaat lepas (11 Disember), aku pergi menonton teater bersama keluarga. Memandangkan teater ni teater pratonton, kebanyakan penonton yang datang tu terdiri daripada keluarga, saudara mara dan rakan-rakan terdekat. Seronok jugak sebenarnya tengok teater pratonton sebab kita boleh nampak idea original dan beberapa perkara yang belum digilap sepenuhnya. 

Okey, aku nak cakap apa sebenarnya? Aku rasanya tak nak buat kritikan sebab aku tak layak. Mujurlah malam tu, juri yang diundang terdiri daripada warga tempatan yang mahir dalam kearifan lokal. Pelakon utama pun bagus-bagus. FYI, Teater bangsawan di Sarawak dan di Semenanjung Malaysia tak sama sebab teater bangsawan Sarawak ada persembahan extra turn (yang mengandungi elemen lokaliti seperti mukun, lagu-lagu tempatan dan juga tarian)  bagi memberi ruang mengubah latar pentas.

Tetapi sebagai penonton, aku ada beberapa pendapat/cadangan dari sudut pandangan penonton iaitu:
  • Kalau boleh, pelaku (pelakon teater) jangan membelakangkan penonton semasa berlakon. Masalah ni berlaku dalam setiap babak dan aku tak dapat dengar dialog pelaku dengan jelas.
  • Reaksi wajah pelaku tak cukup dramatik. Perlu penambahbaikan dari segi 'body languange' dan ekspresi wajah. Barulah penonton boleh nampak dengan jelas dan cerita dapat disampaikan dengan lebih berkesan sebab jarak penonton dengan pentas teater bukannya dekat pun.
  • Tambah elemen teknologi, slideshow gambar Gunung Santubong, pelabuhan Santubong, suasana balairong seri di kerajaan Berunai dan sebagainya. Semua tu penting untuk hidupkan deria rasa penonton.
  • Jangan masukkan bahasa Sarawak era sekarang. Karakter 3 dara pingitan tu kurang sesuai dalam pementasan sebab ia tidak selari dengan gaya hidup zaman dahulu (yakni, zaman Sultan Tengah). Betul cakap juri, karakter 3 dara pingitan tak perlu ada di kawasan pelabuhan.
  • Tambah penceritaan melalui syair. Syair memang digunakan dalam pementasan tapi tak mencukupi.
  • Pecahan babak agak memakan masa. Kalau penggabungan babak dilakukan (babak 1+2, babak 3+4 dan babak 5+6), aku rasa jalan cerita teater dan persembahan extra turn lebih lancar.
Menurut juri yang datang malam tu (diketuai oleh YBhg. Datu Dr. Adi Badiozaman Tuah), mereka nak perubahan dari segi lenggok bahasa, pakaian, prop dan aksesori. Aku setuju dengan pendapat mereka, cuma untuk persembahan teater malam tu, mereka tak dapat sebarang tajaan dan mereka gunakan apa saja yang ada untuk mewujudkan jalan cerita. Jadi, aku ucapkan tahniah dan syabas di atas kesungguhan mereka. Untuk teater bangsawan yang sebenar pada bulan 2 tahun depan, aku harap ramai penaja sudi menolong mereka sebab teater Sultan Tengah merupakan satu usaha murni dalam memartabatkan sejarah Sarawak. Sebelum aku terlupa, aku nak puji persembahan dari Kelab Pencinta P.Ramlee dan tarian penari cilik sebab sangat menghiburkan.

Aku selitkan sedikit gambar yang aku snap Jumaat lepas semasa menonton teater bangsawan Sultan Tengah.

Sedikit latihan sebelum pementasan teater bermula.

Persembahan bermula dengan kisah di Berunai.

Persembahan tarian di istana.

Babak Sultan Tengah berlayar dari Sambas menuju ke Sarawak

Babak Sultan Tengah dikhianati pengikut di Batu Buaya, Santubong.

Sesi bergambar bersama pelakon teater dan juri.


@themagi2015
update 17042017

Thursday 10 December 2015

#Kemaskini Sejarah Sarawak IV

Hari ini 10 Disember 2015. Beberapa bulan yang lepas (10 Jun 2015) aku terima kiriman emel ke-4 dari pengirim emel yang sama. Aku terlupa nak buat entri dan kongsikan info yang aku dapat tu sebab aku sibuk mengarang cerpen. Jadi, selepas 6 bulan, aku pun buat entri ni dengan gembiranya.

Aku kongsikan kiriman emel untuk bacaan semua.
________________________

my dear,

start with the story of awang alak bertatar and how he acquired sarawak. The legacy of Sultan Bolkiah, the story of Sultan sarawak ie sultan tengah 200 years before Brooke came to shore. Raja Ayang a princess who was buried alive as she was accused of incest with her own brother. Dato Godam who was a royal member of Brunei whose mother was a daughter of a Dutch official. this Dato Godam is he real or myth? The story of Mukah, the death of Pg Arshad/Resat/Ursat by Pg matussin, etc. Don;t just focus on Brooke. all the above stories have links with Brunei, Sarawak and North Borneo.

best regards.

________________________

Berdasarkan kirimen emel yang ke-4, pengirim emel tak menekankan lagi tentang Brooke dan dia nak aku korek sejarah Sarawak yang lain. Sebenarnya, dah banyak jugak aku korek, bermacam-macam entri tentang sejarah Sarawak yang aku dah buat (walaupun rujukan aku taklah power macam researcher yang lain). Apa-apapun, tahap concern pengirim emel beranjak dari perihal seksualiti Brooke ke arah kisah Kesultanan Brunei. Very interesting, nampaknya dia dah baca entri ke-3 tu kot? But still, aku dapat info baru tentang tokoh-tokoh yang aku tak tahu sebelum ni such as Pg. Arshad, Pg. Matussin dan Raja Ayang. Rasanya, aku kena giat membaca kisah sejarah lokal selepas ni.

Before menutup entri ke-4, aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada pengirim emel kerana memberi perhatian kepada usaha aku membuat entri sejarah tempatan.



@themagi2015

Sultan Tengah: Sejarah Sultan Pertama dan Terakhir Sarawak

Sarawak, negeri yang banyak sejarah tetapi tak ramai mengetahuinya. Menurut Sanib Said (Associate Prof. Of Nusantara Chair, IEAS dan felo UNIMAS), kesejarahan kerajaan silam di Sarawak mengalami masalah penstrukturan kerana tak cukup bahan naratif dari sumber primer atau sekunder. Tapi sebelum nak melanjutkan sejarah tentang Sarawak, aku nak sentuh sikit tentang teater Sultan Tengah (teater pratonton) yang diadakan di DBP Kuching. Ia satu usaha yang bagus dalam mengangkat sejarah Sarawak terutama sekali sejarah Sultan Tengah kerana ramai yang tahu Jalan Sultan Tengah, tapi ramai juga yang tak berapa tahu siapa Sultan Tengah. Bila difikirkan, ia agak mengecewakan kerana ramai orang Sarawak tahu Kesultanan Melayu Melaka (sebab ada dalam buku teks dan sebahagian dari modul pendidikan di sekolah). Tapi sejarah Sultan Tengah tidak didokumentasikan dengan baik. Jadi, di sini aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Dr. Idris Boi (penulis buku Lagenda Sebuah Cinta terbitan Buku Prima) sebab sudi berkongsi salinan salasilah hubungan Kesultanan Brunei dengan Sambas.


Okey, berbalik semula kepada reheateater pratonton Sultan Tengah. Aku tak hadir masa latihan mereka sebab aku sibuk buat benda lain. Tapi aku mendapat sedikit pencerahan berkenaan dengan malam kritikan sebelum persembahan teater yang sebenar. Pada pendapat akulah, juri yang dilantik haruslah tahu sedikit sebanyak tentang struktur sejarah di Sarawak. Ia memudahkan mereka untuk memahami sifat lokaliti dalam sesebuah cerita. Menurut komen juri dari KL, terdapat beberapa argument yang tak sepatutnya berlaku. Sebab, komen yang diberikan ialah:
  • Kenapa ada jala ikan di kapal? Jala ikan ialah peralatan menangkap ikan yang amat sinonim di Sarawak, terutama sekali di Santubong sebab Santubong merupakan pelabuhan maritim dan entrepot yang besar, wujud abad ke-15 (bermula dari abad ke-7 dengan bukti arkeologi). Perikanan, pertanian dan perdagangan luar negeri adalah asas ekonomi di Santubong. Secara logiknya, makanan dalam tin tak wujud pada zaman tersebut jadi menjala ikan ialah perkara penting untuk mencukupkan bekalan makanan bagi kapal ketika belayar di lautan.
  • Kenapa lanun tak pakai baju, cuma pakai seluar? Lanun di Asia Tenggara, khususnya negeri bawah angin tak peduli pada protokol pakaian. Malah, lanun negeri atas angin pun tak pakai baju (sila rujuk lanun filem Pirate of Caribbean)
  • Kenapa anak Sultan Tengah pakai pakaian macam orang Jawa? Ni nak bagitahu, anak Sultan Tengah, Radin Sulaiman merupakan Sultan Sambas. Permaisuri Sultan Tengah, Ratu Suria Kasuma ialah anak Penambahan Dikiri Kasuma. Susur galur bonda Radin Sulaiman sendiri boleh dijejaki dari Penambahan Dikiri Kasuma, Penambahan Dibaruh, Penambahan Chaga, Penambahan Sukadana, Penambahan Kelahirang sampailah ke Damar Wulan (anak Raja Jawa). Mungkin, kebudayaan Sambas dipengaruhi oleh adat Jawa. 
  • Kenapa ada persembahan silat dalam teater ni? Hairan aku, kenapalah argue pasal tu. Mestilah silat, orang Melayu. Silat dipersembahkan untuk menjunjung ketibaan duli. Takkan nak buat wushu?
  • Kenapa ada selingan tarian? Tarian ialah satu corak hiburan di Asia Tenggara suatu masa dulu. Kita boleh tengok banyak selingan tarian dan nyanyian dalam filem klasik. Tarian juga merupakan medium seni dalam meluahkan perasaan, keindahan bahasa dan mempengaruhi sosiologi masyarakat sebagai golongan berbudaya dan mempunyai adat warisan. Hiburan seperti itu sangat bermakna bagi mereka sebab TV, radio, smartphone, Youtube, PS2 dan segala jenis hiburan masa sekarang tak wujud pada abad tersebut.
  • Kenapa Sultan Tengah dibunuh dan apa punca pembunuhan itu dilakukan? Okey, yang ini masih diperdebatkan kerana belum menjumpai bukti kukuh sekukuh-kukuhnya tentang punca pembunuhan tersebut. Tapi kita sebagai manusia yang diberi akal haruslah berfikir di luar kotak. Kita boleh mengandaikan secara logik bahawa Sultan Tengah dibunuh mungkin disebabkan lanun tidak suka melihat Sultan Tengah berkuasa dan mereka tidak mahu Sultan Tengah membanteras kegiatan mereka. Mungkin juga, Sultan Tengah dibunuh kerana segelintir rakyat tidak mahu hidup lagi dalam pemerintahan diraja. Terdapat kebarangkalian Sultan Tengah dikhianati oleh pembantu/pengikut kerana ingin merampas takhta kerajaan. Sebenarnya terdapat banyak kemungkinan bagi sejarah pembunuhan Sultan Tengah kerana pembunuhan seperti ini biasanya melibatkan tentang masalah dalaman seperti dendam, cemburu, khianat dan sebagainya. Apa-apapun, ini cuma sekadar teori peribadi.
Okey, aku tak nak explain banyak tentang kritikan juri sebab juri tu rasanya tak tahu sangat tentang sejarah tempatan di Sarawak. Tapi aku mengucapkan syabas pada kru teater Sultan Tengah sebab berusaha dengan hasil usaha sendiri (tanpa sponsor) dalam mengangkat kisah sejarah ke pentas teater. Aku cuma nak cakap beberapa perkara yang aku tahu tentang sejarah Sultan Tengah.
  • Sultan Tengah ialah anak Sultan Muhammad Hassan Brunei IX (1582-1598).
  • Nama sebenar Sultan Tengah ialah Pengiran Muda Tengah Ibrahim Ali Omar.
  • Menurut Sejarah Sambas, Sultan Tengah dikenali sebagai Sultan Abdul Jalil.
  • Baginda berkahwin dengan Ratu Suria Kasuma, anak keluarga diraja dari Kesultanan Sambas.
  • Baginda ada seorang anak, Radin Sulaiman (Sultan Muhd. Saifuddin Sambas).
  • Baginda mempunyai dua orang saudara sedarah, Sultan Abdul Jalilul Akbar Brunei X (1598-1659) dan Sultan Muhd. Ali Brunei XVI (1660-1661).
  • Sultan Tengah ialah Sultan Pertama dan Terakhir di Sarawak
  • Sarawak ialah salah satu wilayah Kesultanan Brunei.
  • Menurut sumber lisan, Sultan Tengah ingin menjadi Sultan Brunei. Baginda membantah abangnya (Sultan Abdul Jalilul Akbar Brunei X) dipilih menjadi Sultan Brunei kerana abangnya lahir ketika ayahanda mereka belum dilantik sebagai Putera Mahkota. Sedangkan baginda lahir ketika ayahanda mereka sudah dilantik sebagai Putera Mahkota. Baginda berpendapat baginda lebih layak menjadi Sultan Brunei. Tetapi Sultan Abdul Jalilul Akbar mencadangkan supaya Sultan Tengah menjadi Sultan Sarawak. Cadangan itu akhirnya mendapat persetujuan.
  • Ketibaan Sultan Tengah sebagai seorang Sultan di Sarawak diiringi oleh perwira dari kaum Sakai, Kedayan dan Pulau Bunut. Baginda juga disertai oleh golongan bangsawan untuk membantu baginda mendirikan kerajaan dan menguruskan negeri baharu.
  • Dikatakan pada tahun 1599, Sultan Tengah pernah melawat ke Pahang (Pahang di bawah taklukan Johor) untuk bertemu dengan Raja Bonda, ibu saudara Sultan Tengah. Raja Bonda (Puteri Berunai, saudara sedarah Sultan Muhammad Hassan Brunei IX) berkahwin dengan Sultan Abdul Ghafor. Di sana, Sultan Tengah diajak menari tetapi teman menari baginda terpukul baginda dengan sapu tangan. Sultan Tengah dikatakan marah dengan perlakuan tersebut. Maka, Sultan Tengah disarankan untuk meninggalkan Johor bagi mengelak pertengkaran.
  • Menurut versi Sejarah Sambas, Sultan Tengah meninggalkan Johor kerana menolak tawaran Raja Bonda untuk berkahwin dengan Enche Zohra, puteri Sultan Johor.
  • Pelayaran Sultan Tengah dikatakan terkandas di Sukadana (kini Wilayah Provinsi Kalimantan Barat, Indonesia) dan pada masa itu Sukadana diperintah oleh Penambahan Giri Mustika (Sultan Muhammad Saifuddin yang baru memeluk Islam dan dibantu oleh Syeikh Syamsuddin dari Mekah). . Di Sukadana, Sultan Tengah berkahwin dengan adinda Penambahan Giri iaitu Ratu Suria Kasuma. Sultan Tengah dikatakan menetap di Sukadana untuk membantu menyebarkan ajaran Islam.
  • Pada 1600, Sultan Tengah berangkat meninggalkan Sukadana dan menuju ke Sambas bagi meneruskan usaha menyebarkan ajaran Islam. Mereka mendarat di Kuala Bangun dan Ratu Suria Kasuma melahirkan putera mereka, Radin Sulaiman. Dikatakan Sultan Tengah mempunyai dua lagi putera, iaitu Pengiran Badaruddin dan Pengiran Abdul Wahab (aku tak dapat cari pengesahan ni sebab aku tak jumpa nama mereka dalam salasilah).
  • Sultan Tengah akhirnya tiba di Pekan Lama dan bertemu dengan Ratu Sapuda (juga dikenali sebagai Ratu Sepudak). Ratu Sapuda mengizinkan Sultan Tengah menyebarkan ajaran Islam ditempatnya walaupun Ratu Sapuda sendiri bukan seorang Muslim. Sepanjang kehidupan Sultan Tengah di Sambas, Radin Sulaiman membesar, menjadi dewasa dan akhirnya dijodohkan dengan anak Ratu Sapuda iaitu Radin Emas Ayu Bungsu (juga dikenali sebagai Puteri Mas Ayu Bongsu). Radin Sulaiman dan Radin Emas mempunyai seorang anak iaitu Radin Bima (Sultan Muhd. Tajuddin Sultan Sambas II).
  • Selepas Ratu Sapuda mangkat, takhta baginda diganti oleh Prabu Pengiran Radin Kenchana yang melantik Radin Sulaiman sebagai Sultan. Dikatakan Ratu Sapuda mahu menyerahkan takhtanya pada Sultan Tengah kerana Sultan Tengah mempunyai pengalaman dalam mentadbir kerajaan tetapi hasrat Ratu Sapuda ditentang oleh kerabat diraja yang lain kerana Sultan Tengah bukan anak jati di tempat itu. Akhirnya Radin Sulaiman diangkat sebagai Sultan Sambas pertama. 
  • Credits: Ibnurusydi.blogspot.com
    Gambar Sultan Brunei/Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam
    di makam Sultan Tengah, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
    Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Al-Mu'izzaddin Waddaulah
    ibni Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddin.
  • Sekitar tahun 1630, Sultan Tengah berangkat meninggalkan Sambas dan menuju ke Matan (kini Wilayah Provinsi Kalimantan Barat). Di sana, baginda berkahwin dengan Puteri Matan dan mempunyai seorang anak iaitu Pengiran Mangku Negara. Pengiran Mangku Negara kemudiannya dilantik sebagai Sultan Matan.
  • Setelah beberapa tahun tinggal di Matan, Sultan Tengah kembali semula ke Sarawak. Ketika baginda tiba di Batu Buaya, Santubong, Di sana, baginda dibunuh oleh salah seorang pengikut dan berita kemangkatan baginda diketahui oleh Datu Patinggi, Datu Shahbandar, Datu Amar dan Datu Temenggong. Baginda dimakamkan mengikut adat istiadat diraja Brunei. Dikatakan baginda mangkat pada tahun 1641, 10 tahun selepas Radin Sulaiman menjadi Sultan Sambas. Makam baginda terletak di Kampung Batu Buaya, Santubong.
  • Sedikit info, Raja Bonda, yakni Puteri Berunai (saudara sedarah Sultan Muhammad Hassan Brunei IX) berkahwin dengan Sultan Abd. Ghafor, anak Sultan Abdul Kadir. Salasilah Sultan Abdul Kadir boleh dijejaki dari Sultan Zainal Abidin, Sultan Mahmud, Sultan Muhammad Syah dari Pahang sehinggalah ke Sultan Mansur Shah Melaka dan Sultan Mudzaffar Shah Sultan Melaka V.
@themagi2015
ruj: Pensejarahan Melayu: Memperbaharui Makna Lama by Prof. Dr.Sanib Said | Sejarah Sarawak       blogspot | ibnurusydi | Salasilah Hubungan Kesultanan Brunei dan Sambas, dari Urai Moestafa bin Raden Mohd.Syah (Pontianak), dan disahkan oleh Brunei Historical Centre (Bandar Seri Begawan)- perkongsian ilmu oleh Dr. Idris Boi.

Wednesday 9 December 2015

Sejarah Sweater

Image result for sweater history
source: saintjamesboutique.com
Sweater, atau baju sejuk/panas/kemeja rajutan ialah jenis pakaian yang terkenal dari dulu sampailah sekarang. Aku buat short entry hari ni berkenaan dengan sweater sebab aku ni penggemar sweater. Setiap kali aku keluar, sweater adalah pilihan pertama aku. Pilihan kedua ialah T-Shirt. Jadi hari ni aku tergerak nak update info tentang sweater. Kita mestilah tahu sedikit sebanyak sejarah pakaian yang kita pakai.

Sejarah

Baju kemeja rajutan pada asalnya pakaian yang dikait/dirajut menggunakan benang kait. Penciptaan pakaian ini bermula dari mereka stokin kait yang dikait menggunakan dua batang jarum kait. Stokin kait yang pertama dan terkenal ialah stokin Coptic yang berasal dari Mesir. Menurut pakar arkeologi, stokin Coptic itu diperbuat daripada benang kapas dan corak stokin itu dinamakan sebagai Khufic kerana ia membawa simbolik perlindungan.

Pakaian ini seterusnya berkembang mengikut zaman. Cardigan sweater yang menjadi trend masa kini sudah wujud sejak dulu lagi. Malah, istilah 'Cardigan' berasal dari nama Earl ke-7 dari Cardigan James Thomas Brudenell. Brudenell merupakan kapten militari British yang mengetuai pasukan di briged The Charge of Light memasuki Valley of Death. Kesemua ahli pasukkan beliau memakai jaket kait militari yang diberi nama 'Cardigan'. Pakaian itu menjadi popular pada kurun ke-17.

Credits: wikipedia
Jenis-jenis

Sweater dibahagikan kepada beberapa jenis dan mempunyai nama yang berbeza-beza. Antaranya ialah:

  • Cardigan: dipakai oleh lelaki dan wanita. Untuk lelaki, cardigan biasanya disebut sebagai mandigan. Rekaannya sama berbutang di hadapan ataupun menggunakan zip.
  • Pullover: sweater ini tidak dibuka dari hadapan. Tidak ada zip atau butang. Ia mempunyai pelbagai bentuk garis leher seperti turtle neck, V-neck atau crew-neck.
  • Waistline: rekaan yang mengikut garis pinggul, berbeza bagi setiap bentuk badan terutama sekali badan wanita.
Sebutan antara UK dan USA

United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (USA) mempunyai cara sebutan yang berbeza terhadap sweater. Antaranya ialah:
  • Pakaian kait yang menutupi badan dan berbutang/zip di hadapan: Sweater/ Cardigan (US), Cardigan/Pullover/Jersey (UK)
  • Pakaian wanita tidak berlengan: Jumper (US), Pinafore (UK)
  • Pakaian sukan: Jersey (US), Jersey/Kit (UK)
  • Pakaian kait tidak berlengan: Sweater vest (US), Tank top (UK)
  • Pakaian dalam tidak berlengan: Tank top (US), Singlet/Vest (UK)
  • Pakaian tidak berlengan formal: Vest (US), Waistcoat (UK)



@themagi2015
ruj: inventor.about.com | designhistoryny | fibre2fashion | wikipedia/sweater