Thursday 16 February 2017

99 PERISAIKOLOGI (II)

Morning, gais! Hari ni, pagi yang sejuk2 sampai ke tulang, aku sambung entri semalam. Banyak lagi yang aku nak cerita hari ni, entri ke-3 akan disambung bulan 3 (semestinya). Bila aku dah mulakan entri ni, tiba2 timbul nostalgia masa dulu2. Macam tak sedar zaman sekolah dah lama expired. Mungkin 2-3 tahun lagi, entri aku ni akan jadi kenangan aku. Masa tengah menaip entri ni, aku tengah mengidap shingles. Hopefully entri ni akan mengingatkan aku pasal stres fizikal dan hopefully shingles tak datang lagi sampai bila2.

Okay, masa untuk sambung entri ^^
  1. Tempat aku masa kecik2 dulu, tak banyak tempat yang menarik untuk budak2. Apa yang aku masih ingat, abah pernah bawak aku dan adik aku pergi main2 kat fountain kecik kat bulatan jalan di Kuching. Fountain tu tak seberapa, tak ada hiburan untuk budak pun tapi aku rasa cantik sangat dan aku gembira betul hari tu. Kadang-kadang, benda simple boleh buat kita lebih gembira.
  2. Masa aku duduk asrama, pakaian yang aku bawa semuanya beli kat street. Aku tak tahu sangat pasal jenama pakaian. Sampailah ada kawan aku cakap- dia tak pakai baju dari street. Dia suka pakai jenama macam BUM, Goggle, Applemint. Aku tak cakap kat dia, aku rasa rendah diri bila dia cakap macam tu. Tapi mungkin, pakaian street yang aku pakai tu, aku kenal maksud rendah diri.
  3. Suatu masa dulu, aku masih ingat salah seorang kawan aku pernah kata family dia tak makan nasi yang dah sejuk, diorang tak lalu nak makan, Bagi aku, asalkan nasi tu tak basi, aku okay je. Lebih baik ada makanan daripada duduk kelaparan.
  4. Masa duduk asrama dulu, aku ada satu tudung, satu baju, satu kain, satu kasut. Aku takut hari hujan sebab aku tak ada baju ganti. Bila jadi macam ni, aku sangat cerewet jaga pakaian sekolah aku. Hasilnya, aku tak terjerumus ke lembah spesis yang suka campak baju dalam bakul dan terjeruk berminggu-minggu.
  5. KFC, McDonald dan Pizza Hut ialah makanan luxury masa aku sekolah dulu. Aku makan KFC sekali je sepanjang aku kat sekolah rendah (kakak aku beli burger Zinger). Kalau Pizza Hut, memang taklah. Abah aku belikan pizza lain sebagai ganti McDonald tu aku tengok dari jauh je. Sekarang ni, makanan tu bukan luxury lagi. Sebab? Aku rasa pizza yang abah beli, ayam goreng mak aku, dan burger RM1.30 tu rasa lebih nostalgia.
  6. Kebahagiaan aku masa remaja? Korek tanah, buat cawan kole. Aku suka zaman innocent aku, aku manfaatkan usia muda aku dengan makna kepolosan yang sebenar. Bagi aku, biar aku hidup ikut fasa usia and young forever.
  7. Kebanyakan perempuan suka pink or jewelry. Tapi aku tak minat sangat semua tu. Aku tak suka ikut majoriti. Being different is making identity.
  8. Aku pernah berangan, aku ada buku sendiri dan nama aku terpampang kat kulit buku. Sekarang, aku dah buktikan aku Mat Jenin yang menunaikan janji pada diri sendiri.
  9. Kalau orang tanya aku nak ubah apa kalau diberi peluang ubah masa lalu? Aku rasa aku tak perlu ubah apa2. Kalau aku ubah, aku tak tahu aku jadi apa hari ni.
  10. Dulu aku ikut mak abah pergi beli baju. Sampai sekarang aku masih ikut diorang. Selagi masih dapat ikut, aku akan ikut mak abah pergi jalan-jalan. Time is precious.
  11. Once, aku diterima masuk ke UiTM Shah Alam. Masa tu la aku belajar berjauhan dari family. Ada orang tak boleh berjauhan dengan family, tiap kali cuti umum cuti sem cuti perayaan sure balik. Aku? Aku belajar untuk terima jarak antara aku dan family. Masa tu lah melatih mental.
  12. Aku ni bukannya sihat sepanjang masa. Jadi aku menikmati saat-saat demam. Bagi aku, ada banyak kesedaran masa sakit berbanding masa aku sihat. 
  13. Aku sebenarnya tak ada idea nak buat blog. Aku tak terfikir nak jadi blogger. Tapi bila kawan aku buat blog, aku pun terikut-ikut. Tak sangka dah masuk 6 tahun aku jadi blogger. Hidup ni memang unpredictable, kan?
  14. Menjadi single ni agak common buat masa sekarang. Tapi ramai juga yang risau lama sangat single. Aku ni, juara single dari zaman remaja sampailah zaman almost 30. Aku tak risau pasal single ni. Single mengajar aku menikmati privasi dan berkuasa veto terhadap diri sendiri.
  15. Sejak duduk sendiri ni, duit belanja dapur sama level dengan selera makan aku. Baru aku tahu perasaan abah aku beli barang dapur masa aku dan adik-beradik aku masih sekolah. Tanggungjawab memang berat, lebih berat dari beras sekampit.
  16. Setiap kali hari hujan, aku teringat aku berlari pergi ke sekolah dalam hujan tak bawa payung. Mak aku menunggu kat rumah, sebab bekas makanan tu dia yang punya. Bila aku balik tak bawa apa2, mak aku tak marah pun. Rupa2nya mak jumpa bekas makanan dalam beg sekolah aku. Disebabkan kejadian tu, sampai sekarang aku selalu toleh belakang setiap kali aku bangun dari mana2 tempat yang aku duduk.
  17. Aku tak ramai kawan. Kawan FB pun tak banyak. Aku tak kisah sangat kawan sikit. Bukan senang nak jaga kawan yang ramai. Makin ramai kawan, makin banyak perangai, makin banyak isu dan makin banyak 'gunting dalam lipatan'.
  18. Pernah sekali masa di universiti, aku cuma ada RM8. Aku dah bayar semua yuran, kos buku dan nota. Yang tinggal cuma RM8. Hari2 aku makan maggi asam laksa + dahfa ikan sampai gastrik. Sampai bila2 pun, aku hargai sijil degree aku sebab aku tahu berapa banyak kesusahan yang aku perlu hadap.
  19. Sepanjang aku belajar, aku tak pernah jejakkan kaki ke KLCC walaupun aku ingin sangat nak pergi KLCC. Sebab pertama? Aku tak tahan naik turun bas. Sebab kedua? Aku sedar duit aku cukup untuk makan, bayar sewa bilik dan yuran belajar. 
  20. Again, pasal zaman kampus. Aku jarang beli baju baru. Kalau beli pun, pakaian biasa. Bukan macam pakaian sekarang. Bagi aku, duit pinjaman tu bukannya untuk shopping baju. Dan aku masuk u bukannya nak beli baju.
  21. Zaman belajar aku agak susah. Susah bukannya disebabkan duit semata-mata. Bila difikirkan balik, aku dan kawan2 aku cuma berdepan dengan satu benda je. Being childish. Dan benda tu mencipta kenangan.
  22. Masa kecik2 dulu, aku suka makan ayam. Mak abah aku berusaha ajar aku makan sayur rebus. Terima kasih pada parent sebab ajar aku makan sayur rebus. Aku diajar makna kesederhanaan. 
  23. Ada beberapa orang kawan aku suka share pasal relationship diorang kat aku. Aku pun bagi nasihat berbakul-bakul kat diorang. Yang lucunya, aku sendiri tak pernah ada relationship. Sebenarnya aku belajar dari pengalaman diorang.
  24. Antara sneaker dan heels, aku prefer sneakers. Aku tak pakai benda yang menyeksakan kaki. Obviously, pilihan terletak di tangan atau kaki diri sendiri. 
  25. Sepanjang aku hidup, pernah aku argue- kenapa aku selalu jumpa orang yang tak suka aku? Why? Bila sampai ke tahap ni, aku jawab balik apa yang aku pernah argue- HIDUP memang macam tu~
  26. Ada sekali masa aku kecik2 dulu, aku tak nak terima gender aku. Aku nak jadi macam karakter dalam anime shonen feveret aku masa tu. Now aku rasa tak ada kaitan antara gender aku dan anime shonen yang aku suka. Lesson learn? Tu semua cuma permainan psikologi.
  27. Aku selalu fikir pasal zaman tua. Tapi tua ni tak dapat dielakkan dan aku tak boleh fake ketuaan walaupun calit bedak 10 inci. That's life, aku kena terima dengan gembira *sambil makan kek birthday.
  28. Sepanjang tempoh aku menjadi tauke ladang anggur yang berjaya (aka penganggur), aku belajar satu benda penting iaitu- hidup ni kena menunggu. Nak lahir kena tunggu pintu rahim bukak, nak menikah kena tunggu jodoh datang, nak mati kena tunggu ajal sampai. So tak salah menunggu, kan?
  29. Once, aku pernah fikir pasal masa depan aku. Apa yang aku dapat suatu hari nanti. Sebenarnya aku tak perlu pun fikir semua tu. Buat penat otak je. Masa depan ni perahsia orangnya.
  30. Bila korang dah baca sampai ke bahagian ni, aku rasa macam aku ni bagi motivation/quotes. Sejujurnya, aku cuma nak uji aku ni emo ke tidak masa tulis semua ni. To be truth, ada la sikit. Lebih baik aku mengaku daripada menipu diri sendiri. Tak gitew?
Okay...60 kata dah selesai. 39 words to go!
[entri sebelum]

@themagi2017

Wednesday 15 February 2017

99 PERISAIKOLOGI Dari Shield Sr.

Salam pagi, gais. Hari yang lembap, bosan, menyakitkan hati dan sewaktu dengannya. Tapi seperti biasa, aku akan memotivasikan diri dan sepak jauh-jauh perasaan tak best tu. Kata orang, lupakan benda yang tak baik. Cuma bagi aku, bukan senang nak lupakan benda tak baik macam tu je (aku bukannya ada masalah hilang ingatan). Senang cerita, jangan bagi nasihat kat aku- "lupakan je la masalah tu"...for sure aku takkan ikut nasihat tu.

Beberapa hari ni, laman sosial sibuk dengan burung ungu kepala lentok dan buku 99 kata dari Fattah Amin. First, aku tak faham dengan isu burung ungu. Second, aku tak beli buku 99. But still, I give my kudos to the writer sebab dia ada usaha nak menulis tentang pengalaman hidup dia. It's not easy untuk tulis cerita pasal diri sendiri dalam bahasa yang paling santai. Kalau pasal diri sendiri ni, mudah je nak emo, kan? 

Makanya, aku tertarik nak tulis 99 kata pasal diri aku. Or, 99 Perisakologi (sebab nama aku Shield=Perisai dan menulis pasal diri sendiri ni is more to pyschology). Tak nak intro panjang, aku nak proceed.


  1. Masa sekolah dulu, aku bukan pelajar favourite. Tapi aku tak pernah ponteng sekolah. At least, aku tahu tanggungjawab aku sebagai pelajar. Bukannya nak jadi kegemaran cikgu.
  2. Aku ada hobi menconteng dinding. Macam-macam benda yang aku conteng. Part paling best, aku tulis cerita pasal Tanggang versi perempuan kat dinding. Mak aku menjerit tengok hasil karangan aku. Sudah semestinya, mak aku bagi 'sepatah dua kata'. Dan aku? Aku tak berani nak melawan, takut jadi macam Tanggang.
  3. Tahun 1997, ada uncle jual buku datang sekolah. Aku nak sangat beli dua buah buku cerita sebab kawan aku semuanya beli dua buku. Aku pujuk abah, mintak 10 ringgit. Aku siap sembunyikan buku tu kat timbunan paling bawah. At the end, aku tak dapat beli satu buku pun. Abah cakap, lebih baik baca buku sekolah dan dapat no.1. Aku redho je lah.
  4. Masa Darjah 4, uncle jual buku datang lagi. Aku berazam nak beli buku. Aku nak beli satu je buku. Aku gunakan seluruh kuasa memujuk untuk pujuk abah. Akhirnya aku berjaya. Buku tu bertajuk Tuhan Maha Kuasa. Ironi, kan?
  5. Kata orang, cantik tu bersifat subjektif. Tapi aku selalu kena kutuk masa sekolah dulu. Aku pernah argue, part mana yang dikatakan subjektif tu? Sekarang, aku peduli apa orang kutuk aku. Biarlah tak cantik, asalkan tak fake.
  6. Dalam hidup ni, tak sah kalau tak jumpa kawan yang mendakwa dirinya kawan tapi sebenarnya pengkhianat. Masa pertama kali aku kena, aku memang tersangat dan amat marah. Aku bagi kepercayaan kat dia, macam ni dia buat aku? Entah macam mana, perasaan marah tu menyusut bila makin dewasa. Aku andaikan, mungkin kisah aku membuatkan dia mual kot? Nak buat macam mana, jalan hidup kita berbeza. Tak seronok kalau semua orang ada nasib yang sama.
  7. Masa henpon diperkenalkan, aku rasa bestnya kalau aku ada satu. Ada yang pakai henpon Nokia daun, butterfly, sabun dsb. Tapi abah aku sendiri tak guna henpon, tak patut kalau aku (masa tu budak sekolah) pakai henpon. Lebih baik sedar diri.
  8. Ada sekali tu, aku rasa aku ada crush. Biasa la, budak sekolah  (aku normal kot). Tapi aku rasa lebih baik crush tu di-crush-kan sebab tahap kesedaran aku ni agak tinggi. Rupa tak ada, lebih baik belajar. Sekurang-kurangnya, ilmu boleh membuatkan aku nampak cantik, kan?
  9. Sekolah, zaman banyak kisah. Abah tak ada kereta. Pernah sekali tu, hujan lebat. Abah sarung aku dengan baju hujan kuning, seluar kali hujan dan masukkan kasut sekolah dalam plastik. Bila sampai sekolah, aku kena tanggalkan baju hujan dan seluar tu depan pelajar lain. Malu? Masa tu, aku seorang remaja perempuan yang berpakaian sekolah- baju putih kain biru. Tipu la kalau tak ada rasa malu. Tapi effort abah nak hantar aku ke sekolah, aku rasa tak wajar aku malu dengan semua tu. 
  10. Back to phone story, ada sorang kawan aku pakai Nokia paling canggih masa tu. Dia selalu bagi aku main henpon dia. One day, dia lupa nak ambil henpon dia so aku kena bawa henfon tu sampai dia datang balik. At the moment aku rasa, bestnya kalau ada henpon macam ni. Tapi aku tak ada rasa sampai nak mencuri. Kalau curi sekalipun, tetap juga bukan hak aku.
  11. Once, aku pernah berangan nak ada rambut yang cantik. Rambut aku ni bukannya macam iklan Pantene. Now, aku rasa aku dah boleh terima kejadian rambut sarang burung aku. Lebih baik ada rambut daripada tak ada rambut langsung.
  12. Dulu, aku pergi tolong abah ambil wayar terbuang, aku kikis getah pembalut dan aku ambil tembaga yang ada. Lepas tu aku jual, aku beli radio kecik. Bangga gila bila beli barang sendiri dengan duit yang aku cari sendiri.
  13. Masa kecik dulu, aku merancang nak jadi itu-ini. At the end, aku tak jadi apa yang aku rancang. Kecewa? Tak juga. Well, manusia ni memang suka merancang. Banyak sangat merancang, Tuhan bagi yang lain. Hidup ni kalau terlebih merancang, kita pun duduk la dalam maze yang kita buat sendiri. Lebih baik buka je pintu yang Tuhan bagi.
  14. Aku ada ramai kawan-kawan yang cantik dan baik hati. It makes me feel pretty and kind-hearted when they're around. Itu je yang aku nak cakap.
  15. Masa sekolah, aku selalu fikir nak lepas exam. Aku tak suka repeat. Aku ni tak nak guna teknik pengulangan dalam exam sebab aku tahu, bukan mudah nak berdiri di garisan mula untuk sekali lagi. 
  16. Prinsip aku, gigi mesti bersih walaupun gigi tak cantik. Itu je kemampuan yang aku ada memandangkan aku belum mampu nak pakai teeth brace. Penting tu, kita mesti tahu kemampuan diri.
  17. Aku lemah subjek BI. Aku selalu kena marah cikgu masa sekolah rendah. Aku rasa aku patut ada kamus dwibahasa. Aku pun kumpul duit raya dan beli satu kamus mini. Kalau aku dengar lagu barat, aku akan cari lirik sebab aku nak tahu apa yang penyanyi tu sebut. Effort, itu yang aku percaya. Tapi budak sekarang main bedal je nyanyi, asalkan bunyi sama. Hidup ni kalau tak ada usaha, silalah mereput.
  18. Aku bukan jenis bermekap sarat. Walaupun usia dah nak dekat 3 series, aku lebih suka muka kosong/mekap ringan. Kalaulah aku nak bermekap, aku rasa tak jadi isu sebab aku bekerja. Bukannya budak sekolah yang mintak belanja dengan parent.
  19. Sebelum ni, aku tak suka masak. Aku tak pernah belajar masak dan aku tak nak masak kat rumah. Aku pernah argue, kenapa perempuan mesti belajar memasak? Jawapannya- mak takkan masak untuk aku sampai bila2. Cooking is survival. Kalau nak hidup, kena memasak. Takkanlah hari2 makan kat kedai, kaya sungguh?
  20. Aku belajar selfie masa di campus. First time, aku beli phone sendiri. Seronok gila bila ada phone. Then, perasaan gila selfie tu berkurangan. Aku pernah hibernate dari alam selfie sebab at certain point, aku rasa selfie membuatkan aku berpura-pura depan camera. Sekarang aku selfie bila perlu je. Keperluan ialah kepentingan, keinginan perlu diketepikan.
  21. Aku mula menulis seawal usia 14 tahun. Aku teringin sangat nak tengok cerita aku dalam majalah sekolah. But, karya pertama aku kena reject. Aku cuba lagi selagi aku masih bersekolah, tapi sentiasa kena reject. Aku masuk contest menulis untuk dapatkan pengalaman, tapi kena reject jugak. Last, aku tulis cerpen masa Form 6. Karya aku masuk majalah sekolah, dicalonkan untuk bertanding dengan cerpen dari sekolah lain dan aku menang tempat pertama. Berbaloi kan bila aku tak berhenti mencuba?
  22. Marah. Dulu aku ada masalah anger management issue. Sekarang aku boleh absorb kemarahan aku dan pupuskan. How? Silalah tengok variety show. Ketawa terapi yang baik.
  23. Kekurangan ialah sesuatu yang manusia tak dapat elakkan. Tak ada manusia yang sempurna. Aku tahu kekurangan aku, tapi aku pernah argue aku tak tahu apa kelebihan aku. Years and years aku akhirnya tahu apa kelebihan aku. Kelebihan aku ialah, aku tahu kekurangan aku. Senang, kan?
  24. Once, kakak aku masuk u dan dia beli laptop. First time aku tengok laptop dia, aku teringin sangat nak pegang. Bila dia keluar dengan member dia, masa tu la aku belek laptop dia dengan rasa kagum. Then bila aku beli laptop sendiri, level satisfaction is more than 100%.
  25. Kegagalan aku ialah aku tak menikmati zaman remaja dengan baik. Tapi sekarang, aku diberi peluang untuk menikmati zaman dewasa aku. Tak kisahlah kalau lambat sikit. Biar lambat asal selamat.
  26. Dulu, aku menyimpan impian nak jadi penulis. Mak aku tak setuju. Tak ada masa depan yang stabil, katanya. Dalam masa yang sama, aku tak dapat publish satu cerita pun sejak aku join bidang penulisan tahun 2004. Finally tahun lepas aku buktikan aku boleh jadi penulis. Never give up, memang betul cakap Sia.
  27. Aku ada impian nak jadi penulis sepenuh masa. Aku cuma perlukan masa. Tak boleh terburu-buru dalam buat keputusan sebab sesal tak datang sekarang. Penyesalan biasanya naik perahu, menyusuri tepian sungai, naik kereta lembu, berlari2 anak dan lepas tu baru dia datang hinggap ke minda. So, fikir dulu sebelum bertindak.
  28. Pernah tak rasa disisihkan? Dalam hidup, mesti korang pernah rasa sekali. Macam aku, penyisihan tu berlaku dalam fasa yang penting. Tapi aku taklah menangis depan orang dan announce betapa sedihnya aku. Aku lebih suka ambil masa penyisihan tu untuk berfikir. At least, aku tak diganggu sesiapapun masa tu. 
  29. Aku teringin nak buat skydiving, flying fox, naik hot-air ballon, tumbuk sandbag bla-bla-bla. Akhirnya, aku tak buat sampai sekarang. Tapi tak apa. Rebellions built on hope...hehehe
  30. Aku dulu nak sangat beli mainan macam kereta mini, figurines. Cuma masa kecik dulu aku tak dibelikan mainan. Mak aku cakap, kalau dah besar dah kerja, belilah apa yang aku nak. Sekarang aku ikut cakap mak. Memang betul apa yang mak aku cakap. Dia nak aku dapatkan apa yang aku nak tanpa perlu mintak kat sesiapa.
Okay, kisah aku ni akan bersambung. Fuh...panjang wohh~
[entri selepas]

@themagi2017

Tuesday 7 February 2017

Artwork Artiste!

Hai peeps, again aku datang meng-update entri. Aku memang agak free sebelah petang ni selepas bertungkus lumus semalam. Sekali-sekala, aku kena buat terapi otak. Hidup tak boleh stres (and aku memang tak suka jadi hamba kerja). So why not aku share beberapa artwork yang aku buat tapi aku belum upload dalam blog? Korang boleh follow IG aku @hshield untuk hasil artwork yang lain.

Mari proceed~
The Colors of Face
Guna pensel warna je

Flowerish
Pun guna pensel warna. Stabilo
memang ohsem

Infinite Mandala
Yang ni aku guna acrylic. Best jugak guna 
acrylic, hasil artwork nampak berkilat

Mother and Her
Aku lukis gambar kawan aku dengan mak dia.
Guna markerpen yang biasa tu. Malangnya aku
lupa nak bubuh taik lalat bertuah dia kat muka

Free Spirit
First time lukis atas kanvas. Lagi best
dari kertas rasanya

Hamali
Gambar second bos kat opis. Dia nak
pindah, aku lukis gambar dia sebagai souvenir.


Hmm, bila dah menyebut-nyebut pasal artwork ni...mood melukis datang balik :-D 

@themagi2017

Sejarah Tupperware: Jangan Korang Tak Tahu

Gooed evening, gais! Pada petang yang berbahagia ni, aku duduk depan PC, meng-google presentation software (nak cari alternatif lain selain guna Powerpoint) and the same time aku update blog sambil menikmati air yang diisi di dalam botol air Tupperware.

Ini dia, botol air aku. Macam kasut sneaker

Basically, ada ramai penggemar barang Tupperware ni dan kebanyakannya terdiri dari perempuan. Pembekal barangan Tupperware biasanya perempuan dan pembelinya pula majoriti golongan perempuan (perempuan bekerja, selalunya...). Disebabkan produk ni sangat glemer, jenama Tupperware akhirnya menjadi prominent dan kumpulan emak-emak budak akan menyamakan semua bekas makanan dengan nama Tupperware. Sebagai contoh:

"Pergi amek tupperware dalam almari. Mak nak simpan lauk..."
"Mak dah siapkan bekal kau...dalam tupperware biru..."
"Tupperware kat rumah dah tak elok. Mak nak beli tupperware baru..."
"Tupperware hilang? Mana kau letak?"

Sebenarnya...itu dialog mak aku suatu masa dulu. Dia panggil semua bekas makanan dengan nama Tupperware. Lebih kurang macam...panggil semua ubat gigi dengan nama Colgate atau semua sabun pencuci dengan nama Omo.

Image result for sabun omo
Mostly Sarawakian tahu pasal Omo ni...hehe~
credits: loveweddingsng

Tapi, aku bukan nak cerita pasal Omo, apatah lagi pasal Colgate. Aku nak bagi short facts and history pasal Tupperware. Jangan pandai guna je, tapi tak tahu apa-apa pasal Tupperware (termasuk la aku sekali). Anyway, aku bukan Tupperware collector. Aku cuma ada botol air ni dan satu bekas makanan kecik. 


Jenama: Tupperware
Jenis: Subsidiari
Pelopor: Earl Silas Tupper
Tahun bermulanya perniagaan: 1948
Tempat bermulanya perniagaan: Orlando, Florida
Pecahan syarikat: Tupperware Brands
Produk: Bekas makanan, barangan dapur, bekas hidangan, barangan kecantikan
Ciri-ciri produk: Burping seal, wonderlier bowl (bekas berwarna terang), plastik tahan lama, air-control vents.
Strategi pemasaran: Tupperware Party (yang dianjurkan oleh golongan surirumah sebagai pendapatan sampingan dan bekerja di rumah dalam keadaan selesa, juga menghadiahkan tetamu yang hadir dengan barangan Tupperware)- sampai sekarang Tupperware Party diteruskan.

Contoh Tupperware Party tahun 1950
credits: wikipedia


Pembudayaan Tupperware Party:
  • dari sudut feminisme, ia menjadikan wanita lebih berkemampuan dan merdeka dalam menguruskan pendapatan
  • dari sudut sosiologi, ia membuka ruang komunikasi antara wanita
  • dari sudut kemasyarakatan, ia mengeratkan hubungan antara keluarga
  • dari sudut ekonomi, ia membantu golongan wanita menjadi berdikari dan tidak disekat dengan mana-mana peraturan berat sebelah di tempat kerja.
Pengumpul/Pembeli tegar produk Tupperware di Malaysia: Umumnya, wanita. Bekerjaya. Selalunya golongan cikgu-cikgu *sambil flip buku latihan~
Negara yang mencatat penjualan tertinggi: Indonesia, Jerman
Negara yang mencatat penjualan terendah (dan menamatkan operasi): UK & Ireland


Sekarang, korang dah tahu kan sejarah kelahiran Tupperware? Lepas ni boleh la bercakap dengan yakin kalau ada orang cakap- tahu pakai je, tapi tak tahu barang datang dari mana

@themagi2017

Thursday 2 February 2017

Maksud dan Sejarah Chung Hua

Image result for chinaHai gais. Salam Februari. Bulan ke-2 dalam tahun 2017. Entri kali ni tak ada kaitan dengan hobi aku (sejak kebelakangan ni aku asyik update entri pasal hobi). Minggu lepas aku dapat satu soalan masa berjalan-jalan di sekitar Kuching pasal sekolah Chung Hua. As you know, sekolah Chung Hua ni sekolah jenis kebangsaan Cina dan wujud di seluruh negara. Korang boleh Google nama 'sekolah Chung Hua' dan lihat sendiri berapa banyak sekolah Chung Hua yang korang tahu/tak pernah tahu. Sesiapa yang pernah di sekolah Chung Hua ni mungkin tahu maksud nama 'Chung Hua'. Tapi ada ramai di luar sana tak tahu pasal maksud atau sejarah nama Chung Hua ni. Jadi, aku nak buat short entry untuk sesiapa yang ingin tahu tentang maksud dan sejarah Chung Hua.

Maksud dan Sejarah Chung Hua

Menerusi pembelajaran aku dalam kelas bahasa Mandarin few years ago (surprisingly, Mandarin ialah third language aku tapi sampai sekarang aku masih merangkak-rangkak), Hua  () bermaksud bunga dan huaren ( 华人bermaksud orang/etnik Cina. 

Chung atau Zhong () membawa maksud 'central' atau 'middle'. Ia merujuk kepada posisi kedudukan negara China di benua Asia. Apabila Zhong digabungkan dengan Hua, ia menjadi 中华 (Zhonghua) dan ia berkembang menjadi satu entiti serta identiti budaya bagi bangsa Cina ketika zaman revolusi di China. Perkataan Zhonghua juga ditekankan dalam beberapa slogan , lagu dan keratan akhbar seperti:

1. Get rid of the Manchus, restore the Zhonghua nation 驱除鞑虏、恢复中华 (revolusi 1911)
2. The zhonghua people have reached its most dangerous time 中华民族到了最危险的时候.  (lagu Tian Han)

Terdapat sumber lain yang menyatakan bahawa perkataan Zhong digabungkan dengan perkataan Hua (berasal dari perkataan Huaxia 华夏). Huaxia membawa maksud gelaran orang Cina yang membuka penempatan di tebing Sungai Kuning dan sungai tersebut mengalir di sekitar Kota Xi'an- sebuah kota yang mendapat gelaran cradle's of Chinese of civilization. 

Jika perkataan Zhonghua atau Chunghua diamati berdasarkan asal usul maksud zhong dan hua, ia merujuk kepada asas jati diri, keindahan budaya dan semangat bangsa Cina. Maka, perkataan Chung Hua ini menjadi lambang mereka dan diterapkan dalam moraliti serta sahsiah diri.

Jadi, korang tak perlu rasa pelik kenapa orang Cina memilih nama Chung Hua sebagai nama sekolah dan menjadi simbol dalam pelbagai institusi di seluruh dunia.


@themagi2017