Wednesday 27 January 2016

Pascatroma dari Asang

Salam pepagi buta untuk sekalian pembaca blog MaGi. Ada ke burung hantu hari ini? Sekadar berbasa basi, aku bukannya team burung hantu dan aku sebenarnya sayang nak bazirkan kuota internet pagi Hotlink. So aku pun update entri last untuk bulan Januari. Tahun ni aku tak dapat update banyak entri dalam satu bulan sebab kerja aku belum setel lagi. Susah oo kalau asyik bertangguh-tangguh.

Pagi ini aku nak cerita, aku dah beli buku puisi Asang yang bertajuk....

Aku nak buat biodata ringkas sikit-

Judul: Pascatroma
Penulis: Asang
Penerbit: Terfaktab
Harga: RM 18
Bahasa pengantar: BM
Kategori: puisi/sajak

Berkenaan dengan buku puisi dari Asang ini...aku dapati buku puisi ini bersifat indie dan individualisitik (pendapat aku la...)

Opps, jangan terpedaya dengan cover book yang plain dan sederhana ni. Ada banyak puisi yang tajam dan menikam kalbu.

Other thing...ada unsur obscene yang menge-shock-kan aku selaku pembaca dari keturunan Hawa. Sungguh aku tertipu dengan kepolosan cover buku ini...oh tidak~

Kalau dinilai dari segi kualiti paper, aku berpuas hati. Font mungkin agak kecil sedikit bagi yang rabun tegar. Since aku tak rabun tegar, bukak spek pun aku masih boleh jalan tak langgar tiang...so aku tak komplen banyak pasal book physical secara overall.

Prakata buku ini ada cakap, this book is about man's mind. Buku ini tidak gay, tidak berbunyi pondan dan tidak melebihi kuasa Tuhan- okay, I get it. Jadi secara telusnya, ada beberapa frasa yang bersifat lelaki, maskulin dan lucah...boleh ke aku cakap macam tu? But, my review...again, pendapat aku la...

About price? Terima kasih kerana harganya amat berpatutan untuk sengkek dan kiam siap person like me. Begitulah dakwaanku terhadap diriku sendiri. Another thing I should say, this book masuk dalam carta Terfaktab- antara buku terlaku tahun lepas.

Ini dia buktinya. Source dari Terfaktab.blogspot (check no.13)

Dan akhir sekali...aku nak mention buku ini ada quotes yang menarik. The best quote so far ialah 'Hutang'. Nak tahu macam mana bunyi quote tu? Sila beli buku ini dan baca sendiri.

Baiklah, setakat ini saja review aku. Aku nak lengkapkan koleksi puisi aku...bolehlah aku hantar kat Terfaktab lepas ni dan berangan-angan nama aku terpampang di cover depan buku...ohoho~

@themagi2016

Thursday 21 January 2016

Figura Kenderaan Mini III

Happy Khamis untuk semua. Entri ke-2 untuk hari ni sebab line internet dikuasakan oleh Hotlink. Memang hot sangat. Jadi aku nak share pasal hobi aku yang bermula pada tahun 2014. Dengan prinsip 'Sikit-sikit lama-lama jadi bukit'....memang semak tempat kerja aku sekarang. Toys dan buku menempel sana sini. But still, I loved my books...and I loved my toys! Menjadi kiddo di hati memang takkan berhenti...rasanya.

Okey, masa untuk perkenalkan kereta-keretaku yang baharu. Inilah reward untuk diri sendiri, tanda aku menghargai penat lelahku mencari rejeki...yeah~

Bagi yang kata aku membazir, tolong tahan tahap kejelesan itu ^^

Nama kereta: '57 Chevrolet Corvette by Maisto
Saiz amat kecik, warnanya sangat menarik dan I cannot say no to this little Corvette.
Aku rasa aku beli kereta ni sebab terpengaruh dengan rancangan King's of Restoration.
Kereta ini dikategorikan sebagai 'klasik' dan bersifat 'sport car business'. 
Untuk melihat gambar kereta yang asal, sila rujuk sini


Nama kereta: 63 Chevy II by Hotwheels
Love at the first sight, itulah yang dapat aku gambarkan for this little
63 Chevy II yang berkilat-kilat. As you know, kereta Hotwheels memang
cantik warnanya. Info trivia pasal kereta ni- 63 Chevy II juga dikenali sebagai
Chevy Nova. Kereta ini dikategorikan kompak dan bersifat 'basic type car'.
Untuk melihat gambar kereta yang asal, sila rujuk sini

Nama kereta: 66 Ford Fairlane GT by Hotwheels
Again, this little and awesome car figurine by Hotwheels. Dah macam promoter 
bunyi aku. Kereta ini dikategorikan sebagai 'sedan klasik' dan terletak dalam posisi '
fifth generation'. Untuk melihat gambar kereta yang asal, sila rujuk sini 

Nama kereta: Aston Martin 1963 DB5 by Hotwheels
Red and great, Aston Martin 1963 DB5 yang mini ini merupakan rekaan buatan Itali
dan dikategorikan sebagai kereta mewah. Model AM 1963 DB5 terkenal dalam filem
James Bond (Goldfinger-1964). FYI, DB5 terdapat dalam beberapa jenis iaitu convertible,
shooting-brake dan vantage. Kereta mini Hotwheels ini bercirikan vantage, memang obvious
sangat. Untuk melihat gambar kereta yang asal, sila rujuk sini

Nama kereta: VW Beetle 1300 by Maisto
Yeah, ini dia kereta favourite- VW Beetle 1300. Dah lama aku cari jenis yang kecil dan muat
atas tapak tangan aku. Seperti yang korang ketahui, Volkswagen ialah kereta buatan Jerman
yang terkenal dan Beetle ialah jenis kereta VW berbentuk 'bug'. Pada asalnya, kereta ini direka untuk kegunaan semua (Volkswagen bermaksud: people's car dalam bahasa Jerman) dan berfungsi sebagai kereta ekonomi. Sekarang, VW Beetle dilihat sebagai kereta mewah. Untuk melihat gambar kereta yang asal, sila rujuk sini.

Nama kereta: VW Beetle Hard Top by NEX (motorized type)
Untuk pertama kalinya, aku try beli jenama baru iaitu NEX dari syarikat
Welly Die Casting. Pintu kereta ini boleh dibuka dan ditutup tapi tak smooth
macam pintu kereta jenama RMZ City tapi the body amat solid dan kualiti
warna pun menarik. Tak payahlah aku bagi trivia pasal VW Beetle, dah banyak kali
aku sebut rasanya. Skala kereta 1/37, saiz yang cantik untuk collector. Untuk
melihat gambar kereta yang asal, sila rujuk sini.


Emm...rasanya setakat ni pasal entri kereta figura. Lepas ni, aku berhajat nak buat entri
pasal VW Beetle je. Harap-harap tak susah aku cari model kereta VW Beetle kat kedai
lepas ni :D




@themagi2016

Artwork Abstract II

Yeay, I'm back! Aku datang lagi dengan artwork baru. Masa nak siapkan artwork ni, aku tengah struggle nak siapkan manuskrip. Syukur sebab ada idea. Tapi aku spend time melukis sebagai terapi. Bagi yang sering menggila tak tentu arah, why not korang melukis je? It's good thing to try.

By the way, doodling season is back-back-BACK!

All the Ladies

Crescent Moon

Fingerocks

Flowerhead

Hidden Prisoner

Statue of Vines

The Beginning, The Middle and The Twist

The Rai

Tip Toe

Yin Yang

@themagi2016

Sunday 3 January 2016

Legenda @ Sejarah: Datuk Merpati

Salam Ahad untuk pembaca semua. Hari ini, aku nak serius sikit. Kita menelusuri era sejarah semula, dah lama aku tak tulis sesuatu pasal sejarah. Memandangkan aku tengah mengarang fiksyen yang berkaitan dengan karakter sejarah, aku memutuskan untuk menulis tentang Datuk Merpati, seorang tokoh yang terkenal di Sarawak sebab beliau sering dikaitkan dengan legenda dan sejarah. Boleh dikatakan, Datuk Merpati ialah tokoh yang misterius.

Sumber: Instagram
Dikatakan batu berukir wajah
manusia di kawasan perigi
semulajadi Gunung Santubong
memaparkan wajah Datuk Merpati.
Tetapi identiti pengukir batu
tersebut tidak diketahui.
Biodata Datuk Merpati

Nama: Radin Menteri Adipati
Nama lain: Datuk Merpati
Status kejayaan: Pemula kerajaan Santubong
Tempat kelahiran: Munggu Angus, Pulau Jawa (Pulau Langka Putra)
Nama bapa: Radin Kayangan/ Putera Kayangan
Nama ibu: Permaisuri Dandi Rancana
Adik beradik: 1) Radin Johari 2) Radin Bungsu
Nama nenek: Betara Andera Kala
Nama isteri: Datu Permaisuri Kemala- kerabat diraja Johor
Nama bapa mertua: Raja Jarom (menurut kitab Hikayat Datuk Merpati, baginda Raja Jarom disebut sebagai Sultan Mahkota)
Anak-anak: 1) Merpati Jepang 2) Bulan Jati (dipercayai meninggal dunia tetapi menurut Hikayat Datuk Merpati, Bulan Jati tidak meninggal dunia- sebaliknya lahir sebagai naga) 3) Dayang Seri Bulan

Trivia Datuk Merpati
  • Datuk Merpati dikatakan telah diusir oleh neneknya, Betara Andera Kala ketika perebutan kuasa di Pulau Langka Putra
  • Beliau berlayar bersama dua orang adiknya, Radin Johari dan Radin Bungsu. Mereka bertiga dikatakan terdampar di Pulau Lima di Kuala Johor dan bertemu dengan Raja Jarom.
  • Beliau pernah mengembara ke Sukadana, Sambas, Selangor dan di Kalimantan, Indonesia.
  • Adik Datuk Merpati, Radin Johari berkahwin dengan Puteri Syarifah Dewi, anak Sultan Mutabar dari kerajaan Sukadana.
  • Adik Datuk Merpati, Radin Bungsu berkahwin dengan Puteri Norola, anak Sultan Sambas dari kerajaan Sambas.
  • Datuk Merpati datang membuka penempatan di Pasir Kuning (yakni Santubong) atas pelawaan Datuk Kuali, penguasa di Teluk Selabat dan Datu Kuli yang tinggal di Teluk Simboh.
  • Dipercayai kisah Datuk Merpati wujud pada kurun ke-15, seiring dengan era Awang Alak Betatar (Sultan Muhammad Brunei I)  mentadbir Brunei.
  • Dikatakan anak perempuan Datuk Merpati, Dayang Seri Bulan dijodohkan dengan putera kerabat diraja Selangor atas cadangan Awang Samaun, adik bongsu Awang Alak Betatar.
  • Selain menjadi pemula kerajaan Santubong, Datuk Merpati juga pemula golongan perabangan Melayu Sarawak.
  • Datuk Patinggi Abang Ali, pembesar Sarawak pada era Brooke merupakan keturunan Merpati Jepang, anak Datuk Merpati.
  • Menurut Madzhi Johari menerusi pendahuluan Hikayat Datuk Merpati pada Mei 1989, terdapat sebuah keluarga Melayu di Kuching yang menyimpan sisik naga- dipercayai pemberian Bulan Jati, anak Datuk Merpati yang kedua. Sementara itu di Santubong, terdapat seorang perempuan tua yang berusia hampir 100 tahun mengaku ada menyimpan pedang panjang Datuk Merpati. Madzhi Johari pernah melihat pedang tersebut yang tertulis perkataan "Datuk Merpati punya" dalam tulisan Jawi. Keadaan bilah pedang panjang itu dilaporkan sudah berkarat dan pendek kerana terlalu tua. Pihak Muzium Sarawak cuba membeli pedang tersebut tetapi orang tua itu tidak mahu menjualnya.
  • Hikayat Datuk Merpati yang pertama ditulis oleh Haji Mohd. Tahir dalam tulisan Jawi iaitu pada tahun 1939. Hikayat Datuk Merpati yang kedua ditulis oleh Abang Abd. Razak Abang Medaan yang diterbitkan pada 1987.
  • Menurut Tom Harrison, cendekiawan dari Barat, beliau menamakan Sultan Johor sebagai Datuk Undi atau Raja Jarom. Beliau menyatakan adik perempuan Datuk Merpati yang berkahwin dengan kerabat diraja Selangor, bukan anak perempuannya.
  • Menurut pencerita kisah lama Encik Lani bin Sadon, Datuk Merpati berkahwin dengan anak Temenggung Matang, Datuk asal dari Sarawak, bukannya puteri dari Johor.
  • Menurut orang Bidayuh Sadong, Datuk Pati ialah nenek moyang asal mereka. Orang Bidayuh dari Grogo dekat Bau menyatakan Merpati ialah anak perempuan Sultan Brunei (bukannya lelaki seperti yang didakwa) dan Merpati dipercayai telah berkahwin salah seorang keturunan mereka bernama Bondi.
  • Menurut orang Iban dari Sebuyau, Datuk Merpati adalah generasi ke-9 dalam salasilah keturunan mereka (ditulis Walker dalam Sarawak Museum Journal pada tahun 1949). Dikatakan Datuk Pati berkahwin dengan seorang dewa keturunan orang Dayak.
  • Menurut Prof. Beyer dalam buku terbitan 1929, Datuk Merpati (disebut sebagai Datuk Puti) berasal dari Brunei yang berpindah ke Panay, Filipina menerusi Pulau Palawan. Dakwaan ini berasaskan buku karangan Antonio M. Molina iaitu The Philippines Through Centuries yang menceritakan kisah Datuk Puti  bersama 9 orang Datuk iaitu Datuk Bankaya, Datuk Dumangsol, Datuk Paiburung, Datuk Sumakwel, Datuk Padulinog Datuk Lubay, Datuk Dumangsil, Datuk Dumalogdog dan Datuk Balkasusa sewaktu pemerintahan Sultan Markatunow. Kemudian, Datuk Puti berpindah ke Borneo tetapi datuk-datuk tersebut tidak mengikutinya dan menetap di perkampungan Sri Vijaya. Kini perkampungan itu dikenali sebagai Visayas- bersempena dengan nama masyarakat Sri Vijaya yang dijumpai oleh Datuk Puti.
@themagi2016
ruj: Hikayat Datuk Merpati karya Haji Mohd. Tahir (ditulis pada 1949, diterbitkan pada 1989)| Folklor dan sejarah karya Awang Asbol bin Haji Mail- Mac 2015| Pensejarahan Melayu: Memperbaharui Makna Lama karya Prof. Haji Sanib Said- April 2007| Sarawak sebelum Brunei dan Brooke karya Prof. Haji Sanib Said- Disember 2011| The Patriots | Kembara Alam AADK- 2014

Saturday 2 January 2016

2016: Mulakan hari dengan Lawak Kampus!

Happy 2016! Walaupun lambat sehari, aku akhirnya dapat update entry pertama di bulan pertama tahun baru! Jujurnya aku mengaku, semalam aku tak update entri sbb aku pergi keluar jalan2. Selepas berjalan-jalan, aku singgah ke shopping complex. Bila dah singgah, aku ni jenis tak sanggup cuci mata. Batinku terdera bila nampak kereta mainan, figura Star Wars, baju, seluar (dasar kaki shopping). Memandangkan payment belum masuk dan aku redha tak cukup duit, aku pun beli kereta mainan Hot Wheels dan komik je. Bercakap pasal komik, Lawak Kampus jadi grand opening aku di tahun baru!

Yeah, aku dah dapat LK Jilid ke-25. Korang macam mana?


Sekarang, aku nak cerita pasal evolusi LK dari dulu sampai sekarang. Aku ada the whole collection, dari LK1-LK25, termasuklah yang special edition n sampul duit Encore serta edisi Hari Raya. Cuma buku Encore je aku tak ada. But still, collection aku 90% lengkap dan I loved all of it.


Now, aku nak perkenalkan koleksi feveret aku.

Lawak Kampus bertemakan meme dan 9GAG. Dari jauh aku boleh
nampak cover komik ni sbb kuning menyerlah.

Koleksi awal buku Lawak Kampus. Siap ada book jacket. Tapi
leceh sbb mudah tanggal.

Jilid kegemaran ramai, LK 16 bertemakan Big Bang.
Tak salah aku, salah seorang member Big Bang
ada tweet pasal komik ni.


LK Jilid 2 yang terkini, cover lebih cantik.
Aku boleh terlupa beli jilid ni sebab aku slalu
keliru between rebound dan revive.

LK 17 memperlihatkan kematangan karakter di bahagian
cover depan. Tapi content kat dalam, karakter still
keanak-anakan.


LK 24 yang bertemakan suasana kampung. Aku
suka jilid ni sebab memaparkan keindahan Malaysia
dan ada ciri-ciri Malaysian. Good job, Keith!

LK Connection, buku LK pertama yang tak
pakai book jacket lagi.

LK 22 yang memaparkan trend masa kini which is
#selfie dan instagram. Well, generasi masa sekarang.

LK 20, aku kira jilid ni kemuncak pada perubahan besar
setiap karakter. Kalau refer jilid sebelumnya, karakter suka
bermain yoyo, pakai hp Nokia, main mercun, main bunga api,
bersukan etc. Tapi jilid sekarang menunjukkan karakter menggilai
teknologi, fast food dan apps. 

Ini dia, LK Friends Edition. Dilukis oleh geng Keith.
Basically aku suka edisi ni sebab aku dapat tengok
idea setiap orang dalam 4 petak je. Banyak storyline
yg best2.

Owhhh, inilah koleksi aku kesemuanya. Dari LK1 sampailah
ke LK 25 + Friends Edition. Curious aku, sampai jilid brapa
Keith nak buat LK ni? Aku ingin sangat nak tengok geng LK
graduate dari sekolah dan buat reunion.

Okey, setakat ni je aku bebel pasal LK. Tak tahan nak bebel
banyak, tetiba aku nak baca the whole jilid bila aku dah selongkar
semuanya. Masa untuk  meng-komik-kan diri!

@themagi2016 (wooo...dah 2016 rupanya~)