Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Monday, 4 June 2018

Simple Sunnah di Bulan Puasa

Image result for sunnah nabi
source: kampus.sarkub.com
Hello June dan Salam Ramadan ke-19 hari ni kepada semua visitors MaGi. Tak sangka tinggal beberapa hari lagi nak Raya. Ramai yang sibuk buat persiapan- buat kek la, biskut la. Aku tak buat apa-apa. Aku beli and makan je. Tapi dalam kita sibuk nak bersedia sambut Syawal, jangan lupa juga buat amal kebajikan and jana pahala. Aku harap entri ni beri manfaat untuk korang semua.

Okay, sunnah Nabi ada banyak. Banyak sangat. Bila diamalkan dengan ikhlas, dapat ganjaran pahala. Aku pernah dengar, ada sunnah ni susah nak diingat. Sampai terlupa nak buat. Tapi sebenarnya, ada juga yang senang dibuat dan kita buat tanpa kita sedari. Bagi aku, lebih baik kita buat tanpa kita sedar sebab kita tak merancang pun, tak berpura-pura dan akhirnya terasa lebih ikhlas. Well, pendapat aku la. Apa yang tak baik of course la datang dari aku, yang baik datangnya dariNya. Wallahu'alam.

So, ini dia list simple sunnah yang korang boleh buat anytime secara spontan mahupun tidak. Terpulang, sebab ia memang mudah.

1. Senyum

Sunnah ni mudah dibuat, satu amalan sedekah, dapat pahala dan semestinya menyerikan muka. Hadith riwayat At-Tirmizi daripada Abdullah Bin Harithada menyebut- "Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW" 

2. Mendahulukan kanan

Sunnah ni mudah, menggalakkan kita mendahulukan kanan dalam setiap perbuatan seperti menyarung kasut atau selipar, memakai pakaian, berwuduk, sikat rambut, mandi dan sebagainya. Hadith riwayat Muslim daripada Aisyah r.a ada menyebut- "Rasulullah SAW lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan)..."

3. Adab makan

Menurut Ka'ab bin Malik, Rasulullah SAW menggunakan ketiga jari dan sesudah makan baginda menjilat jari tersebut. Bagi aku, makan menggunakan ketiga jari adalah lambang kesederhanaan (so kita tak tamak sangat, main terkam guna semua jari dan sumbat dalam mulut) dan menjilat jari tersebut sesudah makan ialah perbuatan yang tidak membazir makanan walaupun sebutir nasi sekalipun.

4. Adab minum

Menurut Ibnu Abbas r.a, baginda SAW menarik nafas (menghela dua kali) sebelum minum. Ia satu perlakuan yang baik untuk kesihatan sebenarnya sebab aku pernah minum terus masa aku penat sangat sampai terlupa nak tarik dan hela nafas dengan baik, kemudian aku tercekik dan sakit dada. Bila dah kena, barulah sedar kebaikan sunnah.

5. Mengamalkan tembikai

Siapa yang suka tembikai dan suka makan tembikai dan selalu beli serta makan tembikai, tembikai ialah makanan sunnah. Menurut Ibnu Abbas, baginda SAW bersabda- "Makanlah tembikai kerana di dalamnya ada kebaikan....". Selain tembikai, korang boleh amalkan makan buah sunnah yang lain seperti anggur, kurma, delima dan buah ara.

6. Adab dan warna pakaian

Islam menganjurkan kita berpakaian tidak mencolok mata. Dalam kita menjaga gaya pakaian kita, kita boleh dapatkan lebih pahala dengan memilih warna kesukaan Rasulullah SAW. Menurut beberapa hadith, warna pakaian yang kerap dipakai oleh baginda SAW ialah hijau, putih dan hitam. Ada juga warna lain seperti merah hati, kelabu dan juga warna-warna campuran.

7. Amalan minuman

Zaman sekarang ni, air bikarbonat berlambak di pasaran. Tapi minuman yang baik dan juga merupakan sunnah Nabi SAW ialah air susu dan juga air rendaman kurma atau sedikit madu. Aisyah r.a menyebut baginda SAW sukakan minuman manis dan sejuk sebab minuman manis dan sejuk mempunyai khasiat yang baik untuk penjagaan kesihatan dan pencernaan makanan.

8. Memulakan pekerjaan dengan lafaz Bismillah

Lafaz bismillah ini sebenarnya satu doa untuk memohon perlindungan dari Allah SWT. Rasulullah SAW menganjur kita untuk mengingati Allah SWT dalam setiap pekerjaan.

9. Adab ketawa

Sebaik-baik ketawa adalah senyum. Sunnah Nabi SAW menganjurkan kesederhanaan. Hadith At-Tirmizi daripada Abdullah bin Harith juga ada menyebut- "Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman"

10. Adab tidur

Biasanya sebelum tidur kita berdoa dan basuh kaki atau berwuduk. Antara sunnah lain yang kita boleh tambah sebelum masuk tidur ialah tutup lampu dan tingkap (sebab ada segelintir suka tidur buka tingkap dan tak tutup lampu). Dikatakan perbuatan tidur buka tingkap di malam hari mengundang bahaya seperti haiwan berbisa atau jin, dan perbuatan tidur tak tutup lampu pula mendatangkan risiko leukimia). Selain itu, amalan mengibas tempat tidur 3 kali sebelum tidur juga antara sunnah Nabi SAW yang mudah dibuat dan mudah diamalkan.


Harap-harap perkongsian ni beri manfaat untuk kita di bulan puasa dan juga bulan-bulan seterusnya. Salam Ramadan Kareem.

@theMaGi2018

Thursday, 13 August 2015

Malaikat dalam Tiga Agama

Salam Khamis. Aku baru saja habis update entri pasal lagu yang sepatutnya diupdate pada hari Selasa. Memandangkan kuota internet habis, terpaksa la postpone. Jadi, aku sambung update entri lagi untuk hari ni, berkenaan dengan malaikat dalam tiga agama. Bab-bab tiga agama ni, aku memang suka buat pakej. Sebab? Pakej membuatkan hidupku lebih bermaklumat ^^

Image result for angels
Credits: angels-angelology.com
Malaikat dalam Islam

Malaikat merupakan makhluk ciptaan Allah SWT yang dicipta daripada cahaya. Mempercayai kewujudan malaikat adalah salah satu dari Rukun Iman. Malaikat ialah makhluk Allah SWT yang taat, kuat beribadat, tidak ada jantina, kewujudan malaikat tidak dapat dilihat melalui pancaindera manusia yang biasa dan mereka tidak pernah berdosa.

Malaikat dalam Islam mempunyai jumlah yang banyak (rujuk sini). Namun, malaikat yang wajib diketahui ialah:
  • Jibril/ Ruh al-Qudus, Ruh al-Amin
  • Mikail
  • Israfil
  • Munkar dan Nakir
  • Malak Al-Maut/Malaikat maut (Izrail; nama ini dipercayai berasal dari Israiliyat)
  • Ridwan (penjaga pintu syurga)
  • Malik (penjaga pintu neraka)
  • Raqib dan Atid (pencatat amalan)
Wujud malaikat digambarkan di dalam Al Quran menerusi surah Al Fatir bahawa malaikat mempunyai sayap; ada yang dua, tiga dan empat. Terdapat hadis yang menyebut Jibril mempunyai 600 sayap, Israfil memiliki 1200 sayap di mana satu sayapnya menyamai 600 sayap Jibril. Malaikat Hamalat al-'Arsy memiliki 2400 sayap di mana satu sayapnya menyamai 1200 sayap Israfil. 

Malaikat Jibril merupakan penghulu malaikat dalam Islam sebagai pembawa wahyu Allah. Jibril menampakkan dirinya sebanyak 2 kali di hadapan Nabi Muhammad SAW ketika menyampaikan wahyu dan ketika Isra' dan Mikraj. Malaikat Jibril juga menampakkan diri sebagai lelaki di hadapan Nabi Ibrahim AS, Nabi Luth AS dan Maryam ibu Nabi Isa AS. Malaikat ini juga merupakan pelindung dan teman akrab Nabi Muhammad SAW dalam dua peperangan iaitu Perang Uhud dan Perang Badar.

Dalam Islam, tidak ada istilah Malaikat yang Jatuh (Fallen Angel) yakni merujuk Iblis kerana Iblis tidak sama dengan malaikat. Malaikat dijadikan daripada cahaya yang murni manakala Iblis dicipta daripada api.


Malaikat dalam Kristian

Image result for angels
Credits: fanpop.com
Sistem kewujudan malaikat dalam Kristian bermula dari kitab Enoch I dan ia diambil dari tradisi Yahudi. Malaikat dalam Kristian digambarkan sebagai tentera Tuhan, pejuang dan pahlawan yang berbaris di pertahanan paling hadapan. Mereka digambarkan bersayap, berjantina lelaki dan memiliki pedang. Malaikat merupakan makhluk roh yang dicipta untuk melayani Tuhan dan menolong orang beriman.

Senarai nama malaikat dalam Kristian mengalami beberapa siri perubahan seperti:
  1. Kitab Enoch I: Gabriel, Michael, Raphael, Uriel, Raguel, Ramiel dan Saraqael.
  2. Pseudo-Dionysius (akhir abad ke-5 dan ke-6): Michael, Gabriel, Raphael, Uriel, Chamuel, Jophiel dan Zadkiel.
  3. Pope Saint Gregory I: Gabriel, Michael, Raphael, Uriel/Anael, Simiel, Oriphiel dan Raguel.
  4. Tradisi Coptic Orthodox: Gabriel, Michael, Raphael, Suriel, Zadakiel, Sarathiel dan Ananiel.
  5. Tradisi Anglican dan Episcopal: St. Michael and All Angels (Michael, Gabriel, Raphael dan Uriel)
Tujuh Malaikat Utama atau Seven Archangels adalah kepercayaan utama Kristian. Pada peringkat awal, Gabriel (Jibril) diletakkan di atas senarai tujuh malaikat. Tetapi ia mengalami perubahan dengan meletakkan Michael (Mikail) di atas senarai malaikat kerana pengetahuan mengenai malaikat ini bersumberkan kitab-kitab lama Ibrani yang menjadi asas kepercayaan Kristian.

Tujuh Malaikat Utama ini dipercayai berkaitan dengan sistem suria, perubahan musim dan juga 7 hari dalam seminggu. Mereka juga sering dikaitkan dengan ritual magis dan mempunyai perlambangan tersendiri. Kristian percaya pada kewujudan Fallen Angel iaitu Lucifer, yang berasal dari kalangan malaikat.


Malaikat dalam Yahudi

Malak dalam bahasa Arab bermaksud kekuatan. Malak dalam bahasa Ibrani lama pula bermaksud utusan. Agama Yahudi mempercayai bahawa malaikat itu wujud dalam ia terkandung dalam kitab agama mereka. Menurut kepercayaan Yahudi, pada hari Sabbath mereka akan duduk di meja makan dan mendoakan kesejahteraan malaikat dengan lagu-lagu pujian. Menerusi Kabbalah, malaikat dicipta bukanlah untuk dipuja-puja, sebaliknya ia dicipta untuk menghantar perkhabaran antara manusia dan Tuhan. Malaikat dalam Yahudi bersifat roh dan membantu kerja-kerja Tuhan.

Di dalam Kitab Talmud, terdapat 4 malaikat utama yang penting dalam agama Yahudi iaitu:
  • Michael
  • Gabriel 
  • Uriel
  • Raphael
Menurut tradisi Rabinik Yahudi, Michael/Mikail dilihat sebagai pembela dan pelindung orang Yahudi dan malaikat penting dalam tradisi Abrahamik. Sifat pelindung menjadikan Michael malaikat yang dihormati bagi Yahudi yang percaya bahawa Michael akan membela mereka kerana mereka ialah bangsa pilihan Tuhan. Ia berdasarkan beberapa kisah penting seperti:
  • Michael datang menghalang Abram (Nabi Ibrahim AS) yang diuji Tuhan supaya menyembelih anaknya, Isaac (Nabi Ishak AS) . Kambing jantan diberikan oleh Michael kepada Abram sebagai ganti.
  • Michael datang ketika Moses (Nabi Musa AS) membawa kaum Bani Israil lari dari kekejaman Firaun.
  • Michael dikatakan guru Moses dan menyampaikan kitab Torah kepada Yahudi.
  • Michael dipercayai membantu membebaskan Bani Israil dari pembuangan di Babel ketika dijarah oleh Rom.
Jibril tidak diletakkan sebagai penghulu malaikat oleh Yahudi atas beberapa sebab iaitu:
  1. Jibril memindahkan risalah wahyu kepada bangsa lain selain dari mereka sedangkan mereka bangsa terpilih. 
  2. Jibril dilihat sebagai malaikat pemusnah kerana Jibril sering dikirim untuk memusnahkan bangsa yang rosak seperti kaum Nabi Luth yang dihempas dan ditenggelamkan oleh Jibril yang ada 600 sayap. Dikatakan 400 ribu (atau 800 ribu) nyawa mati disebabkan oleh tindakan Jibril terhadap kaum Sadum.
  3. Jibril berbeza dari Mikail kerana Jibril tidak membawa rezeki dan kasih sayang.
  4. Jibril menyingkap kebatilan Yahudi, berkenaan dengan isi kitab Taurat yang diubah suai dan membunuh para nabi a.s seperti Nabi Isaiah/Yesaya (rujuk sini)

Wallahua'lam

@themagi2015
ruj: wikipedia | teloragen8.blogspot | shafiqolbu.wordpress| ilmukesaktian.blogpsot | magi | update* TVAlHijrah Cinta Ilmu & Akidah Ustaz Badlishah

Thursday, 6 August 2015

Pengakuan dari Yahudi

Salam Khamis kepada pembaca. Hari baik bagi sesiapa yang nak potong kuku. Semalam aku beria-ria nak habiskan manuskrip tapi akhirnya aku tertewas. Jadi sebelah malam, aku memerah otak nak cari jalan cerita, tiba-tiba aku teringat pula dengan entri pokok tempoh hari. Pasal pokok gharqad, semestinya. Bila difikir-fikir balik, banyak juga pengakuan dari kaum ini, kan? Aku taklah anti sangat dengan kaum ni, aku tak suka zionis je. 

Pengenalan kaum

Yahudi merupakan kumpulan etnokeagaaman yang berasal dari Timur Tengah purba. Mereka menggunakan bahasa Ibrani Lama (Hebrew) dan mereka dari rumpun bangsa Bani Israil. Kaum ini mengiktiraf bangsa mereka dengan sebuah negara yang bernama Israel. Menurut catatan tradisional, agama Yahudi bermula dari ajaran Abram, Isaac dan Jacob. Mereka mengalami dua era dalam sejarah pembentukan tanah air iaitu:
  1. Era pertama: dalam tempoh penghakiman, Monarki Bersatu (kepimpinan 12 suku Israel- zaman David dan Solomon) dan Monarki Berbahagi (Kerajaan Israel dan Judah- selepas zaman Solomon), berakhir dengan kemusnahan Kuil Pertama.
  2. Era kedua: Kerajaan Hasmonea. Selepas kemusnahan Kuil Pertama, kaum ini perlahan-lahan berpecah dan menjadi minoriti di kebanyakan negara Eropah.
Sejarah mencatatkan berlaku beberapa siri penindasan terhadap kaum ini seperti penindasan pada zaman Firaun, penindasan Raja Nebuchadnezzar (Bukhti-Nashar) dari Babilonia, penjajahan Syria yang menyebabkan penahanan Yahuza, penjajahan Rom yang menyebabkan rumah ibadat Yahudi dibakar atas arahan gabenor Titus, pembunuhan di Andalus dan seterusnya tragedi Holocoust. Kejadian-kejadian tersebut menghantui sejarah Yahudi bahawa kaum mereka sering ditindas dan ditekan.

Oleh itu, mereka kini berusaha gigih untuk bangkit kerana mereka tidak mahu ditindas dan ditekan lagi.

Mengenali Siapa Mereka

Kebanyakan nabi dan Rasul Allah SWT berasal dari kaum ini bagi memimpin mereka kembali ke jalan yang benar. Namun sikap degil dan sombong telah menjatuhkan bangsa mereka sendiri. Sejak dari dahulu lagi, kaum ini tidak dikehendaki oleh mana-mana tempat pun. Beberapa siri pengusiran Anti-Semitisme telah dilakukan terhadap kaum ini di beberapa negara Eropah seperti Perancis, England, Hungary, Itali dan sebagainya. 

Punca timbulnya isu pengusiran, penjajahan, pembunuhan, penindasan dan kebencian bangsa lain terhadap kaum ini ialah sikap kaum ini yang menyatakan bahawa mereka kaum yang dipilih oleh Allah SWT sebagai kaum istimewa, bersama tanah yang dijanjikan. Ia menimbulkan rasa bangga dan merasakan hanya mereka saja yang layak mendapat keistimewaan. Sistem ekonomi mereka berasaskan riba dengan menekan bangsa lain dan merampas hak orang dengan tanggapan bahawa bangsa lain tidak sama kedudukan dengan mereka. Oleh itu, riba haram jika dilakukan sesama Yahudi tetapi halal jika dilakukan dengan bangsa lain. Ia menyebabkan kemarahan bangsa lain.

Hadis-hadis berkenaan dengan Yahudi

Terdapat banyak hadis yang menyebut tentang kaum ini, bukan disebabkan kaum ini terlalu istimewa atau dimuliakan. Sebaliknya, terlalu banyak kesilapan yang telah dilakukan oleh mereka sehingga tercatat menjadi sejarah. Walau bagaimanapun, mereka tidak belajar dari kesilapan lampau. Antara hadis yang sentiasa mengingatkan mereka akan kejahatan masa lalu ialah:

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum yahudi itu (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Al A'raf ayat 167)

Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi Palestin dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka, apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. (Al Israa)

Pengakuan dari Yahudi

Dunia sedang melihat Yahudi memerangi Palestin. Ramai orang Islam dibunuh dan terbunuh. Semua orang melihat Yahudi tidak menyukai Islam. Sejak dari dulu lagi Islam diburuk-burukkan dan difitnah. Walaupun kaum ini jelas sekali memusuhi Islam dan berusaha untuk menumbangkan Islam agar mereka menjadi bangsa terunggul di muka bumi ini, mereka juga sebenarnya telah mengakui hakikat kebenaran Islam. Antara kebenaran yang mereka telah akui tentang Islam sekalipun mereka berasal malu untuk mengakuinya ialah:

  1. Hadis sahih riwayat Al Bukhari dan Muslim berkenaan dengan pokok Gharqad. Hadis menyebut bahawa ketika Yahudi digempur oleh tentera Islam, setiap tumbuhan dan batu akan bercakap benar dan memberitahu di mana Yahudi bersembunyi, kecuali pokok gharqad iaitu pokok sekutu Yahudi. Pokok itu kini ditanah di Palestin dan disebarkan di seluruh dunia. Ia menunjukkan bahawa mereka mengakui kebenaran hadis Nabi Muhammad SAW, rasul orang Islam.
  2. Kaum Yahudi berusaha bersungguh-sungguh mencari ilmu pengetahuan dan memajukan bangsanya kerana beberapa firman Allah SWT telah menyebut mereka akan ditindas dan ditekan lagi di masa akan datang. Ia menunjukkan bahawa mereka mengakui firman Allah SWT dalam Al Quran, kitab suci milik orang Islam.
  3. Yahudi suka memburukkan Islam dengan segala macam cara. Sedangkan pada suatu ketika dahulu, Yahudi kecewa kerana nabi dan Rasul terakhir tidak lahir di kalangan mereka. Ia menunjukkan bahawa mereka mengakui kenabian sudah terlepas dari genggaman dan AlKitab sudah terlepas dari tangan.
  4. Hadis pokok gharqad menjadi sandaran kaum ini dalam keselamatan bangsa mereka di masa akan datang. Ia menunjukkan mereka membenarkan hakikat rukun Iman dalam Islam iaitu, percaya pada Hari Kiamat.
  5. Dicatatkan bahawa Pendeta Nasrani bernama Bahira pernah meminta Abu Talib segera membawa Nabi SAW pulang sebelum kedatangan mereka diketahui Yahudi, kerana Yahudi mengetahui siapa Nabi SAW dan akan berbuat jahat. Ia menunjukkan bahawa mereka mengakui kenabian Nabi SAW sehingga mereka berasa cemburu.
  6. Yahudi mahu merebut Masjid Al Aqsa dari dulu sehingga sekarang dengan alasan bahawa tapak masjid itu adalah tempat asal Kuil Pertama. Sebenarnya mereka mengetahui keistimewaan masjid Al Aqsa yang pernah menjadi kiblat pertama orang Islam dan peristiwa Israk Mikraj.
  7. AlKitab milik Yahudi menyenaraikan 12 puak Bani Israil berpandukan nama anak-anak Jacob (Nabi Yakub). Tetapi nama Nabi Yusuf digugurkan dalam senarai puak tersebut sedangkan nama adik Nabi Yusuf iaitu Bunyamin (Benjamin) dipilih, kerana mereka tidak mahu mengakui nama nabi Allah dalam puak mereka. 
Jelasnya, kaum ini tak sedar yang mereka dah buat pengakuan.

@themagi2015
ruj: Haluan.org| wikipedia| hafizamri.com| kristolog.com | 

Monday, 3 August 2015

Pokok yang disebut dalam Al Quran

Salam Ogos. Tak sempat nak wish Hari Bandaraya Kuching hari Sabtu lepas. Entri terakhir bulan Julai berkenaan dengan kaum dalam Al Quran. Aku jadi berminat pulak dengan pokok-pokok yang disebut dalam Al Quran jadi aku buat entri ini. Umumnya, orang selalu tulis tentang tumbuhan yang disebut dalam Al Quran (pokok bidara, kurma, zaitun, tin, anggur, kekacang, kapur, siwak, timun, labu air dan juga tumbuhan herba seperti kunyit, halia dan selasih). Tapi, tak ramai yang bercerita tentang kewujudan pokok-pokok hebat di syurga, di neraka, di dunia dan di alam ghaib. Rasa hairan? Aku pun hairan.

Harap-harap, maklumat yang aku kongsikan ini memberi manfaat untuk pembaca lain. Amin~

Image result for pokok rendang
Contoh sahaja
credits: live.carnine9.net
1. Pokok Tuba

Pokok Tuba ialah sejenis pokok yang tumbuh di syurga. Pokok Tuba merupakan pokok yang tumbuh rendang, besar, tinggi dan luas. Terdapat beberapa hadis dan riwayat yang menyebut keindahan pokok tuba iaitu:

Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebatang pokok yang dipanggil tuba. Allah berfirman kepadanya: "Keluarlah untuk hambaKu apa-apa yang mereka kehendaki." Maka keluarlah kuda dengan kekang serta pelana dan apa-apa keperluan yang dikehendaki dan dikeluarkan pula untuknya kenderaan dengan tempat duduk serta pengikatnya, apa-apa keperluan yang dikehendaki dan juga pakaian-pakaian. (Riwayat Ibnu Abid Dunya)

Ibnu Hibban meriwayatkan hadis daripada Abu Said yang menceritakan seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah tuba itu?" Baginda menjawab: "Ialah sebatang pokok yang sangat rendang. Rendangnya sejauh 100 tahun perjalanan, (manakala) pakaian-pakaian penghuni syurga adalah daripada kelopak-kelopaknya."

2. Pokok Zaqqum

Gambaran pokok Zaqqum
credits: wikipedia
Pokok Zaqqum ialah sejenis pokok berduri yang tumbuh di neraka. Pokok Zaqqum bukanlah pokok untuk berteduh, sebaliknya pokok yang dilaknat oleh Allah SWT. Buah-buahan pokok ini menjadi makanan penghuni neraka dan buahnya menyerupai kepala syaitan. Rasanya umpama nanah kekuningan dan besi cair, atau lebih teruk lagi. Hadis berkenaan dengan pokok Zaqqum ada menyebut:

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Kalau setitik air buah zaqqum itu menitik ke dalam dunia nescaya ia akan merosakkan penghidupan penduduk muka bumi, maka betapa halnya orang yang buah zaqqum itu menjadi menjadi makanannya" (Hadis riwayat At-Tirmizi r.a)

Allah SWT juga berfirman di dalam beberapa surah seperti surah Ad-Dukhan, Al-Israa dan Ash-Shaffat berkenaan dengan pokok zaqqum iaitu:

"Dan demikianlah juga Kami jadikan pokok yang dilaknat di dalam Al Quran dan kami menakut-nakutkan mereka dengan pelbagai amaran tetapi yang demikian itu hanyalah menambah besarkan derhaka kederhakaan mereka dengan kekufuran yang melampau" (Al Israa ayat 60)

"Ingatlah sesungguhnya pokok zaqqum buahnya menjadi makanan bagi orang yang berdosa dalam neraka, makanan ini pula panas seperti tembaga cair, mendidih di dalam perut seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya" (Ad-Dukhan ayat 43-46)

"Sesungguh dia adalah sebatang pokok zaqqum yang keluar dari dasar perut Jahim yang marak menjulang."  (Ash Shaffat ayat 64)

3. Pokok Khuldi

Pokok Khuldi ialah pokok larangan di syurga, buahnya bernama buah khuldi dan buahnya tidak boleh dipetik atau dimakan. Surah Ibrahim ayat 26 menyifatkan pokok khuldi ialah pokok kejahatan yang pantang diminta tunjuk ajarnya. Surat Al-A'raf ayat 22 menyebut bahawa Iblis menghasut dan memperdaya Nabi Adam dan Hawa agar memakan buah khuldi dan akhirnya menyebabkan mereka terusir dari syurga.

Kitab tafsiran Kristian juga ada menyebut perihal Iblis yang menyamar menjadi ular telah menghasut Hawa supaya mengajak Nabi Adam memakan buah itu bersama-sama. Tindakan mereka membuatkan Tuhan telah mengutuk mereka dan mereka diusir keluar ke muka bumi (Kejadian Bab 2)

Buah ini dilihat sebagai misteri oleh para pentafsir dan ulama. Sarjana dari Barat menyatakan buah khuldi ialah buah epal manakala pendapat lain menyebut bahawa buah khuldi itu buah anggur, buah tin, dan juga buah kurma. Sedangkan Ibnu Abbas dan rakan-rakannya meriwayatkan bahawa orang Yahudi menduga bahawa buah khuldi itu pokok gandum. Hanya Allah SWT saja yang tahu sifat sebenar buah larangan ini.


4. Pokok Gharqad

pokok gharqad a
credits: shafiqolbu.wordpress
Pokok Gharqad ialah sejenis rimbunan anak-anak pokok berduri yang dipercayai akan melindungi kaum Yahudi apabila digempur tentera Islam pada kemuncak akhir zaman kelak. Pada masa itu, kaum Yahudi akan lari menyelamatkan diri dan menyembunyikan diri di bawah pokok ini kerana pokok ini akan berdiam diri dan dan tidak akan memberitahu jika orang Yahudi bersembunyi di belakangnya. Terdapat hadis sahih dari At-Tirmizi yang menyebut:

"Tidak akan berlaku qiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalik batu-bata dan pokok. (Ketika itu) batu dan pokok akan bersuara: "Wahai muslim! Wahai hamba Allah! Di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya." Kecuali pokok Gharqad (diam tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi."

Pokok Gharqad kini giat ditanam di Palestin dan diedar ke Amerika Syarikat oleh tentera Zionis atas alasan kempen bumi hijau. Pokok ini juga dijadikan hadiah ulang tahun, Bar Mitzvah, perkahwinan, hari lahir, hadiah tetamu dan sebagainya bagi menyokong usaha dalam melindungi sesama Yahudi apabila tiba kemuncak akhir zaman. Pokok ini juga ditanam dalam acara sukan Olimpik London 2012 dan menjadi benteng tentera Israel di sempadan Israel dan Semenanjung Gaza agar serangan tentera Mujahidin menjadi tidak tepat.

Penanaman pokok Gharqad secara besar-besaran ini jelas menunjukkan bahawa Yahudi sendiri mengakui hakikat akhir zaman, hakikat kebenaran Al Quran dan Hadis milik Islam, sekaligus menunjukkan keegoan mereka. (Penanaman ini juga dilihat satu tindakan yang kurang bijak kerana pokok-pokok lain bercakap benar sedangkan hanya satu jenis pokok yang berdiam diri, sudah pastinya pokok itu berbohong. Juga, untuk apa Yahudi beria-ria menanam pokok ini padahal Islam sudah lama tahu akan kewujudan pokok Gharqad?)


@themagi2015
ruj: shafiqolbu.wordpress | mymasjid.net | utusan.com | wikipedia |makintau.com