Pada 18 dan 19 Jun 2016, Dewan Bahasa dan Pustaka mengundang aku ke bengkel pemurnian manuskrip di DBPCS. Bengkel tersebut merupakan sambungan dari bengkel DBP tahun lepas dan sebetulnya, banyak perkara yang aku kena hadapi sebelum lahirnya buku aku yang pertama dengan pihak DBP. Bersempena dengan bulan Ramadhan al-Mubarak, aku berdoa semoga urusan aku dipermudahkan, amalan aku diterima dan masalah aku berjaya diselesaikan.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa bengkel berlangsung ialah:
Ceramah pemurnian manuskrip dari SM Zakir |
Mencatat nota penulisan untuk rujukan |
Penerangan mengenai hak dan royalti dari Puan Zaiton |
Para peserta membentangkan draf dan jalan cerita manuskrip |
Sepanjang bengkel berlangsung selama dua hari, aku bertemu semula dengan penulis-penulis yang aku jumpa tahun lepas seperti Hajah Beb Sabariah, Yusuf Mustanir, Dr. Idris Boi dan ramai lagi. Harap-harap, manuskrip aku dengan pihak DBP berjaya diterbitkan. Tak sabar nak tunggu 'anak kedua' lahir selepas lahirnya 'anak sulung' aku dengan pihak Lejen Press ^^
@themagi2016
No comments:
Post a Comment