Friday 1 July 2016

Parodi dalam Yakitate Japan

Salam semua! Entri ke-2 hari ni aku nak santai-santai. Letih oo kalau serius memanjang. Ditambah lagi dengan workload di ofis, kerja menulis, memblogging dan bla-bla-bla...sekali sekala aku jenguk koleksi anime yang aku ada dalam external harddisk. So, beberapa hari yang lepas, aku spend sedikit masa tengok anime Yakitate Japan. Kebetulan Aidilfitri tak lama lagi, aku nak bangkitkan mood Raya menerusi anime pasal buat roti, pastri dan kuih-muih. FYI, Yakitate Japan ni bukan anime baru (tahun 2004 sampai 2006, to be exact). Tapi aku tak pernah bosan tengok anime ni. Dan aku siap wish...kalaulah aku dapat beli figura Azuma Kazuma and rest of the team. But, back to the main topic...perkara menarik tentang Yakitate Japan ialah anime ni banyak buat parodi.

Okey, senarai parodi yang aku berjaya kenalpasti ialah:

Episod 48: Pierrot Bolneze (juri/badut) bertukar menjadi Detective Conan

Episode 50: Kuronayagi-senpai (juri) bertukar menjadi Goku Super Saiya
Episod  56: Kuronayagi-senpai bertukar menjadi Luffy One Piece
Episod 59: Kyousuke Kawachi bertukar menjadi Naruto
Episod 68: Team Azuma bertukar menjadi team Lord of the Rings
Image result for yakitate japan loquat
Episod 68: Penjual buah jeruk loquat bertukar menjadi Gollum


Bagi kategori selebriti atau orang yang diparodikan dalam anime ini ialah:
Miki Norihei sebagai Miki Norihei- aktor Jepun yang terkenal.
Image result for yakitate japan loquat
Brad Pitt bertukar menjadi Brad Kidd- kawan sekelas Kuronayagi-senpai.
Michael Schumacher bertukar menjadi Mikhail Schukapper dengan gaya
rambut hantu air Kappa.


Dr. Yukio Hattori dalam siri memasak Iron Chef sebagai juri
Dr.Hattori dalam Yakitate Japan.

Sebenarnya, ada banyak lagi parodi lain dalam Yakitate Japan seperti karakter Ash Pokemon dalam episod akhir, karakter Gash Bell dari anime Konjiki no Gash Bell, Initial D, karakter Tetsuo Iwashiro dari manga Wild Life dan juga manga Fist of North Star. Kalau nak tahu lebih lanjut, tengok la Yakitate Japan. 

Ni aku bagi link untuk download: gogoanime/yakitatejapan

Okey, setakat ni je entri aku. Lepas ni aku nak tengok anime One Punch Man Special :)
@themagi2016

No comments:

Post a Comment