Tuesday 12 June 2018

Apabila Barang Biasa Menjadi Luar Biasa?

Hello visitors! Hari ni aku nak update entri santai. Kadang-kadang perlu juga tulis sesuatu yang santai, untuk legakan perasaan. Kalau serius setiap hari, tak seronok. 

Okay, zaman sekarang ni berbeza sangat dengan zaman dahulu. Kalau zaman aku kecik-kecik dulu, kalau sebut kerusi maksudnya kerusi. Tak ada maksud lain. Tapi sekarang barang biasa yang kita memang dah tahu apa maksudnya, ada maksud yang lain. Jadi barang biasa tu dah jadi luar biasa. Aku hairan jugak, macam mana barang biasa ni dijadikan istilah untuk merujuk sesuatu yang 'luar biasa'? 

Well, orang kita memang kreatif. So, barang biasa apa yang dah jadi 'luar biasa'?

Image result for makcik bawang
credits: Tenor
BAWANG- Bawang atau onion ialah sejenis umbi pokok, juga simbol blog aku dengan tagline 'peel it feel it'. Sebab aku rasa bawang ni tumbuhan yang unik dan kita perlu kupas bawang tu untuk dapatkan bawang yang bersih. Tapi sekarang, aku risau pulak takut orang sangka blog aku ni tempat bergosip mengumpat mengadu domba. Sebab bawang bukan sekadar bawang, bawang merujuk kepada golongan yang suka tanya, bercerita dan bergosip benda yang bukan-bukan. Btw, aku bukan makcik bawang.

Image result for kunyit
credits: rootofscience.com
KUNYIT- Kunyit ialah tumbuhan herba yang berkhasiat, digunakan untuk menyedapkan masakan, untuk kesihatan dalaman dan juga kecantikan. Tapi sekarang kunyit merujuk kepada golongan gay. Aku nak letak gambar contoh untuk golongan kunyit dalam entri ni pun tak berselera. So aku letak gambar kunyit yang sebenar, bukan kunyit jadi-jadian.


Image result for halia
credits: shop.redtick.com
HALIA- Halia ialah tumbuhan herba yang sering digunakan dalam masakan dan perubatan kampung. Sinonim sebagai makanan wanita lepas beranak. Tapi zaman sekarang, halia juga merujuk kepada golongan lesbian. Aku tak fahamlah kenapa golongan macam ni digelar dengan nama tumbuhan herba?

Image result for cendol
credits: cooking.my
CENDOL- Cendol ialah sejenis pencuci mulut yang sejuk dan bersantan. Sesuai dimakan ketika cuaca panas. Tapi sekarang, kalau sebut cendol maka terkeluarlah muka awek cendol. Sorry gais, aku tak nak tempek gambar awek cendol kat sini. Aku lebih prefer tengok cendol yang sebenar.

Image result for sotong
credits: purelyfresh.com.sg
SOTONG- Siapa tak kenal sotong? Sotong ni sejenis hidupan laut, sedap dibuat sambal. Goreng tepung pun sedap (hah, lapar pulak...puasa ni~). Tapi kalau sotong ni berubah rupa (menjadi perempuan jadi-jadian), aku cuma mampu tengok dan diam jelah. Why bother, kan?

Image result for kayu
credits: kayukita.com
KAYU- Kayu ialah produk yang berasal dari pokok, sejenis bahan organik berserat dalam tumbuhan. Kayu penting dalam industri perabot, pembuatan rumah dan kraftangan. Tapi kayu juga merujuk kepada orang yang tak ada ekspresi, kaku dan tak pandai berlakon (sila rujuk kisah Fattah Amin)



Image result for sup bunjut
credits: MASKULIN
SUP BUNJUT- Sup bunjut ialah kombinasi rempah masakan di dalam bunjut dan digunakan untuk menyediakan sup, sama ada sup ayam atau sup daging. Penggunaan sup bunjut memudahkan masakan sup disediakan. Cuma sup bunjut bukan sekadar sup bunjut. Disebabkan drama Nur di TV3, babak sup bunjut dikatakan barang sihir menjadi tular. Sekelip mata, sup bunjut menjadi 'selebriti'.


Sebenarnya ada banyak lagi barang biasa yang di'luarbiasa'kan bagi merujuk kepada sesuatu benda, perkara, kumpulan dan sebagainya. Tapi aku tak nak tulis panjang, sebab aku tahu korang pun tahu. Mungkin lebih dahsyat dari senarai aku. Mungkin lepas ni kobis bukan sekadar kobis, pendrive bukan sekadar pendrive, kasut bukan sekadar kasut atau apa-apa benda yang biasa korang nampak or guna bukan sekadar barang lagi...tapi istilah baru untuk benda yang tular. Well, orang kita memang kreatif ^^

@theMaGi2018

No comments:

Post a Comment