Wednesday, 11 March 2020

Bengkel Kem Penulisan Kreatif TEGAS-PEKASA 2020

Hai semua! Hari ni nak kemaskini aktiviti di awal bulan Mac. Minggu lepas aku ikut serta bengkel kem penulisan kreatif TEGAS-PEKASA di Hotel Grand Continental di Kuching. Bengkel ni atas kerjasama Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) dan Persatuan Karyawan Sarawak (PEKASA) yang mensasarkan penglibatan belia dalam penulisan kreatif.

Okay, hari pertama pendaftaran dan sesi bengkel ialah pada petang 6 Mac 2020. Sesi pertama di hari pertama bermula dari jam 3 petang sehingga 5 petang. Seterusnya sesi kedua di hari pertama bermula dari jam 8 malam sehingga 10 malam. Okay, mukadimah untuk hari pertama agak menarik tapi aku masih menunggu wow factor sebab sesi pertama dan kedua di hari pertama ni adalah asas yang aku dah pelajari. Aku nakkan sesuatu yang berbeza.

Seterusnya hari kedua 7 Mac 2020. Sesi bermula pada jam 8 pagi sehingga tengahari. Diikuti sesi sebelah petang bermula pada jam 3-5 petang. Sesi sebelah malam oleh saudara Shamsul Idzham Jamil bermula 8-10 malam. Malam tu sesi menghasilkan puisi secara spontan dan juga deklamasi puisi. Sesi ni aku rasa aku tertarik sebab telah menghidupkan deria rasa aku dengan cara yang segar.

Pada hari terakhir berbengkel iaitu pada 8 Mac 2020, sesi terakhir dikendalikan oleh Tuan Mohidin Malek mengenai bahasa dan falsafah. Aku rasa aku banyak bagi feedback untuk sesi tersebut sebab aku sukakan konsep yang disampaikan. Secara keseluruhan, setiap fasilitator berkongsi sesuatu yang menarik. Antaranya ialah:
  • Dilah Tuah: "Monyet minum minuman seperti manusia di kampus universiti"- memberi makna tentang kerosakan habitat dan menghilangkan ciri-ciri haiwan dan dalam masa yang sama ada unsur sinikal terhadap manusia yang kehilangan kemanusiaan.
  • Awang Kelana: "Self talk adalah pemujukan terhadap diri sendiri"- menerapkan elemen redesign cara untuk berfikir.
  • Mohd. Ali Salim: "Feri berjalan atau bergerak (?)"- penggunaan istilah yang betul tentang sesuatu perkara.
  • Mohidin Malek: "Menyelitkan roh dalam karya"- konsep menghidupkan sebuah cerita menerusi penyampaian gramatis, mengekalkan semantik dan makna.
  • Awangku Merali: "Karya harus organik"- membawa maksud kekayaan sesebuah karya dalam setiap elemen sehingga tidak boleh dileraikan dengan mudah kerana saling berhubungkait antara satu sama lain.
  • Dayangku Azizah: "Pemikiran harus diiringi dengan tindakan"- iaitu perilaku untuk melaksanakan apa yang difikirkan dan apa yang hendak disampaikan.
  • Shamsul Idzham Jamil: "Menulis melalui ransangan deria"- secara visual dan audio bagi mendapatkan gambaran dan emosi yang tepat.
  • MOFA: "Tulis jak, jangan nunggu idea datang!"- itu je yang aku paling ingat, hahaha!
Bengkel kali ni aku boleh katakan menarik sebab penulis berhimpun dan bersama sepanjang 3 hari. Berkongsi pendapat, idea, kisah. Makan 6 kali sehari. Bab makan aku paling suka, akulah manusia paling bahagia bila cukup makan. Bengkel kali ni aku ada hasilkan puisi pendek (aku sempat deklamasi puisi tu pada sesi malam Sabtu) dan juga catatan tentang rakan sebilik (aku sampaikan pada sesi pagi Ahad). Okay, aku kongsikan hasil masa berbengkel:

Puisi Tanpa Tajuk

Malam menyelimutimu, anak
Kita berkongsi malam yang sama
Dingin menderu menyapa kita
Namun kau berbaring di tilam sepi

Betapa aku bermimpikan dunia
Sedangkan kau berharap pada lena
yang asli

Rakan Sebilik Saya

Rakan sebilik saya, yang manis. Pengemar warna merah jambu, begitu kontra dari saya. Dia pemburu pantai yang tekun. Tapi perlu disuntik ubat sesudah itu kerana alergik. Dia belum memulakan penulisan. Maka saya fikir saya harus menghantui dia sehingga dia berkarya. 

Dan ada catatan yang aku buat tapi aku tak ingat untuk sesi yang keberapa:

"Merendah mengingat lembah. Meninggi terlupa diri..."

Apa-apapun, aku mengucapkan jutaan terima kasih terhadap semua yang terlibat sebab menghadiahkan pengalaman dan ilmu yang berharga sepanjang 3 hari aku berbengkel di situ. Dan semestinya, terima kasih sebab bagi aku kenyang, hehe~

Okay, aku kongsikan gambar sepanjang 3 hari berbengkel:

6 Mac 2020 (Jumaat)




7 Mac 2020 (Sabtu)








8 Mac 2020 (Ahad)











@theMaGi2020

Monday, 9 March 2020

MAPI 2020: Trip Ke Miri Hari Kedua

Hai! Entri kedua berkenaan dengan trip ke Miri bersempena dengan Majlis Amanat Perdana Integriti 2020 iaitu MAPI20. Bukan selalu aku dijemput sebagai peserta dan tetamu undangan. Pada hari kedua iaitu hari majlis diadakan, sesi penyampaian hadiah untuk Pertandingan Mengarang Integriti sebenarnya bermula selepas jam 10 pagi. Tapi kesemua pemenang pertandingan kena bersiap awal untuk sesi pertama majlis iaitu Forum Integriti yang bermula pada jam 8 pagi. So pukul 7 setengah pagi dah bertolak ke Hotel Pullman.

Nasib baik, ahli panel untuk forum tu pandai menghiburkan audiens seramai 2000 ribu lebih. Pengarah UNION, Haji Adana sempat berjumpa dengan kesemua johan pertandingan dalam kategori masing-masing. Dan aku dicop sebagai pemenang bagi kategori pelajar, hahaha! Tapi aku tak marah pun sebab aku rasa itu satu pujian sebab dianggap macam pelajar padahal aku dah lama tinggalkan zaman persekolahan. Majlis penyampaian hadiah tu tak lama sebenarnya. Tapi setiap saat sangat berharga sebab aku dapat jumpa kumpulan manusia yang menghargai penulis dan kerja-kerja penulisan. Plus, aku jumpa Ketua Menteri Sarawak dan of course, itu satu penghargaan bagi aku sebab diiktiraf dalam kerja-kerja penulisan.

At the end of the day, aku balik semula ke Kuching dengan perasaan yang berbunga, hati yang diisi dengan kebahagiaan dan kepuasan peribadi yang sukar untuk diungkapkan sambil mengheret replika cek yang besar sepanjang perjalanan ke lapangan terbang dari Miri ke Kuching. Ketua Menteri yang bagi replika cek tu, takkanlah aku nak tinggalkan di hotel? Oh, ada satu lagi, ada budak lepasan sekolah cakap aku macam budak sekolah. Ok, makasih dik. Terharu akak~

Semoga tahun ni aku dilimpahi dan dikurniakan rezeki yang baik serta dikelilingi oleh mereka yang menghargai penulis. Amin.

Okay, share gambar hari kedua~

















@theMaGi2020

MAPI 2020: Trip ke Miri Hari Pertama

Hai semua! Huh, baru ada masa nak kemas-kemas blog. Padahal banyak hal menarik berlaku tahun ni. Seriously, aku rasa sangat gembira. Sebab? Tahun ni, aku menerima jemputan rasmi dari pihak Jabatan Integriti dan Ombudsman Kerajaan Negeri Sarawak (UNION) untuk menghadiri Majlis Amanat Perdana Integriti 2020 di Hotel Pullman, Miri. Tbh, kali pertama aku pergi ke Miri ialah pada penghujung tahun 2007. Tahun ni, aku menjejakkan kaki untuk kali ke-2 ke Miri dan honestly, aku rasa macam nostalgia sangat padahal tak banyak pun kenangan aku di Miri sebenarnya.

Okay, just nak bagitahu (nak kongsi kegembiraan sebenarnya), trip ke Miri ni ditaja sepenuhnya. Tiket penerbangan, pengangkutan, hotel penginapan dan sarapan pagi semuanya ditaja oleh pihak penganjur sebab aku memenangi tempat pertama kategori cerpen umum untuk Pertandingan Mengarang Integriti anjuran UNION. Inilah trip yang paling bahagia rasanya sebab aku tak keluarkan banyak kos (kos makan kat luar je lah yang aku bayar). Pada 25 Februari aku menaiki flight MAS awal pagi ke Miri bersama rombongan pemenang yang lain. Sampai kat sana transport hotel ready jemput aku. Kemudian pergi ke Mega Hotel, check in bilik, lepas tu pergi makan dan berjalan-jalan di Miri. Satu keberuntungan, aku dapat bilik awal hari tu berbanding yang lain. Kemudian pukul 3 petang kami pergi ke Pullman Hotel untuk sesi raptai rasmi. Habis raptai, merayau lagi cari makan  di Restoran Muara dan balik hotel untuk berehat.

Itulah kisah hari pertama. Tapi aku tak dapat lupa perasaan sebelum nak terbang tu. Trip yang ditaja sepenuhnya, memang aku takkan dapat lupa :)

Ni dia gambar hari pertama:

















Entri seterusnya? Hari kedua di Miri untuk MAPI20, hihi~
@theMaGi2020