Wednesday, 20 May 2015

Anak-anak dalam keluarga Brooke

Selamat pagi. Pagi yang cantik di Kuching. Hari ini aku update entri berkenaan dengan anak-anak dalam keluarga Brooke. Motif? Sekadar nak berkongsi sedikit pengetahuan sejarah, tak berniat nak mengagungkan orang kolonial. Sebetulnya aku dah tak tahu nak tulis apa untuk bulan Mei. Mungkin bulan depan aku patut rest je. 

Okey, mari teruskan.

1. Reuben G. Walker (George Brooke)


Rueben G. Walker ialah anak luar nikah James Brooke. Identiti ibu kepada Rueben G. Walker dan tarikh lahir sebenar Rueben tidak diketahui. Rueben telah diangkat oleh Francis Walker yang berasal dari Brighton. Menurut bancian 1841-1851, Rueben lahir sekitar tahun 1836. Pada 1858, Rueben menyedari hubungannya dengan keluarga Brooke. Pada 1871, bancian gereja Plumtree, Nottinghamshire menunjukkan nama Rueben bertukar menjadi 'George Brooke', berusia 40 tahun, dan tempat kelahiran ialah Sarawak Borneo. Rueben berkahwin pada 1862, mempunyai 7 orang anak tetapi hanya 3 sahaja yang hidup dan anak sulungnya bernama James. Pada 1874, Rueben meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Australia di dalam nahas kapal SS British Admiral.

2. Dayang Ghita Brooke


Ghita merupakan anak sulung Charles Brooke yang dilahirkan pada tahun 1870. Ghita dicatatkan meninggal dunia di Laut Merah ketika berusia sekitar 3 tahun pada Oktober 1973 semasa dalam perjalanan ke England. Beberapa orang penulis menyatakan Ghita meninggal kerana penyakit taun tetapi menurut catatan Charles Brooke sendiri, anaknya meninggal dunia disebabkan bahang apopleksi.

3. James Harry Brooke & Charles Clayton Brooke


James dan Charles merupakan anak ke-2 dan ke-3 (anak kembar) Charles Brooke yang turut meninggal dunia bersama Ghita pada 1873 semasa dalam perjalanan ke England. Menurut catatan, usia James dan Charles hampir 2 tahun sebelum meninggal dunia.

4. Esca Brooke-Daykin


courtesy: Sandra Huynh
Esca (nama asal: Isaka) merupakan anak sulung Charles Brooke dengan wanita Melayu bernama Dayang Mastiah yang berasal dari Sri Aman. Hubungan Charles dan Dayang Mastiah tidak mendapat restu gereja malah ditentang kerana Charles seorang Kaukasia beragama Kristian dan Dayang Mastiah seorang Melayu beragama Islam. Selaku isteri kedua, Ranee Margaret bimbang jika anak lelakinya (Charles Vyner dan Bertram) tidak dapat menjadi pewaris dinasti. Atas alasan itu Ranee Margaret menyerahkan Esca kepada Rev. William Daykin lalu dibawa berpindah ke Kanada. Esca dikatakan membesar di Ontario, berkahwin dengan wanita Kanada bernama Edith Webster. Esca mempunyai 3 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki bernama Cyril. Cyril mempunyai seorang anak bernama Barbara Anne Brooke dan melalui Barbara, cicit Esca yang bernama Kathleen, Deborah dan Mark telah lahir. 

Menerusi petikan akhbar The Borneo Post, seorang wanita Amerika bernama Deborah Falls Lockhart merupakan keturunan Esca telah datang ke Sarawak untuk menjejaki susur galur keturunannya (ruj: St.Joe 1976)

5. Charles Vyner Brooke


Image result for charles vyner brooke familyCharles Vyner merupakan anak ke-4 Charles Brooke dan Ranee Margaret. Charles Vyner menjadi pengganti bapanya dalam mentadbir Sarawak sehingga tahun 1941. Charles Vyner telah berkahwin dengan Sylvia Brett dan mempunyai 3 orang anak perempuan iaitu Dayang Leonora Margaret, Dayang Elizabeth dan Dayang Nancy Valerie. Ketika menjadi Rajah, Charles Vyner dan isterinya suka mengadakan parti untuk anak-anak gadis mereka. Hubungan mereka berdua juga dilihat aneh kerana mereka berdua tidak berkelakuan seperti suami isteri, lebih banyak berhibur dan suka berpesta.

Setelah tidak menjadi Rajah lagi, Charles Vyner dan isterinya kembali semula ke England dan menjalani kehidupan secara senyap. Hubungan Charles Vyner dan isterinya juga mula retak apabila Sylvia berpindah ke flat Achery Rose dan Charles Vyner pula tinggal di Albion Street.

6.Bertram Willes Dayrell Brooke

Bertram W D Brooke.jpgBertram ialah anak ke-5 Charles Brooke dan Ranee Margaret. Ketika pentadbiran dinasti Brooke, Bertram dipanggil sebagai Tuan Muda of Sarawak kerana dilahirkan di Kuching pada 1876 dan sesetengah catatan mendakwa penduduk tempatan melihat Bertram sebagai bumiputera. Bertram berkahwin dengan Gladys Milton Palmer dan mempunyai 3 anak perempuan bernama Dayang Jean Brooke, Dayang Elizabeth Brooke dan Dayang Anne Brooke serta seorang anak lelaki bernama Anthony Brooke. Bertram dikatakan hampir menjadi pengganti Charles Vyner sebagai Rajah ke-4 kerana Charles Vyner tidak mempunyai waris lelaki. Tetapi Bertram memilih anaknya, Anthony sebagai pengganti seterusnya kerana gangguan kesihatan. 

Setelah gelaran Rajah Muda diberi pada Anthony, Bertram dan isteri berpindah ke England tetapi perkahwinan mereka tidak kekal dan akhirnya bercerai. Bertram tidak berkahwin dengan mana-mana wanita selepas itu dan meninggal dunia di Sheepstor, Devon.


7. Henry Keppel Brooke

Henry ialah anak ke-6 Charles Brooke dan Ranee Margaret. Ketika pentadbiran dinasti Brooke, Henry dipanggil sebagai Tuan Bongsu dan dikatakan dilihat sebagai bumiputera oleh penduduk tempatan kerana Henry juga dilahirkan di Kuching pada 1878. Henry dikatakan berkahwin dengan wanita bernama Dorothy Craig dan mempunyai anak bernama James Brooke.

Anthony Brooke.jpg8. Anthony Walter Dayrell Brooke

Anthony ialah satu-satunya anak lelaki Bertram yang lahir pada 1912 dan dilantik menjadi Rajah Muda, bakal pengganti Rajah seterusnya. Anthony tidak mentadbir lama di Sarawak kerana Sarawak seterusnya diserahkan di bawah jagaan British selepas era penaklukan Jepun. Anthony berkahwin sebanyak 2 kali, isteri pertamanya bernama Kathleen Mary Hudden dan mempunyai 3 anak iaitu James Bertram Lionel Brooke, Angela Carole Brooke dan Celia Margaret Brooke. Melalui James Bertram, Anthony mempunyai 2 orang cucu iaitu Laurence Nicholas Brooke (lahir tahun 1983) dan Jason Desmond Anthony Brooke (lahir tahun 1985). Isteri keduanya bernama Gita Keller dan mereka tidak mempunyai anak. Anthony meninggal dunia di Wanganui New Zealand pada tahun 2011 dan abu mayatnya dikirim ke Sarawak pada tahun 2013 seperti yang diminta dalam wasiatnya.

9. Dayang Leonora Margaret, Dayang Elizabeth & Dayang Nancy Valerie Brooke

Image result for charles vyner brooke family
Dayang Leonora, Dayang Elizabeth dan Dayang Nancy ialah ketiga-tiga anak perempuan Charles Vyner Brooke. Kehidupan mereka bertiga dikatakan penuh dengan kebebasan, parti dan aneh. Dayang Leonora berkahwin sebanyak 2 kali, kedua-dua lelaki yang dipilihnya merupakan golongan aristokrat (suami pertama: Earl of Inchcape, suami kedua: US Colonel Francis Parker). Dayang Elizabeth juga berkahwin sebanyak 2 kali, suami pertamanya bernama Harry Roy dan yang kedua pula bernama Richard Vidmer.

Dayang Nancy Valerie dilihat sebagai anak yang paling liar apabila semakin dewasa dan berkahwin sebanyak 4 kali dan membeli pulau yang diberi nama Babaland yang terletak di Netherland East Indies dengan kata-kata; 'where every man would be Rajah'.

10. Jason Desmond Anthony Brooke

Image result for jason desmond anthony brookeJason merupakan anak kepada James Bertram Lionel Brooke, cucu kepada Anthony Brooke dan cicit kepada Bertram Brooke. Jason dilahirkan di London, dan memimpin The Brooke Heritage Trust yang menyokong dan mempromosikan penghargaan terhadap sejarah, budaya dan khazanah Brooke di Sarawak. Jason juga mewakili keluarga Brooke dalam pengumpulan kertas kerja Brooke serta bekerjasama dengan pihak Pustaka Sarawak dalam memelihara dan memulihara peninggalan keluarga Brooke di Sarawak. Brooke Gallery di Fort Margherita juga diuruskan oleh Jason di bawah naungan The Brooke Heritage Trust.


@themagi2015

ruj: telegraph.co.uk | members.iinet.net.au | davecarley.com | wikipedia/James Brooke | wikipedia/Charles Brooke | wikipedia/Charles Vyner Brooke | wikipedia/Anthony Brooke | wikipedia/Jason Desmond Anthony Brooke | Pensejarahan Melayu: Memperbaharui makna lama by Sanib Said 2007 | Sarawak Zaman Dahulu terjemahan Abdul Ghaffar Laili 1994 | White Rajah by Nigel Barley 2002 | historical diversion in The Borneo Post, repost by St.Joe-form5.blogspot.com | dawlishchronicles.com

1 comment: