Saturday, 6 October 2012

Delicious Eleven (D11):U makanlah selagi U boleh!

Lokasi : D11 BBQ & Steamboat
Masa   : 8 lebih camtu-10:30 malam
Hari     : Jumaat, 05 October 2012


Semalam, aku terima pelawaan sister ajak makan di D11. Apakah D11? Adakah ia sejenis biskut? Menu baru yang aku tak tau? Ataupun nama kedai? Of coz la nama kedai, takkan kakak aku nak belanja sekeping biskut yang bernama D11 kot? Selepas Maghrib, aku, appa ngan amma aku pun bersiap tunggu orang datang amek. Pukul 8:05 camtu, kami pun bertolak.

Malam di bandaraya Kuching amat indah. Tenang, sejuk, segar. Jalan tol pun tak sesak. Kitorang sempat lalu depan sekolah lama aku, SMK Tun Abang Haji Openg dan aku melihat betapa cantiknya sekolah aku...hmm~ Bagi aku, suasana lepas hujan memang cantik.

Then, kitorang sampai ke sebuah tempat, dekat dengan jalan Ban Hock, juga dekat ngan Hotel Supreme Kuching. Kat keliling kawasan tu ada banyak kedai makan (sebagai contoh, Restoran Bandung...kalo tak silaplah). Kemudian, kitorang keluar dari keta dulu, bagi abang ipar carik parking. Adoi, kedai sesak macam ada pesta. Tak lama lepas tu, kitorang dapat seat, meja family untuk 5-6 orang. Before, pernah ada promotion sekepala RM16.50. Tapi untuk malam ni, harga macam biasa, kena pay RM18 sekepala, and sehengget untuk perencah tomyam. Overall termasuk ayak *air untuk lima kepala. kakak aku kena bayar...sekian dan sekian harganya. Nak tau datang la sendiri and korang makanlah berapa banyak yang korang larat. So, menu dinner aku malam ni ialah banyak udang, banyak sotong, banyak bontot ayam, banyak daging, banyak sayur-sayuran (konon nak makan ala Ssam or Bulgogi- Korean Style) dan banyak aiskrim.

Sekarang, mari tengok apa yang kitorang makan....teehee!

Mula2, kena sediakan stove untuk memasak
Lepas tu, amek makanan yang kitorang nak makan (nampak
pinggan yang ada udang n sotong kat sebelah? Yang tu aku
punya menu)
Kemudian, kitorang pun mula la memasak. Tangan yang blur
 tu tangan my appa.
Yang ni makanan pilihan aku, ada brokoli, ada hati
ayam,daging lembu, bontot ayam...korang makan
bontot ayam?

Travel Lagi: Pasir Panjang Family Park

30th September 2012-Sunday

Sunday morning, a wonderful weekend with a cup of plain water (I don't drink coffee or tea), I spend my day with same old stuff- writing new short stories and blogosphere. I dozed off a bit, I thought I want to spend my sunny day with sleeping. Just sleep. Then suddenly, my mom knocked the door, try to make me out from my room and get prepared. I asked her- "for what?". She told me- "Your sister wants to go out with us, at Pasir Panjang." In a flash, I began to remembered the year of 2009, we spent our day at there three years ago. Later, my mom said- "hurry up lah, your sister will pick you after this. I will go there with your second sister." So I said okay to her, grab my cloth and whatever I needed and get ready. Half an hour later, she came with her husband, her mother in law and three children, then we went to Pasir Panjang Family Park at Pasir Pandak Village, near to Gunung Santubong.

Pasir Panjang Family Park is new place for recreation and leisure. It was just a plain white beach with trees and small huts. Since last year, Pasir Panjang began to change very nicely with new R&R, several facilities to clean and change ourselves after playing on the beach, few new huts for gathering (or dating for couples), playground for kids in progress and food stalls selling goods and stuff. So I shared you few pictures about my wonderful weekend. Come here when you visit Kuching, my miao-miao city liao ^o^

That's my sister, her mother in law and her son.

That small island is Pulau Kera, the mysterious island with peculiar and
old stories....

The typical Malaysian beach, must have one boat..at least...

Food court, place to rest and walking leisurely.

The right place for mountain lovers...I want to climb it one day...

No one built any castle sand at here...weird...

Playing football at here, eh?

I want to go there, really...but it's time for me to go home...*good bye!


Images: it's mine
MaGi 2012 Copyright.

Tuesday, 2 October 2012

Spelling Bee: Perkataan Pelik dan Susah nak Sebut dalam Bahasa Inggeris

Tadi, masa browse baca artikel kat website, tiba2 terpandang few website yang ajar bahasa Inggeris, few new words yang menarik, cam pelik pun ada. Perkataan tersebut wujud dalam kamus Oxford dan bagus untuk budak2 masuk contest Spell-It-Right spelling bee tu. Bagus jugak untuk orang2 dewasa menambahkan ilmu di kepala. Mana tau nak tulis surat kat kawan ke, kat mak bapak ke, suami/isteri ke...kira nak show off la level bahasa Inggeris korang yang kian mapan dan mantap tu. Tapi jangan main tulis je tak tau meaning. Jadi, mari tengok beberapa contoh.

Erinaceous
Maksud perkataan ni ialah; macam landak.

Lamprophony
Kenyaringan dan kejelasan suara.

Finnimbrun
Barang kodi atau perhiasan kecil2.

Floccinaucinihilipilification
Ni asalnya dari bahasa Latin. Maksudnya, anggaran untuk benda/perkara yang tak ada nilai.

Inaniloquent
Berhubung dengan percakapan kosong.

Limerance
Percubaan dalam kajian saintifik mengenai pembawaan atau perilaku dalam hubungan cinta yang romantik.

Mungo
Pengutip sampah/ 'penyelam' dalam timbunan sampah yang memilih barang berharga daripada tempat pembuangan sampah.

Agastopia
Kagum pada sesetengah bahagian pada anggota badan orang lain.

Jobbernoul
Si bodoh; si tolol.

Pauciloquent
Bertutur beberapa patah kata; ucapan ringkas.

Oxter
Berasal dari bahasa Old English bermaksud; ketiak.

Impignorate
Gadai atau cagar sesuatu.

Doddlesack
Begpaip.

Nudiustertian
Hari sebelum semalam.

Bibble
Kekerapan minum atau makan/ minum dengan bunyi bising.

Nihilarian
Orang yang berurusan dengan sesuatu yang kurang penting (gantikan sebutan 'h' kepada bunyi 'k')

Scopperloit
Biadab atau perlakuan/permainan yang kasar.

Widdiful
Orang yang memang layak untuk digantung.


Berminat? Pening kepala? Susah nak sebut? Padan muka korang..hahaha~ bahasa kedua negara kita ni memang pelik2 tapi korang kena belajar kalau tak susah korang nanti.

Untuk bacaan lanjutan, sila rujuk:
 (kalau link broken sila taip 'weirdest english word' kat Google search. Mesti jumpa punya..)

Monday, 1 October 2012

Subjek sekolah dan Pekerjaan yang Sesuai..

Kalau kat sekolah, ditetapkan subjek apa yang patut kita belajar. Siapa yang science  stream kena amek kimia, fizik, add math, subject killer je. Sape art stream kene amek tasawur islam, sastera, perdagangan...subjek yang tak bunuh korang hidup2. Masa dulu, aku suka Sejarah dan berharap agar terlibat dengan kerja-kerja pemuliharaan tapi yelah, zaman sekolah macam ni la cita-cita. Bila dah keluar dari sekolah, baru la nampak realiti. Skang, mari kita berkongsi beberapa subjek sekolah yang terkenal dan korang minat serta pekerjaan apa yang sesuai dengan subjek tersebut.

Bahasa Melayu
Biasanya, orang akan kata sapa suka subjek BM korang boleh jadi cikgu BM. Tapi sekarang bukan senang nak jadi cikgu, terbukti sebab aku tak dapat (mungkin sebab ilmu tak cukup di kepala, bukan di dada) jadi selain dari bidang perguruan, korang boleh mencuba jadi penulis. Korang tulislah cerita pendek macam cerpen, atau puisi dan sajak. Korang juga boleh bekerja sebagai ahli bahasa (cam pendeta Zaaba,, Nik Safiah Karim), kerja ngan pihak DBP atau IPT. Tapi sekiranya bidang penulisan/kesusasteraan pun korang tak boleh, selayaknya korang ajar anak buah atau anak korang asas bahasa Melayu. Senang citer.


Bahasa Inggeris
BI merupakan bahasa kedua. Walaupun peratusan rakyat Malaysia dah celik BI tapi ada juga yang bermasalah. Siapa yang fasih berbahasa BI ni digalakkan bekerja jadi guru TESL atau involve dalam business network seperti hartanah, pelancongan, dan sebagainya.Selain jadi business people, ada juga yang memilih untuk terjun ke bidang penulisan, jurubahasa atau pengacara. Tapi, kalaulah bidang pekerjaan ni sukar untuk korang, adalah lebih baik korang jadi cikgu tadika. A for Apple, B for Bubble...


Matematik/Matematik Tambahan
Ni subjek yang aku tak suka. Susah betul nak skor (ke aku ni yang bodoh?) Bagi sesiapa yang suka sangat nombor dan formula, adalah digalakkan korang jadi akauntan, pakar ekonomi bisnes ataupun bekerja dalam bidang perbankan dan insurans. Selain tu, korang boleh jugak kerja jadi engineer ke arkitek sebab kerja tu pun melibatkan formula matematik (sudut 90, sudut cakah, tangen, kiraan 'pi' dan sebagainya). Tapi kan~, sekiranya korang rasa macam susah nak dapatkan pekerjaan kat atas, jadi cashier kedai pun korang boleh kira duit hari-hari. Ataupun, jadi kerani pengoperasian kerajaan mahupun  swasta. Korang pun kena involve dalam soal penyediaan slip gaji, laporan kewangan, statistik dan sebagainya. Selain tu, korang boleh berniaga apa je korang nak (jangan manusia pulak yang korang jual)


Sejarah
Subjek ni subjek kegemaran aku. Tak pernah gagal. Aku suka hafal fakta. Lagi pelik fakta tu lagi bagus. Untuk sesiapa yang suka subjek ni, pasti ada yang memasang impian jadi sejarawan, pendidik, penulis buku dan paling best ialah jadi archeologist. Menjadi seorang peguam pun kena ada asas sejarah kenegaraan yang kuat, pasal mahkamah dan akta. Walau bagaimanapun, sekiranya korang payah nak dapatkan pekerjaan tersebut, janganlah korang guna keupayaan sejarah orang lain untuk bergosip, propa dan mengadu domba. Kalu jadi penglipur lara cerita rakyat takpe, elok lagi. Kalu nak sangat jadi archeologist tapi tak dapat, kerja korek kubur orang meninggal pun elok jugak. Kerja fardu kifayah, dapat pahala besar.