Masa : 8 lebih camtu-10:30 malam
Hari : Jumaat, 05 October 2012
Semalam, aku terima pelawaan sister ajak makan di D11. Apakah D11? Adakah ia sejenis biskut? Menu baru yang aku tak tau? Ataupun nama kedai? Of coz la nama kedai, takkan kakak aku nak belanja sekeping biskut yang bernama D11 kot? Selepas Maghrib, aku, appa ngan amma aku pun bersiap tunggu orang datang amek. Pukul 8:05 camtu, kami pun bertolak.
Malam di bandaraya Kuching amat indah. Tenang, sejuk, segar. Jalan tol pun tak sesak. Kitorang sempat lalu depan sekolah lama aku, SMK Tun Abang Haji Openg dan aku melihat betapa cantiknya sekolah aku...hmm~ Bagi aku, suasana lepas hujan memang cantik.
Then, kitorang sampai ke sebuah tempat, dekat dengan jalan Ban Hock, juga dekat ngan Hotel Supreme Kuching. Kat keliling kawasan tu ada banyak kedai makan (sebagai contoh, Restoran Bandung...kalo tak silaplah). Kemudian, kitorang keluar dari keta dulu, bagi abang ipar carik parking. Adoi, kedai sesak macam ada pesta. Tak lama lepas tu, kitorang dapat seat, meja family untuk 5-6 orang. Before, pernah ada promotion sekepala RM16.50. Tapi untuk malam ni, harga macam biasa, kena pay RM18 sekepala, and sehengget untuk perencah tomyam. Overall termasuk ayak *air untuk lima kepala. kakak aku kena bayar...sekian dan sekian harganya. Nak tau datang la sendiri and korang makanlah berapa banyak yang korang larat. So, menu dinner aku malam ni ialah banyak udang, banyak sotong, banyak bontot ayam, banyak daging, banyak sayur-sayuran (konon nak makan ala Ssam or Bulgogi- Korean Style) dan banyak aiskrim.
Sekarang, mari tengok apa yang kitorang makan....teehee!
Mula2, kena sediakan stove untuk memasak |
Lepas tu, amek makanan yang kitorang nak makan (nampak pinggan yang ada udang n sotong kat sebelah? Yang tu aku punya menu) |
Kemudian, kitorang pun mula la memasak. Tangan yang blur tu tangan my appa. |
Yang ni makanan pilihan aku, ada brokoli, ada hati ayam,daging lembu, bontot ayam...korang makan bontot ayam? |
Tengok gambar je aku boleh dengar bunyi percikan daging yang tengah nak masak...hmm~ |
Nampak tiga gelung putih tu? Yang tu sotong aku... (the real seafood lover~) |
Masa untuk makan dan makan dan makan lagi (Malaysia memang negara yang dirahmati) |
Emm~ more food more fun ^^ |
Last sekali...makan aiskrim dalam pinggan (plus dua kon aiskrim kat tangan) |
Ni la gambar masa kami makan kat D11. Takda masa nak snap banyak2 sebab aku kena masak sendiri makanan tu. So, kalo nak tau lebih, datanglah ke D11 BBQ & Steamboat dan nikmati makanan yang korang nak makan. Semuanya ada; daging kambing, daging lembu, ayam, udang, sotong, kerang, udang, sayur, ulam dan banyak lagi. Kepuasan anda dijamin.Sebagai food lover, aku bagi A untuk kedai ni. Trimas untuk kakak yang bawak kitorang ke sini =D
Maklumat lanjut
D11 BBQ & Steamboat Kuching
57, Lot 230, Jalan Ban Hock,
93100, Kuching, Sarawak.
Masa beroperasi: korang datang la sekitar jam 7 malam macam tu.
MaGi 2012 Copyright
hahahaha suka lah tu..doa jak rezeki lebih kita pergi lagi k?
ReplyDeletemesti la suka...lain kali embak tito gik...
Deletehi, u may try a new BBQ steamboat , always fresh and willing to keep improve to provide the best to you.https://www.facebook.com/profile.php?id=246233115579813&fref=ts
ReplyDeleteokay, thanks for ur info ^^
Delete