Friday, 16 October 2015

Young Stars Cross-Dressing

Happy Friday, what a wonderful day. Today I would like to update a bit, it's been a while since I'm babbling in English. So, I decided to write about cross-dressing among young stars. And cross-dressing is already a sensation in history, so to speak. After spending times with Google, I found some pictures to share.

Image result for ahsaas channa kabhi alvida na kehna
Ahsaas Channa
Ex-former child actor in Bollywood
that acted as a boy in several movies such
as Aryan, My Friend Ganesha, Kabhi
Alvida Naa Kehna and Vaastu Shastra.

Image result for xu jiao
Xu Jiao
Ex-former child actor that acted as
Stephen Chow's son in CJ7 movie.
She's so pretty now.

Image result for shiloh jolie pittImage result for shiloh jolie pitt
Shiloh Jolie-Pitt
The wonderful daughter of Angelina
Jolie and Brad Pitt. She loved being
a boy and called herself as John.

Image result for jaden smith cross dressing
Jaden Smith
To be honest, I don't understand
what happened to Will Smith's son.


Image result for young stars cross dressing
Daniel Radcliffe
"Mr. Potter, why wearing bra?"
This cross-dressing in Harry Potter and Deathly 
Hallows is nearly epic.

@themagi2015

Thursday, 8 October 2015

Apa Zodiak Anda ?

Image result for zodiac signs
Salam Khamis, peeps! Hari ni aku nak berkongsi info pasal zodiak. Zaman sekarang ni, mustahil korang tak tahu zodiak sendiri. Sebetulnya aku taklah percaya sangat pasal prediction dari aspek zodiak, aku cuma baca untuk suka-suka. Tapi dalam entri kali ni aku bukan nak bernujum pasal nasib korang. Entri kali ni berkenaan dengan karakteristik dan ringkasan setiap zodiak.

ARIES

Rumah: Pertama
Motto Latin: Vitae (Kehidupan)
Gelaran moden: House of Self
Intrepretasi: Penampilan fizikal, sifat dan ciri-ciri yang kuat. Suka memberi pandangan umum secara keseluruhan. Mempunyai ego. Pelopor dan berinisiatif.

TAURUS

Rumah: Kedua
Motto Latin: Lucrum (Kekayaan)
Gelaran moden: House of Value
Intrepretasi: Menyukai barang atau perkara yang tidak begitu penting serta diberi nilai tertentu. Sesuai dalam aspek penanaman dan pertumbuhan. Menghargai diri sendiri.

GEMINI

Rumah: Ketiga
Motto Latin: Fratres (Persaudaraan/Brothers)
Gelaran moden: House of Communications
Intrepretasi: Tahap pendidikan selalunya sederhana. Persekitaran dekat dengan kanak-kanak/adik beradik/jiran tetangga. 

CANCER

Rumah: Keempat
Motto Latin: Genitor (Keibubapaan)
Gelaran moden: House of Home and Family
Intrepretasi: Berpegang pada warisan, keturunan, asal usul. Memahami asas awal dan alam sekitar. Ibu adalah tokoh dan penjaga rumah tangga.


LEO

Rumah: Kelima
Motto Latin: Nati (Kanak-kanak/keanakan)
Gelaran moden: House of Pleasure
Intrepretasi: Menyukai rekreasi dan kegiatan waktu lapang serta perkara yang memberi keseronokan dan hiburan. Kreatif dalam mengekspresikan diri.

VIRGO

Rumah: Keenam
Motto Latin: Valetudo (Kesihatan)
Gelaran moden: House of Health
Intrepretasi: Mempunyai tugas dan rutin. Memiliki kemahiran atau latihan diperolehi. Melakukan pekerjaan, guna tenaga dan perkhidmatan untuk orang lain. Suka membela haiwan, suka menjadi penjaga.

LIBRA

Rumah: Ketujuh
Motto Latin: Uxor (Pasangan)
Gelaran moden: House of Partnerships
Intrepretasi: Mempunyai keyakinan dan kepercayaan terhadap ikatan perhubungan (dalam perkahwinan atau perniagaan). Menyukai perkara-perkara berkaitan dengan hubungan diplomatik, perjanjian. Mudah kagum dengan kualiti yang ada pada rakan/teman rapat.

SCORPIO

Rumah: Kelapan
Motto Latin: Mors (Kematian)
Gelaran moden: House of Reincarnation
Intrepretasi: Komited dalam apa jenis hubungan. Percaya pada perkara ghaib, psikik dan pantang larang. Melakukan transformasi, perubahan dan penjanaan semula terhadap pelbagai perkara (wang, dana, sumber etc)


SAGITTARIUS

Rumah: Kesembilan
Motto Latin: Iter (Perjalanan)
Gelaran moden: House of Philosophy
Intrepretasi: Menyukai lawatan ke luar negara/negara asing. Berminat pada kebudayaan, perjalanan jarak jauh. Percaya pada agama, undang-undang, etika. Berpendidikan tinggi, berpengetahuan, berpengalaman menerusi usaha.

CAPRICORN

Rumah: Kesepuluh
Motto Latin: Regnum (Kerajaan)
Gelaran moden: House of Social Status
Intrepretasi: Bercita-cita, bermotivasi, berkerjaya. Mencari status dalam masyarakat, menyukai kuasa. Pencari nafkah dalam rumah tangga/keluarga. Berpenampilan bebas.

AQUARIUS

Rumah: Kesebelas
Motto Latin: Benefacta (Persahabatan)
Gelaran moden: House of Friendships
Intrepretasi: Menyukai kawan dan rakan yang sama pemikiran. Berminat dengan persatuan, kelab dan kumpulan sama minat. Mencari manfaat dan nasib dalam kerjaya diceburi. Boleh diharap.

PISCES

Rumah: Kedua-belas
Motto Latin: Carcer (Penjara)
Gelaran moden: House of Self-Undoing
Intrepretasi: Bersikap mistik. Menyukai tempat-tempat terasing (rumah sakit, penjara, tempat peribadi). Tidak jelas dengan keperibadian sendiri, tetapi jelas dilihat orang lain. Sukar difahami, perahsia. Berkelakuan di bawah sedar, mempunyai musuh tanpa diketahui. Suka berundur, merenung diri dan berkorban.


@themagi2015

Tuesday, 6 October 2015

Produk dari Air Liur?

Salam Selasa untuk semua! Aku terbangun awal pagi ni sebab niece aku menangis (ohsem~). Tapi, aku tak kisah sangat bab bangun awal sebab nak sambung tidur pun tak berselera. Jadi, menaiplah aku dengan girangnya (sambil fikir panjang sebab tak pasti lagi nak taip apa). Suddenly, aku teringat list entri untuk bulan ni. Okey, aku nak cakap pasal air liur.

Tapi, jangan jijik dulu. Aku bukan nak cakap pasal air liur manusia. Hari ni aku nak cakap pasal air liur dari serangga sebab secara umumnya, kita dah lama guna produk berasaskan air liur. Tak kiralah macam mana korang nak nafikan, menidakkan atau menolak kenyataan tersebut sambil berguling-guling, air liur serangga memang pernah masuk dalam mulut korang. Titik.

Okey, mari aku senaraikan sikit produk dari air liur serangga.

Image result for bee
Lebah: Propolis lebah berasal dari air liur lebah. Ia merupakan
ubat semulajadi yang mujarab untuk merawat pelbagai jenis
penyakit seperti gangren, diabetes dan sebagainya.
Image result for kelulut
Kelulut (Meliponini): Menghasilkan madu sama seperti lebah dan mengandungi
kandungan propolis seperti madu lebah. Tetapi khasiat madu kelulut
dikatakan lebih tinggi dari madu lebah.
Image result for burung walet
Burung walet: Air liur burung walet merupakan ubat tradisional
yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit seperti tuberculosis,
jangkitan paru-paru, malaria, cirit birit dan sebagainya. Ia juga digunakan
untuk meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan serta sesuai untuk
diet.
Image result for ulat sutera
Ulat Sutera: Ulat sutera merupakan larva kupu-kupu yang penting dalam
pengeluaran sutera. Kepompong ulat sutera yang terbentuk dari air liur
serangga tersebut merupakan produk berharga di China dan juga di dunia
dalam menjana  industri benang sutera yang mendapat permintaan tinggi dari
setiap negara.


Okey, setakat ni je yang aku tahu. Kalau ada info lebih tentang produk dari air liur, sila tambah di kotak komen. Komen/pendapat/cadangan anda sangat dialu-alukan :)

@themagi2015
ruj:

Monday, 5 October 2015

10 Tips Menjaga Ikan Laga

Image result for betta fish
Salam Isnin...again, peeps! Aku tiba-tiba tambah entri lagi untuk hari yang sama sebab aku tak pasti bila aku free nak memblogging nanti. Alang-alang WiFi cantik, aku tak nak sia-siakan kuota yang ada. Haruslah taip sesuatu, yeah.



Hari ni aku nak buat entri berkenaan dengan ikan pelaga/laga atau Betta Fish. Juga dikenali sebagai Siamese Fighting Fish sebab ikan ni tak boleh kongsi rumah atau berjiran satu spesis, mesti nak gaduh. Sekarang aku membela ikan ni dalam jug kaca mak aku selama beberapa bulan dan aku gembira ikan aku sihat walafiat. FYI, aku tak dapat snap gambar ikan aku (nama dia Bettari, senang je nak ingat) sebab Bettari sangat lincah. Jadi, aku letak gambar ikan laga (credits to Bubblesandbettas.blogspot.com) sebab gambar ikan ni yang paling serupa dengan rupa Bettari.

Tips menjaga ikan ni taklah susah sangat. Aku bagi senarai ringkas.

  1. Pertama sekali sebelum nak jaga ikan...mestilah beli ikan tu dulu. Sebelum beli, pilihlah ikan yang sihat, lincah dan ikut pergerakan jari bila kita gerakkan jari depan ikan tu. Seeloknya jangan beli ikan yang pucat, penakut, ekor rosak ataupun pemalas sebab cepat je ikan tu pendek umur.
  2. Okey, selepas membeli ikan, sediakanlah bekas ikan yang sesuai. Menurut pakar, bekas yang elok ialah bekas yang melintang panjang sebab ia sesuai dengan sifat ikan tersebut. Tapi apa yang paling penting ialah bekas tu dapat menampung air yang banyak, senang dibersihkan dan selesa untuk ikan tersebut.
  3. Untuk memastikan tahap kegembiraan ikan laga jantan, sila check bubble net di permukaan air. Ikan laga jantan akan buat bubble net bila gembira (Bettari aku suka buat bubble net, mesti dia gembira tu)
  4. Bagi sesiapa yang bela ikan laga, janganlah malas sangat tukar air. Makanan ikan laga ni agak berbau jadi air kenalah kerap dibersihkan. Masukkan klorin beberapa titik jadi air tu selamat untuk ikan laga.
  5. Jangan lupa bermain dengan ikan laga, cakap 'hi' atau buat pergerakan jari depan ikan tu. Aktiviti tersebut baik untuk mengukuhkan kepercayaan ikan laga terhadap tuannya.
  6. Tetapkan masa makan sebagai rutin. Ikan laga akan tahu bila masa untuk makan dan akan menunggu tuan bagi makan. Macam aku, aku tetapkan masa makan pagi pukul 9:30, makan malam pukul 7 or 7:30. Bettari aku dah tahu masa makan.
  7. Jangan bagi ikan laga makan terlalu banyak. Ikan laga bukannya besar mana pun. Lagipun, tak baik bazirkan makanan. Ajar ikan laga anda untuk berjimat cermat.
  8. Pastikan suhu air sesuai. Ikan laga pun nak hidup lama, janganlah guna air terlalu sejuk atau terlalu panas.
  9. Bagi sesiapa nak tambah ikan laga, sila pilih jantina berlawanan sebagai teman. Macam Bettari aku, aku kena cari ikan laga betina tak agresif, barulah tak gaduh. Tapi sebaiknya, bela seekor je. Lagi senang.
  10. Ekor ikan laga sangat sensitif, jangan letak hiasan plastik yang merapu dalam bekas ikan sebab ia boleh merosakkan keanggunan ikan laga. 
Okey, setakat tu je tips yang aku boleh beri. Rasanya, aku beruntung sebab Bettari aku sangat memahami. Bagi sesiapa yang nak bela ikan laga, selamat ber-Betta :)

@themagi2015