Salam Isnin...again, peeps! Aku tiba-tiba tambah entri lagi untuk hari yang sama sebab aku tak pasti bila aku free nak memblogging nanti. Alang-alang WiFi cantik, aku tak nak sia-siakan kuota yang ada. Haruslah taip sesuatu, yeah.
Hari ni aku nak buat entri berkenaan dengan ikan pelaga/laga atau Betta Fish. Juga dikenali sebagai Siamese Fighting Fish sebab ikan ni tak boleh kongsi rumah atau berjiran satu spesis, mesti nak gaduh. Sekarang aku membela ikan ni dalam jug kaca mak aku selama beberapa bulan dan aku gembira ikan aku sihat walafiat. FYI, aku tak dapat snap gambar ikan aku (nama dia Bettari, senang je nak ingat) sebab Bettari sangat lincah. Jadi, aku letak gambar ikan laga (credits to Bubblesandbettas.blogspot.com) sebab gambar ikan ni yang paling serupa dengan rupa Bettari.
Tips menjaga ikan ni taklah susah sangat. Aku bagi senarai ringkas.
- Pertama sekali sebelum nak jaga ikan...mestilah beli ikan tu dulu. Sebelum beli, pilihlah ikan yang sihat, lincah dan ikut pergerakan jari bila kita gerakkan jari depan ikan tu. Seeloknya jangan beli ikan yang pucat, penakut, ekor rosak ataupun pemalas sebab cepat je ikan tu pendek umur.
- Okey, selepas membeli ikan, sediakanlah bekas ikan yang sesuai. Menurut pakar, bekas yang elok ialah bekas yang melintang panjang sebab ia sesuai dengan sifat ikan tersebut. Tapi apa yang paling penting ialah bekas tu dapat menampung air yang banyak, senang dibersihkan dan selesa untuk ikan tersebut.
- Untuk memastikan tahap kegembiraan ikan laga jantan, sila check bubble net di permukaan air. Ikan laga jantan akan buat bubble net bila gembira (Bettari aku suka buat bubble net, mesti dia gembira tu)
- Bagi sesiapa yang bela ikan laga, janganlah malas sangat tukar air. Makanan ikan laga ni agak berbau jadi air kenalah kerap dibersihkan. Masukkan klorin beberapa titik jadi air tu selamat untuk ikan laga.
- Jangan lupa bermain dengan ikan laga, cakap 'hi' atau buat pergerakan jari depan ikan tu. Aktiviti tersebut baik untuk mengukuhkan kepercayaan ikan laga terhadap tuannya.
- Tetapkan masa makan sebagai rutin. Ikan laga akan tahu bila masa untuk makan dan akan menunggu tuan bagi makan. Macam aku, aku tetapkan masa makan pagi pukul 9:30, makan malam pukul 7 or 7:30. Bettari aku dah tahu masa makan.
- Jangan bagi ikan laga makan terlalu banyak. Ikan laga bukannya besar mana pun. Lagipun, tak baik bazirkan makanan. Ajar ikan laga anda untuk berjimat cermat.
- Pastikan suhu air sesuai. Ikan laga pun nak hidup lama, janganlah guna air terlalu sejuk atau terlalu panas.
- Bagi sesiapa nak tambah ikan laga, sila pilih jantina berlawanan sebagai teman. Macam Bettari aku, aku kena cari ikan laga betina tak agresif, barulah tak gaduh. Tapi sebaiknya, bela seekor je. Lagi senang.
- Ekor ikan laga sangat sensitif, jangan letak hiasan plastik yang merapu dalam bekas ikan sebab ia boleh merosakkan keanggunan ikan laga.
Okey, setakat tu je tips yang aku boleh beri. Rasanya, aku beruntung sebab Bettari aku sangat memahami. Bagi sesiapa yang nak bela ikan laga, selamat ber-Betta :)
@themagi2015
No comments:
Post a Comment