Salam Selasa untuk semua! Aku terbangun awal pagi ni sebab niece aku menangis (ohsem~). Tapi, aku tak kisah sangat bab bangun awal sebab nak sambung tidur pun tak berselera. Jadi, menaiplah aku dengan girangnya (sambil fikir panjang sebab tak pasti lagi nak taip apa). Suddenly, aku teringat list entri untuk bulan ni. Okey, aku nak cakap pasal air liur.
Tapi, jangan jijik dulu. Aku bukan nak cakap pasal air liur manusia. Hari ni aku nak cakap pasal air liur dari serangga sebab secara umumnya, kita dah lama guna produk berasaskan air liur. Tak kiralah macam mana korang nak nafikan, menidakkan atau menolak kenyataan tersebut sambil berguling-guling, air liur serangga memang pernah masuk dalam mulut korang. Titik.
Okey, mari aku senaraikan sikit produk dari air liur serangga.
Lebah: Propolis lebah berasal dari air liur lebah. Ia merupakan ubat semulajadi yang mujarab untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti gangren, diabetes dan sebagainya. |
Kelulut (Meliponini): Menghasilkan madu sama seperti lebah dan mengandungi kandungan propolis seperti madu lebah. Tetapi khasiat madu kelulut dikatakan lebih tinggi dari madu lebah. |
Burung walet: Air liur burung walet merupakan ubat tradisional yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit seperti tuberculosis, jangkitan paru-paru, malaria, cirit birit dan sebagainya. Ia juga digunakan untuk meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan serta sesuai untuk diet. |
Ulat Sutera: Ulat sutera merupakan larva kupu-kupu yang penting dalam pengeluaran sutera. Kepompong ulat sutera yang terbentuk dari air liur serangga tersebut merupakan produk berharga di China dan juga di dunia dalam menjana industri benang sutera yang mendapat permintaan tinggi dari setiap negara. |
Okey, setakat ni je yang aku tahu. Kalau ada info lebih tentang produk dari air liur, sila tambah di kotak komen. Komen/pendapat/cadangan anda sangat dialu-alukan :)
@themagi2015
ruj:
No comments:
Post a Comment