Thursday, 8 October 2015

Apa Zodiak Anda ?

Image result for zodiac signs
Salam Khamis, peeps! Hari ni aku nak berkongsi info pasal zodiak. Zaman sekarang ni, mustahil korang tak tahu zodiak sendiri. Sebetulnya aku taklah percaya sangat pasal prediction dari aspek zodiak, aku cuma baca untuk suka-suka. Tapi dalam entri kali ni aku bukan nak bernujum pasal nasib korang. Entri kali ni berkenaan dengan karakteristik dan ringkasan setiap zodiak.

ARIES

Rumah: Pertama
Motto Latin: Vitae (Kehidupan)
Gelaran moden: House of Self
Intrepretasi: Penampilan fizikal, sifat dan ciri-ciri yang kuat. Suka memberi pandangan umum secara keseluruhan. Mempunyai ego. Pelopor dan berinisiatif.

TAURUS

Rumah: Kedua
Motto Latin: Lucrum (Kekayaan)
Gelaran moden: House of Value
Intrepretasi: Menyukai barang atau perkara yang tidak begitu penting serta diberi nilai tertentu. Sesuai dalam aspek penanaman dan pertumbuhan. Menghargai diri sendiri.

GEMINI

Rumah: Ketiga
Motto Latin: Fratres (Persaudaraan/Brothers)
Gelaran moden: House of Communications
Intrepretasi: Tahap pendidikan selalunya sederhana. Persekitaran dekat dengan kanak-kanak/adik beradik/jiran tetangga. 

CANCER

Rumah: Keempat
Motto Latin: Genitor (Keibubapaan)
Gelaran moden: House of Home and Family
Intrepretasi: Berpegang pada warisan, keturunan, asal usul. Memahami asas awal dan alam sekitar. Ibu adalah tokoh dan penjaga rumah tangga.


LEO

Rumah: Kelima
Motto Latin: Nati (Kanak-kanak/keanakan)
Gelaran moden: House of Pleasure
Intrepretasi: Menyukai rekreasi dan kegiatan waktu lapang serta perkara yang memberi keseronokan dan hiburan. Kreatif dalam mengekspresikan diri.

VIRGO

Rumah: Keenam
Motto Latin: Valetudo (Kesihatan)
Gelaran moden: House of Health
Intrepretasi: Mempunyai tugas dan rutin. Memiliki kemahiran atau latihan diperolehi. Melakukan pekerjaan, guna tenaga dan perkhidmatan untuk orang lain. Suka membela haiwan, suka menjadi penjaga.

LIBRA

Rumah: Ketujuh
Motto Latin: Uxor (Pasangan)
Gelaran moden: House of Partnerships
Intrepretasi: Mempunyai keyakinan dan kepercayaan terhadap ikatan perhubungan (dalam perkahwinan atau perniagaan). Menyukai perkara-perkara berkaitan dengan hubungan diplomatik, perjanjian. Mudah kagum dengan kualiti yang ada pada rakan/teman rapat.

SCORPIO

Rumah: Kelapan
Motto Latin: Mors (Kematian)
Gelaran moden: House of Reincarnation
Intrepretasi: Komited dalam apa jenis hubungan. Percaya pada perkara ghaib, psikik dan pantang larang. Melakukan transformasi, perubahan dan penjanaan semula terhadap pelbagai perkara (wang, dana, sumber etc)


SAGITTARIUS

Rumah: Kesembilan
Motto Latin: Iter (Perjalanan)
Gelaran moden: House of Philosophy
Intrepretasi: Menyukai lawatan ke luar negara/negara asing. Berminat pada kebudayaan, perjalanan jarak jauh. Percaya pada agama, undang-undang, etika. Berpendidikan tinggi, berpengetahuan, berpengalaman menerusi usaha.

CAPRICORN

Rumah: Kesepuluh
Motto Latin: Regnum (Kerajaan)
Gelaran moden: House of Social Status
Intrepretasi: Bercita-cita, bermotivasi, berkerjaya. Mencari status dalam masyarakat, menyukai kuasa. Pencari nafkah dalam rumah tangga/keluarga. Berpenampilan bebas.

AQUARIUS

Rumah: Kesebelas
Motto Latin: Benefacta (Persahabatan)
Gelaran moden: House of Friendships
Intrepretasi: Menyukai kawan dan rakan yang sama pemikiran. Berminat dengan persatuan, kelab dan kumpulan sama minat. Mencari manfaat dan nasib dalam kerjaya diceburi. Boleh diharap.

PISCES

Rumah: Kedua-belas
Motto Latin: Carcer (Penjara)
Gelaran moden: House of Self-Undoing
Intrepretasi: Bersikap mistik. Menyukai tempat-tempat terasing (rumah sakit, penjara, tempat peribadi). Tidak jelas dengan keperibadian sendiri, tetapi jelas dilihat orang lain. Sukar difahami, perahsia. Berkelakuan di bawah sedar, mempunyai musuh tanpa diketahui. Suka berundur, merenung diri dan berkorban.


@themagi2015

1 comment: