Listen-Listen-Listen~ menjadi trend dan fenomena terbaru di Malaysia, sebagai cara untuk memaksa orang untuk mendengar apa yang ingin dikatakan, memberi mereka ruang untuk bercakap dan tanda untuk memprotes pendapat yang telah diajukan. Ungkapan "Listen" (mesti disebut banyak kali untuk lebih afdal) sebenarnya dimulakan oleh Sharifah Zohra, presiden NGO untuk Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) semasa beliau berada di Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk satu forum yang bertajuk- "Seiringkah Mahasiswa dan Politik?".
Sharifah Zohra dikatakan berdepan dengan soalan dari seorang pelajar perempuan, Bawani KS mengenai isu perhimpunan BERSIH, Ambiga pencetus demonstrasi dan kemudian beralih kepada isu pendidikan percuma. Menerusi video debat antara Aunty Listen versus Bawani di Youtube, Bawani menyebut tentang PTPTN dan pendidikan berbayar di Malaysia, berbeza dari negara luar seperti Argentina, Brazil dan sebagainya yang mengamalkan pendidikan percuma untuk pelajar universiti. Setelah memberi pandangan dan pendapat mengenai perkara tersebut, Aunty Listen muncul di hadapan Bawani dan berkata:
"Let me speak..." |
Kandungan Video Aunty Zohra Versus Bawani
Secara ringkasnya, berlaku beberapa insiden di antara Aunty Zohra versus Bawani menerusi video yang telah dimuatnaik ke dalam Youtube. Menerusi video tersebut, ramai pihak memberi analisa dan pendapat mengenai forum yang dianjurkan di UUM. Ramai pihak menyatakan bahawa sikap Aunty Zohra yang bersifat pengongkong dan diktator dalam forum tersebut, manakala Bawani pula meninggikan suara dan bersifat sarkastik ketika mengajukan soalan, lebih-lebih lagi isu haiwan ada masalah pula tidak relevan untuk tajuk forum. Bukan itu saja, menganjurkan forum berunsurkan politik di universiti sebelum musim pilihan raya bukan satu tindakan yang bijak kerana ia mungkin mengundang kontroversi, fitnah dan juga debat yang menyimpang. Sebaiknya, kedua-dua belah pihak (Aunty Zohra versus Bawani-termasuklah pihak UUM) belajar untuk menghormati dan tidak menyinggung perasaan orang lain semasa mengeluarkan pendapat masing-masing (dan itulah pada pandangan saya sebagai bekas pelajar dan pemerhati keadaan semasa)
Apa-apapun, Aunty Zohra telah memperkenalkan kaedah #Listen untuk sesi pengucapan awam. Walaupun cara penyampaian #Listen tersebut kurang sopan tetapi ia memberi impak mengenai kuasa mendengar.
P/S: Listen-Listen-Listen~ No buffering, no suffering."
#TMG2013
No comments:
Post a Comment