Wednesday 10 September 2014

James Brooke: Latar Belakang yang Terang dan Gelap

Sir James Brooke (1847) by Francis Grant.jpg
Sir James Brooke
credits: Wikipedia
James Brooke, Rajah Putih yang mengasaskan kerajaan Sarawak dan menubuhkan Dinasti Brooke yang disambung oleh anak saudaranya, Charles Johnson. Hampir semua orang tahu akan sejarah tersebut. James Brooke mendapat Sarawak sebagai hadiah melalui Kesultanan Brunei kerana James Brooke berjaya menentang lanun yang berleluasa di Sarawak (iaitu Kuching). Seperti yang dicatatkan, James Brooke seorang yang ramah, penjelajah yang bercita-cita tinggi dan sering digambarkan oleh penulis-penulis Barat sebagai pemuda Inggeris yang hebat. 

Kedatangan James Brooke adalah sebahagian daripada sejarah di Sarawak dan tiada siapa yang menafikan kewujudan James Brooke sebagai Rajah Putih yang Pertama. Masalahnya, hasil penulisan dari Barat juga dilihat berat sebelah kerana memuji-muji tindakan James Brooke datang ke Sarawak dan dianggap sebagai penyelamat. Orang tempatan pula dikatakan tidak bertamadun dan kewujudan kuasa imperialis di Sarawak adalah percambahan kuasa Barat. Hasilnya, sejarah kerajaan lampau di Sarawak seperti Santubong, Sadong, Tandang Sari dan banyak lagi tenggelam di dalam kisah Dinasti Brooke yang bertahan selama 100 tahun sahaja (1841-1941). Tapi memandangkan James Brooke tiada pewaris sah dan Charles hanya anak saudara, secara logiknya Dinasti Brooke bertahan dari tahun 1842 hingga 1868 iaitu selama 26 tahun sahaja. Tahun-tahun yang selebihnya adalah milik Dinasti Johnson secara tidak langsung. Dalam tempoh 26 tahun memerintah, latar belakang James Brooke masih didebatkan oleh sejarawan dari dulu sehingga sekarang.

Latar Belakang James Brooke

Nama penuh: James Brooke (dengan gelaran 'Sir')
Tarikh/Tempat lahir: 29 April 1803, Bandel, berdekatan dengan Calcutta, India (dibaptis di Benares)
Meninggal Dunia: 11 Jun 1868, Burrator di United Kingdom. Dikuburkan di Devon.
Nama Bapa: Thomas Brooke (Hakim Mahkamah Rayuan Inggeri di tanah jajahan India)
Nama Ibu: Anna Maria Brooke (anak perempuan Kolonel William Stuart, 9th Lord Blantyre dari Scotland)
Adik beradik: Empat orang saudara perempuan. Emma Frances Johnson, ibu kepada Kapten Brooke dan Charles Brooke merupakan adik perempuan James Brooke.
Pangkat Tertinggi: KCB (Knight Commander of the Order of The Bath)
Pekerjaan:

  • Tentera Bengal (1819-1825, bertempur dalam perang pertama Inggeris-Burma)
  • Saudagar (sekitar tahun 1830 tetapi tidak berjaya)
  • Pengembara (1833, selepas mendapat harta warisan 30 ribu pound sterling dan membeli kapal 142 tan The Royalist)
  • Penjelajah (1838, tiba di Kuching dan membantu Sultan Brunei membanteras lanun)
  • Raja Muda (1841, dilantik oleh Sultan Brunei)
  • Rajah Putih Pertama Sarawak (1842, secara rasmi)
Pasangan: Tiada (Pernah bertunang dengan anak perempuan vikaris/paderi tetapi hubungan tidak menjadi. Juga pernah berhubungan dengan seorang wanita kaya yang pernah meminjamkan wang kepada James Brooke. Hubungan mereka juga tidak menjadi. James Brooke lebih suka ditemani oleh lelaki-lelaki muda dan kehidupan James Brooke di asrama sebagai kadet muda digambarkan sebagai "it had been my fortune to meet")

Pengganti takhta:
  • Anak Emma Frances Johnson iaitu Kapten John Brooke Johnson-Brooke (1861, dinamakan sebagai calon tetapi digugurkan kerana Kapten Brooke mengkritik cara pentadbiran beliau)
  • Anak Emma Frances Johnson iaitu Charles Anthoni Johnson Brooke (dilantik secara sah dan menjadi Rajah Kedua pada 1868 hingga 1917)
Skandal Hidup James Brooke
  • Pada 1851, James Brooke dituduh melakukan jenayah perang terhadap penduduk asli di Sarawak, melakukan penyamaran dalam operasi anti-lanun. Kes dibawa ke jabatan penyiasatan di Singapura pada 1854. Kes digugurkan selepas penyiasatan tapi tuduhan jenayah tersebut terus menghantui James Brooke.
  • Nota beremosi yang ditujukan James Brooke kepada seorang anak raja di Sarawak, Badruddin iaitu "My love for him was deeper than anyone knew" dianggap sebagai mesej cinta dan James Brooke dilihat sama ada homoseksual ataupun biseksual.
  • James Brooke dituduh membuat hubungan dengan remaja berusia 16 tahun, Charles T.C. Grant, cucu lelaki ke-7 Earl of Elgin pada 1848. Hubungan antara mereka tidak diperjelaskan sama ada berkawan baik atau sebaliknya.
  • James Brooke tidak berkahwin tetapi mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita dan mempunyai anak lelaki luar nikah bernama Rueben G. Walker.
  • James Brooke dikatakan pernah berkahwin dengan adik perempuan Raja Muda Hashim yang bernama Pengiran Fatimah ketika tinggal di Brunei dan mempunyai seorang lagi anak. Perkara ini tidak dapat dipastikan.
Anak lelaki James Brooke:
  • Rueben George Walker (1836), dijaga oleh Frances Walker dan tinggal di kediaman Brighton. Pada 1858, Rueben menyedari susur galur keturunannya. Menerusi banci dari pihak gereja Plumtree, Nottinghamshire pada 1871, Rueben dicatatkan sebagai George Brooke, lahir di Sarawak, Borneo dan berusia 40 tahun pada waktu itu. Rueben berkahwin pada 1862, mempunyai 7 orang anak tetapi hanya 3 saja yang hidup. Anak pertama diberi nama James. Rueben terkorban dalam nahas kapal SS British Admiral karam yang dalam perjalanan ke Australia.
  • Anak kedua, nama tidak diketahui. Dijaga dan dipelihara oleh menteri di Tooting. Menteri tersebut sudah mengangkat sumpah untuk menyimpan identiti sebenar anak kedua. Sebagai balasan, menteri tersebut diberi sokongan dari segi kewangan. Anak kedua tersebut dipercayai berlayar ke Australia pada usia 19 tahun dan akhirnya menetap sebagai peladang anggur (pembuat wain) di Australia. Maklumat ini diperoleh melalui kajian yang dilakukan oleh John Walker, sejarawan dari Australia.
Kontroversi Seksualiti James Brooke:
  • Nota James Brooke kepada Badruddin merupakan isu homoseksual James Brooke yang terawal.
  • Hubungan James Brooke dengan Charles T.C. Grant dipersoal.
  • Menurut catatan Hugh Low dan Spencer St. John yang bekerja di bawah pentadbiran James Brooke, mereka menyedari beberapa sifat kewanitaan dalam diri James Brooke.
  • Sifat kewanitaan Brooke dipercayai kesan pengaruh empat saudara perempuan dan ibunya yang rapat dengannya.
  • Sifat kewanitaan Brooke merujuk kepada kelakuan James Brooke yang suka melantik lelaki muda sebagai kakitangan awam. Beliau mudah tertarik dengan lelaki muda seperti Hugh Low dan Spencer St.John.
  • Kecederaan masa bertempur sebagai askar Bengal dikatakan menjadi penyebab James Brooke mandul. Tetapi ia disangkal dengan kehadiran anak luar nikah. Seksualiti James Brooke masih dipersoalkan.
  • Walaupun isu homoseksual atau biseksual James Brooke diragui oleh sesetengah pihak, perkara ini masih dibincangkan dan didebatkan dalam penstrukturan sejarah di Sarawak.
Kontroversi sebagai Rajah Putih:
  • James Brooke membawa imej lelaki bujang yang suci. Kecederaan di bahagian kemaluan dikatakan menjadi punca James Brooke tidak menjalin hubungan dengan mana-mana wanita, sekaligus dilihat sebagai suci. Ia dikatakan pembohongan terbesar bagi menutup cerita berkenaan dengan seksualiti beliau.
  • Membawa imej bujang dan suci seiring dengan karakter Jesus dan memudahkan beliau menyebarkan dakwah Kristianiti. Penduduk tempatan, terutama sekali kaum Iban dan Bidayuh terpesona dengan James Brooke dan menukar agama mereka James Brooke sendiri pernah mencatatkan, penduduk Sarawak terpukau dengannya dan sanggup mencuci tangan dan kaki James Brooke. Air basuhan itu pula dipercik ke seluruh rumah dan kebun mereka.
  • James Brooke memilih nama Rajah sebagai simbolik nama pemerintah. Rajah merupakan singkatan nama Maharajah yang sering digunakan oleh pemerintah di India untuk menekan konsep dewaraja (god-king). James Brooke juga menggunakan konsep yang sama bagi memudahkan penyebaran Kristianiti dan Jesus di kalangan penduduk Sarawak.
  • James Brooke menjalankan pendidikan sekular berasaskan philospher-king bagi menguatkan kepatuhan penduduk yang pada masa itu belum celik.
  • James Brooke dilihat sebagai hero yang romantik di Barat dan beliau dijadikan sebagai karakter dalam penulisan dan rencana-rencana popular.

@themagi2014
Ruj: Wikipedia/James Brooke| Britishempire.co.uk/SirJamesBrooke| Sejarah Melayu, 24 April 2007, kertas kerja Sanib Said (Felo Unimas), Pensejarahan Melayu: Memperbaharui Makna Lama| Wikipedia/CharlesBrooke

2 comments:

  1. I have a question. Rajah James Brooke enthroned as Rajah of Sarawak in Brunei. May I know where is his "balai rong" Throne Room at the Astana. How does the Throne look like? Where is his Royal Regalia?

    ReplyDelete
  2. Brooke's royal regalia (his royal sword) is under Jabatan Muzium's custody. You can check it out at Tun Abdul Razak Hall that near to Sarawak Museum or you can check out the other entry: http://themaidensgiedd.blogspot.com/2013/11/after-brooke.html

    About the throne room and his balai rong at the Astana, I still looking for the info. You can check out a bit of Astana's story in the latest entry of June 2015

    ReplyDelete