Good eve, peeps! Finally, aku dapat jenguk blog dan bersihkan lalang-lalang kat sini. Seperti yang korang tak tahu (sebab aku tak bagitau pon kat korang), aku tengah gigih siapkan manuskrip novel kanak-kanak. Walaupun aku suka genre thriller, psiko, jenayah dan yang sekutu dengannya, sebenarnya aku bermula dengan genre-genre kemasyarakatan dan kekeluargaan through my previous cerpen bersama DBP. So, aku nak kembali ke genre lama dan amek balik mood berkasih sayang.
Okay, sebut pasal kasih sayang ni, ada satu buku yang memang tangkap hati aku sampai aku tak boleh lupakan nama judul buku tu. Pertama kali, aku tengok movie kat channel Citra. Tajuk movie tu Bidadari-Bidadari Surga. Nirina Zubir pelakon utama. Oh Tuhan, siyes aku cakap, aku nangis sepanjang aku tengok movie tu (padahal aku ni bukannya jenis menangis masa tengok movie sedih). Real nak mampus pengorbanan si Laisa. Masa tu aku argue depan TV, kenapa orang tak nampak kecantikan dalaman Laisa tu? Kenapa ukur kecantikan Laisa secara luaran? Aku tau fitrah manusia ni memang suka tengok benda cantik. Tapi sedih betul, orang labelkan kecantikan secara fizikal, secara material dan secara zahir. Mungkin ini yang movie tu nak ketengahkan.
Tapi lepas aku tengok movie tu, aku tak boleh move on la pulak. Aku tengok movie credits sampai habis dan aku dapat tahu movie tu adaptasi dari novel penulis Indonesia yang terkenal, Tere Liye. Comel je nama penulis ni, aku rasa macam diraikan je bila tengok karya-karya dia. Dan lepas tu aku pun bernawaitu nak dapatkan buku tu. God, rupa-rupanya buku tu terbitan tahun 2008! Frust menonggeng, aku tau buku lama memang susah nak dapat. Lagi-lagi buku dari seberang. Memang tak ler aku jumpa buku tu kat kedai.
Untuk mengubat hati yang duka, aku pun beli buku Bumi, Matahari dan Bulan karya Tere Liye bersama Lejen Press. Aku tengah berusaha nak habiskan pembacaan. And still, aku tak boleh move on dengan buku Bidadari-Bidadari Surga. So, aku beg so hard kat IG, kat FB, kat mana-mana social account yang aku ada. Aku nak sangat buku tu. Aku nak sangat. Nak sangat!
Who knows, Tuhan dengar permintaan aku.
Finally, salah seorang member aku suggest book seller kat IG yang banyak jual buku dari tanah seberang. Member aku tolong tanya pasal buku tu, seller tu cakap buku tu buku lama. Tak banyak stok, tapi dia akan try cari. Then, dia bagi good news! Buku belum di-post, aku dah bank-in duit buku kat dia, itu tandanya aku sangat excited nak tengok buku tu depan mata. Sampai macam tu sekali tahap rakusnya aku kat buku tu. Bila buku tu sampai kat depan mata, just in two days aku habiskan buku tu sambil tahan lelehan hingus (amboi~).
For those yang pernah tengok movie Bidadari-Bidadari Surga, korang akan faham kenapa aku tak boleh move on dengan movie tu. Dan bagi sesiapa yang dah baca novel Bidadari-Bidadari Surga, korang akan tahu kenapa buku tu layak diangkat jadi movie. Banyak gila unsur-unsur penting dalam movie/buku tu. Firstly, berkenaan dengan Laisa. Mari aku bagi sinopsis sikit pasal buku ni.
'Laisa, seorang gadis yang memiliki rupa paras yang tidak seberapa berjanji untuk membantu adik-adiknya sehingga menjadi insan berjaya. Dari seorang gadis desa yang membesar di Lembah Lahambay yang jauh dari kemodenan, Laisa berusaha sekuat hati untuk memajukan keluarga meskipun dia tidak berpendidikan tinggi. Hasil usaha Laisa untuk mengubah masa depan keluarga, Lembah Lahambay turut mendapat tempias- menjadi kawasan ladang strawberi yang makmur. Namun, hidup Laisa dipandang sepi kerana tidak menikah. Laisa digelar sebagai gadis tua. Tapi perjuangan Laisa untuk kebahagiaan keluarga dan kecintaannya kepada ilmu menjadi inspirasi bahawa kebahagiaan tidak semestinya terletak pada pernikahan, tetapi ikhlas menerima keterbatasan.'
Jadi, apa yang patut aku komen pasal buku ni? Nada (maksudnya, tak ada). Kalau disemak dari beberapa aspek, aku nak point up beberapa perkara.
Dari aspek bahasa: penggunaan bahasa bersifat lokaliti, terasa sangat dekat dengan demografi dan latar belakang watak. Pendekatan yang mesra, rasa macam tengok sinetron dan semestinya, mudah difahami. Tere Liye tak guna bahasa Indonesia aras tinggi jadi tak ada masalah nak faham.
Dari aspek info-info tambahan: aku suka cara penulis selitkan info-info tambahan yang membantu mengembangkan watak-watak tanpa ikut kronologi. Dengan kata lain, info watak ditambah perlahan-lahan, bukannya diterangkan sekali gus. Sebagai contoh, Dalimunte seorang profesor. Tapi karakter lain Dalimunte sebagai hopelessly romantic guy diterangkan secara berperingkat. Begitu juga dengan watak Yashinta dengan pekerjaannya. Aku tak tahu burung peregrin suka kat kawasan gunung berapi, so aku dapat new knowledge secara tak langsung melalui penerangan penulis terhadap pekerjaan Yashinta. Dan aku suka details mengenai trip Ikanuri dan Wibisana back to Jakarta dari Eropah. That part, aku boleh rasa tahap bengang dua beradik tu terkandas tak dapat balik on time dan kerisauan mereka nak jumpa kakak mereka (Laisa) yang tengah sakit.
Aku rasa itu jelah point yang aku nak cakap dalam entri ni. Walaupun temanya simple dan mungkin ada yang anggap klise, aku tak rasa macam tu. Mostly buku yang berlambak kat pasaran berkisar tentang cinta lelaki dan perempuan. Menikah, dapat anak, happily ever after. Or menikah, bercerai, jumpa jodoh baru and happily ever after. Tapi berapa buah buku yang menyebut pasal pengorbanan seorang perempuan yang melupakan pernikahan (walaupun dia tahu pernikahan tu mendapat syafaat Nabi S.A.W) demi masa depan keluarga? Berapa buah buku yang menyebut pasal kebahagiaan tidak semestinya datang dari percintaan antara lelaki dan perempuan, atau dari pernikahan, atau kelahiran anak pertama semata-mata tapi kebahagiaan juga muncul dari arah yang tidak disangka-sangka? Berapa buah buku yang menyebut kekuatan seorang perempuan yang menerima kekurangan diri seadanya dan berjuang dari kekurangannya sehingga menjadi manusia yang berjaya? Okay, mari kira dengan jari. Aku rasa cukup kot jari tangan dan jari kaki korang untuk kira berapa buah buku yang bertemakan kekuatan seorang perempuan tanpa memaksudkan feminisme.
Kalau mintak aku bagi bintang, buku yang almost nak 10 tahun usianya dan diangkat sebagai best seller tak patut sungguh diberi 5 bintang. Aku nak up kasi 8 bintang sebab aku suka nombor 8. Bila dah baca karya-karya lama Tere Liye, aku dah mula balik aktiviti book-hunting. Bagi korang yang berdepan dengan isu 'lack of family love', atau masalah 'low self-esteem' sebab tak kahwin-kahwin lagi, ataupun malu dengan kekurangan diri a.k.a tak cantik macam orang lain, aku suggest korang baca tu ni. Last message dari Tere Liye tu sangat manis. Mesti baca. Korang kena beli buku ni sebab buku-buku Tere Liye yang lama takkan diterbitkan lagi.
BTW, aku nak rakamkan segunung rasa terima kasih kepada @ak_empresa sebab sudi carikan buku tu sampai dapat. You are the best book seller! Dan juga trimas to @kimhoraa sebab dia suggest book seller ni pada aku. Love u, buddy!
p/s: mode menulis is going to be...emotional~
@themagi2017
No comments:
Post a Comment