Hello September! Hari ni 5 haribulan, maksudnya aku lambat 4 hari untuk update entri bulan 9. Tapi tak apa, sebab sebenarnya aku pun tengah mencari nak update apa untuk bulan ni. Now, aku nak share sikit pasal istilah produk klinikal yang korang selalu tengok kat packaging. Sekarang ni, ramai pengguna (especially girls) pilih produk klinikal untuk rawat masalah kulit muka such as oily skin, dry skin, sensitive skin, acne prone skin (macam aku) dan sebagainya. Sekarang ni, produk Cetaphil dapat permintaan tinggi. Tapi bukan Cetaphil je produk klinikal, ada banyak lagi sebenarnya. Meh aku senaraikan produk klinikal kat pasaran yang femes kat farmasi.
credits: ultabeauty
Cetaphil (pilihan ramai setakat ni)
credits: lelong.my
Physiogel
credits: superdrug.com
Simple
credits: flowerprods.wordpress.com
Oxy
credits: Q0010
Hiruscar
credits: iherb.com
Eucerin
Okay, itu je yang aku nak senaraikan. Kalau nak senaraikan semua, memang tak cukup dalam entri yang tak sebesar mana ni. Lagipun, itu bukan topik yang aku nak kongsi. So, kita balik semula ke topik asal- istilah produk klinikal. Bagi sesiapa yang tengah pakai produk klinikal untuk skincare, korang akan nampak beberapa istilah. Sebagai contoh:
Paraben-Free
Sulfate-Free
Non-comedogenic
Acid Salicylic
Natural exfoliants
Hypoallergenic
Sekarang, pergi tengok balik produk yang korang tengah pakai. Kalau ada nama-nama kat atas, mesti ada yang tarik nafas lega sebab produk korang selamat, diyakini, dipercayai dan berkesan sebab istilah saintifik tu dah mengesahkan tahap medical produk korang. Ke...korang beli produk sebab terpengaruh dengan opinion orang lain, atau korang beli sebab korang rasa produk tu bagus, atau korang tertarik dengan istilah-istilah klinikal tu? Kalau aku, aku beli sebab aku nak tahu keberkesanan produk tu. Sebab tu aku dah cuba banyak produk such as Oxy, Freeman, Marykay, Hiruscar dan St.Ives (nanti aku share pasal beberapa result produk baru yang aku dah cuba)
Jadi, bagi mereka yang beli sebab istilah klinikal (dan tahu maksud istilah tu), korang memang pengguna yang rajin membaca. Tapi bagi pengguna yang beli sebab istilah klinikal tu meyakinkan mereka (tapi tak tahu maksud istilah tu semua), aku rasa aku patut kongsi maklumat ni untuk korang. Baca tau, jangan buat-buat tak nampak entri ni kalau muncul kat Google Result, atau member share kat FB, atau muncul kat Whatsapp atau terbukak blog MaGi ni ^^
Istilah Produk Klinikal
Paraben:
Paraben ialah bahan pengawet (preservatives) yang banyak digunakan di dalam produk kecantikan seperti produk sabun, mandian, pelembap, krim pencukur, syampu dan deodoran. Apa-apa bahan produk yang diakhiri dengan istilah '-paraben' dikatakan berisiko. Walaupun belum ada kajian yang khusus, paraben dikhuatiri akan memudaratkan pengguna dan ia mungkin mendatangkan risiko pada bila-bila masa (seperti masalah kulit, kanser, hormon, sistem imun dan sebagainya). Maka, produk Paraben-Free dihasilkan sebagai langkah berjaga-jaga. Untuk menghasilkan produk yang bersifat 'Paraben-Free', bahan pengawet pengganti yang digunakan untuk memanjangkan hayat produk ialah ekstrak Rosemary, asid sitrik dan ekstrak biji anggur.
Sulfate:
Sulfate ialah bahan yang menghasilkan buih yang pekat. Bahan ini menjadi asas untuk produk syampu, pencuci muka dan produk pembersih yang lain seperti pencuci pakaian, mandian, sabun dan sebagainya. Masalahnya, sulfate menyebabkan masalah kekeringan pada rambut dan kulit serta menghilangkan kelembapan semulajadi. Kebanyakan produk rambut masih mengekalkan penggunaan sulfate kerana ia membantu menyingkirkan masalah rambut tetapi kebanyakan produk kulit mula mengurangkan penggunaan sulfate. Sebab itulah produk penjagaan kulit 'Sulfate-Free' tidak menghasilkan buih yang banyak.
Comedogenic:
Bagi produk kulit yang menyatakan istilah 'non-comedogenic', comedogenic sebenarnya bahan yang boleh menyebabkan masalah liang pori tersumbat. Liang pori tersumbat akan menyebabkan munculnya masalah bintik hitam, bintik putih, jerawat, jeragat dan parut. Produk yang tidak bersifat 'non-comedogenic' biasanya membersihkan wajah tapi tidak dapat mengawal penghasilan sebum yang menjadi punca liang pori tersumbat dan masalah jerawat timbul walaupun wajah sudah dibersihkan berkali-kali. Produk 'Non-comedogenic' sangat disarankan untuk pengguna yang ada masalah kulit berminyak dan acne-prone kerana ia mampu membersihkan wajah, membersihkan pori dan mengurangkan masalah kulit.
Acid-Salicylic:
Acid salicylic ialah bahan pengelupasan kulit yang mampu membersihkan liang pori, meningkatkan tekstur dan warna kulit, dan merawat jerawat. Bahan ini sesuai untuk merawat jerawat yang bersifat 'mild' dan 'moderate' kerana ia mencegah pembiakan jerawat, ia tidak mengganggu penghasilan sebum secara semulajadi dan membantu memperbaiki sel kulit yang bersifat abnormal. Keberkesanan bahan ini bergantung pada kepekatan dan kadar PH produk. Kebanyakan produk klinikal untuk penjagaan kulit kini disertakan dengan acid salicyclic.
Natural exfoliants:
Ia membawa maksud bahan-bahan pengelupasan semulajadi. Oatmeal, lemon, madu, yogurt, baking soda, biji-bjian/kekacang, gula/black sugar, serbuk kopi, garam laut, arang, aprikot, dan serbuk teh hijau antara bahan pengelupasan semulajadi yang menjadi pilihan ramai kerana ia tidak memudaratkan kulit dan ia memberi kesegaran pada kulit tanpa menyebabkan radang kulit.
Hypoallergenic:
Produk yang menyatakan istilah 'hypoallergenic' membawa maksud, produk tersebut tidak mendatangkan masalah alergik. Dalam kata lain, peratus pengguna mendapat kesan alergik mungkin di bawah paras normal atau kurang reaksi alergik. Kebanyakan produk kulit yang bersifat hypoallergenic menggunakan bahan-bahan semulajadi.
@themagi2017
rujukan:
artnatural.com | articles.latimes.com | stylecaster.com | livestrong.com | huffingtonpost.com | menscience.com | webmd.com | facingacne.com | thecrunchymoose.com | health.howstuffworks.com | wikipedia.en
No comments:
Post a Comment