Wednesday, 28 February 2018

Thoughts: Bila Kau Berdepan dengan Depresi

Image result for deal with depression
credits: theknclan.com
Hello, MaGians! Aku kembali lagi, sebab aku tak ada pilihan. Aku kena cukupkan 5 entri untuk bulan ni dan hari ni hari terakhir bulan 2. So, aku kena tulis something. Sejujurnya aku tak ada idea nak tulis apa dan aku tak nafikan bulan ni sangat memenatkan. Aku banyak kerja, aku sibuk habiskan kerja, aku turun awal balik lambat, makan tak sempat, sakit bertindan-tindan tapi at the end, aku dapat warning kononnya aku tak buat kerja, tak tolong rakan sekerja, hari-hari mengamuk dan berkelakuan kasar. Eh, apa dia ingat aku ni beruang ke apa?

Memang aku tak nafikan, stres ni berpunca dari sikap manusia sekeliling. Manusia zaman sekarang ni suka mengkritik. Hari-hari mengkritik. Kalau kritikan tu sedap didengar, okaylah jugak. Tapi kritikan tu rasa macam telan pisau cukur, lebih teruk dari telan racun. Dan orang yang mengkritik tu pulak lebih kurang je perangai atau mungkin lagi teruk. Rumah mereka ni tak ada cermin ke? Ke dia pecahkan semua cermin sebab dia tak nak cermin kritik muka dia?

Jadi, inilah masalahnya. Kritikan, kritikan, kritikan disangka akan membangunkan kemampuan seseorang. Tapi tengoklah jenis kritikan. Kalau kritikan tu berunsur fitnah, negatif dan sinikal, kemampuan takkan berkembang. Yang berkembang mungkin rasa menyampah dan sakit hati. Malah, benda-benda macam ni kalau dikumpul secukupnya boleh mencetuskan tekanan bagi mereka yang dah berusaha tapi dipertikaikan. Lepas tu muncul la soalan-soalan yang menambahkan stres seperti:
  • Aku tak cukup rajin ke? 
  • Kenapa orang cakap aku tak buat kerja? 
  • Apasal orang cakap macam tu kat belakang aku? 
  • Kenapa kena komplen padahal aku dah tolong dari A sampai Z?
  • Apasal orang cakap itu ini?
  • Korang tak tahu ke aku penat dengan semua ni?
  • Apa yang korang nak sebenarnya?
Bila persoalan ni timbul, akan muncul rasa tak puas hati terhadap diri sendiri. Yang mengkritik tu rasa dia dah jalankan tanggungjawab memimpin. Yang kena kritik tu akan mula mengkritik diri sendiri. Setiap ketua kena ingat, setiap manusia ada had sabar tersendiri. Kemampuan untuk menerima kritikan tu berbeza, penerimaan psikologi setiap individu adalah berlainan dan tempoh untuk bertahan dari kritikan juga tak sama. Bila berlakunya proses self-critic, isu anxiety akan muncul diikuti dengan stres. Jika perkara untuk berlanjutan, kemurungan akan tercetus sehingga emosi mangsa akan bertukar-tukar. Berpotensi untuk mengidap masalah split personality. Selalunya kalau timbul masalah ni, pihak atasan akan anggap ko tu biadab dan suka melawan. Mereka tak tahu pressure boleh ubah manusia sekelip mata kalau dah masa dah sampai. Bak kata orang, time-bomb dah bermula.

Aku tahu, tak mudah nak lawan rasa murung. Aku pun ada masa-masa gelap. Biasanya orang akan kata- "Rileklah, aku pun ada masalah. Taklah murung macam kau." Ataupun, "Rileklah, tu semua dugaan. Kau ada iman, kan?" FYI, murung ni penyakit sebenarnya. Kerosakan hormon dalam otak akibat gangguan emosi. Bila emosi terganggu, selera makan pun terganggu, aktiviti harian pun terganggu, tahap kesihatan fizikal pun terganggu dan akhirnya, bila badan sakit fikiran pun ikut terganggu. Semuanya saling berkaitan. So, bagi sesiapa yang diberi Tuhan hati kering hati kental hati tak ada perasaan tu aku ucapkan tahniah. Bagi sesiapa yang baru merasakan pahitnya rasa murung tu, aku nasihatkan, sayangilah diri anda. Mungkin korang benci semua benda, tapi at least jangan benci diri sendiri. Itu permulaan pertama untuk perjalanan yang sangat jauh demi menjinakkan depresi anda.

Untuk langkah-langkah seterusnya, aku nak kongsi tips yang mudah. Aku faham bukan mudah nak jumpa pakar dan berdepan dengan masalah psikologi ni. Harap-harap, tips aku ni dapat membantu meringankan beban di fikiran mereka yang diganggu masalah ni.

Bila anda sedar anda berdepan dengan depresi?
  1. Langkah pertama: Luahkan perasaan benci. Tulis dalam kertas then bakar, tulis dalam diari then bakar atau tulis atas tanah then pijak sepuas hati. Anggaplah itu terapi untuk hapuskan rasa benci dalam diri anda.
  2. Langkah kedua: Berbual dengan kawan. Cari kawan yang bersifat neutral. Bukan kaki kencing, spesis membawang atau batu api. Kawan yang neutral ni akan banyak mendengar dan kurang mengkritik.
  3. Langkah ketiga: Sentiasa bersama keluarga, sertai aktiviti komuniti. Jangan bersendirian ketika kecewa. Pastikan ada seseorang di sisi anda. Pastikan fikiran anda diisi dengan pengalaman baru yang mengujakan.
  4. Langkah keempat: Tengok rancangan kelakar. Gelak sepuas hati. Berikan sepenuh perhatian pada rancangan dan lupakan manusia yang merosakkan emosi anda. Ketawalah dan anggap diri anda bahagia. Anda berhak untuk ketawa dan merasai bahagia.
  5. Langkah kelima: Elakkan membaca artikel yang menyedihkan. Artikel sedih sangat mudah mempengaruhi mereka yang ada depresi. Kalau terbaca, cepat-cepat tukar baca komik. Pastikan hormon serotonin anda di paras yang betul.
  6. Langkah ketujuh: Cari hobi. Fokuskan perhatian pada hobi. Kembangkan pemikiran anda melalui hobi. Jadikan hobi sebagai self therapy.
  7. Langkah kelapan: Makan. Pastikan apa yang anda ingin makan, anda cari, beli dan makan. Jangan sekat keinginan anda sehingga anda lapar dan stres anda bertambah.
  8. Langkah kesembilan: Cari ruang untuk bersendirian dan bertenang. Pastikan anda berehat secukupnya. Berikan keselesaan pada diri anda.
  9. Langkah sembilan: Diam. Diam tak bermakna anda kalah. Diam ialah self-control. Hanya anda yang boleh kawal diri anda.
  10. Langkah kesepuluh: Pakar dan ubat hospital adalah penyelesaian terbaik. Tapi anda perlu yakin pada diri bahawa anda ialah pakar dan ubat untuk mengawal diri sendiri. Percaya bahawa anda boleh kawal time-bomb dalam diri anda. Anda kuat. Anda boleh lakukan.

"Aku tahu, depresi tak mudah dijinakkan. Tapi kalau hari ini kau dapat bertahan, maka kau seorang yang hebat. Kau pasti akan memenangi pertarungan ini. Apa yang kau perlu buat ialah, peluk depresi dan katakan- aku akan kuasai kau tak kira apapun yang berlaku."- SS

@theMaGi2018

No comments:

Post a Comment