Friday, 18 May 2018

Book Session: Seperti Dendam Rindu Harus Dibayar Tuntas

Hello Mei! Aku kembali dengan entri kedua, finally. Sedar tak sedar hari ni dah masuk 2 Ramadan. Seriously memang aku overload kerja bulan ni. Kalaulah aku ni bateri, rasa-rasanya dah lama aku meletup.


Okey, back to the main story. Hari ni aku nak share buku yang aku baca a month ago. Baru ada kesempatan nak share. Buku yang bertajuk 'Seperi Dendam Rindu Harus Dibayar Tuntas' by Eka Kurniawan ni dikategorikan sebagai novel dewasa. Tajuk pun panjang semacam. To be honest aku tak tahu pun buku ni novel dewasa yang penuh dengan kejutan budaya. Kalau hati tak kuat, aku nasihatkan... jangan baca! Dan sesungguhnya aku tak recommend buku ni untuk bacaan umum sebab imaginasi buku ni sangat tinggi. Sangat...

First thing yang membuatkan aku tertarik nak beli buku ini ialah buku ni hasil karya Eka Kurniawan. Aku pernah baca buku Eka sebelum ni which is Cantik Itu Luka- buku yang sarat dengan kisah sejarah, penderitaan, seksual dan pengajaran. Bila aku nampak buku ni di instagram @bukuindonesiaku, aku pun beli sebab aku tahu gaya penulisan Eka ni memang sangat real. Hanya menggunakan susunan bahasa dan teknik penceritaan yang betul, jalan cerita seolah-olah hidup di depan mata. As a writer, aku memang nak kuasai kebolehan ni.

But, macam yang aku dah mention kat perenggan kedua buku ni berbeza dengan Cantik Itu Luka. Part mana yang berbeza? 
  1. Pertama: buku ni tak ada kaitan dengan kisah sejarah. Buku ni pasal kisah seorang lelaki struggle dengan masalah mati pucuk. Kemaluannya tak berfungsi.
  2. Kedua: buku ni bukan novel cinta yang tipikal yang biasa korang baca. Everything is about sex.
  3. Ketiga: buku ni tak ada unsur keinsafan, bertaubat or kembali ke pangkal jalan sort of thing. Mostly pasal nafsu, keruntuhan akhlak  dan masyarakat yang rosak.
Bila aku dah bagi point macam ni, mesti ada yang curious, terkejut, jijik or persoalkan tindakan aku yang membeli buku kategori 'kotor' macam ni. Aku dah cakap, aku tak tahu buku ni rupa-rupanya buku dewasa, okey? But still, aku baca sebab aku nak tahu at the end buku ni pasal apa sebenarnya? Of course aku pening dan rasa macam mabuk laut sepanjang tempoh aku nak habiskan pembacaan. So, aku nak brief sikit intipati buku ni. Aku tak boleh nak explain banyak sebab sekarang ni bulan puasa. Batal puasa korang nanti.

Things about the book?
  • Buku ni mengisahkan seorang lelaki bernama Ajo Kawir yang innocent di usia muda. Bagi Ajo, apabila keinginannya sebagai lelaki muncul, keinginan itu ialah dosa. Tapi bagi kawan baik Ajo iaitu Si Tokek, nafsu itu adalah normal.
  • Pada usia yang muda, Si Tokek mengajak Ajo mengintai kelakuan jahat dua orang polis yang sering merogol wanita tak siuman yang bernama Rona Merah. Pada waktu itu, Ajo merasakan tak salah jika menuruti nafsu. Malangnya, perbuatan Ajo dan Si Tokek disedari oleh dua orang polis berkenaan. Si Tokek lari manakala Ajo berjaya ditangkap, dihukum bogel di hadapan polis berkenaan dan dipaksa bersetubuh dengan Rona Merah. Namun, Ajo terlalu takut sehingga nafsu lelakinya tak dapat dibangunkan. Sejak dari kejadian tersebut, Ajo hilang kemampuan sebagai lelaki sejati.
  • Masalah Ajo menjadi sesalan Si Tokek kerana mengkhianati kawannya pada malam tersebut. Si Tokek berusaha untuk mengubati Ajo bagi menebus kesalahannya. Si Tokek tak mahu menjadi penyebab Ajo tak dapat memiliki zuriat di masa akan datang. Tapi, masalah Ajo berterusan sehingga dewasa. Ajo melepaskan kekecewaan dengan menjadi kaki pukul.
  • Kemudian, Ajo jatuh cinta dengan gadis bernama Iteung. Ajo berdepan dengan konflik untuk melamar Iteung memandangkan Ajo sedar akan masalah yang dihadapinya. Tapi Si Tokek mendesak Ajo supaya mencuba. Akhirnya, cinta Ajo berbalas dan mereka pun menikah. Ajo  yang innocent menyangka hidupnya sudah sempurna dan sangat bahagia.
  • Seterusnya, Iteung didapati mengandung (mesti korang musykil sebab Ajo tu mati pucuk). But thing is, Iteung tu manusia biasa yang ada nafsu. Ajo tak dapat penuhi nafsu tersebut. Dan Ajo rasa dihina dan benci pada pengkhianatan Iteung. Ajo akhirnya lari meninggalkan isterinya.
  • Selepas meninggalkan Iteung, Ajo menjadi drebar lori dan memahami satu perkara tentang masalah yang dihidapinya- "Si Burung menempuh jalan yang sunyi, tidur lelap dalam damai dan aku belajar darinya...hidup dalam kesunyian. Tanpa kekerasan, tanpa kebencian. Aku berhenti berkelahi untuk apa pun." 
  • Tapi, keinginan Ajo sebagai lelaki berjaya dipulihkan apabila menyelamatkan dan menjaga seorang wanita hodoh yang bernama Jelita. Ajo pun segera kembali ke pangkuan isterinya. Ajo yakin dan percaya bahawa masalah tersebut yang menyebabkan Iteung curang padanya. Jika dia mampu memenuhi kehendak Iteung, pasti hidup mereka lebih bahagia.
  • The best part? Sebaik saja Ajo kembali ke rumah, Iteung ditangkap polis kerana membunuh dua orang polis yang pernah merogol Rona Merah dan menyebabkan Ajo mati pucuk. Ajo kembali bersendirian, hidup bersama nafsunya yang sudah pulih tapi isteri tiada di sisi. 
And now, apa yang aku rasa menarik pasal buku ni ialah:
  • Simbolik buku ni pasal 'burung' yang tak mampu terbang dan kisah macam mana nak membayar rindu dengan pantas. Kata orang, hutang dendam mesti dibayar dengan dendam. So, hutang rindu macam mana nak bayar? Based on society's environment dalam buku Eka, rindu mesti dibayar dengan kehendak batin. That's the main problem.
  • Eka bercakap pasal masalah yang paling ditakuti oleh kaum lelaki which is mati pucuk. For them, masalah tu ibarat kiamat dan menjatuhkan maruah mereka sebagai lelaki sejati. Same goes to wanita yang merasakan mandul is the worst nightmare dan menjatuhkan maruah mereka sebagai wanita sejati. 
  • Buku ni menceritakan keruntuhan akhlak masyarakat yang menyebabkan generasi seterusnya pun ikut tercemar dengan kehidupan yang mengutamakan seks dan nafsu semata-mata. Seolah-olah, manusia ni dicipta hanya untuk penuhi nafsu serakah.
  • Buku ni ada menyentuh kes pedofilia iaitu kisah Iteung yang diperkosa semasa muda oleh gurunya sendiri. Kesan dari penganiayaan tersebut, Iteung mengidap masalah psikologi iaitu gagal mengawal keinginan batinnya dan kehendak libido yang melampau-lampau.
  • And yang terakhir, perkara yang unik pasal buku ni ialah tentang cinta Ajo dan Iteung. Walaupun mereka berdepan dengan konflik seksual yang kontra sehingga Iteung curang dengan lelaki lain dan Ajo pula meniduri Jelita untuk mengembalikan kemampuan batinnya, mereka tetap cinta antara satu sama lain. Akhirnya, Ajo dan Iteung sedar nafsu bukanlah yang paling utama dalam mencari ketenangan hidup.

Bagi akulah, kisah si Ajo ni malang bercampur sinikal. Di saat Ajo tidak memiliki nafsu, dia memiliki isteri. Dan bila Ajo berjaya memiliki nafsu, dia kehilangan isteri. Betullah kata pepatah: "You can't have everything in this life."


@theMaGi2018

No comments:

Post a Comment