Tuesday 1 January 2013

Kampung Buntal: Sejarah dan Seafood~

Kampung Buntal, 27 km dari Bandaraya Kuching merupakan perkampungan nelayan yang terletak di dalam daerah Kuching dan berdekatan dengan Gunung Santubong dan Kampung Budaya Sarawak. Menurut sejarah, penempatan Kampung Buntal dibuka sekitar 300 tahun dahulu oleh Datuk Tanggak. Beliau membawa ahli keluarga berpindah ke kawasan tersebut memandangkan ia lokasi yang sesuai untuk menangkap ikan. Nama kampung ini diberi bersempena dengan nama Sungai Buntal yang pada masa itu  terkenal dengan ikan buntal yang banyak.

Kini, tarikan utama Kampung Buntal selain dari suasana pinggir laut yang indah dan juga hasil produk desa yang sedap seperti kuih muih tradisional, belacan, cencaluk ikan kering, ikan masin, buah-buahan dan sayur-sayuran, ia juga terkenal dengan hasil laut yang segar seperti ikan, udang, ketam, sotong, siput dan lain-lain lagi. Ia membuka peluang perniagaan restoran makanan laut segar di sekitar kawasan kampung dan menarik pelancong luar menikmati kesegaran makanan laut di Kuching.

>> Hasil tangkapan yang dijual di gerai jualan hasil laut Kampung Buntal.



Ambal, juga dikenali sebagai siput buluh; ia sejenis makanan laut yang terkenal di Sarawak, terutama sekali di Kampung Buntal. Ia diperolehi di kawasan pantai dan ditangkap dengan menggunakan air kapur atau air tembakau. Ia sesuai dimasak lemak, kari, dan juga ala sambal.

Antara hasil laut yang terkenal di kalangan pembeli di Kampung Buntal ialah ketam segar dan bersaiz besar. Ia memikat hati penggemar ketam kerana harganya juga berpatutan. Rasa ketam lebih elok dan manis jika dibiarkan hidup selepas ditangkap dan dibersihkan dengan elok bagi mengelak bau kurang enak selepas dimasak.


Bentarang, juga dikenali sebagai menin di kalangan penduduk tempatan merupakan spesis siput dan juga dinamakan sebagai siput kemudi. Tak ramai yang tahu akan kewujudan bentarang dalam juadah makanan laut.


Antara hasil laut yang terkenal dengan masak kicap di Kuching ialah kerang. Kerang segar mempunyai rasa yang manis dan tidak berbau busuk. Ia diperolehi di kawasan berpasir. Cengkerang akan terbuka dengan mudah apabila berada di dalam suhu yang panas.



Siput bulat, atau siput bulan; antara siput yang mudah dimakan kerana mempunyai satu kepingan kecil di hujung untuk menarik isi siput yang berada di dalam cengkerang. Ia  mudah didapati di kawasan bakau.

Siput sedut; siput yang sukar untuk dimakan kerana perlu menyedut sekuat yang boleh untuk mendapat isinya. Rasanya sedikit pahit jika dibandingkan dengan siput bulat. Ia perlu dibersihkan dengan rapi bagi mengelakkan pasir yang terperangkap di bahagian dalam. Siput sedut juga elok dibiarkan bergerak selepas ditangkap bagi mengeluarkan pasir di dalam cengkerang--anda cuma perlu rajin menangkapnya semula ^^






Selain dari dimasak lemak, kari dan sebagainya, ketam juga boleh dimasak kicap. Bagi penggemar ketam yang inginkan perbezaan, mungkin ketam masak kicap menepati selera anda.

Prijatnovo appetita~ :-D

#TMG2012
Images: mine

No comments:

Post a Comment