Monday, 28 May 2018

Cabut Gigi Di Bulan Puasa?

Hello MaGians! Hari ni aku berpeluang untuk kasi bersih ini blog, kasi sapu-sapu dan kasi kemas apa yang patut after cabut gigi di bulan puasa. Okay, cabut gigi? Bagi sesiapa yang gerun dengan doktor gigi, klinik gigi pun korang takkan pandang apatah lagi nak lalu. Tapi untuk manusia yang dah mencapai satu tahap umur dan kesemua gigi bongsu dah keluar, akan tiba masanya korang kena cabut gigi bongsu tu. Either you like it or not. So for my case, aku cabut sebab aku nak buat orthodontic.

To be honest, proses cabut gigi aku yang terakhir ialah pada tahun 1997. Masa tu aku budak sekolah rendah. Gigi aku tumbuh dengan baik tapi disebabkan gigi aku ni besar so aku berdepan dengan masalah protruding teeth. Lama-kelamaan gigi aku menjarak dan makin tak cantik. And bila gigi bongsu aku tumbuh, aku berdepan dengan azab yang sangat...sangat...sangat menyakitkan. Gigi bongsu aku yang pertama tumbuh masa tahun 2008. The second time is 2009 dan paling sakit. So, gigi-gigi aku yang besar tu dalam posisi sempit di bahagian belakang dan menjarak di bahagian depan. Pada tahap umur ni aku rasa aku kena jaga gigi aku. Sebab aku tak bersedia nak pakai gigi palsu *nanges bucu katil.

Image result for klinik pergigian anmas sukmaSo pada tahun dan bulan ni, aku ambil langkah pertama. Aku buang wisdom teeth aku, bukannya buang wisdom aku. For those yang masih simpan gigi bongsu, aku doakan semoga korang tak ada masalah gigi bongsu macam aku. At first masa aku dapat tengok xray gigi, aku nampak satu gigi bongsu aku senget dan akar gigi memang dekat gila dengan dental nerves. So aku pun google dan aku jumpa artikel pasal semi impacted wisdom tooth, masalah gigi bongsu yang tak dapat keluar habis dan separuh daripada gigi tu terbenam dalam gusi, which is sakit masa nak tumbuh and sakit bila nak cabut.

Jadi minggu lepas, aku menjalani minor oral surgery di Klinik Pergigian Anmas di Taman Sukma, Kuching. Two extractions, two minor oral surgeries yang membawa maksud dua gigi bongsu cabut normal dan dua lagi kena buat pembedahan minor. Gigi bongsu yang atas sebelah kiri berdepan dengan masalah akar patah sebab akar gigi aku bengkok plus gigi aku besar. Gigi bongsu yang bawah sebelah kanan pula semi impacted so memang sakit masa dicabut walaupun aku dah dibius. 

Let me story-telling my oral surgery in several points:
  • 1st, aku sampai ke klinik pukul 9:30 pagi, aku masuk ke bilik dan doktor bius gusi aku. Kalau tak silap, doktor bius aku paling banyak kat bahagian gusi bawah. Aku sebenarnya tak prepare masa tu, aku redah je.
  • Lepas habis bius, doktor bagitahu yang proses cabut gigi aku ni nak tak nak akan ada rasa sakit walaupun gusi dah dibius atas bawah. Then, dia bagi aku makan ubat tahan sakit. Walaupun cabut gigi ni tak batal puasa, aku kena batalkan puasa sebab aku akan berdepan dengan minor oral surgery (MOS). Aku sebenarnya dah tengok video MOS and aku tak dapat elak rasa nervous.
  • Then, doktor yang nak bedah aku pun datang. Dia mulakan dengan extraction gigi bongsu atas sebelah kanan. Tak sampai 5 minit, gigi yang aku jaga 10 tahun tu tanggal.
  • Lepas tu dia buat surgery untuk gigi bongsu sebelah bawah which is semi impacted. Okay, yang ni agak lama. Akar gigi aku tertinggal, dia siap keluarkan tool macam pemotong kayu tu dan lepas tu aku dengar dia potong gigi aku separuh-separuh, dia belah gusi aku (sebab aku nampak dia pegang pisau kecik) and masa doktor tu tengah gigih nak keluarkan akar gigi, aku nampak dia pegang playar kecik. At last, dia tunjuk akar gigi aku yang paling susah nak keluar. Plus, masa dia nak tarik akar gigi tu keluar entah berapa kali aku rasa macam kena cucuk dengan jarum. Rupa-rupanya, akar gigi tu bersentuhan dengan saraf aku. No wonder la sakit. Kemudian, doktor pegang jarum bengkok and jahit gusi aku. Thank God aku dibius...haha.
  • Lepas tu doktor proceed cabut gigi bongsu atas sebelah kiri. Gigi aku patah, aku dengar sendiri gigi tu patah, macam bunyi batu kerikil yang kena hempuk dengan tukul. Doktor bagitahu gigi aku besar, well...aku memang tahu gigi aku besar. Ambil masa few minutes untuk potong gigi aku with the same tool yang dia guna untuk cabut gigi semi impacted. 
  • Akhir sekali gigi bongsu bawah sebelah kiri, tak sampai 5 minit proses cabut gigi pun selesai. Then, doktor dan assistant bersihkan mulut aku, sumbat kapas dan bagi ubat. Pasal fees korang tak payah tanya sebab lain masalah lain harga. Yang pasti, masalah semi impacted tu menuntut fees yang agak mahal. Ai is redho...
Sebenarnya, kalau korang mempunyai gigi yang baik, tak ada masalah sempit dan gigi bongsu tumbuh elok di belakang, korang tak perlu cabut or surgery pun. Korang rasa semi impacted ni dah ngeri bunyinya, tapi bony impacted pun tak kurang ngeri sebab gigi terbenam penuh dalam gusi dan tak dapat keluar.  Lebih kurang je level sakit tu. But the thing is, gigi bongsu ni kalau tak cabut sekarang, suatu hari nanti ke cabut juga sebab gigi tu di belakang sekali dan cepat dapat infection. Maksudnya, korang tak dapat nak mengelak.

Lepas cabut dan bedah 24 haribulan lepas, kesan yang aku takkan dapat lupa ialah:
  1. Of course gusi bengkak. Rasa menyengat, mencucuk-cucuk tu memang tak dapat nak elak.
  2. Jawbone aku sakit. Aku tak boleh buka mulut, nak bercakap pun susah.
  3. Kepala aku asyik pening. Aku cepat mual.
  4. Selera makan aku punah ranah. Dapat makan bubur and makanan lembut je till today.
Tapi aku bersyukur sebab keempat-empat gigi bongsu aku dalam keadaan baik dan sihat, so doktor pun taklah geli masa nak mencabut. Actually aku decide untuk cabut keempat-empat gigi tu sebab kalau aku nak postpone, mungkin aku berubah fikiran nanti. By the way aku nak ucap terima kasih pada doktor gigi aku, Dr. Masyitah dan Dr. Shahneza sebab bagi 5 star treatment pada aku. Berbaloi aku bayar mahal. Bagi sesiapa yang tak pasti gigi bongsu korang dah tumbuh ke belum, tumbuh senget ke or tak keluar-keluar dari gusi, aku share gambar yang aku collect dari Google. Harap korang tak cabut gigi di bulan puasa macam aku :)

Related image
source: dentofacial.co.au
Semi impacted wisdom tooth 

Image result for impacted wisdom tooth xray
source: yourdentalhealthresource
Impacted wisdom tooth 

Image result for bony impacted wisdom tooth xray
source: general dentist in Denver
Bony impacted wisdom tooth 

Image result for semi impacted wisdom tooth xray
source: tewantin dental centre
Masalah-masalah lain untuk gigi bongsu

Bagi mereka yang mungkin nak buat dental checkup or nak buat xray or lain-lain perkhidmatan pasal gigi, korang boleh berkunjung ke Klinik Pergigian Anmas di Taman Sukma atau di Satok. Klinik ni ada dua cawangan, aku pilih Sukma sebab lagi dekat dengan area aku. Staf dan doktor sangat soft spoken, korang takkan kena jerit masa masuk dalam bilik or masa ambil ubat. Plus, mereka peramah so korang takkan rasa isolated gila. Korang boleh add FB page Klinik Pergigian Anmas untuk dapatkan info lebih lanjut atau hubungi-

@klinikpergigiananmas: 082-448 224/019-982 1241

@theMaGi2018

No comments:

Post a Comment