Sunday, 20 May 2018

Terapi Minda: Cartoon Face Changer Apps!

Hello gais! Salam Ramadan untuk hari yang ke-4. Tak ada benda yang menarik yang aku nak update. Kalau dulu, aku banyak update something about ramadan. Masa tu aku full time writer. Sejak dah kerja makan gaji ni memang payah nak baca articles dan tulis panjang2 dalam blog. So, I kinda miss my full-time-writer moment in the past. Harap2 hajat aku nak jadi full time writer untuk selamanya akan dimakbulkan. Amin.

Untuk menghiburkan otak yang penat, selalunya aku main game. Tapi kebanyakan game dalam phone aku bukannya jenis relax. More to brain exercise such as wordathon,  vocab, 3D archery, shooting range, 3D bowling, buttons and scissor- semuanya memerlukan strategi. At the end lepas main game, otak aku pun penat.

So one day masa aku scroll FB, aku jumpa satu post pasal apps untuk edit gambar yang ubah muka manusia jadi muka kartun. To be honest, aku terhibur. Disebabkan aku terhibur, aku pun try. Bila dah try, aku happy. Bayangkan, semua muka member aku tukar jadi muka Giant! Lepas tu aku agak addicted tukar muka orang. At the same time aku tukar muka aku sendiri sebab basically aku sebenarnya tak suka post my real face kat socmed. Jadi aku rasa Cartoon Face Changer apps ni satu terapi minda yang baik sebab aku tak payah fikir banyak, aku boleh gelakkan muka member dan muka aku sendiri, plus aku boleh cover muka aku with all kinds of cartoon character yang aku suka. Macam ber-cosplay la kononnya.

Ini la hasilnya, terapi minda aku with this apps. Korang pun boleh try, sebab apps ni free!


Aku dan karakter muka masam berpisah tiada~

Again, sour face~

Aku tak ada dalam gambar ni

Yang botak tu aku, yang sweet tu kawan aku.

Three Mad Hatters~
Ni budak-budak yang aku jaga.

Member masa kursus. Bila lagi nak merasa
bergambar dengan karakter anime, kan?

Gambar ni member yang request


Gambar yang sama macam kat atas, aku tukar 
semuanya jadi Giant, kahkah!


Dan lepas tu jadi Doraemon, hihi




Banyak lagi sebenarnya, tapi setakat ni jelah aku upload. Gambar yang lain aku nak simpan. Boleh jadi bahan gelak dengan member nanti, hahaha!

@theMaGi2018

No comments:

Post a Comment