Hai, hai, hai! Finally baru ada masa nak update. Maaflah, banyak kerja. Plus, ekzema datang lagi. Mula-mula datang sikit masa bulan puasa. Lepas tu menjajah kulit muka. Aku tak tahulah perasaan masa ekzema datang lagi ni- tekanan jiwa, stres, rasa oren, entahlah. Aku cuba tenangkan diri, tak gelabah bangang dan cuba cari punca.
Untuk ekzema yang datang menyerang kali ni, aku berjaya kenal pasti apa yang menyebabkan ekzema. Based on apa yang aku makan, apply dan buat, mungkin inilah penyebabnya.
- Moisturizer yang aku biasa guna, Phyisiogel dah habis. Aku pergi try Bio Essences Hydra. Terus muka aku naik ruam, itulah permulaannya.
- Aku makan telur ayam yang aku beli 3 minggu lepas.
- Aku try nak kurangkan masalah kulit kusam, so aku guna clay mask Mary Kay. Daripada ruam, bertukar jadi tompok merah
Maka, aku terpaksa kembali guna steroid cream sebab bila aku try pakai emolien jenama Egoderm, rasa itchy tu tak hilang sepenuhnya. Aku try pakai Cetaphil sebab kononnya nak elakkan kulit jadi makin kering tapi makin gatal pulak jadinya. So, moisturizer dan cleanser jenama Cetaphil tak sesuai untuk masalah aku- I have to reject. Maka, aku kembali semula dengan produk yang aku biasa guna iaitu SebaMed Face and Body Wash for sensitive skin, Phyisiogel Moisturier dan Avene Thermal Spring Spray. Boleh dikatakan, produk untuk ekzema ni memang tahap pisau cukur.
Okay, bagi mengelakkan aku kena cukur sepenuhnya oleh produk tersebut, aku ada apply beberapa bahan semulajadi sebagai cara untuk berjimat cermat. Ada dua bahan semulajadi yang sangat membantu kulit aku kembali lembap dan kurang kemerahan iaitu:
- Madu (dalam kes aku, aku apply madu kelulut asli)
- Lidah buaya (yang ni aku pergi tepek kat muka, set masa dalam sejam macam tu dan lepas tu aku bersihkan muka tanpa guna pencuci muka, apply moisturizer dan spray muka guna Avene. Lepas tu baru aku tidur)
Sekarang aku sedang berada dalam proses bersalin kulit. Dah macam ular bunyinya. Walaupun aku tak berapa suka tengok proses ni sebab kulit muka aku dah macam snowflakes yang gugur di musim dingin, aku tak ada pilihan. Hadap je lah. Oh, sebelum aku lupa, antara punca ekzema yang tak pernah tahu sebelum ni tapi aku pergi telan benda ni setiap hari dan menyebabkan ekzema aku datang balik ialah... susu tepung. Aku pergi minum susu tepung setiap pagi dan petang sebab doktor gigi aku pesan aku kena cukupkan kalsium. Tak sangka, dalam usaha nak cukupkan kalsium untuk gigi, aku pergi suburkan ekzema aku sekali. Nak tak nak, aku terus stop minum susu dan sekarang aku gantikan dengan supplement kalsium.
So, bagi pengidap ekzema yang berulang macam aku, aku tahu bukan senang nak tengok kulit korang yang dah sembuh tu jadi buruk balik. Dan aku rasa aku tak nak curang lagi dengan produk yang banyak membantu aku. Sekarang ni, aku apply Avene Thermal Gentle Cleanser dan sangat membantu untuk tanggalkan kulit kering. Jadi, aku list down produk yang aku gunakan untuk rawat ekzema, mungkin sesuai untuk korang dan mungkin tak sesuai. Ini hanya cadangan, harap dapat membantu:
- SebaMed Face and Body Wash for sensitive skin
- Physiogel Moisturizer for normal and dry skin
- Avene Thermal Spring Spray
- Avene Thermal Gentle Cleanser
- Madu asli
- Lidah buaya
@theMaGi2019
No comments:
Post a Comment