Friday 12 October 2012

Bunga dan ciri-ciri anda...?

Teratai
Penggemar bunga teratai seorang yang suka muhasabah diri, bersikap spiritual dan tenang. Tidak mudah melatah, berfikiran jauh dan matang. Mempunyai lebih sikap feminin bagi penggemar wanita.

Lili
Seorang yang berani, dan tidak mudah bersedih hati. Mereka juga tergolong dalam kumpulan penyabar dan berfikiran bersih. Mereka mempunyai kesanggupan untuk berkorban demi pihak lain.


Ros/Mawar
Menggemari kecantikan dan keindahan. Ia juga melambangkan sifat kelapangan hati, memiliki daya penarik dan berani. Selain itu, ia dikaitkan dengan kepedihan dan juga kesedihan yang tersembunyi.

Tulip
Sukakan kesempurnaan dalam percintaan, menyukai perkara-perkara yang indah dan menyenangkan fikiran, dan tergolong dalam kumpulan yang 'jarang' untuk dijumpai.

Kekwa
Pandai mengatur jadual kesihatan, sentiasa mendapat tuah serta mencari peluang suka bergembira. Juga sukakan perkara yang tidak merumitkan, mahukan kejujuran dalam apa jenis hubungan, dan tabah hadapi masalah.

Popi
Dikaitkan golongan yang suka tidur, gemar berangan-angan atau bermimpi, dan tidak berapa serius. Mereka juga dianggap sebagai golongan yang kurang efektif.

Matahari.
Golongan yang suka menjaga kesihatan, tidak suka jatuh sakit dan gemar melakukan aktiviti yang berfaedah. Berani menghadapi cabaran, tidak takut pada risiko dan disukai ramai.

Maklumat tambahan>>>

Semanggi  : Sentiasa gembira, tahu bergembira dan seorang yang menyenangkan hati.
Kamelia    : Sukakan kesempurnaan dalam setiap aspek.
Teluki       : Sentiasa berharap pada cinta yang indah dan sejati.
Orkid        : Bersikap sederhana, jujur serta penyabar.


Rujukan: 
The Ulitmate Illustrated Guide to Dreams, Signs & Symbols  by Mark O'Connell, Raje Airey & Richard Craze  terbitan Hermes House 2007 (bahagian- Flora and Fauna, mukasurat 186-187)

Picture: HerreroJulia (Flower Garden)

MaGi 2012.

1 comment: