Sunday, 14 February 2016

Akhmasz Collection!


Hello Februari! Mesti ramai yang tengah senyum sokmo kat luar sebab hari ni hari cinta. By the way, aku tak celebrate hari tu. Tapi hari ni aku nak promote hasil usaha-gigih-tekun kawan aku. Setelah berpurnama merancang, merekabentuk dan menjahit (plus, aku tolong design label tag), kawan aku berjaya juga launch jenama tudung dia sendiri. 

Introducing....Aszma Shawl by Akhmasz Collection~

Aszma Shawl dengan tema tradisional, direka
dengan lima (5) warna berbeza


Screenshot berkenaan dengan info Aszma Shawl,
terus dari akaun FB designer- Cik Akhma


Sampel tudung 1 by Cik Akhma- delicious blue

Sampel tudung 2 by Cik Akhma- tasty mustard
Sampel tudung 3 by Cik Akhma- yummy purple
Sampel tudung 4 by Cik Akhma- freshy green

Sampel tudung 5 by Cik Akhma- royal bee yellow

Tudung shawl rekaan Akhmasz Collection ni limited edition dan dihias dengan corak tradisional. Dan semestinya tak ada dijual di kedai, butik atau shopping complex. Untuk tempahan, sila add FB tuan empunya koleksi (Nurul Akhma) atau boleh tinggalkan pesanan di kotak komen.


@themagi2016

Thursday, 4 February 2016

Antologi PERISA

Salam semua! Tahun 2016 memberi banyak keindahan sebab setiap usaha aku menampakkan kejayaan. Thanks untuk Dia yang banyak memberi jalan keluar. Okey, aku skip intro panjang. Btw, sebelum ni aku ada beli satu buku antologi yang bertajuk PERISA by Terfaktab (surprisingly tetiba aku dapat tawaran dari DBP untuk collaborate buat antologi tahun ni). And to be honest aku baru separuh baca buku antologi ni sebab aku tengah struggle nak siapkan manuskrip. Memang aku tengah struggle, aku tak tipu. But still aku masih ada masa untuk membaca buku antologi ni so....mari review sikit apa yang menarik pasal buku ni :)

Nama: Antologi PERISA
Terbitan: Terfaktab ZINE
Harga: RM18.00
Kategori: Antologi cerpen
Tahun: Cetakan pertama 2015

Okay, now masa untuk review secara fizikal

  1. About kulit buku. Book cover sangat meyakinkan dengan imej rempah ratus yang berwarna-warni. Itu menunjukkan cerpen dalam ni pun banyak 'perisa'.
  2. Warna kertas agak yellowish, good for eyes. Dapat mengelakkan eye-strain.
  3. Kualiti paperback bagus. Book spine tegap, pages tak mudah terburai.
  4. About font...agak kecik dan bulat-bulat. Entah apa pasal aku tak suka sangat font ni.
  5. Dan susunan paragraph, gap agak besar. Agak annoying di mata aku, tapi mungkin selesa untuk pembaca lain.
Dan berkenaan dengan kandungan cerpen...aku tak nak review banyak sebab aku belum habis baca sebenarnya. Tapi aku suggest korang beli buku ni sebab terdapat beberapa penulis yang memberi perspektif yang unik tentang 'perisa' kehidupan. Antara cerpen kegemaran aku ialah:
  1. Bak Kut Teh by Martini Muaz
  2. ABC by Johan Radzi
  3. Gula Kapas by Api Hussein
Actually aku perasan ada beberapa buah cerpen dalam antologi ni banyak menggunakan bahasa Inggeris untuk menyatakan kelakuan watak, situasi dan sebagainya. Bahasa harian, bahasa singkatan, bahasa rojak memang digunakan agak banyak dalam beberapa buah cerpen (aku tak nak mention cerpen yang mana). Bagi aku, penggunaan bahasa Inggeris, bahasa harian, bahasa singkatan atau bahasa rojak kalau boleh diminimumkan sebab kalau banyak sangat nanti mengganggu pembacaan sesetengah pembaca (macam aku...) Tapi ada satu cerpen yang memaparkan slanga bahasa Indonesia. Okey, yang ini aku suka sebab bunyinya puitis sampaikan aku tak sedar aku terbaca dialog tu kuat-kuat.

Selain dari itu, aku rasa overall buku ni penuh dengan idea baharu. Ada yang baharu sangat sampai pening kepala aku. Dan buku ni ada sebut perisa kopi dan teh (Seplastik Teh Madras, Mocha Laici, Teh dan Americano...minuman yang aku takkan minum~). Apa-apapun, aku tak rugi beli buku ni- 16 cerpen, 16 perisa, 16 cerita and  just 18 ringgit...worth it.


@themagi2016

Tuesday, 2 February 2016

Trend di Media Sosial

Salam Selasa! Hari ini aku mem-blogging lagi lepas send cerpen yang dimintak untuk antologi. Harap-harap urusan aku dipermudahkan. Okay, back to the main story, aku selalu habiskan lebih masa untuk blog dan sebahagian masa untuk media sosial yang lain. Aku bukanlah pioneer untuk something, tak juga jadi follower untuk something tapi aku perasan banyak trend di media sosial yang dimulakan oleh seorang dan seterusnya diikut ramai orang. Trend yang di-viral-kan itu ada banyak jenis. Aku sendiri pun tak ada masa nak kira. Tapi aku senaraikan trend yang pernah menjadi viral di media sosial. Bila aku sebut media sosial, korang faham, kan?


1. Harlem Shake


Harlem Shake adalah meme Internet dalam bentuk video di mana sekumpulan orang melakukan aksi komedi diiringi oleh petikan pendek dari lagu "Harlem Shake". Video itu ditiru oleh ramai orang, menggunakan konsep yang sama, dan ia menjadi trend yang viral pada awal Februari 2013, dengan beribu-ribu "Harlem Shake" video dibuat dan dimuat naik ke YouTube setiap hari.

2. Gwiyomi


Image result for gwiyomi cover

Gwiyomi ialah lagu yang dilancarkan pada tahun 2013 dan dinyanyikan oleh Hari, penyanyi dari Korea Selatan. Lagu itu diinspirasikan dari rancangan realiti Weekly Idol yang mengadakan Battle of Cuteness pada tahun 2012 dan salah seorang ahli kumpulan BToB telah memperlihatkan aksi Gwiyomi Player. Gwiyomi menjadi internet meme dan terdapat beberapa cover Gwiyomi dari pelbagai negara (Malaysia, Vietnam, Jepun, Sepanyol, Thailand etc).

3. Planking

Image result for planking

Planking pada asalnya latihan senaman untuk meregangkan struktur tulang belakang. Kemudian ia berubah menjadi permainan yang digelar lying down game- iaitu aktiviti meniarap di lokasi yang luar biasa atau tidak selaras. Kedua-dua tangan mesti menyentuh sisi badan. Beberapa pemain bersaing untuk mencari lokasi yang paling luar biasa dan planking merujuk kepada meniru sekeping papan kayu.



4. Dubsmash

Image result for dubmash di facebook

Dubsmash merupakan aplikasi yang memberi ruang untuk pengguna untuk lip-sync lagu, dialog dari drama/filem, pepatah dan juga quotes. Video pengguna boleh disimpan dan dihantar melalui aplikasi mesej yang lain. Ia menjadi hiburan terkini di media sosial.


5. Gangnam Style

Image result for gangnam style

Gangnam Style ialah muzik video dari Korea Selatan, yang dinyanyikan oleh Psy. Muzik video Psy yang memperkenalkan tarian kuda menjadi viral di Youtube dan video tersebut ditonton lebih dari 2.3 bilion penonton sekali gus mengalahkan rekod lagu Baby, Baby yang dinyanyikan oleh Justin Bieber.

6. Draw My Life
Image result for draw my life

Draw My Life adalah video Internet yang bermula pada tahun 2013, apabila selebriti Youtube Sam Pepper memuat naik video tentang hidupnya. Walaupun trend ini menjadi viral pada tahun 2013, ia sebenarnya sudah bermula pada tahun 2011. Video yang dirakam secara fast-motion itu terdiri dari seseorang melukis kisah atau peristiwa tersembuyi dalam kehidupan di atas papan putih dan ia berakhir dengan ucapan terima kasih pada penonton yang membantu dalam kejayaan mereka.


7. Timelapse

Timelapse merupakan video yang dibuat menerusi sejumlah besar gambar yang diambil pada waktu yang berlainan tapi pada posisi yang sama. Selain timelapse perubahan wajah manusia, timelapse panorama alam atau pembangunan sekeliling juga menjadi pillihan. Penggemar timelapse biasanya mempunyai tahap kesabaran yang tinggi untuk membuat video tersebut kerana ia memerlukan banyak gambar.




Okay, setakat ini je yang aku mampu ingat. Ramai sangat yang nak jadi trendsetter sekarang ni. Rasa-rasanya, kalau korang nak jadi trendsetter....trend apa yang korang nak viral-kan?

Fikir-fikirkan....jangan sampai terbabas :)

@themagi2016

Monday, 1 February 2016

Produk dari MaGi

Salam 1 Februari! Indah sungguh hari Isnin, walaupun ramai yang rasa muram sebab hari ni masuk kerja. Btw, hari ini aku nak update entri berkenaan dengan produk dari MaGi. Actually, aku bukanlah jenis kaki bisnes yang suka ambil tempahan dari customer. Mostly produk yang aku buat tu dibuat secara sukarela. Then ada yang komen- kenapa aku tak berbisnes je? Barulah dapat untung.

Untung dunia ni memang best. Tapi aku lagi suka untung afterlife. Lagipun aku tak pandai berbisnes...hihihi~

Okey, ini dia beberapa produk dari MaGi:

Adik aku mintak aku buat doodle muka kawan2 dia.
Then dia jadikan doodle yang dilukis entah berapa minit
tu sebagai cenderamata untuk pihak sekolah. Well, karya
aku bersemadi forever n ever di sekolah itu~

Kawan aku dari Filipina kata dia minat sangat dengan artwork aku.
Aku terharu sampai meleleh air mata bila dia cakap macam tu. So
aku lukis muka dia dalam bentuk Doodle Version sebagai hadiah
terima kasih. 

Aku buat doodle bertemakan butterfly tapak kaki anak buah
aku yang berusia 3 bulan sebagai hadiah dia. Belum sempat
nak beli bingkai. Nantilah aku beli.

Kad majlis untuk kakak aku yang nak buat doa
selamat. Mujurlah aku reti buat kad simple...
kalau tak kena upah orang luar untuk buat kad
mudah macam ni.

Kad jemputan kahwin kakak aku empat tahun lepas.
First time aku buat kad macam ni. Nasib baik end
product tak buruk sangat.

Hadiah perkahwinan sepupu dan kawan aku, berupa lukisan
muka mereka. Aku tak gemar sangat bagi hadiah cawan,
pinggan mangkuk, cerek air untuk orang kahwin. Common
sangat...tak ada meaning, cewah~

Sekali lagi, first time aku design tag jenama. Kawan aku
jadi pengusaha tudung n shawl. Jadi aku tolong buat tag jenama
Akhmasz Collection. Setelah puas berbincang, inilah hasilnya-

New shawl design by Akhmasz Collection. Kalau berminat,
boleh contact aku kat blog. 


Okey...setakat ni je produk aku. Sekarang masa untuk
sambung siapkan manuskrip :)

@themagi2016