Salam Selasa! Hari ini aku mem-blogging lagi lepas send cerpen yang dimintak untuk antologi. Harap-harap urusan aku dipermudahkan. Okay, back to the main story, aku selalu habiskan lebih masa untuk blog dan sebahagian masa untuk media sosial yang lain. Aku bukanlah pioneer untuk something, tak juga jadi follower untuk something tapi aku perasan banyak trend di media sosial yang dimulakan oleh seorang dan seterusnya diikut ramai orang. Trend yang di-viral-kan itu ada banyak jenis. Aku sendiri pun tak ada masa nak kira. Tapi aku senaraikan trend yang pernah menjadi viral di media sosial. Bila aku sebut media sosial, korang faham, kan?
1. Harlem Shake
Harlem Shake adalah meme Internet dalam bentuk video di mana sekumpulan orang melakukan aksi komedi diiringi oleh petikan pendek dari lagu "Harlem Shake". Video itu ditiru oleh ramai orang, menggunakan konsep yang sama, dan ia menjadi trend yang viral pada awal Februari 2013, dengan beribu-ribu "Harlem Shake" video dibuat dan dimuat naik ke YouTube setiap hari.
2. Gwiyomi
Gwiyomi ialah lagu yang dilancarkan pada tahun 2013 dan dinyanyikan oleh Hari, penyanyi dari Korea Selatan. Lagu itu diinspirasikan dari rancangan realiti Weekly Idol yang mengadakan Battle of Cuteness pada tahun 2012 dan salah seorang ahli kumpulan BToB telah memperlihatkan aksi Gwiyomi Player. Gwiyomi menjadi internet meme dan terdapat beberapa cover Gwiyomi dari pelbagai negara (Malaysia, Vietnam, Jepun, Sepanyol, Thailand etc).
3. Planking
Planking pada asalnya latihan senaman untuk meregangkan struktur tulang belakang. Kemudian ia berubah menjadi permainan yang digelar lying down game- iaitu aktiviti meniarap di lokasi yang luar biasa atau tidak selaras. Kedua-dua tangan mesti menyentuh sisi badan. Beberapa pemain bersaing untuk mencari lokasi yang paling luar biasa dan planking merujuk kepada meniru sekeping papan kayu.
4. Dubsmash
Dubsmash merupakan aplikasi yang memberi ruang untuk pengguna untuk lip-sync lagu, dialog dari drama/filem, pepatah dan juga quotes. Video pengguna boleh disimpan dan dihantar melalui aplikasi mesej yang lain. Ia menjadi hiburan terkini di media sosial.
5. Gangnam Style
Gangnam Style ialah muzik video dari Korea Selatan, yang dinyanyikan oleh Psy. Muzik video Psy yang memperkenalkan tarian kuda menjadi viral di Youtube dan video tersebut ditonton lebih dari 2.3 bilion penonton sekali gus mengalahkan rekod lagu Baby, Baby yang dinyanyikan oleh Justin Bieber.
6. Draw My Life
Draw My Life adalah video Internet yang bermula pada tahun 2013, apabila selebriti Youtube Sam Pepper memuat naik video tentang hidupnya. Walaupun trend ini menjadi viral pada tahun 2013, ia sebenarnya sudah bermula pada tahun 2011. Video yang dirakam secara fast-motion itu terdiri dari seseorang melukis kisah atau peristiwa tersembuyi dalam kehidupan di atas papan putih dan ia berakhir dengan ucapan terima kasih pada penonton yang membantu dalam kejayaan mereka.
7. Timelapse
Timelapse merupakan video yang dibuat menerusi sejumlah besar gambar yang diambil pada waktu yang berlainan tapi pada posisi yang sama. Selain timelapse perubahan wajah manusia, timelapse panorama alam atau pembangunan sekeliling juga menjadi pillihan. Penggemar timelapse biasanya mempunyai tahap kesabaran yang tinggi untuk membuat video tersebut kerana ia memerlukan banyak gambar.
Okay, setakat ini je yang aku mampu ingat. Ramai sangat yang nak jadi trendsetter sekarang ni. Rasa-rasanya, kalau korang nak jadi trendsetter....trend apa yang korang nak viral-kan?
Fikir-fikirkan....jangan sampai terbabas :)
@themagi2016
No comments:
Post a Comment