Salam 1 Februari! Indah sungguh hari Isnin, walaupun ramai yang rasa muram sebab hari ni masuk kerja. Btw, hari ini aku nak update entri berkenaan dengan produk dari MaGi. Actually, aku bukanlah jenis kaki bisnes yang suka ambil tempahan dari customer. Mostly produk yang aku buat tu dibuat secara sukarela. Then ada yang komen- kenapa aku tak berbisnes je? Barulah dapat untung.
Untung dunia ni memang best. Tapi aku lagi suka untung afterlife. Lagipun aku tak pandai berbisnes...hihihi~
Okey, ini dia beberapa produk dari MaGi:
Adik aku mintak aku buat doodle muka kawan2 dia.
Then dia jadikan doodle yang dilukis entah berapa minit
tu sebagai cenderamata untuk pihak sekolah. Well, karya
aku bersemadi forever n ever di sekolah itu~
Kawan aku dari Filipina kata dia minat sangat dengan artwork aku.
Aku terharu sampai meleleh air mata bila dia cakap macam tu. So
aku lukis muka dia dalam bentuk Doodle Version sebagai hadiah
terima kasih.
Aku buat doodle bertemakan butterfly tapak kaki anak buah
aku yang berusia 3 bulan sebagai hadiah dia. Belum sempat
nak beli bingkai. Nantilah aku beli.
Kad majlis untuk kakak aku yang nak buat doa
selamat. Mujurlah aku reti buat kad simple...
kalau tak kena upah orang luar untuk buat kad
mudah macam ni.
Kad jemputan kahwin kakak aku empat tahun lepas.
First time aku buat kad macam ni. Nasib baik end
product tak buruk sangat.
Hadiah perkahwinan sepupu dan kawan aku, berupa lukisan
muka mereka. Aku tak gemar sangat bagi hadiah cawan,
pinggan mangkuk, cerek air untuk orang kahwin. Common
sangat...tak ada meaning, cewah~
Sekali lagi, first time aku design tag jenama. Kawan aku
jadi pengusaha tudung n shawl. Jadi aku tolong buat tag jenama
Akhmasz Collection. Setelah puas berbincang, inilah hasilnya-
New shawl design by Akhmasz Collection. Kalau berminat,
boleh contact aku kat blog.
Okey...setakat ni je produk aku. Sekarang masa untuk
sambung siapkan manuskrip :)
@themagi2016
No comments:
Post a Comment