Thursday, 4 February 2016

Antologi PERISA

Salam semua! Tahun 2016 memberi banyak keindahan sebab setiap usaha aku menampakkan kejayaan. Thanks untuk Dia yang banyak memberi jalan keluar. Okey, aku skip intro panjang. Btw, sebelum ni aku ada beli satu buku antologi yang bertajuk PERISA by Terfaktab (surprisingly tetiba aku dapat tawaran dari DBP untuk collaborate buat antologi tahun ni). And to be honest aku baru separuh baca buku antologi ni sebab aku tengah struggle nak siapkan manuskrip. Memang aku tengah struggle, aku tak tipu. But still aku masih ada masa untuk membaca buku antologi ni so....mari review sikit apa yang menarik pasal buku ni :)

Nama: Antologi PERISA
Terbitan: Terfaktab ZINE
Harga: RM18.00
Kategori: Antologi cerpen
Tahun: Cetakan pertama 2015

Okay, now masa untuk review secara fizikal

  1. About kulit buku. Book cover sangat meyakinkan dengan imej rempah ratus yang berwarna-warni. Itu menunjukkan cerpen dalam ni pun banyak 'perisa'.
  2. Warna kertas agak yellowish, good for eyes. Dapat mengelakkan eye-strain.
  3. Kualiti paperback bagus. Book spine tegap, pages tak mudah terburai.
  4. About font...agak kecik dan bulat-bulat. Entah apa pasal aku tak suka sangat font ni.
  5. Dan susunan paragraph, gap agak besar. Agak annoying di mata aku, tapi mungkin selesa untuk pembaca lain.
Dan berkenaan dengan kandungan cerpen...aku tak nak review banyak sebab aku belum habis baca sebenarnya. Tapi aku suggest korang beli buku ni sebab terdapat beberapa penulis yang memberi perspektif yang unik tentang 'perisa' kehidupan. Antara cerpen kegemaran aku ialah:
  1. Bak Kut Teh by Martini Muaz
  2. ABC by Johan Radzi
  3. Gula Kapas by Api Hussein
Actually aku perasan ada beberapa buah cerpen dalam antologi ni banyak menggunakan bahasa Inggeris untuk menyatakan kelakuan watak, situasi dan sebagainya. Bahasa harian, bahasa singkatan, bahasa rojak memang digunakan agak banyak dalam beberapa buah cerpen (aku tak nak mention cerpen yang mana). Bagi aku, penggunaan bahasa Inggeris, bahasa harian, bahasa singkatan atau bahasa rojak kalau boleh diminimumkan sebab kalau banyak sangat nanti mengganggu pembacaan sesetengah pembaca (macam aku...) Tapi ada satu cerpen yang memaparkan slanga bahasa Indonesia. Okey, yang ini aku suka sebab bunyinya puitis sampaikan aku tak sedar aku terbaca dialog tu kuat-kuat.

Selain dari itu, aku rasa overall buku ni penuh dengan idea baharu. Ada yang baharu sangat sampai pening kepala aku. Dan buku ni ada sebut perisa kopi dan teh (Seplastik Teh Madras, Mocha Laici, Teh dan Americano...minuman yang aku takkan minum~). Apa-apapun, aku tak rugi beli buku ni- 16 cerpen, 16 perisa, 16 cerita and  just 18 ringgit...worth it.


@themagi2016

No comments:

Post a Comment