Wednesday 8 October 2014

Artis Lama dari Sarawak

8 Oktober, takbir raya haji masih berkumandang. Sedap je dengar. So, hari ni, entri simple je. Pasal pelakon melayu dulu-dulu kelahiran Sarawak...atau keluarga berasal dari Sarawak. Ramai juga artis baru berasal dari Sarawak seperti Dayang NurFaizah, Sharifah Zarina, Hafiz Suip, Lana Nordin, Sherry Merlis, Bob AF, Zack X-Factor, Deja Moss, Tony Eusoff etc. Selepas puas mengorek di Google, dapatlah sikit info mengenai artis lama dari Sarawak.

1. Siput Sarawak

Siput Sarawak, atau nama sebenar Ramlah binti Mohamad Sulaiman merupakan seorang seniwati Melayu, dilahirkan pada tahun 1921 di Kuching, Sarawak. Beliau aktif berlakon bangsawan sejak berusia 11 tahun. Siput Kuyung merupakan cerita bangsawan pertama yang diikuti oleh beliau. Selepas Perang Dunia ke-2, beliau berhijrah ke Singapura bersama bapanya dan bekerja di kabaret. Kemudian, beliau diambil menjadi pelakon. Walaupun beliau buta huruf tapi beliau mempunyai kebolehan menghafal skrip dengan baik. Beliau berkahwin dengan S.Roomai Noor dan mempunyai seorang anak iaitu Ithnaini (Anita Sarawak) namun jodoh mereka tidak berpanjangan. Pada tahun 1999, beliau menghembuskan nafas terakhir di Jalan Kempas, Singapura.

2. Dayang Sofia

Dayang Sofia atau nama penuhnya, Dayang Sofia binti Awang Rambli merupakan seniwati Melayu, dilahirkan di Kuching, Sarawak pada 1938. Beliau juga seorang model dan penyanyi, mula dikenali menerusi filem Bujang Lapok arahan P.Ramlee. Bapa beliau, Awang Rambli merupakan anggota Rukun 13 yang bertanggungjawab ke atas kematian Sir Duncan Stewart di Sarawak. Beliau pernah berkahwin dengan pelakon, Aziz Sattar tetapi jodoh mereka tidak berpanjangan.

3. Mak Enon

Mak Enon atau nama sebenar, Amon@Ainon Chik dilahirkan di Geylang, Singapura pada tahun 1911 dan anak bongsu dari empat adik beradik. Kedua-dua orang tuanya berasal dari Kuching, Sarawak. Bapanya berketurunan Bugis manakala ibunya pula berketurunan Cina. Beliau seorang primadonna panggung dan bangsawan serta mengikuti persembahan bergerak di Indonesia dari tahun 30an ke 50an. Pada era 50an, beliau menjadi pelakon filem di Singapura. Mak Enon pernah berkahwin beberapa kali, antaranya ialah pelakon, Haji Mahadi. Pada usia 49, Mak Enon berhijrah ke Kuala Lumpur dan menjual nasi lemak. Pada 1992, beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6 pagi.

4. Fatimah Razak

Fatimah Razak, atau nama penuhnya Tengku Fatimah Tengku Mohd Shah Nara merupakan penyanyi Melayu seksi era 70an. Bapanya berasal dari Pagar Ruyung manakala ibunya berketurunan Melayu-Arab. Beliau dilahirkan di Kuching, Sarawak pada tahun 1944 dan merupakan anak ketujuh dari 12 adik beradik. Kerjaya sebagai penyanyi mula menyinar pada era 70an selepas berhijrah ke Kuala Lumpur mengikuti suami yang bekerja tetapi digam oleh pihak media kerana imej terlalu seksi. Pada tahun 1990, beliau tidak terlibat dalam bidang seni dan memberi perhatian pada keluarga.

p/s: Bagi sesiapa yang tahu lebih pasal artis lama dari Sarawak, boleh komen kat bawah. Komen anda sangat dialu-alukan.

@themagi2014
ruj: wikipedia |m.forum

No comments:

Post a Comment