Sarawak bumi Kenyalang; ia merupakan negeri terbesar di Malaysia. Dengan keluasan 124,450 km persegi, setiap penjuru tanah di bumi ini mengandungi pelbagai jenis kisah hikayat dan legenda. Daripada kisah dua puteri jelita, perabangan dan penjajahan, terdapat banyak lagi kisah menarik untuk dijadikan pengetahuan. Semalam, saya ke Kampung Buntal bersama keluarga atas urusan peribadi. Duduk bersama dengan golongan tua seawal jam 8.15 pagi, mereka menyingkap beberapa kisah hikayat, mitos dan legenda untuk diingati bersama. Kisah-kisah ini berlanjutan sehingga kembali ke rumah dan pelbagai cerita lama mula ke udara.
Sekonye emas
Di Kampung Buntal, terdapat sebuah sungai kecil yang disebut sebagai sungai Jaong. Bentuk muka bumi sungai Jaong tidak landai dan tidak sesuai untuk sebarang kenderaan berlabuh. Sehinggalah pada suatu senja, beberapa orang kampung melihat sebuah 'sekonye', sejenis kapal yang lebih kecil dari jong tetapi mempunyai kelengkapan serupa seperti kapal besar. Sekonye tersebut dikatakan berkilauan seperti emas masuk ke muara sungai dengan tenang, lalu terus memanjat tebing dan hilang di sebalik pokok-pokok. Kejadian tersebut menjadi misteri bagi golongan tua yang mengetahui perkara tersebut dan para nelayan tidak digalakkan untuk menjala udang di kawasan tersebut.
Si Bujang Padi
Di Sarawak, meriam kecil dikenali sebagai lela, manakala meriam kecil yang ada 'pemilik' pula disebut sebagai Bujang. Gelaran belakang untuk meriam tersebut bergantung kepada lokasi ia dijumpai. Sebagai contoh, jika meriam kecil tersebut dijumpai di tepi laut maka ia dinamakan sebagai Bujang Laut. Bujang Padi dikatakan telah ditemui di kawasan sawah padi dan orang yang menemui meriam tersebut mendapat alamat dalam mimpi bahawa meriam itu bukan sembarangan meriam kerana ia mempunyai kelebihan untuk ghaib, terbang dan menyerang sesiapa yang berniat jahat. Kebolehan Bujang Padi ini mungkin mengingatkan orang Melaka dengan keajaiban keris Taming Sari milik Hang Tuah.
Keramat Tok Landeh
Di Kampung Landeh, Kuching, pembukaan kampung ini bermula dengan kisah seorang lelaki alim yang mahu dikenali sebagai Tok Landeh. Tiada siapa yang tahu akan asal usul beliau. Sehinggalah pada suatu hari, Kampung Landeh dilanda banjir besar dan jambatan yang menghubungkan mereka dengan kampung lain ditenggelami air. Ketika orang ramai masih terkurung di kawasan masing-masing, Tok Landeh pula mahu ke seberang. Tanpa menyedari beberapa penduduk kampung sedang berlindung di bawah pokok, mereka menyaksikan Tok Landeh menuju ke seberang dengan berjalan di atas air sambil mengepit tikar dan kain sejadah di bawah ketiak. Mulai saat itu, mereka menyedari Tok Landeh bukan sembarangan orang. Bukan itu saja, beliau juga sentiasa ada setiap kali penduduk kampung memerlukan beliau dengan menyebut namanya. Kemudian, beliau berkata kepada penduduk kampung sekiranya beliau tidak datang apabila namanya disebut dan mereka menemui keris, tikar, sejadah dan kopiah miliknya terapung di atas air maka itu bermakna beliau sudah pergi mengadap Ilahi. Kata-kata beliau akhirnya menjadi kenyataan dan kehilangan Tok Landeh menjadi misteri.
Si Jelita Dayang Isah
Bertempat di Kampung Kalok, kisah Dayang Isah menjadi ingatan setiap penduduk. Kisah tersebut bermula dengan kejelitaan anak perempuan wakil dari Sultan Brunei yang bernama Temenggong Kadir dengan isterinya, Dayang Siti Hajar yang bernama Dayang Aisyah Tandangsari, juga disebut sebagai Dayang Isah. Dayang Isah merupakan anak dari sebiji telur dan telur itu dijumpai berdasarkan mimpi yang diterima oleh bapanya, Temenggong Kadir. Dayang Isah dikatakan mempunyai rupa paras yang sangat jelita sehingga seluruh pemuda di Saribas menjadi gila bayang. Tetapi, Dayang Isah telah jatuh cinta pada pengikut bapanya, Abang Bunut yang tekun dan jujur. Sungguhpun begitu, bapanya telah menerima alamat bahawa sesiapa yang mahu mengahwini Dayang Isah mesti menyediakan 1 kati emas sebagai hantaran (ada juga sumber mengatakan 10 kati emas) sedangkan Abang Bunut itu seorang yang miskin. Oleh sebab itu, cinta mereka pun tidak kesampaian dan Dayang Isah dipinang oleh seorang kaya yang bernama Nakhoda Khar. Namun, Dayang Isah tidak bahagia. Rasa kecewa Dayang Isah semakin parah apabila Nakhoda Khar mengetahui kisah cintanya lalu membunuh Abang Bunut kerana cemburu dan cuba menikam Dayang Isah tetapi tidak lut. Akhirnya, Dayang Isah memberitahu kepada suaminya bahawa senjata yang dapat membunuhnya cuma benang 7 warna dan 7 helai rambut. Selepas memberitahu perkara tersebut, Dayang Isah akhirnya mati dibunuh oleh Nakhoda Khar. Makam Dayang Isah masih wujud sehingga ke hari ini.
Usikan Santubong
Gunung Santubong lambang kemegahan Sarawak, tersimpan kisah suka duka dua beradik yang berakhir dengan kematian dan kisah mereka menjadi pengajaran kepada generasi muda. Sungguhpun kisah mereka sudah lama berlalu dan Gunung Santubong kini menjadi destinasi pelancongan untuk pengunjung domestik atau luar negara, ia mengandungi kisah misteri yang tersendiri. Sebagai contoh, seorang pengunjung berbangsa Cina yang berkhemah di kaki gunung bersama rakan-rakan pernah terlihat kelibat seorang wanita cantik di sebalik pokok-pokok. Menurut seorang pencerita dari Kampung Buntal, ada seorang lelaki tua yang baru kematian isteri bergurau mahu bertemu dengan puteri Gunung Santubong dan memperisterikannya. Lelaki itu kini mejadi sasau. Manakala bapa saya sendiri kepedasan selepas memakan cili yang tumbuh di atas puncak gunung tanpa diketahui siapakah pemiliknya walaupun pada asalnya cili tersebut langsung tidak pedas.
Sumpah Buaya
Pernah menerima banyak sumber mengenai kisah mitos buaya, Batu Buaya yang terletak di Santubong kini menjadi warisan sejarah mengenai kewujudan seekor buaya yang pernah mengganas di Sarawak. Ia dibunuh, kepalanya dipenggal dan disumpah menjadi batu oleh Datuk Merpati dan bentuk kepala buaya itu kekal berada di tepi pantai sehingga ke hari ini. Ia juga menjadi nama sebuah kampung di Santubong, iaitu Kampung Batu Buaya. Selain dari kisah Batu Buaya, terdapat kisah lain mengenai buaya. Dikatakan pada zaman dahulu, ada 7 ekor buaya bersaudara yang tinggal di Pantai Alit, Kabong. Pada setiap malam bulan penuh, beberapa buah kampung akan mengadakan pesta. Oleh itu, pada setiap malam bulan penuh, 7 ekor buaya bersaudara itu akan naik ke darat, menanggalkan rupa buaya mereka dan menjelma menjadi lelaki yang sangat tampan. Setelah beberapa kali menyertai orang kampung di dalam pesta mukun dan menopeng, ketampanan mereka menarik ramai hati gadis muda manakala lelaki kampung itu pula mula berasa marah serta iri hati. Pada suatu malam bulan penuh, 7 beradik itu naik ke darat seperti sebelumnya namun mereka tidak tahu bahawa lelaki kampung tersebut berjaya mendapatkan kulit buaya yang bongsu dan membakarnya. Apabila 7 beradik itu mahu ke sungai semula, si bongsu menyedari kulit buaya miliknya sudah tiada dan dia ditangkap oleh lelaki kampung. Beberapa hari kemudian, si bongsu mati dan kepalanya dipercayai telah dipenggal. Sikap buruk lelaki kampung itu ternyata menyakitkan hati 6 beradik yang lain, lantas abang sulung si Bongsu bersumpah bahawa sesiapa yang berasal dari kampung tersebut, keturunannya ataupun mempunyai kaitan saudara dengan mereka, mereka akan mati dibaham oleh buaya. Sumpahan itu dipercayai masih berbisa sehingga ke hari ini.
::Sumber cerita diperolehi dari beberapa pihak termasuk dari penceritaan lisan yang disampaikan oleh Allahyarham Mohamad Mangal Khan.
#tmg2013

Jom p amik gmbr Batu buaya n makam dyg isah
ReplyDeletebatu buaya xda hal tp kata org mkm dyg isah ya ssh ckit nak d agak sbb nya btapok.
Delete