Selamat pagi! Jangan terkejut aku update entri ke-6 untuk bulan ni. Aku bagi excuse sikit untuk bulan ni sebab jadual aku sibuk bulan depan. Mungkin aku tak sempat or lupa nak update entri nanti. Untuk entri ke-6, ada budak-budak tanya aku pasal benda-benda seram. Benda yang paling kerap mereka tanya ialah pasal hantu Annabelle, Sadako dan Kayako. Mereka nak tahu pasal kisah tu, latar belakang, punca kematian dan nak tahu pasal kesahihan kisah-kisah tu. So, aku bercadang nak buat simple introduction pasal hantu-hantu ni. Nak bagi budak-budak tu faham.
Okay, mari kita mulakan intro hantu-hantu pilihan.
ANNABELLE
Credits: starcasm.net |
Nama: Annabelle
Nama sebenar: Annabelle Higgins
Annabelle ni bukan nama sebenar patung tersebut. Annabelle merupakan nama roh yang menumpang di dalam patung Raggedy Ann. Apabila kelakuan aneh patung tersebut mula disedari oleh pemilik (Donna) dan pemilik tersebut meminta pertolongan Ed dan Lorraine Warren, roh tersebut mendedahkan dirinya sebagai Annabelle Higgins. Menurut Ed dan Lorraine, Annabelle yang sebenar ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun yang mati di tapak tanah yang sama dimiliki oleh pemilik patung yang asal. Pasangan Warrens berpendapat bahawa Higgins menumpang ke dalam patung tersebut sementara mencari badan manusia untuk dijadikan tumpangan yang baru. Patung yang dibeli oleh ibu Donna pada tahun 1970 di kedai barang terpakai ini dikatakan bertindak ganjil dan menyeramkan malah hampir membunuh orang. Kini ia disimpan di dalam bekas dan dikawal ketat kerana bimbang jika berlaku perkara yang tidak diingini.
SADAKO
Nama: Sadako
Nama sebenar: Okiku
Okiku Credits: ecranlarge.com |
Tempat kematian: perigi Istana Himeji (era Shogun)
Perigi Istana Himeji, tempat Okiku membunuh diri Credits: bloody-disgusting.com |
Watak Sadako dalam filem The Ring versi Jepun atau Samara dalam filem The Ring versi Barat diinspirasikan dari kisah Okiku. Okiku merupakan seorang gadis cantik yang bekerja di bawah Istana Himeji dan dia digilai oleh seorang samurai bernama Tessan Aoyama yang sudah beristeri. Aoyama bercadang untuk meninggalkan isterinya dan lari bersama Okiku tetapi Okiku menolak. Kebetulan Okiku diamanahkan untuk menjaga 10 pinggan emas milik Aoyama, Aoyama menyembunyikan 1 pinggan emas dan mengugut Okiku agar bersetuju untuk melarikan diri bersamanya. Jika tidak, Okiku akan dituduh mencuri pinggan tersebut dan dihukum bunuh. Okiku tidak bersetuju dengan tindakan Aoyama dan menyebabkan Okiku diseksa oleh Aoyama dan dihumban ke dalam perigi Istana Himeji.
Terdapat kisah lain yang mengatakan Okiku terjun ke dalam perigi Istana Himeji dan membunuh diri akibat tidak tahan diseksa Aoyama. Okiku dikatakan menghantui Aoyama selepas kematiannya dengan mengira pinggan emas berulang-ulang kali telah menyebabkan Aoyama menjadi gila dan mati. Kematian Okiku yang memakai baju putih dan rambut dilepaskan disamakan sebagai hantu Yurei yang menjadi inspirasi watak Sadako.
KAYAKO
Credits: Youtube.com |
Nama: Kayako
Nama anak: Toshio
Tempat kematian: rumah sendiri (akibat dibunuh oleh suami)
Kayako merupakan karakter legenda urban yang terkenal di Jepun dan menjadi inspirasi untuk filem Ju-On. Kisah Kayako bermula sebagai seorang gadis yang pendiam dan diabaikan oleh keluarga. Kayako menghabiskan masa mudanya tanpa kawan dan kesunyian. Apabila dewasa, Kayako berkahwin dengan lelaki bernama Taeko Saeki dan mereka memiliki seorang anak bernama Toshio. Nasib malang Kayako bermula apabila Taeko menemui diari Kayako dan mengesyaki Kayako curang. Taeko bertindak menyerang Kayako dengan sebilah pisau di hadapan anak mereka, Toshio. Apabila Kayako cuba menyelamatkan diri, Kayako yang cedera parah telah terjatuh dari tangga dan kakinya lumpuh dengan serta merta. Taeko segera menarik Kayako yang dicekik sehingga lehernya patah dan Kayako hanya mampu mengeluarkan suara serak yang berulang-ulang. Kayako akhirnya dibungkus di dalam plastik hitam, dihumban ke dalam loteng, dan dibiarkan mati. Anak mereka, Toshio pula dilemaskan di dalam tab mandi sehingga mati dan mayat Toshio disumbat ke dalam almari. Roh Kayako dikatakan tidak tenang dengan kekejaman suaminya lalu membunuh Taeko dengan melilit leher Taeko dengan rambutnya yang panjang sehingga mati namun pihak polis menganggap Taeko membunuh diri. Sejak dari peristiwa tersebut, Kayako dan anaknya menghantui rumah mereka dan suara Kayako yang serak yang menyeramkan boleh didengari di tangga rumahnya.
@themagi2017
Rujukan:
No comments:
Post a Comment