Monday, 27 August 2018

Bila Berdepan dengan Kisah Seram III

Image result for ghosts
Credits: glamour.com
Selamat siang, gais! Kembali lagi ke sini, nak kemaskini kisah-kisah seram baru. Banyak sebenarnya, tapi aku ni lupa nak tulis. So sebelum aku makin lupa dan semua kisah-kisah tu lenyap dalam kepala otak, aku rasa inilah masanya untuk aku menulis.

Kisah Jalan Karak

Sepertimana yang diketahui ramai, Jalan Karak ni jalan berpuaka dan terkenal dengan kisah Volkswagen kuning. Kawan aku memang tak suka drive lalu guna jalan ni pada sebelah malam. Ramai yang kata, kalau guna jalan ni pada sebelah malam memang tak kembali ke pangkal jalan. Nak dijadikan cerita, tahun lepas aku pergi ke Cameron Highlands dengan member aku. Kitorang balik malam. Sampai kat kawasan RNR, kawan aku yang guide kitorang (kami guna kereta lain-lain) cakap yang tak lama lagi nak sampai ke KL. Tapi lepas keluar dari kawasan RNR, kitorang rasa macam lama sangat nak sampai KL. Kemudian aku perasan yang kereta kawan aku tu tiba-tiba berhenti kat depan antara dua simpang. Aku hampir nak call dia, nak tanya kenapa dia berhenti? Tapi lepas tu dia pilih simpang kanan dan perlahan-lahan drive. Tak lama lepas tu, kitorang jumpa KL dan kemudian kitorang sampai kat Putrajaya. Bila sampai kat rumah, barulah kawan aku bagitahu yang dia nampak papan tanda Jalan Karak kat sebelah kanan dan Kuala Lumpur ke sebelah kiri. Apa yang peliknya, papan tanda tu tak sepatutnya ada kat simpang jalan tu. Kawan aku nyaris nak pilih simpang kiri (sebab papan tanda tu cakap tu jalan ke Kuala Lumpur) tapi dia tak senang hati. Rasa semacam je bila dia tengok simpang sebelah kiri tu. So dia tetapkan hati dan pilih sebelah kanan walaupun papan tanda cakap jalan tu menuju ke Jalan Karak. Nampak tak? 'Jalan raya' cuba nak permainkan pandangan mata manusia.

Persimpangan Jalan di Masjid Jamek

Yang ni kisah seram di Kuching, terjadi belasan tahun yang lalu. Bagi sesiapa yang biasa solat Jumaat di Masjid Jamek Kuching, korang pasti tahu ada satu simpang jalan di sebelah kawasan masjid. Laluan jalan tu dikira laluan alternatif untuk elakkan kesesakan jalan. Laluan tu juga biasa digunakan oleh pengguna jalan raya. Cuma pada sebelah malam, orang tak suka lalu jalan tu sebab ada kes ragut dan peras ugut. Tapi dulu, laluan jalan ni lebih sunyi kalau nak dibandingkan dengan masa sekarang. Ada satu kejadian aneh, masa tu abah aku pulang dari menjala udang (tak tahu dekat celah sungai mana dia pergi). Disebabkan laluan tu paling hampir dengan jalan besar, dia pun membelok masuk tanpa rasa curiga. Tapi sepanjang laluan jalan tu, dia nampak ada sebuah treler di depan. Bila abah aku bergerak ke kiri jalan, treler tu ke kiri. Bila abah aku ke kanan, treler tu pun ke kanan. Treler tu macam tak bagi abah aku nampak jalan depan. Masa tu abah aku rasa tak sedap hati, dia berhenti sekejap kat tepi jalan dan pejamkan mata sekejap. Abah aku bisik pada diri sendiri- kalau treler ni berniat nak sesatkan dia, dia mohon agar dia nampak jalan yang sebenar. Lepas tu abah aku teruskan perjalanan dan dia pun berselisih dengan treler tu. Bila hampir dengan simpang keluar jalan, treler tu tiba-tiba kabur dan perlahan-lahan hilang macam kabut. Selang beberapa kemudian, abah aku mimpi yang treler tu sebenarnya penyamaran, gangguan, perangkap dan jalan masuk ke alam lain. Itulah orang tua-tua cakap, jangan suka merayau sebelum Subuh atau semasa Maghrib. Bukan manusia je yang hidup di dunia ni.

Salam Tak Dikenali

Kejadian ni baru je terjadi minggu lepas. Aku tak ada di rumah, jadi aku tak alami benda ni. Kisah ni berlaku pada sebelah malam, hari Khamis malam Jumaat. Malam tu adik aku baring kat tengah ruang tamu, melepak tengok video. Kemudian, adik aku terdengar orang bagi salam. Lepas tu adik aku panggil mak aku. Mak aku pulak panggil abah aku. Katanya ada orang bagi salam cari abah aku. Tiga kali orang tu bagi salam kat luar rumah, siap panggil nama abah aku lagi tu. Tapi yang peliknya bila abah aku mengintai kat tingkap, tak ada orang pun kat luar. Luar rumah tu sunyi sepi tak ada seketul makhluk pun. Tapi suara yang bagi salam tu tadi memang betul-betul depan pagar rumah. Dan sekelip mata tuan empunya suara tu hilang bila abah aku berdiri tepi tingkap. Mak aku cakap dia memang tak pernah dengar suara tu, apatah lagi nak kenal suara siapa tu. Untuk menambahkan lagi perisa misteri, pada malam yang sama aku berada kat rumah sendiri. Pada malam yang sama aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena dengan rumah aku. Tak tahulah bahagian mana yang tak kena, aku pun pergi buka channel Astro Oasis dan biar je suara orang mengaji berzikir berkumandang dalam rumah. Tapi aku masih rasa macam ada sesuatu yang menunggu, so aku pun tutup TV, tutup lampu dan masuk tidur seawal jam 9 malam.

Penghuni Hotel

Yang ni kisah kakak aku yang duduk menginap di hotel sebelum bergerak ke KLIA. Sebelum berangkat balik ke Kuching, family dia stay semalam di sebuah hotel di Kuala Lumpur (aku tak nak bagitahu nama hotel tu). Disebabkan suami dan anak-anak dia penat, mereka masuk tidur lebih awal dari kakak aku. Entah kenapa, malam tu kakak aku tak boleh tidur. Gelisah semacam. Kemudian masa aku tengah risau kenapa tak boleh tidur, dia terdengar bunyi ketukan kat tingkap (bab ni mengingatkan aku dengan kisah seram aku di kampus). Kakak aku pelik la, manusia mana yang sibuk tergantung dekat tingkap dan main ketuk-ketuk tengah malam. Lepas tu kakak aku rasa seram sejuk, cepat-cepat dia tarik selimut sampai ke kepala. Bila kakak aku mengintai, dia nampak ada sesuatu berdiri dekat pintu. Kakak aku berdebar-debar, dia cuba paksa diri untuk pejam mata. Tapi manusia ni pelik, makin takut makin kuat pulak rasa nak melihat. So dia cuba sekali lagi tapi tak semena-mena benda tu berdiri betul-betul dekat tepi katil. Rambutnya hitam panjang mengurai. Apa lagi? Kakak aku terus bergulung dalam selimut dan tertidur akibat ketakutan.

Gangguan di Cameron Highland

Sekarang aku kembali ke kejadian tahun lepas. Hujung tahun lepas aku pergi bercuti dengan member aku. Kitorang pergi banyak tempat, salah satunya Cameron Highland dan kitorang guna 2 buah kereta. Bila tiba masa nak balik, kawan aku yang drive kereta Iris tu rasa tak selesa. Sebab hari dah malam, dia tak nak guna Jalan Karak (rujuk balik kisah pertama). Tapi akhirnya kitorang bertolak dari Cameron tu sebelah malam selepas Maghrib. Aku menumpang kereta yang lagi satu, kereta Myvi. Sepanjang jalan yang gelap curam dan bersimpang siur tu, aku rasa macam ada benda yang tak kena. Dua orang penumpang kereta Myvi dah tidur nyenyak dekat belakang, tinggal aku dan kawan aku yang jadi driver je yang masih sedar dan waras. Tapi masalahnya, aku rasa macam nak tidur. Mata aku berair mengalahkan orang menangis lepas tengok movie sedih. Aku tak tahu apa kena dengan mata aku dan aku tahu aku tak boleh tidur sebab kawan aku perlukan co-pilot. Kalau semua tidur, siapa nak bercakap dengan driver dan bagi driver sentiasa bangun? Jadi sepanjang perjalanan, aku memang struggle nak mampus untuk pertahankan mata. Dan aku paksa diri untuk kekal bangun, bercerita itu ini sambil pakai spek mata hitam...hahaha~

p/s: nanti aku update kisah seram di kampus aku

@theMaGi2018

No comments:

Post a Comment