Monday, 27 August 2018

Bila Berdepan dengan Kisah Seram IV

Image result for haunted hostel
credits: wixsite.com
Here again! Selamat siang, petang dan malam (tak kiralah jam berapa korang berkunjung ke blog aku ni). Untuk entri yang ke-4, aku bawakan kisah seram sekali lagi. A bit horror-rush dalam kepala aku sejak kebelakangan ni. Sebenarnya masa aku sambung study di Shah Alam, tempat tinggal aku tu bukannya suci murni sangat. Tergerak hati aku nak ceritakan pengalaman aku dan kawan-kawan aku sepanjang menginap di situ. BTW, bukan hostel kitorang saja yang seram di UiTM, hostel universiti lain pun 2 kali 5. Kalau tak seram, tak indahlah zaman universiti. Tak gitu?

Jemaah Solat

Kisah ni bermula di rumah hostel pertama aku masa aku mula-mula duduk hostel di UiTM (to be precise, Puncak Perdana). Aku suka tempat study aku ni sebab kawasannya private dan dekat dengan fakulti. Kelas pukul 8 pagi, bangun tidur pukul 7 suku- masih sempat masuk kuliah on time. Yang tak bestnya aku mendengar desas desus tempat study aku ni tempat 'jin bertendang'. Pengalaman pertama yang aku alami ialah- aku solat di bilik aku sendiri. Lepas solat, aku buka pintu bilik. FYI, rumah aku tu tak ada lampu dekat ruang tamu. Bilik yang lain pun tak ada lampu. Yang paling hanat tingkap ruang tamu aku tu tak ada langsir. So, aku bergantung sepenuhnya pada lampu bilik tidur dan lampu toilet. Nak dijadikan cerita lepas aku habis solat dan buka pintu bilik, aku duduk semula dekat sejadah. Niat asal tu nak baca Yasin, tapi tetiba aku nampak macam seseorang lalu belakang aku pakai telekung. Setahu aku, cuma aku sorang je yang duduk rumah tu. Jadi, korang rasa siapa yang berminat sangat nak jadi jemaah solat tu?

Kembali Seperti Asal

Again, pasal rumah yang sama. Aku duduk di rumah tu selama 4 hari 3 malam. Masuk hari ke-5, aku diminta oleh pihak pejabat untuk berpindah ke tingkat 4. Memang memberontak jugaklah perasaan masa tu sebab rumah aku tu tingkat 1. Walaupun seram semacam, aku suka duduk sorang-sorang. Tapi apa boleh buat, aku dah terima arahan, aku pun berpindah naik ke rumah tingkat 4 dan berkenalan dengan geng rumah (at least, geng rumah aku yang baru ni spesis manusia betul, bukan spesis 'lain'). Lepas aku keluar dari rumah aku tu, aku rasa macam satu attachment yang ganjil. Aku rasa macam berat sangat hati nak lepaskan rumah tu. Padahal bukan lama pun aku duduk situ. Pada hari ke-6, aku sepatutnya serah kunci rumah ke pejabat tapi aku balik semula ke rumah tu. Surprisingly, rumah tu kotor nak mampus. Padahal masa aku pindah pada hari ke-5, rumah tu masih bersih molek. Aku pun heran, apahal lantai debu tebal seinci ni? Kenapa meja kerusi bersepah macam mula-mula aku masuk dalam rumah? Disebabkan aku terlalu musykil, aku pun tertidur dalam rumah tu sampai petang. Keesokan harinya, genap hari ke-7, aku kembali semula ke rumah tu. Tapi aku tak dapat masuk lagi sebab pihak pejabat dah tukar tombol pintu. Dan aku diberitahu jiran sebelah, rumah aku tu rumah transit. Dah 4 tahun tak digunakan. Sebelah rumah tu ada rumah kosong yang dijadikan sebagai stor. Rumah tu ada 'sesuatu' dan rumah aku tu 'laluan' utama. Kiranya, akulah manusia pertama yang duduk di rumah tu selepas 4 tahun dikunci rapat.

Loker Mengamuk

Selepas aku berpindah masuk ke rumah baru, aku mengandaikan rumah yang aku duduk ni rumah yang aman damai lagi tenteram. Ada 8 orang penghuni, termasuk aku. Ada tiga ruang bilik tidur. Ada dua buah toilet. Tapi sangkaan aku meleset. Ada sebuah loker ganjil dalam rumah kitorang ni. Asal member rumah aku tak kemas pakaian dalam loker tu, sebelah malam kitorang akan mendengar loker tu mengamuk iaitu bunyi sepak terajang yang mengganggu ketenangan malam. Pada sebelah pagi, keadaan di dalam loker tu lebih teruk dari tongkang pecah. Tapi bila pakaian dalam loker tu dikemas elok-elok, loker tu akan bertenang. Masa tu kitorang yakin dan percaya, ada 'sesuatu' yang duduk dalam loker tu dan 'dia' seorang yang pembersih.

Rombongan Serba Putih

Kali ni, kejadian tu tak berlaku dalam rumah tapi luar rumah. Masa aku jadi student di situ, aku ni ada habit suka duduk di beranda walaupun rumah aku tingkat 4. Kalau jenis pengecut memang takkan duduk di beranda sambil salin nota dan makan jajan. Tapi bukan aku sorang je yang ada habit macam tu. Kawan aku pun sama, dia suka berdiri di beranda setiap malam layan phone. Nak dijadikan cerita, pada suatu malam aku balik ke rumah tengah malam lepas habiskan tugasan berkumpulan di rumah kawan aku tu. Tak ada apa yang aku nampak masa aku balik rumah, suasana sunyi macam biasa sebab dah tengah malam. Pak jaga tengah duduk tertidur. Pagar utama ditutup rapat. Tak ada lagi manusia merayau masa tu. Lepas aku sampai di rumah, member rumah aku pun menyusul- dia pun baru lepas habiskan tugasan berkumpulan di rumah kawan dia. Kemudian member rumah aku tiba-tiba tanya: "Kau nampak tak ada orang main batu seremban kat depan pintu masuk blok kita? Kat situ ada tempat rehat, akak nampak ada dua orang main batu seremban. Gila ah main batu seremban waktu macam ni." Yang itu, keganjilan pertama yang aku dengar. Keesokannya, kawan aku yang suka melepak dekat beranda rumah tu bagitahu dia nampak rombongan orang berpakaian serba putih lepas aku balik dari rumah dia. Rombongan tu cuma di belakang aku je, korang bayangkan. Tapi aku tak nampak sesiapapun. Kawan aku tu sangka budak-budak teater tengah berlatih berlakon sambil bawak batu nisan. Malangnya budak teater pun tak tahu menahu pasal kejadian tu. Itu keganjilan kedua yang berlaku pada waktu yang sama.

Tetamu Depan Pintu

Kisah ni terjadi pada senior kitorang. Diceritakan oleh makcik cleaner yang dah biasa dengan benda macam tu. Kisahnya bermula dengan kitorang tengah duduk makan tengah hari di kawasan rehat hostel. Kitorang bercerita pasal pelajar histeria, kisah seram asrama dan sewaktu dengannya. Tiba-tiba makcik cleaner yang berdiri berhampiran bagitahu kitorang-"Dekat blok hostel ni, ada satu rumah tu...ada sorang pelajar, dia datang bulan. Disebabkan tak selesa, dia bangun tengah malam dan dia pergi tukar dia punya tuala wanita. Tapi tong biru tu dekat luar rumah. Nak tak nak dia terpaksa keluar dari rumah. Baru je buka pintu, ada 'benda' yang duduk atas tong biru tu sambil tersengih. Pagi esok kawan-kawan dia bangun tidur nampak dia tergolek depan pintu, pengsan tak sedarkan diri." Kitorang pun tanya, rumah yang mana? Makcik cleaner tu pun tunjuk rumah yang dimaksudkan. Rumah tingkat 3, bahagian depan. Kelakar sangat...itu rumah kitorang.

Main Hempap

Kisah ni terjadi kat member aku lepas dia balik bersukan dari kampus induk. Bayangkan, kuliah kitorang habis pukul 5 petang. Aktiviti sukan pula pukul 6 petang. Tuhan je tahu betapa sempitnya jadual kitorang. Berebut bas Rapid satu hal, sampai di seksyen 2 kena berebut bas lagi. Dah masuk kampus induk, kena naik satu lagi bas untuk sampai ke pusat sukan. Disebabkan kitorang nak berjimat, terpaksa la guna bas sekali lagi untuk balik ke hostel. Dalam keadaan serba penat dan lesu, kawan aku tu terus terbaring atas katil sebaik saja dia sampai ke rumah. Dia tak makan, tak mandi, tak tukar baju. Baru beberapa minit dia terbaring atas katil, tiba-tiba dada dia sakit. Makin lama makin susah nak bernafas. Bila mata dia terbuka, dia nampak ada benda hitam yang hempap dan tekan dada dia sampai dia rasa macam nak terputus nyawa. Nasib baik kawan sebilik dia masuk ke dalam bilik, benda hitam tu pun hilang. Hampir 2 minggu dia tak nak tidur dalam bilik tu, trauma katanya.

Pengguna Bilik Air

Kisah ni berlaku kat lecturer fakulti kitorang. Macam biasa, lecturer masuk pejabat sebelum pukul 8 pagi. Sebelum kuliah, lecturer tu pergi ke toilet. Kebetulan bilik ofis dia di hujung so dia guna la toilet di hujung sekali sebab kalau nak pergi toilet tingkat 2 tu macam jauh sangat nak pusing. Tapi malangnya, pagi tu lecturer kitorang disapa pengguna toilet yang tak diundang. Memang nyata nampak depan mata, siap duduk tenang lagi atas sinki. Apa lagi? Lecturer aku terus angkat kaki, balik rumah, ambil cuti. Dia siap bagi nasihat lagi, jangan masuk toilet tu awal pagi sorang-sorang. Nanti tak pasal-pasal kena sapa dengan pengguna toilet yang paling awal.

Pesta Bilik Kuliah

Kisah ni berlaku kat kawan aku yang merupakan ketua kelas. Kerja dia sebelum kuliah ialah pergi ambil kunci bilik kuliah. Bilik kuliah berkunci ni selalunya bilik yang lengkap beraircond, berkarpet dan ada peralatan ICT. Kalau tak silap akulah, sebelum dia pergi ambil kunci bilik kuliah, dia pergi singgah bilik tu dulu- manalah tahu kalau ada kumpulan lain yang guna bilik tu. Bila dia dan kawan dia sampai depan pintu bilik kuliah, dia terdengar suara orang tengah berbual-bual rancak. Memang riuh sangat bunyinya. So, kawan aku nak maklumkan dekat lecturer yang bilik tu ada orang tengah pakai. Tapi sebelum tu dia singgah ke pejabat, nak tanya bilik kuliah mana yang available. Kelakar sangat...bilik kuliah yang dia dengar bising gila tu memang available. Dan kunci bilik kuliah tu ada di pejabat. So, siapa yang buat bising dalam bilik kuliah berkunci tu?

Malam di Perpustakaan

Kisah ni terjadi pada aku sendiri, aku pergi ke kedai serbaneka sebab nak beli roti. Lepas beli roti, aku tergerak hati nak singgah ke library. Sekurang-kurangnya boleh la aku menumpang tengok berita jam 8 di library. Sebaik saja aku masuk ke dalam library, jam menunjukkan pukul 8:30 malam. Aku pun duduk di kerusi rehat sambil baca newspaper dan tengok berita. Yang peliknya, assistant librarian yang jaga kaunter tu tunduk je tak angkat kepala. Tak lama lagi pukul 9 malam, sepatutnya dia remind pelajar suruh balik hostel. Minggu exam je library open sampai pukul 10 malam. Ini tak...tunduk je tak tunjuk muka. Aku pun jadi musykil, dia ni tidur ke? So aku pun bangun la dari kerusi dan mengintai. Aku nampak pekerja tu bangun, jari dia bergerak tapi muka dia mengarah ke arah meja je. Tak baca apapun, tapi merenung meja tu. Lepas tu aku pandang sekeliling library, cuma aku je yang ada kat situ. Maka, aku pun perlahan-lahan menyanyi riang sambil berundur dan lepas tu aku pun lari.


Err...kisah terakhir ke? Kejap, aku tak ingat. Kalau dah ingat nanti aku update lagi.

@theMaGi2018

No comments:

Post a Comment