|
source: wikipedia |
Hello Monday! Hari ni ramai yang keluar bekerja. Termasuk aku. Baru sekejap tadi habiskan kerja, so aku berehatlah. Memandangkan aku tengah berehat, aku nak update satu movie yang aku tengok semalam. Movie tu bertajuk The Extraordinary Journey of the Fakir, dibintangi oleh pelakon Tamil terkenal iaitu Dhanush dan officially released pada tahun lepas.
Sebab utama aku download cerita ni ialah Dhanush, aku peminat untuk semua movie dia. Tapi movie ni bukannya movie Tamil typical sebab movie ni diadaptasi dari novel bertajuk The Extraordinary Journey of the Fakir Who Got Trapped in an Ikea Wardrobe, ditulis oleh penulis French iaitu Roman Puertolas. Buku beliau merupakan bestseller di 36 buah negara dan akhirnya diangkat menjadi sebuah filem. Just adding some info, aku pernah tengok satu lagi French movie yang bertajuk The Extraordinary Adventures of Adele Blanc-sec. It means 2 kali dah aku tengok French movies yang bertemakan 'extraordinary'.
Okay, kita kembali semula ke topik asal. Bagi yang tak pernah menonton movie ni, aku akan cuba untuk elakkan spoiler tapi aku akan point out bahagian-bahagian yang menarik dalam movie ni.
1. Permulaan kisah
|
source: hollywoodreporter |
Aku suka dengan opening movie ni. Dimulakan dengan karakter tiga orang remaja miskin bermasalah. Kemudian, datang seorang lelaki (watak utama: Dhanush) bernama Ajatashatru Lavash Patel, dikenali sebagai Aja. Selepas itu, Aja menceritakan kisah hidupnya sebagai anak orang miskin yang cuma ada seorang ibu. Aja pernah merungut betapa miskinnya hidup mereka, tapi aku suka kata-kata mak Aja iaitu selagi kita saling ada antara satu sama lain selagi itulah kita kaya. Then, Aja pun memulakan kisahnya di sebalik penampilan Aja yang nampak biasa. Itulah kata pepatah, jangan menilai orang secara luaran. Ada lesson learn dekat bahagian permulaan.
2. Pembelajaran di sebalik kehilangan
|
source: cinemachaat |
Kisah Aja yang seterusnya ialah mak dia meninggal dunia akibat serangan jantung. Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Aja tak bersedia, tapi bila Aja dapat tahu siapa ayahnya dan kenapa mak dia beria-ia nak ke Paris, Aja nekad nak pergi ke Paris untuk penuhi hajat terakhir parent. Masa tu barulah terbongkar rahsia, ayah Aja ialah seorang street performer dari Paris dan keluarga mak Aja tak terima hubungan mereka. Kemudian, Aja pun berangkat ke Paris dengan duit poket 100 euro palsu selepas usahanya merompak duit majikan tak berjaya. Boleh dikatakan, tindakan Aja ni memang satu perjudian.
3. Cinta di IKEA
|
source: thegrandcinema |
Pada awal cerita, Aja terbaca katalog perabot IKEA dan Aja mula berangan untuk miliki set perabot tersebut. Apabila dewasa dan berjaya menjejakkan kaki ke IKEA di Paris, Aja melepaskan rasa cintanya terhadap setiap perabot yang pernah menjadi angan-angannya. Dalam masa yang sama, dia terserempak dengan seorang wanita bernama Marie dan akhirnya jatuh cinta. Disebabkan Aja berniat nak jumpa dengan Marie di atas menara Eiffel pada keesokan harinya, dia pun menumpang tidur dalam almari di IKEA. Tapi, keputusan Aja nak tidur dalam almari IKEA tu lah yang bawa Aja ke dunia yang Aja sendiri tak pernah fikirkan. Tapi at the end of the story, cinta datang semula dan Aja tak perlu bersusah payah pun. Itulah orang cakap, nasib manusia ni kita tak tahu.
Menerusi movie ni, beberapa tema ditekankan iaitu:
- Peluang dan karma
- Perbezaan hidup miskin dan hidup kaya
- Nasib golongan imigran yang mencari rezeki
- Kesan peperangan di negara mundur
- Kisah-kisah penipuan yang dihadapi pelancong
- Makna pertolongan dan sedekah
Menerusi movie ni, beberapa karakter aku rasa sangat menarik dan menghidupkan jalan cerita iaitu:
|
source: unifrance |
- Aktres Nelly Marnay, pemilik peti pakaian yang menjadi tempat persembunyian Aja dari dikejar polis tolong Aja untuk dapatkan duit jadi Aja mampu untuk uruskan diri sepanjang berada di negara orang. Macam mana cara Nelly dapatkan duit? Nelly pergi jual baju Aja yang kononnya ada nilai seni. Korang patut tengok bahagian ni, Nelly memang trickster.
- Wiraj, pelarian dari Somalia. Aja dan Wiraj bertemu di dalam trak Ikea yang menuju ke England. Wiraj yang dah biasa melarikan diri banyak bagi realiti hidup pada Aja dan Wiraj juga yang tolong Aja semasa Aja menjadi imigran di Libya. Boleh dikatakan, perjalanan Aja di luar negara ni memang malang, tapi full of surprise.
- Kapten Smith antara karakter yang aku suka, seorang pegawai yang uruskan imigran. Jenis yang malas nak fikir banyak, serah semua masalah ke Spain atas alasan perjanjian termaktub. Tapi cara dia nak bagitahu yang semua imigran yang ditangkap di England tu memang menarik. Dia menari, dia menyanyi dan akhirnya dia campak semua imigran termasuklah Aja yang datang sebagai tourist ke lapangan terbang. Seriously, watak dia ni memang annoyingly good...tapi tetap annoying.
- Last sekali, karakter Guru yang Aja jumpa di penjara semasa Aja masih budak-budak. Guru tersebut banyak mengajar Aja tentang hidup walaupun Guru seorang lelaki buta. Dan kisah pertemuan antara Aja dan Guru inilah yang Aja tulis pada bajunya sendiri (dan Nelly tolong Aja jual baju tersebut dengan harga 100,000 euro. Gila tak gila kerja si Nelly tu?)
Untuk kemuncak cerita ni, aku paling suka bila Aja dapat kesedaran bahawa kekayaan dan magic yang sebenar ialah bersedekah. Dengan duit menjual baju, Aja bahagikan kepada mereka yang lebih memerlukan dan masa tu, Aja merasakan kepuasan yang luar biasa dalam hidup. Dengan baki duit tersebut, Aja balik ke India dan menyambung belajar. Akhirnya, Aja menjadi seorang guru sekolah dan dia berusaha untuk tolong anak-anak miskin untuk belajar sebab bagi Aja, kekayaan yang terbaik ialah kekayaan ilmu.
Oh, ada satu lagi yang aku suka pasal cerita ni. Aku suka soalan dari seorang polis yang teman Aja. Soalan tu simple- "Betul ke cerita kau masa kat luar negara tu?" Jawapan Aja ialah- "Hanya bahagian yang penting saja..." Aku recommend korang tengok cerita ni. Aku bagi rating 7.5/10.
@theMaGi2019