Monday, 11 February 2019

Orthodontic Journey: Pengalaman Setengah Tahun

Image result for orthodontic colour band
credits: verywellhealth
Hello gais! Bulan dua, cuti CNY dah habis. Orthodontic review pun dah dibuat bulan lepas. Tak sangka dah lima kali aku buat review di Klinik Pergigian Anmas. Setakat ni semuanya ok. Selepas aku update review kedua aku dah tak update apa-apa sebab progress gigi aku tak banyak yang berubah. Tukar dawai, tukar colour band, scaling and so on.

Okay, untuk orthodontic journey yang seterusnya aku nak share beberapa tips or info berguna bagi mereka yang ada DM aku. Jadi aku jawab setakat yang aku tahu based on my personal experience. Harap info ni dapat membantu mereka yang berhajat nak pasang braces.

  1. Sebelum nak pasang braces, survey dulu klinik pergigian mana yang sediakan perkhidmatan pasang braces, kos pemasangan dan juga lokasi klinik. Pilih lokasi klinik yang dekat dengan rumah atau tempat kerja untuk memudahkan sesi appointment.
  2. Berkenaan dengan bayaran, tanya dulu dengan doctor dan juga polisi klinik. Ada klinik perlukan deposit pendahuluan, ada klinik tak kisah bayar separuh-separuh. Tanya dulu, ikut kemampuan poket.
  3. Pilih jenis braces ikut bajet. Braces ada pelbagai jenis seperti conventional, damon, ceramic, Invisalign etc. Jenis conventional ialah braces paling murah dalam senarai.
  4. Untuk makluman mereka yang nak pasang braces, braces dipasang atas bawah. Sebab perlu selari dengan kedudukan rahang, tak sesuai pasang atas sahaja atau pasang bawah sahaja.
  5. Kos braces jenis conventional ialah 6k. Itu harga braces sahaja. Kos yang lain seperti scaling, cabut gigi, minor surgery, tampung gigi dan sebagainya tu tak termasuk dalam kos braces. Kena keluarkan duit lebih kalau gigi bermasalah.
  6. Orthodontic review ni tak semestinya setiap bulan. Doctor akan tetapkan bila perlu ke klinik. Selalunya setiap 6 minggu, tapi kalau patient tak dapat pergi untuk tarikh yang ditetapkan, sila bincang dengan doctor.
  7. Sebelum braces dipasang, patient kena buat -ray dan impression. Impression tu buat acuan gigi. Acuan tu digunakan untuk rujukan doctor untuk pasang bracket braces.
  8. Setiap kali review, bayaran dikenakan. Kos bayaran bergantung dengan polisi klinik. Mintak list bayaran dan resit setiap kali lepas buat rawatan.
  9. Bila dah pakai braces, makan kena jaga. Sebab kalau tak jaga makan, kos rawatan meningkat sebab bracket mungkin hilang/tertelan, masalah karang gigi dan sebagainya.
  10. Sebelum pasang braces, doctor selalunya advise untuk cabut gigi. Kalau gigi bongsu korang dah dicabut, good news sebab kos dapat dikurangkan. Kalau belum, sediakan duit lebih terutama sekali kalau doctor inform yang gigi bongsu korang jenis impacted dan perlukan surgery. It's expensive, to be honest.
  11. Bila dah pakai braces, ada potensi untuk kurus. Tak apa, after few months, korang dah selesa pakai braces dan kedudukan gigi dah mula okay, korang boleh makan dengan selesa. Tapi crunchy chewy foods memang still tak boleh. Kalau korang tak kisah bayar lebih setiap kali review, aku tak kisah.
  12. Lepas selesai sesi braces, baru pakai retainer untuk tetapkan kedudukan gigi yang dah di-align. Retainer tak sesuai dipakai untuk orang yang ada masalah gigi yang serius such as protruding teeth yang ketara or gigi bertindih-tindih.
  13. Kalau nak pasang braces dengan cepat dan tak perlu tunggu giliran sampai bertahun-tahun, pergi klinik swasta. Tapi kalau patient masih bersekolah dan umur pun belum lepas 18 tahun, aku suggest korang pergi ke hospital kerajaan. Ada perkhidmatan braces untuk pelajar sekolah yang kosnya lebih murah jika dibandingkan dengan swasta. Jangan lepaskan peluang tu ya, adik-adik sekalian.
  14. Bagi sesiapa yang dah berumur, almost 30 atau dah 30+ macam aku ni, aku suggest jangan lengahkan rawatan kalau berkeinginan nak pakai braces. Makin lama korang tangguh, makin degil gigi and gusi korang.
  15. Bila dah pakai braces, gigi korang akan jadi high maintenance. Berus gigi tak sama macam orang lain, pakai superfloss, interdental brush, ubat kumur...kena sediakan semua keperluan gigi.
  16. Gigi yang dipasang braces ni dalam keadaan lemah sebab gigi tengah changing position. Pastikan minum susu atau makan something yang high calcium untuk pastikan gigi tak rapuh.
  17. Jangan risau kalau nak tukar colour band braces, benda tu percuma. Termasuk dalam total cost.
  18. Makan supplement yang berkaitan dengan gigi such as Vit C, B, atau Zinc. Semua tu ada manfaat yang baik untuk gigi.
  19. Setiap doctor ada cara tersendiri. Ada sesetengah doctor akan cabut banyak gigi sebelum pasang braces. Ada doctor akan cabut gigi semasa patient dah pakai braces. Semua bergantung dengan bentuk rahang dan gigi patient itu sendiri.
  20. Whatever it is, patient kena pandai bajet perbelanjaan bulanan. Pastikan korang bersedia setiap kali review.
Okay, itu je tips dari aku. Kalau ada apa-apa soalan, boleh emel aku. Aku akan berusaha untuk jawab semua soalan. Kalau tak dapat jawab, aku akan refer korang ke website pergigian atau klinik pergigian yang sesuai. 

@theMaGi2019

No comments:

Post a Comment