Yeah, hai! Hari ni aku nak update satu movie yang aku dah tonton 2 minggu lepas. Aku rasa dah banyak orang bagi review so aku pun berkenan nak tengok cerita ni. Based on sinopsis movie, Manikarnika ni sebuah filem sejarah yang menceritakan perjuangan Ratu Jhansi yang bernama Lakhsmi Bhai atau nama sebenarnya, Manikarnika. Aku rasa nama sebenar Ratu Jhansi ni cantik.
source: thehindu.com |
Maka, lepas tu aku pun tengok movie ni dengan penuh rasa curious dan enthusiastic sebab aku memang suka movie sejarah. Ramai yang bagi komen tentang keberkesanan lakonan Kangana Ranaut sebagai Manikarnika. Well, lepas aku tengok cerita ni aku mengakui Kangana Ranaut membawa watak Lakhsmi Bhai dengan sangat baik.
Point yang menarik perhatian aku ialah sesudah Manikarnika menjadi Ratu Jhansi. Sebelum tu, aku tak begitu tertarik dengan karakter Manikarnika. Aku rasa macam gambaran Manikarnika tu tak cukup power. Atau tak cukup perisa, macam ada sesuatu yang kurang dalam penceritaan Manikarnika di awal usia. Aku anggap kekangan masa dalam movie itu sendiri. Bagi sesiapa yang belum tengok, aku suggest korang tengok movie ni sebab movie ni menimbulkan rasa patriotik.
Antara part yang aku tertarik (dan aku nak kongsikan di sini) ialah:
- Babak Manikarnika dilayan dengan sangat baik oleh suaminya, Raja Jhansi. Aku nampak betapa dia dihargai dan dididik untuk menjadi seorang isteri, seorang pemimpin dan seorang wanita yang berani oleh suami dia sendiri. Kata orang, seorang isteri akan menjadi sangat berjaya jika mendapat sokongan dari suami sendiri.
- Bila Manikarnika bertentang mata dengan pegawai British, aku sukakan pendirian Ratu Jhansi tu untuk tidak tunduk pada penjajah. Babak tu membuktikan bahawa Manikarnika mempertahankan hak mereka sebagai penduduk asal India dan tak mahu orang luar memandang rendah dengan mereka.
- "English is just a mere language"- ayat ini diungkapkan oleh Manikarnika bila dia disindir tak faham bahasa Inggeris. Walaupun dituturkan dalam bahasa Inggeris, tapi sindiran ini tepat tembus sampai ke jantung. Dengan kata lain, sebenarnya semua bahasa punya keistimewaan dan keindahan tersendiri. Bahasa Inggeris bukanlah bahasa yang supreme, sebab bahasa Inggeris pun sebenarnya terhasil dari campuran banyak bahasa, bukannya stand alone.
- Seterusnya, babak pertarungan Manikarnika menyelamatkan anaknya ketika perang. Pertarungan yang hebat, walaupun ada CGI yang aku tak berapa tertarik, tapi Kangana Ranaut menunjukkan skil pertarungan yang bagus dan riak wajah yang cukup mengesankan. Maksudnya, dia dapat menjiwai wataknya dengan amat baik.
- Babak Manikarnika menentang adat untuk isteri yang kematian suami membawa maksud kemampuan untuk berdikari dan bertanggungjawab. Konsepnya mudah, hidup mesti diteruskan walaupun sakit.
- Boleh tak aku nak bagitahu yang mekap Manikarnika ni cantik dan berubah-ubah ikut fasa kehidupan dia?
- Untuk babak terakhir iaitu Manikarnika bertarung menentang British, percikan darah ke muka Manikarnika menunjukkan keberanian luar biasa seorang wanita. Konsepnya ialah wanita ni pada asalnya makhluk yang lemah. Tapi bila mereka pilih untuk berani, wanita akan bergerak terus takkan toleh ke belakang lagi. Sampailah Manikarnika cedera parah dan tahu dia takkan ada peluang untuk bertarung lagi, dia memilih untuk membakar diri sendiri. Okay, babak ini menunjukkan sifat berkuasa terhadap diri sendiri sampaikan mayat dia pun dia tak nak orang sentuh, dia lebih rela mayatnya terbakar rentung. Dan sebelum dia membiarkan dirinya terbakar, dia sempat bagi senyuman bangga. Senyuman tu aku rasa, satu hadiah yang takkan dilupakan. Meskipun Jhansi ditakluk, British menguasai India dalam tempoh yang lama dan Manikarnika terkorban dalam peperangan, sejarah dia sebagai Ratu Jhansi yang berani takkan dapat dihilangkan.
source: livemint.com |
Untuk karakter yang lain, aku kesian dengan budak yang bernama Lakhsmi, tak pasal-pasal dibunuh oleh pegawai British sebab nama dia sama dengan nama Ratu Jhansi. Pelakon dari Barat pun menjiwai watak mereka dengan baik- entah apa perasaan mereka masa berlakon sebab movie tu mengisahkan sikap tamak penjajah (sikap nenek moyang mereka sendiri). Karakter dalam keluarga Manikarnika tak begitu strong, karakter dalam keluarga suami Manikarnika pula agak sederhana. Mungkin movie ni nak fokus pada perjalanan hidup Manikarnika, well aku boleh terima. So far, ceritanya bagus dan menyenangkan. Props dan wardrobe pun sangat cantik, especially babak dalam perpustakaan peribadi. Kalaulah aku dapat perpustakaan peribadi macam tu, alangkah bahagianya.
Okaylah, aku membuat keputusan aku nak bagi 3.9/5 bintang. Malaysia, bila lagi nak buat movie yang berunsurkan sejarah dan kekuatan wanita ni? Disney pun nak keluarkan movie dengan konsep yang sama tak lama lagi which is Mulan. Takkan asyik repeat tema gangster, rempit, cinta, mafia, drift dan lawak je kot? Bagi la ilmu kat penonton movie, kami ada hak nak belajar sejarah dalam bentuk yang mengagumkan.
@theMaGi2019
No comments:
Post a Comment