source: imdb.com |
Ohayou, minna-san! Cakap Jepun hari ni sebab nak buat review movie terbaru iaitu Weathering With You yang aku tengok kat pawagam 14 September lepas. Lambat sikit update sebab sibuk kat tempat kerja and struggle nak siapkan chapter manuskrip. Aku rasa macam tersedar dari mimpi, aku dah bazirkan 5 bulan invest benda yang merosakkan mood aku menulis. Now aku dah sedar so aku kena catch up balik mana yang tertinggal. Nasib baik 5 bulan, kalau 5 tahun? Menangis aku sebab bazirkan masa. Duit boleh cari, tapi masa kita tak dapat cari macam kita cari duit...ya gitu deh~
Orait, back on track. Masa mula-mula kawan aku kata dia tempah tiket untuk movie Weathering With You, aku tanya dia balik, movie apa tu? Dia kata, anime. Okay, anime. Aku memang peminat anime. Tapi anime jenis apa? So aku pun Google tapi aku tak Google pasal jalan cerita movie tu la. Aku nak tahu genre movie dan rating movie tu. Lepas meng-Google, aku mula berfikir sejenak. Genre anime ni fantasy/romance, rating sekitar 7-8/10. Not bad, tapi genre tu aku rasa macam, hmmm. Aku baru je ada isu dengan genre macam ni dan aku rasa is it okay for me to watch this kind of movie? Terus aku membebel sendirian sambil berbahasa Inggeris dengan gabungan articulation dan slang yang melampau ^^
Okay, sekarang aku nak review movie sebelum aku merepek.
Persepsi Pertama?
Source: soranews24.com |
Berkenaan dengan persepsi pertama, movie ni pasal watak utama Hodaka lari dari rumah dan pergi ke Tokyo. Umur Hodaka baru 16 tahun, bawah umur. Dia tak nak duduk dengan parent dia lagi. Dia nak berdikari, nak bekerja dan ubah kebosanan dalam hidup dia. Kemudian dia jumpa seorang perempuan, Hina yang berusia 18 tahun. Hina ni merupakan gadis yang boleh ubah cuaca dari hujan menjadi panas. Hodaka cadangkan supaya Hina gunakan kebolehan tu untuk cari duit. Sepanjang mereka jadi rakan kongsi bisnes, Hodaka suka pada Hina. Okay, persepsi pertama aku ialah cerita ni pasal cinta. Obvious, dua remaja yang bersama dan akhirnya tertarik antara satu sama lain. Aku rasa macam tak minat sangat pada jalan cerita. Plus, awal cerita tu menunjukkan Hina berdoa depan kuil Shinto usang dan tiba-tiba dia masuk alam lain. Aku tak boleh relate maksud tu semua, pada mulanya.
Pertambahan Karakter
Okay, pertambahan karakter. Sepanjang jalan cerita berkembang, beberapa watak dimasukkan untuk mengukuhkan penyampaian cerita. Karakter Suga iaitu majikan Hodaka yang buka kedai jurnal dan Natsumi yang seksi banyak mengubah persepsi aku. Bagaimana Suga kelihatan mencurigakan tapi sebenarnya baik hati dan hati tisu, Natsumi yang seksi serta sarkastik tapi mempunyai pemikiran yang luas, berani dan optimis, juga si kucing Ame yang comel dan menghiburkan dilihat membantu dua watak utama membangunkan ciri-ciri cerita sehingga aku rasa movie ni bukan sekadar romance semata-mata. Plus, teknik 360 dan artwork memang sangat berkualiti tinggi.
Unsur kebudayaan
source: solotrust.com |
Macam yang aku sebut di atas, movie ni bukan sekadar romance semata-mata. Di sini aku nampak jalan cerita digarap dengan baik, penyampaian sebuah cerita fantasy/romance diselitkan dengan unsur kebudayaan Jepun sebagai medium menyampaikan kekayaan bangsa kepada penonton. Memandangkan aku ni history nerd, boleh dikatakan aku seronok bila Natsumi buat site visit untuk kaji sejauh mana sejarah Jepun mempercayai mitos 'Gadis Cuaca'. Dan aku suka bila budaya teru-teru bozu dimasukkan sebagai perlambangan memanggil hari panas serta kepercayaan hari Obon iaitu membuat upacara menyediakan jalan pulang untuk roh si mati balik ke rumah supaya mereka dapat menjenguk keluarga mereka.
Unsur Sejarah
Berkenaan dengan unsur sejarah, perkara yang paling ketara ialah dari sudut demografi Tokyo itu sendiri yang pada asalnya berada di dalam lautan sebelum berlakunya pertembungan plat dan memisahkan benua sehingga terbentuknya Tokyo yang terangkat keluar dari dasar laut. Boleh Google untuk dapatkan maklumat lebih lanjut. Jadi dalam movie ni, disebut bahawasanya hujan turun begitu lebat di Tokyo- mungkin Tuhan mahu Tokyo kembali semula kepada asal kejadiannya iaitu berada di dasar lautan semula. Bila difikirkan, agak seram. Tapi dengan keadaan cuaca tak menentu sekarang ni, perubahan alam yang semakin ketara dan banyak bencana alam berlaku di seluruh dunia, aku fikir ada kemungkinan juga movie ni nak menyampaikan makna sebenar melalui sejarah iaitu- sejarah mungkin berulang.
Secara keseluruhannya, movie ni berjaya menghiburkan aku pada pertengahan jalan cerita, mendidik aku ketika kemuncak cerita dan penghujung cerita ni memberi pengajaran tentang kekuatan alam semesta dan kelemahan manusia yang tinggal di atas muka bumi ni. Banyak makna tersirat, jadi berbaloi juga rasanya menonton movie ni. Kudos to production film dan semua yang terlibat.
Berapa personal rating aku untuk movie ni? 7/10
@theMaGi2018
No comments:
Post a Comment