Friday, 14 November 2014

Nostalgia Kartun 90an

Teringat dulu, zaman 90an, banyak cerita kartun yang aku tengok kat TV. Aku tak ingat banyak, sebab aku skang tak muda lagi (hahaha...macam la tua sangat). Tak kisah la apapun kartun 90an yang orang lain masukkan dalam personal entry diorang, aku sentiasa ingat beberapa siri kartun 90an yang selalu aku tonton.

Usop Sontorian
The legend of Malaysian's cartoon. Kisah yang paling aku ingat;
Mak si Usup suka buat kuih donat, kakak si Usup rambut segi 3,
kawan Usop yang bernama Dol berenang pakai topi n Abu yang
suka curi ikan goreng masa bulan puasa.
Yokies
Yokies sekeluarga; Papa Yokies, Mama Yokies...anak2 Yokies.
Dari dulu lagi telur dah pandai berkeluarga. Seramnya...

Keluang Man
Fevret aku masa dulu, Batman lokal bersama
Robin lokal, yakni Tiong Man. Siapa tak ingat
Tampoi city. Muka wartawan tak boleh blah~
Sang Wira
Tak tahu kenapa aku cakap macam ni tapi harap korang
terima. Aku anggap Sang Wira ni Doraemon Malaysia.
Boleh ke aku cakap macam tu?
Princess Sheherazad
Masa2 dulu, aku suka cerita ni sebab princess tu bijak.
Tapi bagi aku, tarikan cerita ni sebenarnya pada serban
budak tu. Saiz XXL.
Papa Beaver's Story Time
Sebagai penggemar buku, sekarang aku ada tabiat bercerita dan
baca buku sebelum tidur. Kononnya jadi Papa Beaver..hahaha
Dash Yankuro
Kegilaan aku terhadap kereta Dash sukar untuk diperkatakan.
Tapi, aku tak pernah ada satu pun kereta Dash. 

Dragon Ball
Aku suka giler bab seru naga tu. Jadi setiap kali makan
7 bijik fish ball, aku pun pura2 la panggil Dewa Naga
Sailor Moon
Aku rasa kaki diorang ni panjang betul. Kaki panjang
ni dah jadi satu trend pulak kat Korea. Korang rasa?
Cardcaptor Sakura
Dulu aku rasa stail rambut si Sakura ni la paling
stailo, selalu buat aku rasa nak melukis. Even
sampai skang pun aku rasa rambut dia ni cantik.
Doraemon
Kartun ni antara yang paling legend. Jangan kata budak 90an,
budak yang lahir era 2000 pun tau cerita ni. Trimas Fujio f. Fujiko,
legasi anda tidak akan pernah lapuk. 
Anak-anak Sidek
Cerita tentang hero sukan badminton negara.
Fokus utama aku bila tengok cerita ni ialah:
gelanggang yang boleh bangun, raket badminton
yang boleh bercakap dan haiwan kampung
yang berkelakuan pelik.


Hmm, bila teringat cerita kartun ni, terkenang balik zaman dulu. 

@themagi2014

5 comments:

  1. Suka semua cerita kat atas ni..rindunye zaman kanak2 dlu..;')

    ReplyDelete
  2. Jom join pencarian bloglist.
    Mudah sangat syaratnya .
    Jangan buang masa . Jom ..

    http://faris-ris.blogspot.com/2014/11/segmen-pencarian-bloglist-november.html

    ReplyDelete
  3. bagi bebudak zaman skang, kartun lokal yg nostalgia diorang mungkin boboiboy, upin ipin...

    ReplyDelete