Monday 7 October 2019

Movie Review: Joker 2019

Hello everyone, I'm back. Kali ni aku nak ulas movie yang aku tengok hari Sabtu lepas iaitu Joker 2019. Emm, movie ni memang sangat baru kat cinema so aku tak boleh spoil mood orang yang belum tengok. 

Image result for joker
source: consequenceofsound.net
So, apa yang aku nak point out dalam review kali ni? First impression, semestinya. Aku ada baca banyak pendapat kat media sosial mengenai movie ni. Isu depression dan movie Joker ni bukan diambil dari origin asal Joker itu sendiri. Kalau diikutkan, karakter Joker ni jenis naughty evil yang enjoy buat jahat dan kejahatan dia terserlah apabila ada yang menentang (Batman, of course). Tapi apabila karakter diubah menjadi mangsa buli, mangsa penderaan dan hidup dalam masyarakat yang sangat sick (maksud aku, society yang teruk), aku dapat rasakan betapa deepnya rasa sakit yang dirasakan oleh Arthur Fleck sehingga melahirkan watak Joker.

Dalam kata lain, Joker versi ni tak enjoy pun buat jahat. Joker 2019 tak naughty evil, tapi dia produk dari masyarakat dan persekitaran yang jahat.

Apa yang menariknya tentang movie ni?

Akhirnya aku tahu Joker tu ada nama penuh. Walaupun ada reviewer yang review Joker dah tak special sebab dia dah tak misteri dan tak nakal, bagi aku Joker yang ni rasa dekat dengan hati penonton. Mental illness ialah penyakit paling menggerunkan pada masa kini, lebih teruk dari kanser sebab penyakit ni tak nampak. Ada juga yang komen movie ni tak menarik sebab tak tonjolkan sangat kisah Bruce Wayne (Batman) tapi movie ni pasal Joker so mestilah Joker jadi fokus utama. By the way, movie ni bagi perspektif baru bagaimana punca kematian mak bapak Bruce Wayne jadi aku rasa idea ni segar dan innocent (?)

Image result for joker
source: theatlantic.com
Tarikan lain ialah pemilihan watak utama, Joaquin Phoenix. Seriously, bila Arthur  jadi Joker sepenuhnya, aku dapat feel Joker tu. Pandangan mata, gerak badan, bunyi ketawa... aku rasa inilah Joker yang sebenar. Joker yang bersembunyi di sebalik mekap, di sebalik pakaian dan berpura-pura. Kudos to Joaquin Phoenix sebab dia dapat hayati watak penghidap depresi dengan sangat berkesan. Mata Arthur tu, membuatkan aku rasa sedihnya manusia ni. Apalah malang nasib dia, hidup dan tinggal di tempat yang teruk. Pada pendapat akulah secara peribadi, tak kira berapa ramai doktor atau apa jenis ubat yang dimakan atau pekerja sosial mana yang datang tanya khabar tapi kalau masyarakat itu sendiri bermasalah, ia takkan membantu pesakit depresi. Golongan ni sangat perlukan kasih sayang dan perhatian. Tapi biasalah stigma masyarakat, cepat sangat pandang negatif.

Image result for joker
source: newyorker.com
Persekitaran movie ni juga real, aku macam tak dapat detect mana satu CGI. Jadi feel masa tengok movie ni menusuk sampai ke hati. Aku tak tahu aku dapat ketawa atau tak masa ada babak humor yang sinis sebab banyak isu sensitif yang disentuh.

Lagi satu, aku suka teknik yang digunakan dalam movie ni bila Arthur sebenarnya berhalusinasi. Aku lambat detect perkara ni, aku ingatkan hal tu betul-betul terjadi tapi rupa-rupanya cuma wujud dalam khayalan Arthur. Dan dalam masa yang sama, bila berlaku scene yang berat aku ingatkan perkara tu khayalan tapi sebenarnya betul-betul terjadi. 

Pemahaman Terhadap Karakter Joker

Image result for joker
source: nme.com
Bagi aku, movie ni antara usaha untuk mendedahkan bahaya depresi. Even Arthur yang makan ubat dan ikut sesi terapi dengan pekerja sosial pun boleh berubah menjadi badut yang tak ada perasaan. Sebab apa? Dia tak didengari, tak diterima, tak dipedulikan dan tak dianggap wujud pun di dalam masyarakat. Kadang-kadang masyarakat ni assume pesakit depresi ni mengada-ngada, buat perangai dan lembik. Tapi sebenarnya, semua manusia berpotensi menjadi Joker bila tahap penerimaan mereka terhadap tekanan hidup dah sampai ke tahap kemuncak. Setiap manusia ada tahap kesabaran tersendiri. 

Dalam versi ini, aku boleh simpulkan yang karakter Joker ni dilahirkan tanpa disengajakan. Tekanan hidup telah menyebabkan Arthur Fleck musnah secara perlahan, ditambah dengan kisah silam yang menyakitkan dan pembulian yang tak ada belas kasihan sehingga mencetuskan 'Joker' dalam diri Arthur. Arthur yang dipanggil sebagai Happy menyatakan dia tak pernah rasa gembira dalam hidup walau sesaat pun. Tapi dia nak jadi badut penghibur. Cukup ironi di situ. Dan bila dia melakukan jenayah, dia tak ada rasa bersalah langsung tapi dia memilih untuk dikenali sebagai Joker. To be honest hati aku rasa sangat sakit bila dia menangis.

Image result for joker
source: screengeek.net
Untuk keseluruhan cerita ni, aku bersetuju dengan pendapat reviewer yang lain. Movie ni dark, banyak dialog, slow pace untuk permulaan movie, kurang fast action, tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak dan topik pun berat. Bagi sesiapa yang tak suka movie yang bersifat psikologi atau jenis kurang empati serta simpati, mereka akan keluar dari cinema walaupun movie belum habis. Tapi bagi mereka yang concern dengan isu depression, mental awareness dan dark theme, aku memang suggest tengoklah movie ni sampai habis. Korang akan rasa amat tersentuh, sedih, tapi tak dapat nak menangis.

Berapa bintang aku nak bagi? 9.5/10 bintang. Dalam movie ni, aku tak dapat salahkan Joker 100%. Sebenarnya, masyarakat itu sendiri yang mencipta monster yang bernama Joker. For some reason, gerakan badut tu mengingatkan aku dengan movie V for Vendetta.

@theMaGi2019

No comments:

Post a Comment