Monday 21 October 2019

Pertemuan Karyawan Sarawak (PKS) Ke-9 2019

sumber: utusan borneo online
Selamat tengah hari! Hari ni aku nak kongsikan sesi 2 hari aku berkampung di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak. Untuk 2 hari iaitu 18 dan 19 Oktober 2019, Persatuan Karyawan Sarawak (PEKASA) menganjurkan Pertemuan Karyawan Sarawak (PKS) kali ke-9. Banyak penulis diundang untuk pertemuan tahun ni. Secara jujurnya aku rasa agak sedih jugak bila bengkel penulisan di Miri bulan lepas aku tak dapat sertai sebab kekangan kerja. Penulis yang hadir untuk bengkel penulisan di Miri tu ialah SM Zakir. Tapi lepas tu aku baca hebahan di Facebook yang PEKASA anjurkan pertemuan dan penulis yang diundang ialah Dato Seri (Dr.) A. Samad Said. Terus aku tak jadi nak sedih sebab sasterawan negara nak datang ke Kuching! Sebelum ni aku berpeluang jumpa sasterawan negara Dr. Anwar Ridhwan jadi aku dapat tahu penulis buku Salina diundang, mestilah aku nak pergi.

Okay untuk hari pertama pertemuan iaitu 18 Oktober, sesi bermula pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang. Aku hadir untuk mendengar perbincangan ahli panel berkenaan dengan hala tuju penulisan. Aku tertarik dengan pendapat dari ahli panel dan apa yang paling aku ingat ialah

Awangku Merali Pengiran Mohamed: "Untuk menjadi anak seni kita harus bersedia menjadi miskin...bagi saya, ini satu kebodohan. Tidak ada sesiapa yang mahu menjadi miskin melainkan sistem yang memiskinkan kita..."

Dalam masa yang sama, sebelum sesi bermula aku sempat berborak dengan penulis lain iaitu Dr. Idris Boi dan sasterawan negeri iaitu Datu Dr. Adi Badiozaman Tuah. Penulis veteran ni bercakap pasal isu semasa, berkenaan dengan perjuangan Sarawak for Sarawakians yang tak tahu tentang sejarah dan tak tahu apa yang mereka nak perjuangkan sebenarnya. Kemudian aku terdengar,

Dr. Adi Badiozaman Tuah: "Mereka tak boleh kata mereka berjuang untuk Sarawak. Mereka perlu belajar tentang sejarah Sarawak. Malah ada di kalangan mereka tak boleh mengatakan bahawa mereka orang Sarawak atau Sarawakian. Sebab dulu Sarawak ialah Kuching. Sarawak bukan seperti sekarang."

Lepas tu aku pun mencelah selamba: "Kalau macam tu saya Sarawakian, sebab saya orang Kuching lahir di Kuching. Dan dulu Sarawak ialah Kuching, Kuching ialah Sarawak." Terus Dr. Adi setuju dengan apa yang aku cakap sambil ketawa.

Untuk hari kedua, sesi perbincangan ahli panel yang lain lebih rancak. Tentang hala tuju kepenyairan dan satu kebetulan, aku dapat tahu puisi aku dah diterbitkan di Utusan Borneo yang bertajuk Kisah Yang Tidak Diceritakan. Jadi sesi kepenyairan ni memang menarik perhatian aku. Juga, suara penyair En. Zaen Kasturi sangat sedap didengar. Antara kata-kata yang menarik perhatian aku ialah:

Encik Mohidin Malek: "Penulis bukan perakam zaman tapi mereka yang menyoal zaman dan zaman mereka."

Kemudian untuk sesi ucap utama A. Samad Said, aku dengar cerita beliau di masa lampau yang aku rasa sangat menarik untuk diterjemahkan dalam bentuk penulisan cerpen. Pada akhir pertemuan, aku rasa aku menikmati setiap saat aku berada di Balai Budaya, bertemu dengan ramai penulis Sarawak, mencipta kenangan dan membawa balik ilmu-ilmu baru. Aku harap pertemuan tahun depan ada kejutan yang lebih istimewa. Aku berharap ni...berharap...

Ini koleksi gambar sepanjang 2 hari berkampung bersama penulis Sarawak di DBP.

Hari pertama
Sesi bergambar di meja pendaftaran

Untuk hari pertama, aku ada bukti yang aku hadir
dan bergambar beramai-ramai dengan penulis veteran
terutama sekali Dr. Adi Badiozaman, Hajah Bibi Sabariah
dan Puan Naziah Naziri

Sesi perbincangan antara panel bermula di hari pertama,
dimulakan oleh Tuan Haji Hamzah Hamdani dari GAPENA

Seterusnya disambung oleh Encik Awangku Merali 
Pengiran Mohamad dari TEGAS

Akhir sekali, Encik Abizai dari PUTERA dan Encik
Jaafar Hamdan dari PEKASA.

Hari kedua
Kehadiran tetamu undangan yang duduk depan mata aku

Slot kedua di hari kedua dimulakan oleh Encik Zaen Kasturi,
penyair tersohor Malaysia.

Diikuti oleh Encik Pharo Abdul Hakim dari PUTERA

Sesi disambung oleh Puan Dayang Azizah, wakil dari
JPN juga merangkap penulis Sarawak.

Diakhiri oleh Encik Mohidin Malek dari PEKASA,
juga mantan editor bagi akhbar di Sarawak.

Tetamu yang terdiri daripada guru, penulis dan pelajar

Penulis William Chan menyampaikan sedikit info 
mengenai penulis wanita di Sarawak sebelum 
slot kedua tamat

Pengarah DBP Cawangan Sarawak En. Abdul Wahab Hamzah
menyampaikan ucapan alu-aluan.

Sesi penyerahan cenderahati kepada semua ahli panel

Sesi ucap utama Sasterawan Negara A. Samad Said
dimulakan (kalau nak tengok video, boleh tengok di
Youtube PKS Ke-9)

Curi-curi gambar dengan A.Samad Said dan editor DBP,
Puan Hajijah Mainol.

Bergambar dengan penulis lain (juga pakcik aku sendiri)

Akhirnya ada rezeki bergambar dengan A.Samad Said 

Dapat bergambar dengan Sasterawan Negara
dan Sasterawan Negeri.

Sesi bergambar dengan semua penulis dan hadirin
yang hadir ke PKS ke-9

Dimuatkan dalam akhbar Utusan Sarawak dan 
juga Utusan Borneo

Dan masuk dalam keratan berita di N5 RTM petang Sabtu
(boleh tengok berita di Youtube N5 19/09/2019)

Dapat tandatangan dari A.Samad Said untuk buku
Langit Petang


@theMaGi2019

No comments:

Post a Comment