Thursday 16 January 2020

Resepi Tahun Baru

Hai! Entri kali ni aku nak kongsi benda yang aku masak. Tahun 2020 ni aku tiba-tiba rajin masak. Aku tak kata aku ni pro masak, masakan aku ni simple je. Bukannya masakan yang hebat-hebat. Tapi untuk spesis yang duduk sorang kat rumah, takkan harap cicak masak untuk aku? So, aku kena la masak walaupun setakat masakan basic.

So, aku nak share sikit resepi. Semua resepi aku ni senang, kalau tak dapat buat tu memang teruk sangat la skil memasak korang. Okay, jom proceed~

Banana Wrap
Bahan-bahan: 
Pisang, coklat, peanut butter, doh (tepung gandum + air +  marjerin + secubit garam)
Cara buat: 
Potong pisang, susun atas doh yang dah dileperkan, letak peanut butter dan coklat. Lepas tu bungkus and goreng. Bila warna dah keemasan, angkat dari kuali and potong.

Bebola Nian Gao (Kuih Bakul)
Bahan-bahan:
Kuih bakul yang dipotong kecik-kecik, doh (tepung + air + marjerin + secubit garam)
Cara buat:
Masukkan kuih bakul yang dah dipotong kecik-kecik ke dalam doh (bahagikan doh dalam saiz yang lebih kecik). Bulatkan, kemudian goreng. Bila warna dah keemasan, angkat dari kuali dan ready untuk dimakan.

Enoki Goreng
Bahan-bahan:
Enoki, telur ayam, garam, lada, tepung (aku guna tepung biasa sebab tak ada tepung serbaguna berperisa macam tepung KFC tu. Nak pedas? Tumbuk la cili dalam lesung then masukkan dalam telur)
Cara buat:
Pecahkan telur, masukkan garam dan lada. Kemudian, bancuh. Lepas tu masukkan enoki dalam bancuhan telur, kemudian celupkan enoki bersalut telur tu dalam tepung, kemudian goreng. Keputusan? Rangup, semestinya!

Jemput-jemput Pisang
Bahan-bahan:
Pisang mas keling, tepung, air, garam
Cara buat:
Lenyekkan pisang, masukkan tepung dan air sikit. Then masukkan sedikit garam. Pastikan pisang lebih banyak daripada tepung. Kemudian, goreng. Hasilnya? Luar crunchy dalam lembut. Emmm~

Ini menu aku masa minggu kedua bulan Januari. Nak buat sambal belacan tu senang sangat. Belacan, ikan bilis, cili- tumbuk semuanya, kemudian masukkan cuka, air dan gula sikit. Tomyam tu tomyam kosong je, sebab nak jimat bawang. Bawang mahal sekarang ni.

Ini menu pertama bulan Januari. Nasi goreng sardin dan bebola coklat. Resepi nasi goreng sardin aku senang sangat. Bahan-bahannya nasi putih, bawang merah, sardin dalam tin (hancurkan), sos cili, sos cili Thai, sos tiram. Untuk bebola coklat tu, buat doh (rujuk resepi doh kat atas) dan coklat tu aku guna coklat botol.

Tempe Bersos 
(aku tak boleh kata ni sambal sebab lebih banyak elemen sos berbanding sambal, hahaha)
Bahan-bahan:
Tempe dipotong, ikan bilis, bawang putih, bawang merah, sos cili, sos cili Thai, sos tiram, cili padi dipotong halus.
Cara buat:
Goreng tempe dan ikan bilis. Kemudian, tumis bawang putih, bawang merah, cili sampai naik bau. Kemudian masukkan segala sos. Biarkan mendidih, lepas tu baru masukkan tempe dan ikan bilis. Bila dah pekat, tutupkan api. Siap untuk dimakan!

Yang ni menu aku minggu kedua bulan 1, tak silap aku masa tu around 5 atau 6 Januari macam tu. Sambal belacan yang ini lain sikit. Ni sambal belacan goreng. Resepi?
Bahan-bahan:
Belacan, ikan bilis, cili kering, cuka, air, gula
Cara buat:
Goreng belacan, ikan bilis, cili kering. Kemudian, tumbuk sampai hancur dalam lesung batu. Lepas tu, masukkan cuka dalam bahan yang dah ditumbuk tadi. Masukkan gula (adjust sendiri rasa). Masukkan air secukupnya (tapi jangan sampai sambal jadi cair sangat). Gaulkan semuanya. Lepas tu, siap!


Aku dah cakap, resepi aku ni sangat simple. Mustahil kalau tak dapat dibuat orang. Aku rasa menu aku ni... healthy menu kot? Tomyam pun tak ada ayam daging, totally sayur. Lagi satu, menu ni tak memakan kos yang banyak pun. Memang jimat!

@theMaGi2020

No comments:

Post a Comment