Tuesday, 24 November 2015

Kenali Belacan

Image result for sejarah belacanBelacan. Belacan sangat sinonim dengan orang Melayu. Siapa tak kenal belacan? Nampak sangat 'sikap spaghetti' kalau tak tahu belacan tu apa. Beberapa hari lepas, mak aku sediakan sambal belacan dan ulam raja untuk makan malam. Sila bayangkan, betapa beraromanya dapur aku disebabkan belacan. Jadi untuk entri pagi ni, aku memutuskan untuk bercakap pasal belacan. Alang-alang dah bercakap pasal belacan, haruslah aku berpuisi;

O Belacan...belacan, wherefore art thou, belacan?

Puitis, kan?

Sejarah Belacan

Belacan ialah pes udang yang diperbuat daripada udang geragau atau udang bersaiz kecil dan ia merupakan bahan utama dalam masakan Asia. Tapi tak semua suka hidu bau belacan sebab bau belacan agak tajam dan kuat. Belacan yang terkenal di Malaysia ialah belacan Pulau Pinang, belacan Sabah, belacan Bintulu dan belacan Melaka. Di Indonesia pula, belacan Bagansiapi-api, belacan Cirebon, belacan Bengkalis dan belacan Bangka Belitung adalah kegemaran penduduk tempatan.

Belacan dikenali dengan pelbagai jenis nama. Umumnya, nama 'belacan' biasa digunakan oleh penduduk Malaysia dan tak pasti dari mana nama 'belacan' berasal. Bagi penduduk Asia yang lain, belacan dikenali sebagai:
  • Indonesia: Trasi/Terasi
  • Belanda: Trassi
  • Burma: Ngapi
  • Thailand/Laos/: Kapi
  • Vietnam: ruoc mam/mam tep/mam tom (bergantung pada jenis udang)
  • Filipina: bagoong alamang/bagoong aramang
  • Cina Kantonis: Ha haam/ ha jeung
  • Cina Nan Min: Hom ha/hae ko

Image result for proses belacanPembuatan Belacan
Pembuatan belacan adalah berbeza-beza mengikut bagi setiap tempat tapi bahan utama yang digunakan adalah udang. Sebagai contoh, belacan Melaka dan Johor menggunakan udang geragau manakala belacan Pulau Pinang dan Sarawak menggunakan udang kecil.

Di Indonesia , belacan dihasilkan dengan bahan tambahan. Sebagai contoh, belacan Cirebon diperbuat daripada udang krill yang dikenali sebagai rebon. Belacan Sidoarjo Jawa Timur pula menggunakan udang kecil, ikan dan sayuran. 

Status Belacan

Image result for sejarah belacan
Belacan sering dipandang sebagai bahan masakan tradisional dan segelintir generasi baru kurang menggemari belacan kerana ia tidak menepati dengan gaya hidup moden. Sebagai contoh, belacan dianggap sebagai makanan kampung di Riau dan kurang mendapat perhatian tempatan. Tetapi di Malaysia, belacan masih mendapat permintaan tinggi malah dikomersilkan secara besar-besaran. Antara tempat yang mengeluarkan produk belacan ialah:
  • Pantai Klebang, Melaka
  • Tanjung Kling, Melaka
  • Merchang, Terengganu
  • Tanjung Dawai, Kedah
  • Sanglang, Kedah
  • Papar, Sabah
  • Binsulok, Sabah
  • Bintulu, Sarawak
  • Bako, Kuching, Sarawak

Tips Membeli Belacan

Image result for sejarah belacan
Pelbagai tips diberikan ketika memilih dan membeli belacan yang berkualiti. Pembeli disarankan membeli belacan buatan kampung kerana cara pembuatannya lebih teliti dan perapan belacan juga lebih lama. Ia berbeza dari belacan kilang. Pembeli dinasihatkan supaya menyemak pek pembungkusan, tanda halal, nama pembuat, tarikh pembuatan dan bau belacan kerana ia menentukan tahap kualiti belacan. Bukan itu saja, pembeli haruslah berhati-hati membeli belacan di supermarket kerana terdapat kes belacan disediakan dalam persekitaran kotor dan dijangkiti kuman. (Rujuk belacan kembang tekak | kilang belacan Bagan Serai)


Apa-apapun, masakan di Malaysia sangat memerlukan belacan, terutama sekali sayur tumis lemidin atau kangkung dan segala jenis sambal. Jadi, belacan tetap ada sekalipun korang pilih piza :D


@themagi2015
ruj: melayuoblong.blogspot| wikipedia| mforum | harianmetro

Monday, 23 November 2015

Sejarah Pelayar Web (Web Browsers)

Yeah, aku kembali memblogging sebab kuota internet aku masih ada. Kepada semua pengunjung, selamat melayari Internet sebab zaman sekarang ada banyak malicious link dan pishing. Aku nasihatkan kepada pengunjung blog ni agar jangan klik link yang meragukan sebab aku dapat tahu ada ads menumpang di blog aku tanpa kebenaran. Kurang asam punya ads~

Di zaman yang penuh dengan teknologi, gajet takkan memberi makna kalau Internet tak wujud. Internet takkan begitu mesra dengan pengguna kalau tak ada pelayar. Untuk menaip entri ni, aku melayari Google Chrome sebab blog aku pun di bawah kekuasaan Google. Tapi berapa banyak yang aku tahu pasal pelayar Internet walaupun aku pernah ambil subjek Teknologi Maklumat dan Perkomputeran masa sekolah dulu? Sejujurnya, aku tak ingat pun. 

Jadi, aku buat entri ni khas untuk mengingatkan aku dan mereka yang tak tahu pasal senarai pelayar web, yakni web browsers.

WorldWideWeb

Okey, aku bukan bercakap pasal IP address WWW tapi aku bercakap tentang pelayar Internet yang bernama WorldWideWeb ciptaan Tim Berners-Lee pada tahun 1990. Nama pilihan untuk aplikasi ini ialah The Mine of Information dan The Information Mesh. Namun, nama WorldWideWeb dipilih sebagai nama aplikasi. Walau bagaimanapun, nama WorldWideWeb diubah menjadi Nexus sebab nak mengelakkan kekeliruan antara pelayar dan WWW.

Mosaic

Nama panjang Mosaic ialah NCSA Mosaic dan merupakan pelayar web dan mempopularkan WWW serta meningkatkan penggunaan Internet pada era 90an. Ia merupakan pelayar web yang terawal yang mampu menyokong pelbagai jenis IP. Aplikasi ini disemak oleh David Thompson dan ditunjukkan kepada Marc Andreessen. Produk ini dikeluarkan secara rasmi pada tahun 1993.

Netscape Navigator

Netscape Navigator merupakan pelayar web asal dari produk Netscape Communication Corp. Ia dibangunkan berdasarkan konsep Mosaic dan direka oleh Marc Andreessen. Logo Netscape diberi nama kod iaitu Mozilla kerana kelihatan seperti makhluk Godzilla dan penggunaan Netscape menjadi popular pada pertengahan dan lewat era 90an. 

Internet Explorer

Siapa tak kenal IE? IE antara pelayar yang masih bertahan sehingga kini sejak dari awal pelancarannya pada tahun 1995. Ia merupakan pelayar grafik web yang direka oleh Microsoft dan sebahagian daripada  sistem operasi Microsoft Windows. Projek IE ini dimulakan pada musim panas 1994 oleh Thomas Reardon dan rekaannya merujuk kepada Spyglass Mosaic. Kini, versi IE mencecah IE11.

Opera

Opera dibangunkan oleh Opera Software dan ia dimulakan pada tahun 1994 di Telenor, syarikat telekomunikasi Norwegian. Opera beroperasi dibawah sistem operasi Windows, Linux dan OS. Opera segera mendapat perhatian pengguna kerana lesen Opera bersifat freeware dan mudah digunakan. Opera juga dikenali kerana mempunyai adik beradik yang lain iaitu Opera Mini, Opera Mobile dan Opera Coast.

Mozilla Navigator

Mozilla Navigator atau Mozilla Suite merupakan internet suite yang dilancarkan oleh Netscape Communication Corp pada 1998 dengan menggunakan susun atur enjin Gecko sebagai platform. Mozilla Organization melancarkan pembangunan siri produk aplikasi standalone pada tahun 2003 iaitu Phoenix (dikenali sebagai Mozilla Firefox) dan Minotour (dikenali sebagai Mozilla Thunderbird). 

Safari

Safari ialah pelayar web yang dibangunkan oleh Apple berasaskan Webkit Engine. Ia diperkenalkan menerusi produk iOS seperti iPhone pada tahun 2007 dan menjadi default browser untuk produk Apple Ia juga dilancarkan untuk sistem operasi Windows daripada tahun 2007 sehingga 2012. Lesen Safari ialah sama seperti Opera iaitu bersifat freeware.

Firefox

Firefox, atau Mozilla Firefox merupakan pelayar web yang percuma dan bersifat open-source. Ia dibangunkan oleh Mozilla Corporation dan boleh didapati untuk Windows, Linux, OS X, Android dan Firefox OS. Firefox dilancarkan pada tahun 2002 dan diberi nama sebagai Phoenix sebelum ditukar menjadi Firefox. Firefox dilihat sebagai produk Netscape yang berjaya dan menjadi kegemaran ramai.

Google Chrome

Google Chrome yang dibangunkan oleh Google merupakan pelayar web bersifat freeware dan menggunakan Webkit Engine pada peringkat awal. Kini ia menggunakan Webkit fork Blink. Google Chrome pada awalnya direka sebagai pelayar web desktop. Tetapi kini ia digunakan secara meluas menerusi telefon pintar serta gajet-gajet yang lain sebanyak 45%. 

Browser yang lain:

Vivaldi (2015)

rujukan: wikipedia
@themagi2015

Resepi Corned Beef Pawada

Image result for cornbeef kambing pawada
Salam Isnin untuk semua pengunjung MaGi hari ni! Hmm, aku kembali lagi untuk entri ke-2. Terlambat sikit dari jadual asal sebab aku dapat undangan dari DBP Kuching untuk pemerolehan karya kreatif. Jadi aku kena sediakan draf-draf cerpen untuk dikaji bersama. Sebelum aku terbabas ke topik yang lain, hari ni aku nak promote resepi corned beef yang terbaru, hasil usaha abah aku semalam. Bukan senang nak tengok abah aku masak, eksklusif~ Resepi ni senang je, abah aku buat inti, aku dan kakak memanipulasi inti tu jadi dish yang lain.

Okey, mari teruskan :)

Resepi Corned Beef Pawada

Bahan-bahan:
  1. Satu tin corned beef Pawada
  2. Bawang merah besar
  3. Garam
  4. Cili
  5. Gula
  6. Cendawan
  7. Kacang panjang

Cara memasak:
  1. Tumis bawang merah besar. Gunakan lemak yang berada di bahagian atas tin (untuk jimatkan penggunaan minyak masak)
  2. Masukkan cili.
  3. Masukkan cendawan.
  4. Masukkan kacang panjang yang sudah dipotong kecil-kecil.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  6. Boleh masukkan bahan yang lain seperti potongan dadu lobak merah dan sebagainya.
Cara penyediaan corned beef ni terpulang pada selera korang. Aku jadikan inti ni sebagai slider (lebih kurang macam sandwich or mini burger). Bahan untuk sediakan slider senang je iaitu:

  1. Roti bun 
  2. Lettuce/salad
  3. Sos cili
  4. Mayonis
  5. Corned beef yang siap dimasak
  6. Mashed potatoes (kalau ada kat rumah. Tapi kalau tak ada, boleh pecut pergi KFC)
Inti corned beef yang siap dimasak juga boleh dijadikan sebagai bahan utama sandwich roll. Tak payah fikir panjang macam mana nak gulung roti, korang gulung je ikut kreativiti tersendiri. Kalau perlukan contoh, ni gambar sandwich roll yang kakak aku buat semalam.

Apa-apapun, selamat mencuba :)
@themagi2015

Wednesday, 18 November 2015

Apabila Watak dalam buku Sunan menjadi Realiti?

Salam Rabu untuk semua! Akhirnya aku kembali memblogging dengan gumbiranya. Sebetulnya aku sibuk menimang anak buah aku yang baru sampai ke cucur atap, kemudian aku sambung balik mengedit manuskrip penuh sebelum dihantar ke pihak penerbitan. Wish me luck, okey?

Berbalik kepada topik asal, sebagai seorang penulis, aku pernah membayangkan novel aku diterbitkan dan diadaptasi menjadi menjadi drama/filem. Buku hasil karya Ramlee Awang Murshid antara novel thriller yang bagus untuk aku jadikan rujukan dalam memahami konsep thriller (aku memang suka benda thriller). Lebih-lebih lagi siri Laksamana Sunan, kebanyakan pembaca mengharapkan agar buku Laksamana Sunan bermula dari Bagaikan Puteri sampailah buku yang terbaharu Sunan Cinta Nan Sakti diangkat ke layar perak. Jadi, mesti ramai yang membayangkan siapa yang paling layak memegang setiap karakter dalam buku tu, terutama sekali watak Saifudin Jalis aka Laksamana Sunan.

Okey, pelakon yang aku pilih ni berdasarkan dari sel-sel otak aku yang berhubung. Aku tak pastilah sel-sel otak orang lain bersetuju ke tidak dengan pilihan aku ni. BTW, blog aku...ikut suka aku la (hehehe~)

Siapakah pelakon2 itu?

Image result for Maya karin
Maya Karin sebagai Luna. Aku rasa, dia sesuai ditouch-up dengan special makeup dan jadi makhluk bangsa Polip.

Image result for Sheila Rusly
Sheila Rusly sebagai Maharani. Aku ingin sangat tengok Sheila Rusly berlakon dengan wardrobe serba hitam ala-ala Evil Queen.

Image result for Ummi nazeera
Ummi Nazeera sebagai Ratu Sulaman. Kalau boleh, aku nak Ummi dicabar dengan watak Ratna.

Image result for diana danielle
Diana Danielle sebagai Catalina/Maryam. Korang tak rasa raut wajah Diana ala-ala wanita Portugis?

Image result for m.nasir
M.Nasir sebagai Wali Sufi. Kenapa aku pilih dia, padahal dulu dia pernah bawa watak Hang Tuah dalam Puteri Gunung Ledang? Bayangkan M.Nasir berpakaian macam karakter cover buku Sunan Musafir...aku rasa memang sesuai sangat M.Nasir jadi Wali Sufi. BTW, zaman Hang Tuah M.Nasir dah berakhir.

Image result for zul ariffin
Zul Ariffin sebagai Taghut. Okey, pasti ramai peminat Zul kejar aku dengan selipar. Tapi aku selalu tengok Zul bawa watak moden dan romantik. Apa salahnya Zul bawa watak berlainan dan lebih jahat? Lagipun, watak Taghut tu asalnya seorang lelaki atas angin. Muka dia sesuai kot jadi orang atas angin.

Image result for wan hanafi su
Wan Hanafi Su sebagai Tariq, ketua bangsa Polip. Siapa lagi yang lebih berkarisma untuk bawa watak Tariq selain Wan Hanafi Su?

Image result for awie
Awie sebagai Panglima Awang Bagan. Aku suka tengok Awie berpakaian ala pahlawan Melayu dalam teater Takhta 3 Ratu. Aku nak Awie terlibat lebih banyak dalam watak macam ni.

Image result for Tiz Zaqyah
Tiz Zaqyah sebagai Haryani. Muka Tiz je yang aku ingat bila sebut nama Haryani. Mungkin sebab aku terhibur nampak Tiz jadi cikgu yang gelabah dan gedik dalam Oh My English.

Image result for Niezam Zaidi
Niezam Zaidi sebagai Saifudin Jalis ketika remaja. Sebab, muka Niezam ni agak rebellious dan seperti yang digambarkan dalam novel Sunan, Saifudin mempunyai sedikit sifat memberontak ketika masih remaja. 

Image result for Adiputra
Dan....Adiputra sebagai Saifudin Jalis/Laksamana Sunan. Sifat maskulin, tenang dan warak Adiputra dalam drama Tentang Dhia membuatkan aku rasa dia sesuai pegang watak ni. Dalam masa yang sama, Adiputra juga sesuai untuk pegang watak Saifullah yang dikatakan ada iras wajah Laksamana Sunan.



Nampaknya, setakat tu aku boleh senaraikan. Aku yakin ramai lagi peminat buku Sunan ada pendapat berbeza tentang pemilihan pelakon untuk setiap watak dalam buku Sunan. Jadi, aku dengan penuh rasa gembira mempersilakan sebarang komen atau pendapat di kotak komen. Kalau ada penambahan watak dan pelakon yang sesuai, aku mengalu-alukan cadangan korang semua. 

#Memandangkan aku belum beli buku Sunan Cinta Nan Sakti, kenalah bersabar dulu

@themagi2015