Tuesday, 24 November 2015

Kenali Belacan

Image result for sejarah belacanBelacan. Belacan sangat sinonim dengan orang Melayu. Siapa tak kenal belacan? Nampak sangat 'sikap spaghetti' kalau tak tahu belacan tu apa. Beberapa hari lepas, mak aku sediakan sambal belacan dan ulam raja untuk makan malam. Sila bayangkan, betapa beraromanya dapur aku disebabkan belacan. Jadi untuk entri pagi ni, aku memutuskan untuk bercakap pasal belacan. Alang-alang dah bercakap pasal belacan, haruslah aku berpuisi;

O Belacan...belacan, wherefore art thou, belacan?

Puitis, kan?

Sejarah Belacan

Belacan ialah pes udang yang diperbuat daripada udang geragau atau udang bersaiz kecil dan ia merupakan bahan utama dalam masakan Asia. Tapi tak semua suka hidu bau belacan sebab bau belacan agak tajam dan kuat. Belacan yang terkenal di Malaysia ialah belacan Pulau Pinang, belacan Sabah, belacan Bintulu dan belacan Melaka. Di Indonesia pula, belacan Bagansiapi-api, belacan Cirebon, belacan Bengkalis dan belacan Bangka Belitung adalah kegemaran penduduk tempatan.

Belacan dikenali dengan pelbagai jenis nama. Umumnya, nama 'belacan' biasa digunakan oleh penduduk Malaysia dan tak pasti dari mana nama 'belacan' berasal. Bagi penduduk Asia yang lain, belacan dikenali sebagai:
  • Indonesia: Trasi/Terasi
  • Belanda: Trassi
  • Burma: Ngapi
  • Thailand/Laos/: Kapi
  • Vietnam: ruoc mam/mam tep/mam tom (bergantung pada jenis udang)
  • Filipina: bagoong alamang/bagoong aramang
  • Cina Kantonis: Ha haam/ ha jeung
  • Cina Nan Min: Hom ha/hae ko

Image result for proses belacanPembuatan Belacan
Pembuatan belacan adalah berbeza-beza mengikut bagi setiap tempat tapi bahan utama yang digunakan adalah udang. Sebagai contoh, belacan Melaka dan Johor menggunakan udang geragau manakala belacan Pulau Pinang dan Sarawak menggunakan udang kecil.

Di Indonesia , belacan dihasilkan dengan bahan tambahan. Sebagai contoh, belacan Cirebon diperbuat daripada udang krill yang dikenali sebagai rebon. Belacan Sidoarjo Jawa Timur pula menggunakan udang kecil, ikan dan sayuran. 

Status Belacan

Image result for sejarah belacan
Belacan sering dipandang sebagai bahan masakan tradisional dan segelintir generasi baru kurang menggemari belacan kerana ia tidak menepati dengan gaya hidup moden. Sebagai contoh, belacan dianggap sebagai makanan kampung di Riau dan kurang mendapat perhatian tempatan. Tetapi di Malaysia, belacan masih mendapat permintaan tinggi malah dikomersilkan secara besar-besaran. Antara tempat yang mengeluarkan produk belacan ialah:
  • Pantai Klebang, Melaka
  • Tanjung Kling, Melaka
  • Merchang, Terengganu
  • Tanjung Dawai, Kedah
  • Sanglang, Kedah
  • Papar, Sabah
  • Binsulok, Sabah
  • Bintulu, Sarawak
  • Bako, Kuching, Sarawak

Tips Membeli Belacan

Image result for sejarah belacan
Pelbagai tips diberikan ketika memilih dan membeli belacan yang berkualiti. Pembeli disarankan membeli belacan buatan kampung kerana cara pembuatannya lebih teliti dan perapan belacan juga lebih lama. Ia berbeza dari belacan kilang. Pembeli dinasihatkan supaya menyemak pek pembungkusan, tanda halal, nama pembuat, tarikh pembuatan dan bau belacan kerana ia menentukan tahap kualiti belacan. Bukan itu saja, pembeli haruslah berhati-hati membeli belacan di supermarket kerana terdapat kes belacan disediakan dalam persekitaran kotor dan dijangkiti kuman. (Rujuk belacan kembang tekak | kilang belacan Bagan Serai)


Apa-apapun, masakan di Malaysia sangat memerlukan belacan, terutama sekali sayur tumis lemidin atau kangkung dan segala jenis sambal. Jadi, belacan tetap ada sekalipun korang pilih piza :D


@themagi2015
ruj: melayuoblong.blogspot| wikipedia| mforum | harianmetro

No comments:

Post a Comment