Friday, 2 December 2011

"Aku mau nyebur ke laut"

Salam sejahtera...


Hari ini mau cakap pasal laut. Maka, secara spontannya, kita akan terbayang pada pantai, tanjung, ombak, ataupun teluk yang menganjur ke arah laut yang cantik. Sebelum ini, filem 'Ada apa dengan Cinta' ada menyebut mengenai pantai dalam puisi si cantik model iklan syampu Loreal, Dian Sastro iaitu:

"Aku lari ke hutan, kemudian menyanyiku,
 Aku berlari ke pantai, kemudian teriakku..."

Selain dari Dian yang berpuisi pasal pantai, ada juga yang menjadikan laut sebagai ungkapan motivasi macam yang dilakukan oleh John F. Kennedy iaitu:

"We set sail on this new sea because there is knowledge to be gained..."

Juga terdapat pantun Melayu yang mengaitkan laut dan tanjung dalam penyampaiannya iaitu:

"Tenang-tenang air di laut,
 Sampan kolek mudik di tanjung,
 Hati mengenang mulut menyebut,
 Budi yang baik rasa nak junjung."

Selain itu, terdapat lirik lagu yang menyentuh tentang keindahan pantai iaitu:

"Sail away, sail away, let me crash upon your shore...
 Let me reach, let me beach far beyond the Yellow Sea..." (Enya; Sail Away)

"Angin pagi berlalu meresap jiwaku, burung-burung menyanyi berkicauan,
 Desir ombak berlalu menuju ke pantai, kanak-kanak berlari berkejaran..." (Flybaits;     
 Keindahan Alam)


Kumpulan hanyeo iaitu penyelam wanita dari Pulau Jeju, Korea Selatan pula menganggap laut adalah simbol kasih ibu terhadap anak seperti kisah legenda Old Lady of Seulmundae; dan menganggap laut adalah seperti ibu yang membentangkan hasil kepada manusia. Seterusnya, Al-Quran dan kitab Injil turut menyebut mengenai laut iaitu:


Quran Surah Al-Kahf  18:109
"I say that if the sea were ink with which to write the words of my Lord, the sea surely be consumed before His word were complete..."

Ecclesiastes 1:7
"All streams flow into the sea, yet the sea is never full...
 To the place the streams come from, there they return again..."



Seperti yang kita tahu, ataupun tak berapa nak tahu, Laut Merah (teluk di Lautan Hindi, antara benua Afrika dan Asia), Laut Mati (sempadan Jordan dan Tebing Barat) dan Laut Hitam (antara benua Eropah dan Asia Kecil) adalah contoh laut yang menyimpan kisah yang tersendiri. Malah, tiga laut ini menjadi perhatian sejagat sejak sekian lama dan ini menjelaskan kepada kita betapa istimewanya laut pada manusia. 

p/s: Mesti korang terbayangkan pulau mana yang korang nak pergi kalau dapat bercuti hujung tahun ni...kan? (Ada apa dengan laut? Ayuh nyebur ke sana!)


Sedikit gambar laut yang pernah dikunjungi>>



Yang ni pantai di Johor Lama, semestinya kat Johor la. Gambar ni diambik kat atas jeti pada tahun 2010. Melihat matahari terbenam di tepi pantai secantik ni memang sangat menenangkan jiwa. Terima kasih kepada kawan yang sudi bawak ke negeri kelahirannya (jasamu dikenang)



Pantai ni dinamakan sebagai Pantai Pasir Panjang sebab pantai dia panjang menganjur ke kanan dan bersambung dengan satu lagi pantai iaitu Pantai Pasir Pandak, kalu tak silap la. Gambar ni diambik pada tahun 2009. Lihatlah pantainya yang bersih, langitnya yang biru dan background gunung-ganang. Tempat ni kat Sarawak jadi datanglah dan bercuti kat sini:-)

Tanjung Pengelih, inilah nama tempat yang terpapar di sebelah kiri. Terletak di Johor. Masa ni air tengah surut (twilight zone)  Sekali lagi, nak ucap tengkiu kat kawan (kawan yang sama bawak gi Johor Lama) yang promote Tanjung Pengelih.

*sebenarnya time ni tengah teman kawan yang nk jumpa pakwe.
Ini pulak kat balai cerap Al-Khwarizmi di Melaka. Kat belakang tu adalah area Selat Melaka. Gambar ni diambik pada tahun 2008 tapi kecantikan laut biru tersebut masih terbayang kat depan mata, macam ade gambar melekat kat spek.

p/s: 5 wajah pompuan kat dalam gambar ni telah dimozek bagi melindungi hak cipta wajah mereka. 


Dan ini masa kunjungan rehat kat rombongan public relation university ke Pantai Kelanang di Hulu Langat, Banting, Selangor pada tahun 2010. Kat sini sangat lapang, bersih dan pantainya putih. Cuma pokok tak banyak jadi panas. Tapi takpe, kulit memang dah hitam jadi tak kisah la panas ke sejuk.






Sekarang bulan Disember, musim hujan so pilih la masa yang sesuai untuk ke laut. 
Amaran: Jangan bagi budak kecik main dekat dengan ombak pantai. Pastikan mereka dipantau oleh orang dewasa. Sekian...

No comments:

Post a Comment