Tuesday, 29 November 2011

Benda Pelik tapi Cantik

Selamat sejahtera kepada semua, hari ni nak cakap bahasa Melayu....juga bahasa rosak/rojak..harap maaf.


Sebelum ni blog ni cakap pasal buku, duit, setem, mencarut...hari ni nk cakap benda lain pulak. Takyah banyak intro, mari kita mulakan sekarang iaitu- Apakah benda pelik tapi cantik bagi anda? Bagi aku, ada 6 benda pelik yang penah nengok, dijadikan koleksi dan untuk dimakan. Apakah perkara2 tersebut?


Tengok la kat bawah>>



Yang ni betik, dalam bahasa barat cakap 'papaya'. Sebelum betik ni masuk dalam mulut kitorang, ni le rupe betik itu yang tumbuh kat belakang rumah. Tak pakai baja cap AAA pon, tetiba jadi besar camni. Untung kitorang, lagi besar lagi banyak peluang nak makan. Pokok betik ni dah kena tebang sebab mak nak dapur selesa, senang dia nak masak. Jadi pokok itu sudah menjadi sejarah...(dan tak mungkin berulang macam lagu New Boyz)


Ni pulak ice-blendid mangga yang tinggi dari gelas..*ada salju di dalam mulutku. Masa tengok menu atas meja (sila rujuk gambar kat sebelah), ice-blendid tu nampak comel. Tapi bila order dah sampai, aku speechless. Ketibaannya itu memang cantik tapi secara faktanya, mulut aku rasa macam lompang sebab sejuk. Sesapa nak cuba ice-blended ni pegi la kat Shah Alam, banyak kedai mamak kat area tu, tak jauh dari tempat lama pelajar MMU belajar..kalu tak silap la. Harga pun tak mahal.

p/s: Yang kene mozek tu muka member bersama mee goreng mamak dia. Memandangkan muka dia ada copyright jadi kena la mozek.


Apakah ini? Model mini UFO? Bom? Periuk api? Periuk nasik? Salah. Benda ni dinamakan tangki minyak tanah kecik yang dikitar semula menjadi pelita buat suluh-suluh tempat gelap masa jala udang. Ni abah buat sendiri, dah lama terperuk dalam tong. Ada banyak lagi benda yang diubah tapi ada jugak yang pelik semacam. Ni kalu disimpan 50 taun lagi dalam tong sure jadi barang antik...itu pon kalu tak berkarat.








Ni apa? Lampu? Lilin tertonggeng? Salah. Ni yang dinamakan BULAN. Yang bercahaya tu bulan, yang garis putih panjang tu biasan. Background hitam tu langit la, kan malam. Biasalah, kamera ada problem pulak. Jadilah gambar pelik cam gini. Editing is not provided...







Korang mesti cakap-"Ni aku tau, mouse laptop ni..."Anda salah! Yang ni bukan mouse, atau tetikus. Yang ini sebenarnya lampu tidur. Saiz 3 kali lebih besar dari mouse biasa. Seronok tekan mouse ni. Tekan-tekan je keluar cahaya. Harga tak mahal, Around RM15-16 cam tu. Carik je kat Bukit Kayu Hitam. Belambak kat situ. Model button Alt dan Del pun ade jugak.






Last kali, ni periuk nasik mini...Korang percaya? Tipu je lah. Ni tabung wat simpan duit. Saiz dia sebesar tapak tangan perempuan. Kalu tapak tangan lelaki tabung periuk ni nampak lebih kecik. Senang je nak isik duit, angkat penutup periuk tu. Kalu nak korek duit pon senang, tonggengkan je bontot dia. Benda ni banyak kat Bukit Kayu Hitam...(Johor mari), harga dia lebih kurang cam harga mouse kat atas tu. Cuma tak sure sama ada benda ni available ke tidak wat masa sekarang sebab benda ni dibeli masa 2010.


Sekian untuk cerita hari ini. Lain kali kita jumpa lagi.

p/s: Apa lagi yang pelik ada kat Malaysia ni? Korang tau?

2 comments:

  1. wakakakakkaka kelakar jer tau!! hahahahhaha nak tergelak baca petang2 cam ni..adoiii sis ni sajer jer tau..kahhhhakahah

    ReplyDelete
  2. sis ade post artikel pasal exam paper, bleh la jawab kalu xbizi =D

    ReplyDelete